Azah Aziz enggan bermadu, suami buat perjanjian khas perkahwinan sebelum mendirikan rumah tangga. Pelakon Azah Aziz mengakui ada membuat perjanjian khas dengan suaminya, Daud Leroy Abdullah agar lelaki itu tidak berkahwin lebih daripada satu sebelum mereka mendirikan rumah tangga.
Azah Aziz Enggan Bermadu, Suami Buat Perjanjian Khas Perkahwinan Sebelum Mendirikan Rumah Tangga
Azah atau nama sebenarnya Norazah Aziz, 51 bertemu jodoh dengan Daud yang juga warganegara Perancis pada 7 Januari 1995 dan mereka menetap lama di Montreal, Kanada.
“Saya tahu juga mengenai kisah kemelut rumah tangga pasangan artis di Malaysia yang hangat diperkatakan ketika ini. Cuma, apa yang saya boleh cakap, dalam hubungan perkahwinan memang ada pasang dan surutnya.
“Tetapi, syukur Alhamdulillah untuk perkahwinan saya dan suami yang akan genap 30 tahun pada Januari 2025, setakat ini okay saja. Namun, kalau ditanya rahsia kami kekalkan perkahwinan, pemikiran saya ada lain sedikit.
“Suami saya yang juga mualaf, boleh kalau nak berkahwin empat macam lelaki lain. Tapi, kami dah ada buat perjanjian perkahwinan yang dia (suami) tak boleh berkahwin lebih daripada satu,” katanya.
Tambah Azah lagi, dia bukan hanya berkahwin dengan lelaki asing namun, pernah menetap di beberapa negara seperti Kanada dan Perancis yang jauh dari keluarga bersama suaminya itu.
“Saya pun sebenarnya tidak juga meletakkan sepenuh kepercayaan kepada suami sebab memang ada rasa gusar juga jika dia (suami) akan ‘serong’ dengan kita.
“Malah, saya dari semasa ke semasa mesti periksa ke mana dia pergi. Ditambah, sekarang saya pun tinggal di Malaysia serta aktif berlakon dan suami pula bekerja di Dubai.
Ads
“Tapi, pada era teknologi ini mudahlah kami buat panggilan telefon setiap hari. Kalau saya terlupa, suami yang akan hubungi saya sebab wajib untuk kami kirim pesanan sebelum tidur,” katanya.
Menurut Azah, dia dan suaminya mempunyai kebiasaan untuk memastikan tidak membawa sebarang perbalahan yang terjadi antara mereka ke hari seterusnya.
“Pada saya, soal kebahagiaan (dalam rumah tangga) ini kita perlu cari sendiri. Cuma, apa yang penting ialah kena sabar dan cara berkomunikasi.
“Hampir 30 tahun hidup bersama, saya dan suami tidak pernahlah kami bergaduh besar. Jika ada perselisihan faham, kita mesti selesaikan segera sebab tak nak ia berlanjutan lama,” katanya.
Hasil perkongsian hidup tiga dekad itu, mereka bahagia dengan dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Aaron, 26, Ryan, 20, dan Justin, 17 tahun.
Memang tidak dinafikan ramai wanita suka jika suaminya seorang yang romantik. Bukan kata-kata aje tau, tetapi dengan melakukan perkara yang romantik. Boleh dikatakan ramai wanita suka jika suami membuat perkara romantik. Jom ketahui cara supayaa suami lebih romantik.
Mempunyai anak yang ramai bunyinya memang mengujakan. Mungkin juga menjadi idaman ramai antara kita. Maklumlah bila anak-anak ramai, hidup ini lebih meriah. Pun begitu tidak dinafikan hidup berkeluarga ini perlukan tanggungjawab dan pengorbanan.
Bahkan ada juga yang mengatakan hidup berkeluarga ini bukan satu benda yang murah! Namun sebagai ibu ayah janganlah kita jterlalu risau memikirkan wang yang perlu diadakan untuk menanggung keluarga yang ramai.
Ini kerana yakinlah setiap anak yang dilahirkan adalah anugerah dan Dia jugalah yang memberi rezeki di atas kehadiran cahayamata walau mungkin ada di sudut hati terasa tidak mampu menyara keluarga besar.
Berkongsi kisah keluarga Puan Khairunnisa Hamzah ini ada benarnya, setiap anak itu ada rezekinya.
“Berkeluarga ini bukanlah satu benda yang murah”
Saya tertarik dengan statement berikut,”Berkeluarga ini bukanlah satu benda yang murah”
Tadi sahaja saya baru kongsi cerita dengan mak tentang perbelanjaan kami beli barang keperluan harian dan belanja dapur yang mencecah 1 ribu ringgit yang hanya bertahan 2 minggu, jika bernasib baik. Jika tidak, hanya 1 minggu sahaja.
Itu belum termasuk kecederaan barang atau keperluan yang tiba-tiba perlu.
Nak tahu mak kata apa?
Mak kata, “Kasar kau belanja”
Saya terdiam…Tapi kemudian saya terpaksa cerita balik macam mana kita yang
1. Kalau masak maggi, 1 bungkus besar terus kena masak. Kalau 1 pek saja mana cukup. Boleh buat anak-anak bergaduh.
2. Goreng ayam, itu pun dah potong kecil-kecil. Tapi anak tengah nak makan, tengah membesar, lapar, nak lagi, kenalah masak lagi.
3. Ikan kalau masak siakap seekor yang harga rm11, tak cukup untuk 7 beranak. Yang kecil saja kuat makan ikan, nasi dia tak nak. Tapi masak juga sekor sebab nak bertahankan kos.
4. Udang kalau masak, dapat sorang seekor tu dah kira baik. Kalau buat rencah mee terpaksa belah 2, kemudian belah lagi 2. Biar ada, biar sama-sama merasa.
5. Buah kena beli banyak. Kalau tak, anak nak makan keropok saja. Budak-budak cepat lapar. Kalau buat cekodok saja pun dia boring nak telan juga. Muak. Tapi.. Satu epal mana cukup, kena potong 2-3 epal sekali ngadap makan. Itu untung kalau 2-3, datang hujan, lapar, 5-6 biji kena potong lagi.
6. Itupun petang-petang berpeluh masak keropok ikan. Habis sebungkus, hidang sekali hadap saja. Mak pelik sebab keropok ikan rumah mak boleh sampai berkulat tak ada orang makan.
7. Roti pun mak pening tengok kita beli macam nak buka kedai. 2-3 hari habis roti tu semua, licin. Kita nak makan pun tak sempat pegang. Habis sekejap saja anak-anak makan.
8. Eh, kalau nak listkan bab makanan je, tak habis ler…tu belum lagi hal vitamin, supplement dan makanan sunnah. Kalau ada rezeki lebih, bolehlah diberikan pada anak-anak semua. Kalau tak, hanya pada yang sakit sahaja jika ada yang tak sihat lebih-lebih lagi apabila tibanya musim hujan.
Pendek kata, anak ramai ni besar belanjanya.
10. Susu anak, setiap minggu nak kena beli. Seminggu saja habis.
11. Pampers pun nak kena beli lagi dan lagi. Selalu cuak harga pampers dengan susu berapa bila nak beli. Selalu naik harga.
12.Tu belum hal kasut sekejap je dah tak muat. Kasut koyak, selipar tercabut,
13.Bab pakaian lagi jangan cakap, kejap saja lusuh, koyak, lepas tu banyak yang dah kotor sebab tak hilang kena kotoran degil. Yang koyak tu dah beberapa kali jahit, bukan tak jahit.
Ni kalau pakaikan pakaian apa ada, mesti kena sound “Apalah kau pakaikan baju anak-anak”
Tapi itulah, bila beli kang kata “Kau belanja kasar”
Anak ramai, belanja besar. Nak beli satu, nanti yang lain tuntut mereka punya juga.
