Bakat dan kreativiti yang ada diterjemahkan pada benda-benda yang simple namun hasilnya sangat menarik.
Demikian juga dengan kreativiti ayah ini yang menukar wajah bilik kosong yang sudah usang kepada ruang bermain anak yang cukup simple tapi sweet dengan menampilkan tema ‘Farm House’.
Ads
Tidak menggunakan bajet yang mahal, sebaliknya saudara Khairul Azhar hanya menggunakan bahan-bahan yang dibeli dari kedai RM2 serta Shoppee. Menarik bukan. Sejuk je mata memandang. Anak pun seronok dapat menghabiskan masa bermain di dalam bilik berkenaan.
Alhamdulillah rumah kampung, ada bilik kosong yang usang saya ubah sikit jadikan bilik main untuk anak.
Ads
Nampak ceria sikit dan harap okey laa. Tema “farm house” sesuai la dengan rumah kayu.
Barang saya beli dekat kedai Dua Ringgit dan Shopee jaa. Walaupun rumah kayu tapi kalau tacap sikit2 cantik la jugak 😍
Selepas empat hari selamat melahirkan anak ketiga menerusi pembedahan, pelakon Syatilla Melvin terpaksa kembali dan mendapatkan rawatan di hospital.
Dia mengalami simptom sakit kepala yang agak teruk sehingga menyebabkan dirinya tidak mampu bangun serta menyusukan bayinya itu.
“Kena spinal headache attack yang sangat teruk. Tak boleh bangun, tak boleh susu baby dan even tak pegang baby sangat pun.
“Serik ya Allah. Doakan Tilla,” tulis Syatilla lagi menerusi kapsyennya.
Perkongsian tersebut dimuatnaik menerusi laman Instagramisteri kesayangan Shaheizy Sam. Dia juga turut memohon semua pihak dapat mendoakan semoga keadaan kesihatannya dapat kembali pulih seperti sedia kala.
Terdahulu, Syatilla telah selamat melahirkan caya mata ketiganya yang diberi nama Salama Samheizy pada tanggal 9 Mei lalu.
Sam dan Syatilla telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 8 Februari 2016. Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini turut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy.
Siapa yang tak panik apabila kereta terbabas menjunam masuk ke dalam sungai atau tasik.
Ketika ini situasi berlaku dengan pantas. Kita tentu tak tahu nak buat apa apabila air masuk dengan pantas dalam kereta.
Sudah tentu mustahil untuk kita membuka pintu kereta apabila kereta terus tenggelam masuk ke dalam air.
Jadi nak tahu apa yang kena buat. Jom ikuti panduan ini.
INI KENA BUAT BILA KERETA TERBABAS MASUK DALAM SUNGAI
Bahagian hadapan kereta adalah bahagian paling berat disebabkan kewujudan enjin. Jadi bahagian hadapan kereta akan tenggelam terlebih dahulu.
Bila dalam keadaan cemas macamni, instinct pertama korang mesti nak buka pintu dan keluar. Tapi hakikatnya, pintu tak akan boleh dibuka selagi air tidak penuh dalam kereta!
Bila kereta korang tengah dalam keadaan dimasuki air, pressure air daripada luar menyebabkan korang takkan boleh bukak pintu kereta.
Air masuk = pressure in
Buka pintu = pressure out
Andai kata korang gagal pada percubaan pertama untuk buka pintu, cara terbaik adalah:
1. Lari ke tempat duduk belakang
2. Percahkan cermin pintu kereta
3. Keluar melalui tingkap pintu kereta
“Kenapa kena lari ke tempat duduk belakang?”
Sebab bahagian depan akan tenggelam terlebih dahulu. Jadi anda ada lebih masa jika di tempat duduk belakang.
“Saya tak kuat nak pecahkan cermin kereta!”
Sekiranya korang tak ada glass breaker, korang boleh gunakan headrest kereta. Tanggalkan headrest, umpilkan celah cermin pintu, insyaAllah cermin pecah.
Kenapa pecahkan cermin lebih selamat?
Sebab kalau korang tunggu kereta penuh air baru nak buka pintu, berkemungkinan korang dah makin tenggelam ke dasar. Jadi untuk korang berenang semula ke permukaan, lagi jauh lebih lebih lagi dalam keadaan cemas.
Sama juga kalau korang nak selamatkan orang dalam kereta yang tenggelam. Sekali cuba buka pintu tak dapat, terus pecahkan cermin. Dari luar kau baling batu pun boleh pecah cermin tu. Lagi senang penumpang nak keluar.
Kenapa cermin pintu dan bukan cermin depan/belakang?
Korang kena tahu ya, windshield glass ni memang direka untuk tidak bersepai. Pecah pun masih dalam keadaan sekeping. Cermin pintu ni pula, sekali pecah hancur berderai.
Fokus pemberian vaksin untuk kanak-kanak seawal umur 12 tahun bakal dilaksanakan untuk mendapatkan imuniti kelompok sebagai langkah mengawal penularan wabak COVID-19.
Keputusan kerajaan itu melegakan banyak pihak, terutama apabila terdapat desakan agar kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas segera diberikan vaksin memandangkan impak jangkitan dalam kelompok itu semakin membimbangkan.
Terbaru, pemberian vaksin untuk kanak-kanak dan remaja berusia 12-17 Tahun mula Dilaksanakan.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.