“Nasib baik ada yang datang membantu, jika tidak saya sendiri mungkin sudah mati kerana ditendang dan disepak bertubi-tubi oleh lelaki itu,” kata Wan Fadhilah Wan Abdullah.
Wan Fadhilah, 57, adalah mangsa amukan lelaki yang mempunyai masalah mental berusia 20-an yang maut selepas disyaki dipukul dalam kejadian di Masjid Tok Guru Pulau Melaka, di sini, jam 7 malam tadi.
Katanya, dia yang menunggang motosikal untuk pulang selepas selesai memasak di kantin sebuah tahfiz berdekatan, terkejut apabila didatangi lelaki terbabit yang kemudian menendangnya sehingga jatuh dari motosikal.
“Badan dan kepala saya kemudian disepak bertubi-tubi sebelum saya diselamatkan oleh anak-anak tahfiz yang berada di lokasi kejadian. Saya hanya terbaring lemah.
“Pada awalnya, saya ingatkan dia adalah salah seorang pelajar tahfiz yang sedang berlatih silat kerana dia dilihat melakukan beberapa pergerakan seolah-olah seni mempertahankan diri.
“Semasa saya bersiap sedia menaiki motosikal, ada anak tahfiz yang menjerit supaya saya menjauhkan diri kerana terdapat orang kurang siuman namun belum sempat saya beredar, saya sudah diserang,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Wan Fadhilah yang sudah lebih 10 tahun berkhidmat sebagai tukang masak di tahfiz itu berkata, dia mengalami sakit seluruh badan selain terdapat beberapa kesan lebam, namun bersyukur tidak mengalami tulang patah.
“Sepanjang saya bekerja di sana, tidak pernah berlaku kejadian sebegini, yang ada hanya orang kurang siuman yang tidak membahayakan orang awam. Tidak sangka, kali ini ia membabitkan saya sebagai mangsa.
Ads
“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana terselamat dan berterima kasih kepada anak-anak tahfiz yang membantu saya malam tadi. Jika mereka tidak membantu, mungkin kecederaan saya juga lebih teruk.
“Tambahan pula, saya baru tiga hari keluar daripada hospital selepas dimasukkan ke wad akibat darah tinggi,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat ibu mangsa selain dimaklumkan lelaki berusia 20-an itu tidak pulang selepas kejadian berkenaan.
Katanya, pihaknya kemudian menerima panggilan orang awam berkaitan kes mengamuk membabitkan lelaki sama pada jam 7 malam tadi dan terus bergegas ke lokasi kejadian.
“Sebaik sampai ke lokasi, didapati mangsa berada dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang bertugas.
Ads
“Mayat dibawa menggunakan ambulans ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk dibedah siasat.
“Hasil siasatan polis mendapati mangsa ke masjid terbabit untuk menunaikan solat Asar, bagaimanapun sekitar jam 6.30 petang dia dilihat mengamuk dan berlaku pergelutan dengan pengawal keselamatan masjid berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Muhamad Zaki berkata, mangsa kemudian ditahan dengan dibantu pelajar tahfiz berdekatan sebelum mereka memanggil pihak polis untuk meminta bantuan.
“Pengawal keselamatan kemudian direman selama tujuh hari, manakala 12 individu lagi yang juga saksi termasuk pelajar, warden dan tukang masak dibawa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk diambil keterangan.
Ads
“Kes disiasat mengikut seksyen 304 kanun keseksaan kerana menyebabkan kematian dengan salah,” katanya.
Menurutnya, polis turut menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung dengan insiden yang berlaku dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Terdahulu dalam kejadian jam 7 malam tadi, seorang lelaki yang mempunyai masalah mental meninggal dunia dipercayai dipukul di Masjid Tok Guru Pulau Melaka, di sini.
Mangsa berusia 20-an dikatakan mengamuk di masjid berkenaan sebelum menendang seorang wanita berusia 57 tahun yang melalui perkarangan masjid itu.
Sumber : Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kebanyakan orang sering mengabaikan kebersihan bilik mandi atau tandas kononnya ruang yang tidak penting. Tetapi sebenarnya, bilik mandi adalah cerminan peribadi terhadap empunya rumah sama ada pembersih atau tidak.
