Tindakan Dato Seri Aliff Syukri memuat naik video tarian Bobo Di Mana menyebabkan ramai yang mengecam.

Tak kurang yang mempertikai apa tujuan pengasas produk tersebut membuat tarian sedemikian rupa bersama Nur Sajat dan Lucinta Luna.

Wardina antara selebriti yang menyuarakan rasa sedih dan kecewa atas tindakan suami kepada Datin Seri Shahida ini.

Menerusi kapsyen di laman facebooknya, selebriti yang kini sudah berhijrah ke Australia mengharapkan supaya Dato Seri Aliff memadamkan video berkenaan.

Pandangan Wardian turut disokong oleh netizen lain yang bersetuju video tersebut cukup keterlaluan dengan memaparkan figura wanita yang menari dalam keadaan menghairahkan.

“Saya Rela Tak Kaya Dari Terpaksa Buat Begini. Maaf Dato’ This Is Too Much.“  Wardina Minta Aliff Syukri Refleksi Diri & Padam Video Tarian.


Refleksi Diri

IKLAN

Di hari-hari paling mulia bagi umat Islam, tersebarnya video begini. Maaf Dato’… saya sayangkan Dato dan Datin sekeluarga kerana Allah. This is too much. Terlalu bodoh, terlalu over dan amat meloyakan. Maafkan saya. Saya tahu Dato kaya. Saya rela tak kaya dari kaya tapi terpaksa buat benda begini. Nauzubillah. Moga Dato dapat refleksi diri dan cari cara memandaikan masyarakat kita bukan sebaliknya

Mohon Padam Video
Wallahualam. Mohon Dato padam video IG of that lady bouncing up and down showing her boobs. Disgusting. Saya kalau boleh memang tak nak komen, tapi video ni macam keterlaluan pulak rasanya. Ni pun sepuluh kali pikir nak post ke tak. Should I even comment???? Uwaaaaaaa. Ok I just found out they are not women!!! I mean I have seen dumb things before..

Tak Perlu Buat Begini

I think he just crossed the line there… Dato x perlu buat begini Dato… Kita pula, saya sarankan supaya TIDAK menyanyi dan meniru atau buat challenge of this stupid song. This is just another level of ..

IKLAN

 

noshuhaSis @wardinasafiyyahofficial trima kasih sb berani tegur mereka2 yg kaya berjaya tapi x berakal. Klau netizen yg tegur di katanya kita kecam ?.

IKLAN

_mizzhannahTerbaik @wardinasafiyyahofficial ..harap @aliffsyukriterlajaklaris insaf dn tidak lagi bersama golongan LGBT .Tdk promosi mereka lagi..terkinja kinja mcm beruk..lucah 

norhafizahsaadSetuju .. atas dasar apa sekali pun ..bulan apa sekali pun …pls hormat pd agama if tak hormat pd diri sendiri pun

adrianaayai82ELok sangat la @wardinasafiyyahofficial tegur.. makin menjadi dua lelaki Nie @lucintaluna@nursajat02.diorg mana pandai malu tayang body sbb diorg lelaki tp bentuk dah serupa ppuan dan kita sebagai ppuan yg malu mereka terlentok lentok mcm tu.yg sorg pula takde ke artis wanita utk di ajak Nyanyi? Perbuatan mcm Nie seperti menggalakkn spesis sotong berleluasa

joyahfilzahthanks sis @wardinasafiyyahofficial. berani menegur. mmg sy rase video tu too much! and sgt² la disgusting.. sy sedih bila tgok video tu.. teringat mcm mne la datin hadap.. Allahu.. paling takut bila video tu tersebar, akan menjadi sorakan & galakan ank² muda skrg utk meniru.. paling lg takut bila golongan² manusia yg berjantina “wanita” kononnya tu bersorak kegembiraan & bangga dengan bideo kaum sejenisnyaaa.. akhir zaman..Allahu.. ???

Sumber: IG & FB  wardinasafiyyahofficial  & Wardina Safiyyah OfficialPage

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI