Orang tua-tua dahulu selalu berpesan, hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Begitulah peribahasa yang dikaitkan dalam hal mendidik anak-anak.

Masa anak masih kecil itulah waktu berharga untuk ibu ayah didik dan asuh bagi menyuburkan iman, akhlak dan peribadi mulia dalam diri anak-anak.

Namun bukan semua cakna tentang hal ini hingga bila anak sudah dewasa, baru terasa terlambat pula untuk dididik.

Andai diundurkan waktu, ingin sekali kembali di masa lalu bagi memperbaiki cara didik anak-anak agar menjadi insan yang bukan sahaja berjaya di dunia malah di akhirat.

Tidak mahu penyesalan seperti ini terjadi pada diri, ada baiknya kita jadikan kisah yang dikongsikan Mona ini sebagai inspirasi. Bagaimana dia melihat seorang ayah ini membawa dua orang anak lelaki ke masjid setiap hari untuk menunaikan solat subuh berjemaah.

Bukan sahaja kesungguhan ayah menjadikan perkara itu rutin pada anak-anaknya, malah kedua anak kecil itu terlihat begitu baik tingkah lakunya.

Ayah Ni Jadikan Rutin Solat Subuh Diapit Anak Lekaki 

Hampir setiap awal pagi, pasti kelihatan bapa muda ini, diapit oleh 2 anak lelaki kecilnya bersolat suboh di masjid ni.

Saya sangat terpesona. Betapa seorang ayah yang masih muda, berupaya dan berusaha bangun awal pagi setiap hari dan menjadikan solat suboh di masjid amalan rutinnya.

Saya bertambah kagum, bagaimana dia berupaya membangunkan dan membawa dua anak lelaki yang masih kecil yang sepatutnya sedang enak lena untuk ikut bersolat bersamanya.

Menambah hormat saya padanya, melihat bagaimana dia mendidik kedua-dua  mereka yang duduk baik-baik di kiri dan kanan beliau setiap masa tanpa pernah bertukar gaya atau berlari ke sini sana.

IKLAN

Mengikut kata En. Suami yang juga sering memerhati, setiap kali seusai solat, dia pasti menadah tangan kepada Yang Maha Esa. Berdoa panjang sekali dan anak-anaknya tetap duduk baik-baik di sebelahnya, menanti.

Ayah Ni Jadikan Rutin Solat Subuh Diapit Anak Lelaki, Tarik Perhatian Warganet Untuk Dicontohi!

Paling saya suka adalah melihat mereka berdua si kecil comel bersongkok dan berkupiah setiap kali tanpa lupa.

Andai saya boleh memutar kembali masa, ingin sekali saya melakukan sepertinya. Mendidik anak mengenal rumah Allah.

Semoga Allah merahmati kehidupan kalian sekeluarga.

Kredit : Mona via Kisah Dunia

IKLAN

Jom saksikan juga video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!

Tonton juga video ini bagi anda yang mempunyai airfryer. Rupanya macam-macam aksesori ada untuk memudahkan kita memasak menggunakan airfryer.

 

ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Anak Lahir Tahun 2016 Atau 2017, Ibu Ayah Dah Boleh Buat Pendaftaran Masuk Tahun 1 Mulai Mac Ni!

IKLAN

Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI