Azhar Sulaiman sanggup ‘kehelkan’ kaki demi menjiwai watak Pak Bakar. Bagi memastikan lakonannya meninggalkan impak yang kuat kepada penonton, pelakon berpengalaman, Azhar Sulaiman sanggup memaksa dirinya berjalan dalam keadaan tidak selesa sehingga menyebabkan kecederaan ringan, semata-mata untuk membawa watak lelaki kurang upaya dalam siri terbaharu, Hilang Kasyorga.
Azhar Sulaiman Sanggup ‘Kehelkan’ Kaki Demi Menjiwai Watak Pak Bakar
Dalam naskhah yang sudah mula ditayangkan menerusi Unifi TV Originals sejak 23 Jun lalu, Azhar memegang watak Pak Bakar, seorang lelaki yang mengalami kecacatan pada bahagian kaki.
Berkongsi pengalamannya, Azhar, 53, mengakui pada peringkat awal dia hanya cuba-cuba meniru gaya jalan tempang untuk menambah realisme lakonannya, namun tidak menyangka tindakan itu akhirnya mengundang kesan fizikal yang ketara terhadap dirinya.
“Waktu mula-mula bawa watak Pak Bakar, saya sekadar bersahaja tiru gaya orang cacat. Buat gaya kaki macam terkehel supaya nampak lebih meyakinkan.
“Tapi selepas tiga minggu, setiap kali balik ke rumah, kaki saya mula bengkak di bahagian sisi dan pinggang saya pula mula sakit,” katanya.
Menurut Azhar, dia tidak pernah berniat untuk menyiksa diri, namun sebagai pelakon, dia mahu betul-betul menghayati watak itu agar kelihatan realistik di kaca mata penonton.
Ads
Tambahnya, selepas beberapa minggu di set penggambaran, dia mula merasai keletihan melampau dan hampir menyesali keputusannya menerima tawaran membawa karakter berkenaan.
“Bukan saya saja-saja nak dera diri sendiri, tapi bila saya cuba jalan biasa, saya tak dapat rasa karakter itu hidup.
“Bila saya betul-betul buat gaya jalan orang kurang upaya, memang penat dan sakit. Masa hari pertama penggambaran, saya dah terfikir kenapa saya terima watak ni,” katanya sambil tertawa.
Namun sebagai pelakon yang sudah lebih 30 tahun berkecimpung dalam industri, Azhar melihat cabaran itu sebagai sebahagian daripada tanggungjawab profesional yang perlu dilaksanakan.
Bapa kepada tiga cahaya mata ini berkata, pengalaman yang dikumpul selama lebih tiga dekad banyak membantunya dalam menghidupkan karakter-karakter kompleks seperti Pak Bakar.
Ads
“Pada usia saya sekarang, saya tidak boleh gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai pelakon. Susah atau senang, saya perlu cabar diri untuk jayakan watak yang diberi.
“Saya percaya pengalaman selama ini yang membentuk kemampuan saya untuk menghidupkan pelbagai karakter,” katanya lagi.
Siri arahan Feroz Kader itu turut dibintangi pelakon popular seperti Kamal Adli, Nabila Huda dan Adra Mikayla sebagai peneraju utama, selain penampilan barisan pelakon lain yang turut memeriahkan drama tersebut.
Selepas ‘The Pocket Rocketman’ ini mengumumkan persaraannya daripada pelumbaan berbasikal trek, beliau kini dilihat banyak menghabiskan masa bersama keluarga tercinta.
Terbaru, bapa penyayang ini sempat bercuti bersama dua anak perempuannya, Amna Maryam dan Amna Khadeeja ke Singapura.
Menariknya kata Azizul, dia hanya bersama dua anaknya tanpa ditemani isteri dan dua lagi anaknya.
Semuanya bagi mengeratkan lagi hubungannya bersama anak-anak terutama dua anak perempuannya yang semakin remaja.
“Buat pertama kalinya saya travel hanya dengan Maryam & Khadeeja. Sebelum ni kalau travel kemana-mana mesti ummi nya ada juga. Saya kena bentang dua tiga kali jugaklah dekat parlimen untuk dapat kelulusan.
“Usul saya yang mematikan hujah pihak pembangkang adalah setiap kali saya pergi travel untuk training camp dan competition, depa pernah pergi berjalan tanpa saya 😂 hehe.
“Well actually, trip macam ni boleh mengeratkan lagi connection antara bapak dan anak. Mostly anak-anak perempuan ni, tak mudah membesarkan mereka di dunia yang semakin tantangan ni. Yang dah kawin dan ada nak sure faham kan? Yang tak kawin lagi tu, korang kene kawin dulu lah kalau nak faham,” luahnya berkongsi cerita.
Tambah bapa empat anak ini lagi, banyak kenangan manis yang dikongsi bersama ketika bercuti bersama anak perempuannya.
Lebih manis lagi, Azizul juga begitu sporting dengan memberi kebebasan untuk mereka memilih apa jua kesukaan mereka ketika bercuti.
“Banyak pengalaman manis yang terukir dan sebagai seorang bapak, sudah tentu bila anak-anak bagitahu, “Abi this is the best trip i ever had”, membuatkan saya rasa setiap saat amat bermakna. (Ummi jangan jealous ye😅, hehe)
“Highlights of the trip, saya bagi mereka satu hari ‘Yes Day’ untuk mereka pilih apa yang mereka nak buat.
“Cuba teka apa yang mereka nak? Mereka nak makan Wingstop dan Popeye😅. Terpaksalah abi nya melayan, janji anak-anak gembirakan,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Azizul membuat keputusan untuk bersara dari dunia pelumbaan berbasikal trek selepas berakhirnya Sukan Olimpik Paris pada Ogos lalu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rasa buah anggur yang manis tentu membuatkan buah ini menjadi kegemaran ramai. Biarpun harganya agak mahal, namun tetap mendapat perhatian ramai.
Lazimnya, buahan-buahan seperti anggur dan epal yang diimport dari luar negara biasanya disalut dengan lilin (wax) bagi memastikan buah-buahan tersebut kekal segar.
Nak tahu cara untuk mengeluarkan salutan lilin ini, ikuti cara yang ditunjukan oleh Azleen Azlinda. Mudah rupanya nak bersih buah.
Bahan:
Anggur
Tepung gandum secukupnya
cara:
1.Masukkan anggur ke dalam bekas yang bersesuaian.
2.Taburkan tepung gandum dengan secukupnya.
3.Gosok buah dengan perlahan-lahan bagi menanggalkan kesan wax.
4.Bilas dengan air bersih.
Hasilnya buah anggur anda akan lebih bersih dan berkilat. Mudahkan jom lepas ni kalau beli boleh buat macam ni jangan terus basuh makan je tau
Kredit Info & Foto: Azleen Azlinda
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Terasa bahagianya membaca perkongsian dari seorang anak ini saat meraikan hari jadinya.
Umumnya, bila kita menyambut hari kelahiran pastinya kitalah yang menerima hadiah daripada seseorang.
Namun berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Encik Firdaus Wong ini, di mana dihari jadinya pada 18 Januari lalu, dia memberikan hadiah kepada kedua orang tuanya.
Kenapa dia melakukan itu, jom ketahuinya melalui perkongsiannya ini.
Bagaimana saya sambut harijadi saya hari ini?
Breakfast dengan ibu bapa saya yang belum Muslim kemudian bawa mereka membeli persiapan Tahun Baru Cina dan juga membeli hadiah harijadi. Bukan beli hadiah harijadi untuk diri saya tetapi membelikan hadiah untuk mereka.
Birthday saya kenapa belikan hadiah untuk mereka pula?
Merekalah asbab saya dilahirkan di dunia ini dan kemudian dikurniakan hidayah memeluk Islam pada 2005.
Mereka jugalah yang mendidik dan menjaga saya. Merekalah yang lebih layak menerima hadiah pada hari lahir saya dan bukannya diri saya.
Sebelum memeluk Islam, saya hanya meraikan harijadi dengan kawan-kawan sahaja tetapi setelah memeluk Islam, saya mempunyai perspektif yang lain. Yang layak meraikan adalah IbuBapa saya dan yang layak menerima hadiah adalah IbuBapa saya bukannya saya & saya sepatutnya mendahulukan IbuBapa saya pada harijadi saya.
Mereka banyak menyokong gerak kerja dakwah dan kebajikan saya walaupun belum Muslim. Saya telah mengajak mereka memeluk Islam berkali-kali dan saya hanya mampu berdoa agar Allah bukakan hati mereka, adik beradik saya serta ahli keluarga mertua saya yang belum Muslim untuk memeluk Islam. Allahuma Ameen.
*Jangan tanya umur berapa. Biarlah rahsia. InshaAllah masih muda lagi.