Momen ketika anak-anak semakin membesar ni kadang-kadang mencuit hati kita sebagai ibu ayah. Ada saja akal mereka yang membuatkan kita rasa sekejap je masa berlalu, anak-anak dah semakin besar kan. Bila mereka berbaik dengan adik beradik, lagi lah kita rasa serook tengok kan?
Seperti sebuah video yang dikongsikan Emma Maembong, ketika anak sulungnya, Shariq Gabriel, cuba menidurkan adik. Ketika itu Syakil Aryan Shah, sedang berbaring dan minum susu apabila Shariq menepuk-nepuk adiknya sambil berzikir.
Pada usianya lebih kurang empat tahun, Shariq sangat pandai menjaga adiknya. Bukan saja Aryan okay ditepuk-tepuk abangnya bahkan dia nampak tenang apabila Shariq ada di situ. Sambil merekod anaknya, Emma kemudian mencium Shariq dan memujinya.
Shariq kelihatan sangat gembira dengan pujian ibunya itu. Sebenarnya penghargaan yang simple seperti pujian kepada anak pun dah dapat buat anak rasa seronok dan menjadi lebih yakin dengan dirinya sendiri.
Ads
Selain membina hubungan yang baik antara adik beradik, Emma juga menerapkan amalan berzikir sebelum tidur. Pasti dah selalu Emma dan suami buat begitu bila nak tidurkan anak-anak, jadi ia menjadi contoh kepada Shariq dan Aryan.
Sesiapa ada anak yang tidak susah diberi makan ubat memang beruntung! Apa tidaknya, rata-rata anak ini memang sukar untuk diberi makan ubat, hingga ada yang akan menangis dan meronta-ronta. Malah yang lebih ‘bijak’ diluahkan bila disupkan ke mulut.
Sudahlah sukar memberi makan ubat, rupanya cafra kita beri kepada anak pun salah. Patutlah tidak sihat-sihat anak tersebut. Di sini melalui perkongsian Zida Elah ada menceritakan teknik yang betul memberi anak makan ubat yang diajar oleh seorang doktor.
Untuk ketahui lebih lanjut, kita baca perkongsian ini.
Rupanya Ni Cara Betul Bagi Ubat Cair Kat Anak.30 Tahun Hidup. Ni Baru Tahu!!!
Sumpah selama ni tengku tak tahu. Tengku dan suami bagi ubat dekat anak macam orang lain bagi jugak. Ambik picagari tu cucuk dalam botol ubat. Tarik. Suap kat anak. Lepas tu cucuk balik dalam botol lain. Rupanya salah.
Sampailah one day anak bongsu kami demam, batuk plus selsema. So bawak ke klinik swasta dekat bandar Dungun ni.
Masuk dalam bilik doktor. Tengku cakap anak kami no 2 ni senang sangat sakit. Selalu demam, batuk dan selsema. Tak macam si abang.
Bila doktor check katanya paru-paru Rifky ‘basah’. Memang masa tu die bernafas bunyi macam kahak dalam. Macam asma pun ade. Then doktor terangkan kenapa jadi camtu. Die cakap sebab susukan anak sambil tido. Bila anak sendawa dalam posisi baring. Susu automatik akan masuk dlm paru-paru die. Benda ni memang susah nak elak. Masalah ni akan jadi berulang-ulang sampailah anak dah besar dan pandai makan minum sendiri sambil main. Means dah bercerai susu.
Oohhhh…maka terhangguk-hangguklah kepala kami. Baru aku tahu. Rase macam kurang ilmu lak mase tu.
Lepas tu tetiba doktor tu tanya. “Biase bagi ubat kat anak macam mana?” Suami tengku dah buat muncung panjang hala ke tengku. Sebab bab suap ubat kat anak memang keje tengku.
“Suap macam biase la doktor. Pakai cucuk ubat tu. Celup tarik”. Doktor tu senyum. “Salah tu…..”
Macam ni caranya. Doktor terangkan kat kami satu-persatu. Lagi sekali ooooo…baru aku tahu.
Korang nak tahu caranya? Follow gambar ok. Senang je. Korang perasan tak selama ni ubat cair biasanya ade penutup transparent kat atas die tu. Penutup tu ade gunanya. Bukan hiasan tau.
Ini cara yang doktor tu ajar ye. Setiap kali nak ambik ubat. Tuang ubat masuk dalam penutup tu dulu. Sikit-sikit atau boleh ikut nombor kat penutup tu. Lepas tu baru tarik pakai picagari.
Kalau ade yang lebih WAJIB BUANG. Jangan masukkan balik dalam botol. Dan jangan sesekali main CELUP-CELUP PICAGARI dalam botol ubat.
Contoh: celup dlm botol ubat pertama. Bagi anak. Lepas tu guna picagari yang sama tanpa basuh bersih, celup lagi botol ubat kedua.
Ni lebih kepada step untuk kebersihanlah. Kalau anak dah besar boleh bagi dalam penutup tu terus. Macam Rifky kecik lagi. Jadi tengku pakai picagari. Nanti dah pakai basuh bersih.
Doktor tu kata once u celup-celup macam tu. Ubat tu dah takde fungsi dalam badan anak. Zero. Manfaat ubat tu dah hilang. Ibarat macam bagi air gula jelah kat anak. Yang mana you dah celup tu balik nanti buang. Simpan ubat baru ni. Ubat klinik i ni kalau u buat macam i ajar tadi. Boleh tahan 9 bulan dalam peti. 9 bulan luar peti. Kecuali antibiotiklah. Sebab yang tu tempoh singkat.
Maknanya kalau nak pakai picagari pun boleh. Tapi kalau 3 ubat. Sediakan 3 picagari. 1 ubat 1 picagari. Baru tak bercampur. Kalau nak pakai 1 picagari maksure basuh bersih sebelum celup.
Memang terkejut. Anak dah 2 baru tahu. Adoi. Tapi takpelah. Baik lewat dari tak tahu langsung kan. Alhamdulillah ilmu baru. Malam tu buat misi clearkan ubat cair anak dalam peti yang dah berzaman tu. Cehhh..takde manfaat rupanya. Buat semak je.
Tengku tak sure maybe orang lain akan bagi pendapat berbeza. Ini ilmu yg kami dapat beberapa minggu lepas.
So sekarang dah tahu kan? Tepuk dahi ke idok??? sesamalah kite ye. Tunggu ape lagi. Yang mana ubat dah berpuluh kali celup dalam peti korang tu boleh ler buang. Kesian kat anak.
P/s : please..sebelum komen baca dulu sampai betul2 faham. Jangan sensitif sangat. Point kat sini ialah tengku share cara yang seorang doktor berpengalaman kongsi dengan tengku. Jadi kalau korang lebih suka cara lain silakan.
Nak celup pakai picagari je. Lepas tu basuh bersih then celup lagi. BOLEH.
Nak tuang dalam penutup tu lepas tu bagi macam tu je. Tak payah pakai picagari. BOLEH.
Nak pakai 1 ubat 1 picagari. BOLEH.
Terpulang…..asalkan ubat tak bercampur dgn benda asing.
Gambar ubat antibiotik tu contoh sahaja. Sebab gambar tu je yang sempat ambik. Diulangi CONTOH. Kalau tak letak gambar nanti ade yang tak faham. Take note ye. Ubat antibiotik kena habiskan. Jadi boleh ambik pakai picagari terus. Sbb nak elakkan dari membazir. Nanti tak berkesan kat anak.
Pasal jangka hayat ubat tu. Itu yang doktor tu bagitau. Ade yang cakap tak betul. Wallahhua’lam. Mungkin lain pengeluar dan jenis ubat lain tempoh hayatnye. Boleh refer mereka yang pakar.
Kredit : Zida Elah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Di samping bergembira ketika hari raya, ada juga yang sedang berduka atas pemergian orang yang tersayang.
Semalam dikejutkan dengan berita menyayat hati apabila dikhabarkan bapa kepada pelakon Nadiya Nisaa yang telah kembali kepada pencipta-Nya di Madinah.
Memetik laporan Boom Malaysia, berita pemergian ayah kepada pelakon filem Imaginur ini sempat dikongsikan di Instagram Storynya.
“Duka cita dimaklumkan bapa saya Kamaruddin Murat telah kembali ke rahmatullah pada 23 April 2023 pada pukul 8.30 malam di King Salman Abdulaziz Medical City, Madinah,” tulisnya.
