Sekali sekala badan terasa tidak selesa disebabkan masalah angin, itu tidaklah membimbangkan. Namun bila sering terjadi pasti sahaja tidak selesa jadinya.
Selain perlu makan ubat untuk meredakan kembung perut, senak atau lenguh-lenguh badan kesan daripada masalah angin dalam badan boleh tanganinya juga dengan beberapa langkah ini yang dikongsikan oleh Dr Zubaidi.
MENANGANI MASALAH ANGIN DALAM BADAN
Masalah angin merupakan masalah yang sering kita alami dan biasanya ia berpunca daripada aspek pemakanan serta sistem penghadaman. Perut senak atau kembung, kerap sendawa dan badan rasa berbisa membuatkan seseorang tidak selesa serta lesu, malah mungkin tertekan akibat masalah angin apatah lagi jika mempunyai kerjaya perlu berurusan dengan orang ramai setiap hari.
Masalah angin bagi kebanyakan individu mungkin tidak menjadi satu gangguan menjejaskan hidup manakala gejala yang dialami antara individu itu mungkin sama, tetapi punca sebenar masalah pula berbeza.
Masalah angin ini kebanyakannya berpunca daripada udara yang ditelan dan apabila seseorang dalam keadaan tertekan, mereka lebih kerap menelan udara tanpa disedari. Masalah ini disebabkan proses penghancuran makanan oleh bakteria di dalam usus besar yang tidak dapat dihadamkan sepenuhnya.
Gas yang dihasilkan ialah biasen, nitrogen dan ada kalanya methana. Ada beberapa kaedah rawatan bagi menyelesaikan masalah ini. Namun yang lebih utama ialah kesediaan kita untuk menukar jenis makanan yang dinikmati setiap hari terutama mengelakkan makanan berangin dan bergas, ambil ubat-ubatan dan cuba menahan diri daripada menelan udara terlalu banyak.
Kaedah perlu dilakukan penghidap masalah angin :
1. Menukar jenis makanan
Kandungan gas yang dihasilkan daripada makanan berbeza antara individu. Seseorang itu perlu memastikan jenis makanan khusus yang menyebabkan berlakunya masalah angin ini berdasarkan pengalaman masing-masing.
Ads
Bagi sesetengah orang, makanan seperti keledek, nangka, cendawan dan teh menyebabkan angin, tetapi tidak pada orang lain. Sekiranya makanan itu dapat dikenal pasti, hindarkan daripada mengambil makanan itu.
Salah satu cara untuk membuang angin dalam badan ialah dengan pengambilan minuman halia. Halia merupakan petua yang paling mudah dan juga berkesan yang telah diamalkan sejak turun – temurun lagi. Minuman halia telah pun dipelbagaikan pada waktu kini dan anda boleh menemui minuman halia yang berbentuk bikarbonat dan juga teh.
Namun, ia adalah lebih baik sekiranya anda meminum minuman halia asli kerana ia lebih berkesan untuk membuang angin di dalam badan. Anda boleh meminum air halia yang dicampur bersama lemon dan madu untuk membantu masalah penghadaman anda.
2. Ubat-ubatan
Ads
Ubat-ubatan seperti antacid dan simethicone yang boleh didapati di farmasi dapat membantu mengurangkan masalah angin. Selain itu, enzim penghadaman seperti laktase membantu menghadamkan karbohidrat di samping membolehkan seseorang mengambil makanan yang biasanya menghasilkan angin.
3. Kurangkan menelan udara
Individu yang mengalami masalah sendawa yang kronik dinasihatkan supaya kurang mengambil gula-gula getah dan gula-gula. Anda dinasihatkan supaya mengunyah makanan secara perlahan-lahan dan tidak banyak bercakap ketika makan. Sekiranya pesakit memakai gigi palsu, dinasihatkan supaya berjumpa doktor gigi untuk memastikan ia sesuai dipakai.
4. Hindari makanan yang menghasilkan angin
Makanan yang mengandungi gula raffinose, fruktos, laktos dan sorbitol menghasilkan banyak angin. Raffinose terkandung dalam makanan seperti kacang yang mengandungi banyak gula kompleks manakala bunga kubis, kubis brussel, asparagus, brokoli dan kubis pula mengandungi fruktos.
Laktos ialah gula semula jadi yang terdapat dalam susu dan makanan mengandungi susu seperti keju dan aiskrim. Fruktos pula banyak terdapat pada bawang, buah pir dan gandum. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis dalam minuman ringan dan jus buah-buahan.
Ads
5. Urutan
Selain pengambilan ubatan yang sesuai bagi memberikan kelegaan, teknik urutan juga satu daripada kaedah yang dapat membantu rawatan masalah angin.
Melalui teknik urutan yang betul, angin dalam badan seseorang itu mampu dikeluarkan dan ia pastinya memberikan kelegaan kepada orang yang mengalami masalah ini.
Teknik urutan yang betul mampu melegakan atau mengurangkan rasa kurang selesa individu berkenaan.
Ada pelbagai jenis masalah angin yang biasa terjadi, antaranya ialah angin di badan, kepala, rahim, perut dan bawah bahu yang boleh menyebabkan seseorang itu berasa lesu dan mengalami kesakitan.
Masalah angin sekiranya tidak dirawat atau diurut dengan betul bukan saja menyebabkan rasa tidak selesa malah boleh menjadi punca kesakitan atau bisa pada badan atau tempat yang bermasalah itu.
Pengambilan makanan yang betul antara perkara yang perlu diberikan perhatian bagi masalah angin ini. Apa yang penting adalah kurangkan makanan pedas, berlemak dan minuman berkarbonat kerana itu akan menambah angin selain perlu pastikan minum air masak secukupnya.