Bayangkan jika ada tetamu datang ke rumah dan ingin menggunakan tandas atau bilik air di rumah. Pasti anda malu bila dikatakan tidak menitikberatkan soal kebersihan dan dilabel sebagai seorang yang pengotor.
Elakkan masalah ini, jom belajar cara mudah untuk hilangkan kotoran degil dalam bilik air dan tandas. Sedikit sahaja masa yang diperlukan bagi memastikan bilik air dan tandas anda sentiasa bersih dan selesa.
Bahan yang diperlukan
160gm baking soda
60 ml jus lemon
1/2 tbsp Cuka
1tbsp Hidrogen peroksida
15-20 titik wangi-wangian
Cara-Cara
Campurkan baking soda dan jus lemon ke dalam bekas.
Dalam bekas lain campurkan hidrogen peroksida dan cuka.
Masukkan campuran hidrogen tadi ke dalam campuran baking soda sikit demi sedikit.
Tambahkan pewangi pilihan anda ke dalam campuran tadi.
Bentukkan campuran tadi secara bulat dan susun atas kertas kering.
Biarkan kering selama 4 jam sebelum digunakan.
Simpan dalam bekas kedap udara dan gunakan bila perlu.
Tip tandas sentiasa bersih dan wangi
Luangkan kira-kira 5 minit setiap hari sebelum mandi untuk mencuci bilik air dan tandas di rumah anda.
Letakkan sahaja sedikit cecair pencuci ke atas span dan gosok dinding, sinki dan lantai bilik air.
Gunakan berus untuk membersihkan mangkuk tandas.
Gunakan bahan peluntur untuk membersihkan jubin tandas yang berlumut. Tuang bahan peluntur yang telah dicampur dengan sedikit air ke atas lantai. Berus dan biarkan selama sejam sebelum bersihkan dengan air.
Gosok segala kotoran dari sinki dan mangkuk tandas sekurang-kurangnya seminggu sekali atau dua minggu sekali. Gunakan berus ketika menggosok dinding dan lantai tandas dan bilik air.
Gantungkan pewangi yang sesuai di dalam tandas untuk menyingkirkan bau yang kurang menyenangkan.
Panduan Menghias Bilik Mandi
Sediakan rak untuk meletakkan ubat gigi, berus gigi, syampu dan sabun.
Pasang cermin muka di dinding bilik air.
Sediakan penyangkut untuk menggantung tuala dan pakaian
Hias dinding dengan bunga plastik atau daun hijau untuk menyerikan lagi ruang bilik air.
Petua Membersihkan Mangkuk Tandas Yang Kotor Dan Berkerak
Tuang cuka ke dalam mangkuk tandas dan biarkan untuk beberapa jam.
Gosok mangkuk tandas menggunakan berus.
Selepas kesemua kotoran berjaya ditanggalkan, siram dengan air bersih.
Selain daripada cuka, boleh gunakan satu tin air coke. Cara pembersihan adalah sama.
Petua Bersihkan Kotoran Degil Pada Lantai
Ambil kapur sirih dan campurkan dengan air.
Tuangkan campuran itu ke lantai dan biarkan selama beberapa minit.
Selepas itu cuci menggunakan pencuci lantai.
Ulangi proses ini sehingga lantai bilik air benar-benar bersih.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Selalu kita lihat bila datuk atau nenek yang menjaga cucu, automatik luahan kasih sayang yang ditunjukkan cukup luar biasa. Limpahan kasih sayang untuk cucu adakalanya melebihi bagaimana ketika dia menjaga anak sendiri.
Senang cakap, nampak sangat manjakan cucu. Begitulah kelazimannya!
Pun begitu, mungkin jarang kita lihat dalam mereka memanjakan cucu sebenarnya seorang datuk ini juga sanggup berkorban demi cucu-cucunya, meskipun kudratnya tidak segagah zaman mudanya.
Ini sebagaimana baru-baru ini tular di media sosial perkongsian rakaman video yang memperlihatkan kasih seorang lelaki yang pada awalnya disangka ayah kepada anak perempuan tersebut namun sebenarnya adalah datuk yang sanggup mengambil dan menghantar cucunya ke sekolah walaupun hanya dengan berbasikal.
