Bagi yang mengenali dan mengikuti pelakon dan usahawan, Zarina Zainuddin, mesti tahu serba sedikit tentang anak-anaknya yang sering dimuat naik di laman sosial miliknya. Lebih-lebih lagi anak autismenya, Azal dan Azil yang selalunya mendapat perhatian orang ramai terutamanya saat mereka tantrum, dan kesabaran Zarina menjaga mereka sememangnya mendapat pujian ramai.
Baru-baru ini, tular satu video di laman Tiktok, Zarina dan Azal sedang menjalani sesi penggambaran. Dalam video tersebut, kelihatan ibu kepada empat orang cahaya mata ini mengajukan soalan tentang kematian yang menyebabkan anaknya itu tergamam dan membuat reaksi wajah sedih.
“Kalau suatu hari nanti kan, ibu dah tiada dalam dunia ni, dah meninggal dunia. Macam mana Azal?” katanya.
Ads
Bukan itu sahaja, Zarina sempat berkongsi perihal anaknya yang dikongsikan selama ini bukan sekadar ‘content’ bila mana ada yang mengecamnya berbuat demikian. Malah dia juga gagal mengawal air matanya dan terus menangis. Dalam pada itu, Azal sempat memberitahu bahawa dia amat sayangkan abangnya Azil tapi kadang kala tidak tahan dengan sikap suka naik angin yang dialami olehnya.
Namun begitu, situasi sedih sebentar tadi terus bertukar lucu apabila anak bujangnya itu secara tidak sengaja telah terkentut ketika sedang ditemu bual. Sedar akan kejadian tersebut, Zarina terus menegur dengan lembut perbuatan kurang sopan berkenaan namun anaknya hanya membuat muka selamba sahaja.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan perbuatan spontan pemuda berkenaan. Dalam pada itu, ada yang sempat berseloroh kononnya air mata yang hampir mengalir disebabkan kisah sedih Zarina terus kering gara-gara gelagat jejaka tersebut.
Kreatif dan rajin, semua benda akan menjadi. Betul tak? Biasa kita lihat sekaerang ramai yang DIY sendiri peralatan rumah dengan hanya menggunakan barangan terpakai. Sebagai contoh, hasilkan katil dengan menggunakan kayu pallet dengan kos yang rendah. Bukan tu je, meja makan pun boleh dihasilkan dengan menggunakan kayu palet yang terpakai.
baru-baru ini, admin melihat satu perkongsian dari saudari Anis Remli II yang menghasilkan ampaian sejadah dan tualadengan hanya bermodalkan RM18 sahaja. Menurutnya, bahan yang digunakan hanyalah pvc paip yang boleh diperolehi di kebanyakan kedai perkakas dan ECO. Memang berbaloi kan!
Assalammualaikum..haritu sy ada share sy buat Ampai Tuala dan sejadah guna pvc ada yg btanya ukuran yg sy guna n step..
So harini sy share ya cara sy buat..Nii sy buat sndri sbb bila sy bg tau suami sy mcm mn nk buat guna brg pvc nii dia x fhm..so dri sblm jdi gaduh saya buat je sndri..lgpn x ssh sng je bg sy..dri gaduh x dpt ape😅😅
Ampai nii klu dkt kdai yg dh siap dlm Rm25 dn keats.. klu kita buat sndri guna pvc 1 ampai Rm18 modal sy buat 2 utk blik ank sy bru Rm30.60..jimat bnykkn sng klu beli dkt kdai 1 harga blh dpt 2 ampai..betul tak??hihi😁😁
❗❗ ampai tu sy ikut saiz sejadah n tuala klu u all nk panjangkn lgi saiz ampai blh je..pd cra msing2😁😁
Cukup memilukan dan sebak melihat seorang wanita bersama tiga orang si kecil hanya tidur beralaskan tikar yang dihamparkan di atas rumput. Namun anak-anaknya tetap nyenyak tidur berselimut, di luar sebuah kereta uzur.
Anak-beranak ini sebenarnya menumpang tidur di tempat parkir kereta di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Juru, Pulau Pinang di Lebuhraya Utara-Selatan.
“Ya Allah, ya Tuhanku, kasihan kat anak-anakku along, angah dan adik. Mama minta maaf sebab tak dapat nak bagi anak-anak mama tidur dengan selesa,” menurut keterangan seorang ibu menerusi video yang dikongsinya di laman sosial.
Bercakap kepada mStar, Nurulhafifa Mohd Sabri berkata, dia tidak menyangka video kenang-kenangannya menempuh kesusahan bersama anak-anak menjadi tular.
Wanita berusia 32 tahun itu bagaimanapun mengakui menjadikan R&R sebagai tempat berteduh mereka anak-beranak sejak keluar dari rumah sewa di Kepala Batas, Seberang Perai.
