Ayam masak palembang ini jika dilihat sekali pandang, kita akan nampak macam ayam masak kicap. Tapi sebenarnya ia mempunya tekstur kuah yang lebih pekat dan lebih enak rasanya.
Ada yang terasa nak cuba masak?
Mudah sahaja membuatnya, boleh sahaja jadikan menu menyelerakan untuk seisi keluarga. Ikuti sahaja resipi yang dikongsikan oleh Junainna Hussin Chua ini.
Ramai yang suka makana makanan laut. Salah satu resipi yang mudah nak buat adalah sajian Shell Out.
Sajian ini bukan sahaja enak dimakan dengan nasi panas, malah sedap diratah begitu sahaja. Tak cukup sekali makan, asyik nak mengulang aje.
Kepada yang belum pernah mencuba memasak resipi ni, jom cuba buat sajian ini.
Mudah dan ringkas bahan-bahannya
Bahan2 A Untuk masak shell out kena guna seafood yang fresh2 tau baru sedap! Tak kisah la nak tambah apa ya ini yang ada semalam umie buat je
1.kepah retak seribu 2.ketam 3.udang 4.sotong (Semua ni basuh dan rebus sekejap.semasa rebus letakkn garam dlm air kulit dah merah angkat,toskan)
bahagian B
Sayur_sayuran 1.jagung takda kalau ada lagi cantik.umi ganti badek jagung(anak jagung) 2.lobak merak 3.brokoli Semua ni rebus jugak.kemudian toskan..brokoli lps dh rebus angkat letak dlm air sejuk supaya WARNA DIA ASLI..tak layu.
bahan C Untuk tumisan: 1.cili kering ikut sukatan sendiri kalau masak sikit 5biji sudahlah 2.bawang merah 5biji 3.bawang putih 5biji 4.halia sikit 5.serbuk kari ikan sukatan yg umie sebungkus.. Bland semua sekali.. Tumis bahan tu jangan lupa letak daun kari supaya naik wangi..letak garam gula sesedap rasa..
Tumis sampai garing..masukkan air didihan udang,sotong,ketam tadi sikit..tunggu sampai garing..masuk lagi air didihan tu.. Air didihan tadi digunakan utk dijadikan kuah kalau nk.bukan guna semua sekadar berkuah guna air tu semula utk lebih umph!!
Gaul semua sekali dalam kuali.. Taburkan brokoli atas nya..daun sup daun bawang sikit naik harumannya..Sedia untuk di makan!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Tip masak rendang supaya tahan lama, lambat basi. Selalunya sehari sebelum hari raya, mak-mak akan mula memasak rendang. Tak kiralah rendang ayam atau pun rendang daging, ia satu kemestian juadah untuk dihidangkan di pagi raya.
Bagaimanapun kerap juga terjadi kejadian bila mana rendang menjadi basi keesokan harinya. Tengahari bila nak makan, rendang sudah basi. Memang rasa ‘frust’ sangat bukan?
Itulah sebabnya kena tahu petua-petua untuk memastikan rendang yang kita masak ni tahan lama. Maklumlah masak dalam jumlah yang banyak, sayang sangat kalau basi. Jadi sebaiknya ikut lapan petua ini.
1. Pilih santan berkualiti
Hidangan yang menggunakan santan selalu yang paling cepat basi. Tapi jika kita menggunakan santan yang segar dan berkualiti, bukan saja rasa rendang pun lebih lazat tapi juga mampu membuat rendang tahan lebih lama.
2. Tunggu sejuk baru tutup
Selepas memasak rendang jangan tutup rapat periuk. Tunggu dulu sehingga rendang dan periuk sejuk. Jika periuk atau kuali berisi rendang terus ditutup rapat, wap air akan terkumpul pada tudung periuk dan akan jatuh ke dalam rendang.
Ini boleh menyebabkan rendang cepat basi. Sama juga dengan lauk dan makanan lain. Jadi, kalau nak tutup masa masih panas, biarkan ada sedikit bukaan (tak payah tutup rapat). Atau, tunggu hingga agak sejuk barulah periuk ditutup.
3. Pastikan betul-betul pecah minyak
Semasa menumis, pastikan bahan-bahan dah betul-betul garing dan pecah minyak. Pecah minyak ni tandanya warna tumisan menjadi sedikit gelap atau minyak tumisan akan terpercik sedikit daripada kuali. Selepas ada tanda begini, barulah masukkan ayam atau daging.
4. Masak sampai rendang kering
Salah satu cara untuk elakkan rendang cepat basi adalah dengan memasaknya hingga kering. Dengan cara ini, kandungan air dalam masakan akan dinyahkan dan ia dapat bertahan lebih lama. Daging pun akan jadi lembut!
5. Kurangkan santan
Sebenarnya tak semua resepi rendang menggunakan santan. Yang tak pakai santan tetap akan ada rasa lemak sebab dah guna kerisik. Kalau tetap nak guna santan, kurangkan sedikit kuantitinya kalau nak ia bertahan lebih lama.
6. Goreng ayam / daging separuh masak
Sebelum masak rendang, gorengkan dulu ayam hingga separuh masak atau masak ayam / daging atas api tanpa minyak atau air.
Boleh juga gaulkan dengan rempah-rempah dan bakar seperti ayam percik. Proses ini adalah untuk keringkan air daging atau ayam. Jadi bila air ayam / daging tu kering, barulah rendang lambat basi.
7. Pastikan bekas kering
Semasa menyimpan rendang dalam bekas, pastikan bekas telah dilap kering. Masa nak menceduk pun, kena pastikan juga sudip, sudu, atau senduknya kering.
Sebelum memasak atau panaskan atas periuk / kuali pun, keringkan dulu atas api supaya rendang yang dimasak tahan lama.
8. Sejukbeku & Asingkan
Sekiranya mahu menyimpang rendang dalam peti sejuk, asingkan dalam beberapa bekas kecil. Jangan simpan dalam satu bekas besar. Ini dapat mengelakkan rendang itu daripada asyik keluar masuk peti sejuk dan dipanaskan.
Jadi bila nak makan keluarkan satu bekas kecil untuk satu hidangan, yang lain tak disentuh.
Sotong Goreng Celup Tepung antara menu yang menjadi kegemaran seisi keluarga. Rasanya yang rangup, enak dan isinya yang lembut membuatkan anak-anak makan tak cukup tangan.
Tapi nak dapat sotong yang bersalut dengan tepung memang agak susah, Kadang-kadang tak menjadi, tepung relai tidak mahu melekat pada sotong. Itu yang membuatkan ibu-ibu kecewa dengan hasilnya kan.
Admin kongsikan cara wanita ini menggoreng sotong celup tepung yang sedap dan cantik kejadiannya. Resipi ini dimuat naik oleh puan Meens Yusoff menerusi laman facebooknya. Selamat mencuba!
Sebelum ni peluh tiyok dok dapur buat benda ni aje mkn berejam.. Dah tau cara, bila anak minta, layan kan aje.. Nah sy bagi tips mudah buat sotong celup tepung cara saya🤭#8k+
Cara membuat:
Selamat mencuba!
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari telah meninggal dunia pada Khamis di Hospital Ampang,...