Selain itu, amalkan makan buah terlebih dulu sebelum nasi dan minum air masak sebaik bangun tidur. Ini adalah antara petua untuk membantu pengambilan buah sebelum mula makan nasi selain minum air masak sebaik bangun daripada tidur juga antara kaedah yang dapat membantu mengurangkan masalah angin.
Sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Biasanya bila membeli sayur, tak boleh dalam jumlah yang banyak kerana ia bukan jenis yang tahan lama. Kalau sehari pu dah mula layu.
Satu perkongsian telah dibuat melalui facebook Puan Syikin Miskam menerusi page Masak Apa Hari Ni bagaimana memastikan sayur kekal segar walaupun dah disimpan selama 10 hari. Jom baca perkongsian dan cuba cara ini.
TIPS SAYUR KEKAL SEGAR. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Harini sy nak kongsi cara saya simpan sayur. Disebabkan saya ni agak malas hari-hari nak ke kedai beli sayur tambah-tambah lagi kedai runcit agak mahalkan. Sya dan suami akan k pasar borong selangor 2 minggu sekali atau 3 minggu sekali untuk beli segala keperluan masak.
Percaya atau tidak semua sayur ni harga x sampai RM20 tau…Jimatkan kan kan.. Kami akan spend Rm150++ sahaja untuk barang basah bagi 2 k 3 minggu kegunaan. Eh panjang plak pengenalan jom2 kita pergi k tips simpan sayur segar berminggu-minggu.
1 —> Satukan semua sayur dalam satu bekas yang besar dan rendam bersama air tambah sedikit garam selama 10minit.
2 —> Toskan selama beberapa minit.
3 —> Rendamkan balik sayur dalam air sahaja tanpa garam tau selama 5minit sahaja.
4 —> Toskan lagi sampai air menghilang dari sayur okey. Lepastu masukkan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti ais tadaa siap.
Sangat senang, mudah dan jimat bagi saya sorang suri rumah x payah nak bazirkan masa dan minyak kereta lagi hari-hari nak ke kedai kan.
Menikmati kerang bakar atau kerang rebus yang dicicah dengan sos memang leka makan dibuatnya, sedar-sedar habis sepinggan besar kerang yang terhidang. Pun begitu ramai juga yang rasa agak leceh juga untuk menyediakan hidangan berasaskan kerang ini.
Belum lagi bab hendak mencuci kerang hingga bersih malah hendak memasaknya pun jika silap gaya kerang terasa liat dan tidak enak pula untuk dimakan.
Pun begitu, tahukah anda ada teknik memasak kerang untuk pastikan isinya kekal juicy dan tidak liat bahkan apa yang hebatnya masa memasak hanya seminit sahaja diperlukan. Teknik ini telah dikongsikan di aplikasi TikTok oleh pemilik akaun @ibuazzah dan berjaya meraih 111.7K tontonan umum.
Jadi bolehlah anda cuba hujung minggu ini untuk menikmati hidangan kerang bersama seisi keluarga.
TEKNIK REBUS KERANG ISI KEKAL JUICY, SEMINIT JE DAH SIAP
Langkah 1: Sediakan periuk yang berisi air. Masak hingga mendidih.
Langkah 2 :Masukkan kerang yang telah dicuci bersih ke dalam periuk yang telah mendidih tadi. Kemudian tutup penutup periuk.
Langkah 3 : Biarkan selama 1 minit dan tutup api.
Langkah 4 : Angkat dan toskan. Kemudian sedia untuk dihidang.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
“Kepala saya yang berpusing ini dah berhari-hari macam ini, tak berkurang langsung. Macam nak pecah kepala!”
Pernahkah anda alami masalah pening kepala, tidak boleh langsung membuka mata, terasa seperti berpusing-pusing dunia ini?
Nah, ini info ringkas tentang masalah pesakit vertigo!
Vertigo ialah masalah umum yang dialami oleh kira-kira 40% orang sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka.
Ia akan menyebabkan pesakit berasa seolah-olah diri sendiri atau keadaan sekeliling mereka berpusing.
Sesetengah penyakit, jangkitan, trauma kepala dan proses penuaan semulajadi boleh menyebabkan perubahan dalam keseimbangan telinga dalam.
Walaupun gejala ini mungkin hanya berlaku selama beberapa jam atau hari, namun simptom mungkin boleh berlarutan selama bertahun-tahun jika tidak didiagnos dan dirawat!
Masalah ini boleh dibantu dengan kaedah perubatan, pembedahan atau pemulihan vestibular.
Apa simptom-simptom yang akan dialami pesakit?
Anda mungkin akan mengalami gejala seperti ini :
Loya
Muntah
Kepala seperti berpusing
Tidak boleh langsung membuka mata akibat terlalu pening
Berpeluh
Keresahan
Debaran jantung
Jika berlaku kepada anda, apa perlu anda lakukan? Ikut petua pertolongan cemas ini:
Bertenang, jangan panik.
Cari kedudukan yang selesa untuk duduk sementara menunggu bantuan.
Dapatkan segera bantuan perubatan jika anda diserang vertigo akut bersama muntah, masalah pertuturan dan rasa lemah.
Hendaklah mendapat nasihat doktor sebelum mengambil sebarang ubat.
Jika sedang memandu, berhenti dan letakkan kereta di tempat yang selamat dan minta bantuan.
Jika masalah yang anda sedang alami tidak berkurang, hentikan rawatan di rumah, jumpalah kami di hospital.
Bila sihat, syukur.
Bila sakit, jumpa doktor.
Kredit: Dr Ezairy M.Sallih
Doktor telinga, hidung, tekak, kepala & leher (ENT)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di