Kadang kala, kita ketandusan idea untuk buat hidangan minum petang bersama seisi keluarga.

Namun, kita tentunya nak cari hidangan yang simple tetapi sedap. Menerusi perkongsian ini, ketahui cara membuat Popia Bergedil. Rasanya memang macam di kedai. Jika nak jana pendapatan pun boleh buat niaga.

_________________________________

Minum petang buat POPIA BERGEDIL cicah plk sambal kicap berapi  mmg laju makan. Puas hati buat sendiri, dapat makan ramai². Banyak plk tu dapat. Jom tengok resepi 

RESEPI POPIA BERGEDIL

Popia Bergedil Mudah Nak Buat, Rasa Pun Sedap Macam Beli Di Kedai!

IKLAN

Bahan²
1 bungkus kulit popia dipotong dua
3 biji telur (untuk salutan)
Minyak secukupnya

Bahan bergedil;
4 biji kentang besar
400 gm daging kisar Ramly
4 sdb bawang goreng
Daun sup/bawang potong halus
1 sudu (k) lada sulah
Sedikit garam
2 biji cili besar merah potong halus

Bahan sambal kicap:-
1 mangkuk kicap manis
Cili api ikut pedas
1 ulas bawang putih

IKLAN

Hiasan:-
Cili padi dipotong
Daun sup dipotong kasar
1 sudu (b) bawang goreng

Cara-Cara:-

Popia Bergedil Mudah Nak Buat, Rasa Pun Sedap Macam Beli Di Kedai! Popia Bergedil Mudah Nak Buat, Rasa Pun Sedap Macam Beli Di Kedai!
1) Kentang potong nipis2 dan goreng sehingga empuk atau lembut.
2) Masukkan dalam mangkuk, lecek kentang goreng tadi sehingga lumat, masukkan daging kisar, daun sup/bawang, bawang goreng, cili merah, lada sulah, perasa. Gaul sehingga rata.
3) Amik kulit popia lipat sikit bahagian atas dan letak inti dan gulung bergedil bersama kulit popia tadi.
4) Pukul telur dan tambah sedikit perasa, celupkan popia bergedil tadi ke dalam telur dan goreng dalam minyak yang telah dipanaskan.
5) Nampak kekuningan terus angkat dan bolehla hidang dan taburlah sikit daun sup dan bawang goreng.

IKLAN

Popia Bergedil Mudah Nak Buat, Rasa Pun Sedap Macam Beli Di Kedai!

Cara sambal kicap 
1) Tumbuk cili padi dan bawang putih sehingga lumat.
2) Panaskan periuk dan masukkan kicap dan cili yang ditumbuk.
3) Masakkan cili kicap sebentar tp jgn sampai mendidih. Siap.

Popia Bergedil Mudah Nak Buat, Rasa Pun Sedap Macam Beli Di Kedai!

Siap!

Kredit: Rozmaliza Omar

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI