“Pagi tadi anak pesan nak makan ayam madu macam kat pasar malam tu. Setakat ayam madu pasar malam tu aishhh mudah yakmat. Korang boleh bakar dalam oven, air fryer atau ala ala BBQ dengan resipi ni. Kakchik buat yang mudah saja, kita masak dalam kuali.”
Begitulah perkongsian seorang ibu ini di media sosial berkenaan keinginan anaknya untuk menikmati ayam madu.
Sudah menjadi lumrah kita sebagai mak-mak ni, pantang kalau anak teringin atau mengidam. Kita usahakan juga untuk sediakan agar mereka dapat menikmati hidangan dari air tangan kita sendiri. Baru puas hati!
Sekiranya keluarga anda juga merupakan penggemar ayam madu, apa kata anda sediakan resipi yang dikongsikan oleh Umie Watie ini. Selamat mencuba.
AYAM MADU PASAR MALAM
Bahan-bahan:
10 ketul drummet
2 sdb sos cili
2 sdb sos tomato
2 sdb sos tiram
2 sdb sos Lada hitam
2 sdb minyak
2 sdb madu
6 sdb kicap manis
Cara Buat :
Ads
Dalam bekas gaulkan semua bahan sampai sebati. Lepas tu boleh simpan dalam peti sejuk. Bila-bila nak makan dah senang.
Masak dalam kuali saja. Masak dengan api kecil. Tutup tudung kuali, sesekali kacau rata supaya ayam kita tak hangit.
Bila nampak sos dah memekat bolehlah matikan api.
Ekstra Tip
Ads
Kalau anda nak bakar di dalam oven atau air fryer pun boleh. Guna suhu 180 dan bakar selama 20 minit.
Tadaaa. Dah siap, esok dah boleh pacak khemah kat tepi jalan. Kita jual ayam madu. Selamat mencuba.
Sudah pastinya ramai yang mengakui memandu waktu malam memang mencabar. Biasanya laluan lebuh raya mudah dan terang dengan bantuan lampu di kanan kiri jalan. Namun lebih mencabar apabila melalui kawasan kampung. Kebanyakkannya tiada kemudahan lampu jalan raya di tepi jalan.
Ketika ini sudah tentu ada kenderaan yang memasang lampu suluh tinggi (high beam). Sudah tentu keadaan ini akan membuatkan kita tidak selesa apabila berselisih dengan kereta depan yang memasang lampu suluh tinggi (high beam). Begitu juga dengan kereta dibahagian belakang. Ia juga turut memberi rasa kurang selesa.
Sebenarnya ada cara untuk mengelak silau pada waktu malam pada cermin padang belakang. Barangkali ada yang tidak tahu keadaan ini boleh diatasi dengan hanya menekan bahagian bawah butang pada cermin berkenaan.
Kesannya pandangan tidak lagi silau dengan high beam. Pandangan mata lebih selesa.
Cuti sekolah bakal berakhir tak lama lagi. Pastinya ibu bapa paling sibuk sekarang membuat persiapan untuk anak-anak memasuki sesi persekolah tak lama lagi.
Yang pasti ada teruja, tak kurang yang bakal membuat ‘drama’ enggan ke sekolah. Bagi yang sudah biasa ke tadika mungkin situasi ini tiada masalah dibandingkan yang bakal pertama kali bergaul dan berjumpa dengan orang baru.
Malah, ada juga segelintir anak-anak kita yang masih belum boleh membaca walaupun sudah melangkah masuk ke alam persekolahan. Kurang minat untuk belajar mungkin menjadi sebab anak ini tidak boleh membaca seperti rakan-rakan lain.
Sebenarnya memupuk minat anak untuk belajar perlu bermula di awal usia lagi. Walaupun anak-anak masih tak faham ketika usianya masih kecil, cara ni membiasakan dirinya dengan buku dan ilmu.
Wanita ini, Diyana Jamal berkongsi cara dan tip yang dilakukannya untuk mendidik anaknya, Damia yang kini berusia 5 tahun.
Ketahui tip dan caranya. Mulakan dari sekarang adalah satu cara yang paling bijak buat anak kita. Jom baca apa yang wanita ini buat!
Seperti yang di janjikan, ibu nak share cara ibu didik Damia untuk tarik minat dia rajin belajar. Ni adalah berdasarkan pengalaman ibu. Jadi, ibu-ibu dan bakal ibu, boleh baca dan cuba buat untuk anak-anak korang ya.
1. Belikan alat tulis Sejak Damia berusia 3 tahun lebih lagi, ibu dah mula belikan dia alat tulis. Belikan dia alat tulis yang basic je. Contohnya : Pensel, buku.
Pernah juga kami belikan dia warna magic, water color, dan cryon untuk dia berkreativiti.
2. Biarkan anak buat sepah/conteng buku dan dinding Pada mulanya ibu pun geram juga. Bayangkan, dinding rumah baru di cop dan di conteng dengan pelbagai warna, di sini sana. Mahu tak bertukar hijau!??
Tapi, lama kelamaaan, ibu tahu cara ibu yang salah. Kanak-kanak seusia 2-3 tahun, mindanya sedang pesat berkembang. Mereka ni akan bermain & membuat sepah di rumah macam tongkang pecah.
Dan menconteng itu adalah cara mereka mengexpresi kreativiti mereka. Jika bimbang dinding kotor, korang boleh beli kertas khas untuk di lekatkan di dinding atau boleh juga cat dinding dengan cat minyak. Part yang bersepah tu, kau redha je lah ?? hahaha
3. Be with her Cari masa untuk bersama-sama dengan anak-anak untuk berkreativiti dan belajar. Kehadiran kita di sisi mereka ni boleh menyuntik semangat dan mood mereka. Dan semestinya, JANGAN pegang handphone semasa sesi tersebut. Tumpukan perhatian sepenuhnya kepada mereka.
4. Rancang jadual Walau pun anak kita berusia 3 tahun, kita seharusnya ada jadual untuk dia bermain dan belajar. Tak perlulah sampai nak buat time table.
Cukuplah sekadar meluangkan masa sekitar 1-2 jam untuk belajar. Jika dapat 10 minit sesi pun okey. Bila dia dah suka, lama-lama nanti automatik dia leka untuk belajar.
5. Jangan paksa Anak-anak ni dia mudah bosan. Bila kita buka je buku atau suruh dia belajar, memang payah nak fokus dan adakalanya dia memberontak.
JANGAN PAKSA. Biarkan dahulu. Perhatikan dahulu cara dia. Seperti Damia, dia suka belajar bila buka tv. Kena sabar dan selalu lihat perkembangan dan minatnya.
6. Have fun Jangankan budak-budak. Mak bapak budak pun malas nak belajar kalau tak kena cara ? Tapi, kanak-kanak ni lebih mudah di lentur minatnya.
Caranya, kita ibu bapa ni kena kreatif semasa sesi pelajaran. Korang boleh bawa anak-anak pergi ke taman untuk belajar.
Mereka ni lebih mudah mengingat bila melihat benda yang real. Sebagai contoh, kita tunjukkan bunga. Kita ceritakan bunga tu warna apa, berapa kelopaknya, berbau wangi dan sebaliknya.
7. Elak perkataan JANGAN
“Jangan malas belajar”, “Jangan tengok tv”, “Jangan main benda tu”. Sebaliknya TUKAR kepada, “Kakak, jom kita lukis bunga”, “Kakak, jom kita
baca buku”, “Jom kita nyanyi”. Ingat tau korang. Kata-kata yang baik, akan menghasilkan result yang baik.
8. Pillow talk Ni istilah orang putih. Dalam bahasa Melayunya “cakap bantal”. Bukan cakap dengan bantal tau. Hahaha. Maksudnya, sebelum tidur, ibu akan ulangkaji secara lisan tentang apa yang telah kami lalui dan pelajari siang tadi.
Dan waktu ini, memang sangat membantu untuk kita sebagai ibu untuk jalinkan hubungan yang akrab dengan anak. Ketika dia sedang mamai nak tidur tu, korang ucap dan DOA yang baik-baik untuknya. Jika boleh, peluk dia sekali. This one yang ibu JARANG miss sejak Damia berusia 3 tahun.
Sekarang dia dah 5 tahun. Alhamdulillah dia sangat suka bila di ajak untuk belajar dan ulang kaji.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setelah tujuh hari dilahirkan, Ernie dan suami berkongsi nama anak perempuannya itu kepada umum.
Memilih nama Nur Khawla Soleha buat puteri sulung, Ernie memuatnaik gambar tangan mereka sekeluarga dan menitipkan kata doa buat anak kesayangannya.
Assalamualaikum. Welcome to the world, Nur Khawla Soleha. Semoga menjadi anak solehah Daddy dan Ibu, membesar dengan penuh keberkatan dan rahmat Allah swt. ❤