Sementara itu, Nadiya juga berkongsi mesej terakhir yang diterima oleh arwah bapanya sebelum menghembuskan nafas terakhir.
“Abah, your last message was ‘I love u too’,” luahnya.
Dalam pada itu, dikatakan arwah bapanya pernah menerima rawatan jangkitan kuman dalam paru-paru ketika menunaikan ibadah umrah di Madinah.
Sumber: Boom Malaysia & Instagram Nadiya Nisaa
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bermula 1 Hingga 14 Jun 2021, pihak kerajaan mengumumkan total lockdown bagi mengekang wabak Covid-19. Sehingga tarikh tersebut, rata-rata rakyat disarankan duduk dan bekerja dari rumah.
Disebabkan pergerakan tersekat, kenderaan juga tidak akan digunakan. Jadi nak elak daripada sebarang, PROTON Holdings Bhd (PROTON) berkongsi beberapa cadangan bagaimana untuk menjaga kenderaan anda semasa PKP:
* Perlu diingatkan bahawa, walaupun teknologi kenderaan berkembang pesat, namun satu fakta kekal. Fakta itu adalah, kenderaan perlu dihidupkan secara berkala (tempoh disyorkan adalah setiap tujuh hari) untuk mengekalkan fungsinya.
* Satu dari komponen asas adalah bateri. Bateri akan menghidupkan kenderaan dan menyediakan kuasa elektrik ke bahagian lain. Jadi, jika enjin tidak dihidupkan secara kerap, alternator tidak dapat mengecas bateri.
* Bagi mengelakkan masalah ini, hidupkan enjin selama 10 minit bagi membolehkan alternator melaksanakan tugasnya. Tetapi jangan menghidupkan pendingin hawa kerana cara ini akan menarik kuasa dari bateri dan mengurangkan proses pengecasan.
* Sebaik selesai, jangan lupa mengunci kenderaan dengan menekan penggera.
2. Periksa tekanan angin tayar
* Tekanan angin tayar perlu diperiksa setiap dua minggu bagi memastikan angin cukup berdasarkan jumlah yang disyorkan. Cara ara terbaik untuk memeriksa mereka adalah dengan menggunakan tolok tekanan tayar atau melihat paparan Sistem Pemantauan Tekanan Tayar seperti yang terdapat dalam PROTON X70. Jika ia tayar berada di bawah tekanan sepatutnya, pandu ke stesen minyak berdekatan untuk mengepam tayar anda.
* Apabila anda memarkir kenderaan di tempat sama tanpa ada pergerakan selasa beberapa hari, ia boleh mengakibatkan bintik mendatar pada tayar seterusnya menyebabkan tayar kehilangan bentuk. Apabila keadaan ini terjadi, ia akan menyebabkan getaran disalurkan kepada stering apabila memandu walaupun ketika melalui permukaan jalan rata.
* Bagi mengelakkan perkara ini terjadi, gerakan kenderaan ke depan atau ke belakang, sewaktu sedang memanaskan kenderaan.
3. Jaga kebersihan
* Ketika PKP, menjadi satu kemestian menggunakan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) pada tangan dan permukaan yang di sentuh terutamanya dalam kenderaan anda.
* Selepas sampai ke destinasi, pastikan anda menggunakan langkah nyah-kuman untuk pada permukaan seperti stering, pemegang pintu, suis tingkap dan tombol gear.
* Jika anda memiliki sistem audio dengan skrin sesentuh, sapukan cecair pembasmi kuman pada kain dan sapu secara perlahan-lahan pada permukaannya. Hati-hati, cecair tidak perlu terlalu banyak kerana kelembapan keterlaluan akan merosak permukaan peralatan kenderaan.
4. Pengilap cermin
* Jika anda memarkir kenderaan di bawah sinar matahari, amalan yang baik adalah dengan mengangkat pengilap cermin.
* Jika pengilap cermin dibiarkan berada pada cermin depan, pemindahan haba dari kaca secara berpanjangan akan menyebabkan getah pada bilah pengelap mengeras dan kurang berkesan apabila digunakan.
Dengan langkah yang mudah diikuti ini, kenderaan anda akan berada dalam keadaan baik. Selepas tempoh PKP tamat, kenderaan anda akan bersedia untuk digunakan untuk ke tempat kerja, menghantar anak ke sekolah atau melakukan aktiviti yang diperlukan.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.