“Sudah empat bulan kami tidur di kawasan R&R, berhujan dan berpanas selepas tak dapat bayar tunggakan rumah sewa selama lima bulan serta tunggakan bil air dan elektrik selama setahun berjumlah kira-kira RM4,000.
“Merata-rata tempat kami bermalam, kadang-kadang di R&R Juru dan R&R Gurun. Anak-anak lebih selesa tidur atas tikar di luar kereta, saya dan suami pula tidur di dalam kereta,” katanya ketika dihubungi.
Bergelar ibu tunggal selama 11 tahun, dia kemudiannya berkahwin pada 9 februari lalu dengan seorang mekanik berusia 38 tahun dengan pendapatan tidak tetap.
“Bengkel tempat kerja suami ditutup sementara sebab kes Covid-19. Jadi, kami jual tisu.
“Kadang-kadang kami sampai ke R&R Sungai Buloh di Selangor sebab lebih ‘laku’ di sana. Kami pergi ke kereta-kereta, minta tolong mereka beli tisu sebab nak isi minyak dan top up duit tol,” ujarnya yang berasal dari Permatang Pauh di Seberang Prai Tengah.
Penerima zakat sebanyak RM400 sebulan daripada Zakat Pulau Pinang (ZPP) itu perlu berusaha lebih untuk membesarkan tiga anak lelakinya berusia 16, 13 dan 11 tahun, dengan dua daripadanya merupakan orang kelainan upaya (OKU) masalah pembelajaran.
Hafifa berkata, dia sebelum ini berniaga gerai menjual air balang dan buah potong, namun bisnesnya terjejas ekoran pandemik Covid-19.
“Sejak pertengahan tahun lalu, saya mula jadi runner hantar makanan dan barang-barang. Tapi tak banyak dapat kerana bayaran ikut sedekah pelanggan.
Kadang-kadang kami sampai ke R&R Sungai Buloh di Selangor sebab lebih ‘laku’ di sana. Kami pergi ke kereta-kereta, minta tolong mereka beli tisu sebab nak isi minyak dan top up duit tol.
“Kadang-kadang ada upah, kadang-kadang tak ada job runner. Saya jadi runner pun guna kereta Proton Wira dipinjam daripada abang ipar.
“Pernah sekali enjin kereta rosak. Saya terpaksa guna duit zakat dan jualan tisu untuk baiki kereta,” katanya sambil menambah ketiga-tiga anaknya tidak bersekolah sejak mereka keluar dari rumah sewa.
Beberapa pihak tampil memberi bantuan, susulan video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok pada Jumaat malam, meraih lebih 1.4 juta tontonan.
Salah seorang daripada mereka adalah pemilik butik, Nazuha M Ariffin, 31, yang menemui Hafifa di R&R Bagan Ajam di Butterworth, Pulau Pinang pada Sabtu lalu, sebelum membawa keluarga itu membeli barang keperluan.
Hafifa berkata, seorang lagi turut membantu dari segi bayaran tunggakan rumah sewa sekali gus membolehkan dia bersama keluarga kembali tinggal di rumah berkenaan.
“Alhamdulillah ada yang baik hati. Sekarang ni kami dah tak jual tisu cuma pergi cari kotak dan tin buruk untuk jual di kedai besi buruk.
“Sekarang ni saya, suami dan anak sulung yang ke sana ke sini cari kotak dan tin buruk untuk dijual. Alhamdulillah, dua lagi anak dah masuk ke sekolah tahfiz atas bantuan seorang ustaz.
“Saya nak berniaga balik tapi tak ada modal. Teringin nak berniaga air balang dan buah potong macam dulu, dan mungkin juga jual nasi tomato. Harap dipermudahkan,” katanya lagi.
Jelas gambaran kebahagiaan yang dilalui oleh pasangan selebriti popular ini iaitu Shaheizy Sam dan Samtilla yang menyambut ulang tahun perkahwinan yang ketiga hari ni.
Lebih manis, apabila Samtilla hamil anak kedua. Malah coretan Samtilla di instagramnya mengundang perhatian netizen setelah memuat naik kapsyen yang mencuit hati.
Antara kata Samtilla, “Suami Rajin Memberi, Isteri Pulak Menerima.” Memang win.
Hamil anak kedua
Samtilla dan suami bersama anak pertama
Netizen mendoakan kebahagian sempena ulang tahun perkahwinannya
Sumber: Instagram Samtilla
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kemenangan Foziya Abdullahi sebagai Miss World Somalia 2026 bukan sekadar menambah satu lagi nama baharu dalam dunia ratu cantik antarabangsa, sebaliknya membawa bersama naratif...