Tapi itulah, dalam belanja-belanja, kita pun tak boleh nak hitung balik rezeki datang dari celah mana.
Alhamdulillah sentiasa ada. Tak boleh pun, boleh ada juga. Ini semua Allah punya kerja.
Pernah seorang tokey kedai lampu yang sedang mengandung bertanya saya anak ada berapa orang?
Bila saya jawab 5, dia usap perutnya yang sedang tunggu masa. Dia kata…
“You happy kan? I dulu satu anak saja. Bila tambah lagi 1, makin happy. Sekarang sudah nak 3, i happy. U happy tak? Lagi anak banyak, lagi happy kan? Nanti itu rezeki makin banyak”
Saya angguk dan jawab “Setuju”
Tak tahulah dia nak sedapkan hati ke apa. Tapi beriya dia minta saya jawab dengan jawapan yang boleh sedapkan hatinya.
Saya doakan dia mudah bersalin dan berkata, “Kalau dalam Islam, setiap anak itu membawa rezeki. Allah dah siapkan rezeki masing-masing. Kami sekarang jaga anak saja, tumpang rezeki mereka”
Dia tersenyum lebar…Nampak seperti lega sangat. Moga senang bersalin. Katanya, keluarga dan kawan-kawan bising. 1 anak, kos tinggi. Sekarang dia nak 3 anak. Dia kena kerja keras lagi.
Kawan,
Ada anak ke tak ada anak ke bukan kerja kita. Anak berapa in total pun bukan kerja kita.
Kerja kita ialah jalankan amanah dan tanggungjawab yang Allah dah berikan kepada kita.
Masa saya dapat biasiswa zaman universiti dahulu, ayah kata, “Anak orang lain boleh beli motor, kereta dengan duit biasiswa. Awak, sampai habis belajar pun tak ada apa”
Bagi saya, keluar universiti dengan sihat jasad, sihat mental, sihat keputusan, itu adalah pulangan yang paling berbaloi.
Macam hal anak sekarang ini, duit memang habis tapi anak sihat, berakal, berakhlak, berpendidikan dan tidak merempat, itu pulangannya terhadap apa yang kita belanja setiap hari.
Ini bukan saja-saja, tapi amanah Tuhan yang akan dipertanggungkawabkan hari-hari.
Kata saya pada mak,
“Nak buat macam mana, bu. Banyak hidupan di rumah yang perlu dipelihara sekarang ini”
Buat semua ibu ayah di luar sana,
Bertabahlah.. Terus kuat. Reda, ikhlas, InsyaAllah, Allah bagi kita rezeki kesihatan, kudrat dan kemampuan di luar fikiran.
Semalam tular seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun terpaksa menahan kesakitan hampir sejam setelah kaki kanannya tersepit dalam eskalator di sebuah pusat beli belah.
Ketika kejadian kira-kira 1.30 tengah hari itu, kanak-kanak itu dikatakan sedang turun bersama ibu bapanya menggunakan eskalator dari tingkat dua sebelum kaki kanannya secara tiba-tiba masuk dan tersepit di bahagian tepi eskalator berkenaan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 1.48 tengah hari.
“Kaki mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira setengah jam kemudian dan mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Seorang saksi ingin dikenali sebagai Nurul berkata dia terdengar jeritan yang amat kuat sebelum melihat seorang kanak-kanak tersepit di eskalator itu.
“Keadaan memang panik, nasib baik ada yang segera menekan butang kecemasan bagi menghentikan eskalator itu. Kanak-kanak itu menangis hampir satu jam sebelum pihak bomba datang mengeluarkan kakinya yang tersepit,” katanya.
8 Langkah Keselamatan Semasa Menaiki Eskalator
Ketahui lapan langkah keselamatan yang boleh dipraktikkan sama ada kepada diri sendiri mahupun anak-anak kecil.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.