“Saya datang duduk rumah abg di alor setar sekejap ja. Jadi saya memang tak pernah nampak pakcik ni. Kalau ada sesiapa yg tau rumah pakcik ni dimana bgtau ya. semoga Allah lindungi pakcik ni sekeluarga dan murahkan rezeki mereka 🤲🏼🤲🏼🤲🏼” begitulah hantaran kepsyen video yang dikongsikan oleh Fatimah Zainol.
@fatimahzainol_saya datang duduk rumah abg di alor setar sekejap ja. jadi saya memang tak pernah nampak pakcik ni. kalau ada sesiapa yg tau rumah pakcik ni dimana bgtau ya. semoga Allah lindungi pakcik ni sekeluarga dan murahkan rezeki mereka 🤲🏼🤲🏼🤲🏼♬ Ayah – Seventeen
Melihat dalam video tersebut, seorang lelaki berusia dengan keadaan baju yang sedikit kotor yang mungkin sedang bekerja dan mengambil masa rehatnya untuk menjemput cucunya dari sekolah.
Ini dapat dipastikan oleh pemilik video apabila viral tersebut menarik perhatian ramai dan ada salah seorang jiran pakcik tersebut memaklumkan kepadanya. Difahamkan lelaki tua itu yang akan urus cucunya setiap hari dengan menghantar ke sekolah dari Tandop ke Seberang perak.
Perkongsian video ini nyata telah meruntun hati 1.2M wargamaya yang menonton video tersebut. Tidak kurang juga ramai yang mendoakan agar urusan lelaki tersebut dipermudahkan.
Melalui hantaran video berasingan, dikongsikan video terkini datuk tersebut dan sumbangan juga berjaya dikutip untuk meringankan beban pakcik tersebut.
Anak sulung adalah insan pertama yang ada dalam rahim ibu menjadikan dia cukup istimewa berbanding anak-anak lain. Malahan anak sulung juga biasanya lebih cemerlang berbanding adik-beradik yang lain. Malah juga sering kena marah. Tapi dikatakan lebih cenderung menjadi contoh kepada adik-beradik yang lain.
Selanjutnya ikuti perkongsian menarik ini tentang peribadi anak sulung.
Fakta Mengejutkan Tentang Anak Sulung Yang Tak Ramai Tahu
+ Anak Sulung mempunyai IQ yang lebih tinggi
Kajian daripada University of Edinburgh mendapati anak pertama ( first-born children) mempunyai IQ yang lebih tinggi
Ini kerana anak sulung mendapat perhatian ibubapa ( quality parental attention) yang lebih berkualiti dibandingkan adik beradiknya semasa masih kecil
+ Anak Sulung lebih cenderung untuk jadi CEO syarikat
Kajian yang diterbitkan oleh IZA Institute of Labor Economics mendapati anak sulung lelaki 24% lebih cenderung menjawat jawatan CEO daripada anak nombor dua dan 28% lebih cenderung untuk menjawat jawatan CEO berbanding anak nombor dua
+ Anak Sulung lebih penakut
Ada satu kajian yang dibuat pada tahun 1968 mendapati anak sulung ni lebih cenderung untuk tak terlibat dengan sukan berbahaya disebabkan takut dengan kecederaan fizikal
Walau apa pun kajian tentang anak sulung, yang jelas perangai dan kelakuan anak sulung akan menjadi ‘references’ atau tempat rujuk adik beradiknya yang lain.
Semua mata akan tertumpu padanya. Adik beradik akan tengok perangai anak pertama. Jiran jiran pun suka tengok perangai anak yang pertama. Mak ayah pun akan letak harapan yang lebih tinggi ( higher expectations ) pada anak pertama ni.
Jadi, tak mudah juga sebenarnya menjadi anak yang pertama ni sebab segunung tanggungjawab dan harapan orang di sekeliling yang terpaksa digalas di bahunya.
Cuma kita kena ingat, walau anak nombor berapa pun kita, kasih dan cinta kita pada mak ayah yang melahirkan kita tetap kena jadi yang pertama selepas Allah dan RasulNya.
Kredit: Taufiq Razif
Anak Pertama Daripada 7 Bersaudara
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di