Prihatin dengan kebajikan rakyat, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) mengesahkan bahawa tiada sebarang kenaikan yuran TABIKA dan TASKA di bawah kelolaannya bagi sesi persekolahan tahun 2025.
Unit Komunikasi Korporat KEMAS dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya sentiasa cakna akan bebanan kos sara hidup yang didepani masyarakat ketika ini.
“KEMAS ingin mengesahkan bahawa tiada kenaikan yuran akan dikenakan bagi sesi persekolahan tahun hadapan. Kerajaan MADANI melalui KEMAS, sentiasa prihatin terhadap bebanan rakyat dan berusaha meringankan kesulitan yang dihadapi masyarakat,” jelasnya.
Selain itu, KEMAS turut memberitahu bahawa kenyataan itu dibuat selepas kebimbangan ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak mereka ke TABIKA dan TASKA kendalian KEMAS.
Ads
Foto: Sinar Harian
Pihaknya berharap agar ibu bapa di luar sana kekal tenang dan menjadikan TABIKA KEMAS pilihan utama untuk pendidikan awal kanak-kanak.
“Merujuk kepada laporan terbabit, kami ingin memaklumkan bahawa ia tidak membabitkan TABIKA dan TASKA di bawah kendalian kami.
“Kami berharap ibu bapa kekal tenang dan terus menjadikan TABIKA KEMAS sebagai pilihan utama dalam pendidikan awal kanak-kanak,” katanya.
Ads
Sebelum ini, media melaporkan bahawa beberapa persatuan yang menaungi pengusaha tadika di Johor iaitu Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM) dan Persatuan Pendidik Institusi Pendidikan Negeri Johor akan menaikkan yuran perkhidmatan sekitar 20 hingga 25% pada tahun depan.
Keputusan itu dilakukan selepas kenaikan kadar gaji minimum kepada RM1,700 sebulan seperti yang diumumkan kerajaan di mana akan berkuat kuasa pada 1 Februari 2025.
Ads
Nak jadi ibu bapa terbaik? Barulah kita dapat didik anak-anak jadi insan cemerlang! 👏🏼💪🏼
Jom sertai Parenting Summit Online 2025 dengan barisan panel hebat seperti Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar, Dr. Say Shazril, Dr. Malar, Ustazah Asma’ Harun & Awal Ashaari dan ramai lagi! 🩷🩷
Pendaftaran PERCUMA, untuk 500 ibu bapa pertama sahaja! 👨🏻🧑🏽 Lebih seronok, ada peluang menang hadiah lucky draw 🎁🎈🎊🎉 bernilai sehingga RM3000!
Walaupun solat jenazah ini hanyalah fardu kifayah, namun sebagai seorang anak yang berhadapan dengan kematian orang tua kita tentu sekali kita ingin memberikan penghormatan terakhir yang paling terbaik untuk insan yang kita cintai iaitu dengan menyembahyangkan jenazahnya.
Namun, jika kita tidak melengkapkan diri dengan ilmu berkaitan sembahyang jenazah, bagaimana diri kita boleh lakukannya dengan sempurna bila tiba masa dan ketikanya.
Oleh itu persiapkan diri kita hari ini, dan alangkah hebatnya jika kita pula mampu mengajar anak-anak kita yang masih kecil tentang solat jenazah. Harapan kita sebagai orang tua, agar suatu hari nanti anak-anak kita pula akan menyembahyangkan jenazah kita bila tiba masanya nanti.
Di sini melalui perkongsian daripada Zamri diharapkan memudahkan kita semua untuk memahami serba sedikit cara melakukan solat jenazah.
Cara ringkas untuk solat jenazah… Belajar lah wahai lelaki..apakah kau x malu bila x pandai nak solat untuk ahli keluarga lebih2 lagi untuk mak atau ayah meninggal.. Itu sahaja lah penghormatan yg terakhir buat insan yg membesarkan dan menjaga kita…
Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Jenazah :
1. Angkat Takbir “Allahuakbar” & Niat dalam hati :
++ Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
++ Jadi makmum? tambah “sebagai makmum kerana Allah Taala”
++ Baca Alfatihah hingga akhir
2. Angkat Takbir Kedua “Allahuakbar”
++ Baca : Allahumma solli a’la Muhammad wa a’la ali Muhammad
++ Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir
3. Angkat Takbir Ketiga “Allahuakabar”
++ Baca doa (pendek pun takpa, panjang lagi bagus) contoh dibawah ni :
++ Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
++ Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
++ Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat. ada doa lain di link bawa (al azkar)
4. Angkat Takbir Ke Empat “Allahuakbar”
++ “Assalamualaikum warahmatullah ” Beri Salam kanan n kiri
++ Selesai
Jika jadi makmum, ikutlah di belakang imam, berdiri rapat rapat. dan ikutlah jugalah rukun di atas. Cukup rukun makalah sah lah solat tersebut. Semoga ia jadi penghormatan terbaik buat jenazah..
Kredit : zamri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tiada rezeki untuk menimang cahaya mata ketiga, Siti Jamumall yang mengalami keguguran pada 28 September lalu mengakui tidak serik untuk hamil lagi malah mendoakan agar dikurniakan rezeki lagi.
Usahawan dan personaliti media sosial itu bersama suaminya Aiman Zafran bahkan tidak akan berputus asa untuk menimang cahaya mata mereka bersama.
Bahkan kata Siti lagi, dia tidak menghadkan berapa jumlah anak dan menerima sahaja rezeki yang sudah ditentukan Ilahi.
“Semestinya selepas keguguran, orang mahukan cahaya mata.
“Saya pun begitu, mahukan anak sehinggalah umur saya mencecah 30 hingga 35 tahun. Saya terima sahaja, kalau seorang setiap tahun pun okay,” katanya berkongsi.
Terdahulu, Siti Jamumall yang hamil tiga minggu disahkan oleh doktor mengalami kandungan anggur.
Bagaimanapun Siti reda apabila hasratnya untuk menimang cahaya mata bersama Aiman tidak kesampaian dan terpaksa menjalani pembedahan mencuci kandungannya pada penghujung September lalu.
Patutlah tak jumpa anak di sekolah, rupanya salah sebut nama. Begitulah situasi mendebarkan yang dilalui oleh seorang bapa apabila anaknya dikatakan’hilang’ di sekolah.
Biarpun kejadian itu sudah berlalu 4 tahun, bapa ini masih mengingati kejadian itu. Dia yang tidak sempat mengambil anaknya di sekolah telah meminta pertolongan rakannya untuk mengambil anaknya.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Namun akibat salah sebut nama, rakannya tidak menjumpai anaknya di sekolah berkenaan. Hakikatnya anak tidak ke mana-mana hanya berada di sekolah menunggu kedatangannya.
Coretannya itu meraih perhatian wargamaya hingga ada yang cemas membacanya. Ikuti lanjut perkongsian ini.
Ini anak perempuan saya, Ericka El Zehra. Hari ini 1 Ogos hari ulang tahun kelahirannya yang ke 12.
Sempena hari ulang tahun kelahirannya hari ini, ada 1 cerita yang meruntun jiwa saya selaku ayah beliau ingin saya kongsikan kepada kalian pembaca.
Terima kasih kerana membaca.
Kejadian berlaku sekitar tahun 2018, sewaktu Zehra darjah 2. Masa tu saya bertugas sebagai perisik dengan menyamar sebagai pemandu teksi.
Hari Khamis, lepas turunkan dia di sekolah dalam jam 12 tengah hari, saya dapat penumpang pi airport. Dah turunkan penumpang kat airport saya pun terus masuk line Q untuk dapatkan penumpang yang keluar dari airport. Bajet saya mungkin jam 5 dapat la penumpang yang nak hala ke KL.
Kira sempat la nak pick up dia balik dari sekolah. Sekali, penumpang yang saya dapat tu nak pi Klang. Masa tu tak ada pulak penumpang lain yang nak pi KL. Kalau ada boleh swap dengan penumpang teksi lain. Tapi biasanya gagal main swap swap ni sebab jarang ada teksi yang sukarela nak pi Klang, melainkan rumah pemandu teksi tu belah-belah hala ke Klang.
Dah tak ada pilihan lain terpaksa juga ambil penumpang nak ke Klang tu. Masa tu memang tak sempat dah nak rushing balik sebelum 6.30 petang. Dalam perjalanan ke Klang tu mesej ke cikgu Zehra, minta cikgu maklumkan ke dia yang saya tak boleh ambil dia balik sekolah, sebaliknya kawan saya yang akan datang jemput dia.
Dalam masa yang sama mintak juga nombor fon Pak guard dari cikgu. Lepas tu cikgu reply kata ok dan cikgu forward nombor Pak Guard.
Lepas turun penumpang dekat Klang, nak setting cun cun ni. Call Pak Guard, cakap kawan saya akan jemput anak saya. Minta Pak Guard tolong tengokkan anak saya.
Lepas tu saya hantar gambar anak dekat Pak Guard melalui wasap. Kemudian call kawan minta tolong pick up anak saya. Tapi masalahnya kawan saya tak pernah pulak tengok anak saya. Saya pun bagi la gambar dekat wasap dia.
Lepas setting semua ok, saya berasa sedikit lega. 6.30 petang kawan saya wasap, cakap tak jumpa anak saya. Saya cakap ke dia tunggu sekejap sebab anak saya tu lepas habis kelas dia suka meronda dulu dalam sekolah dengan kawan dia.
6.40 petang kawan saya call, cakap anak saya tak ada dekat sekolah. Dia pass fon ke Pak Guard, Pak Guard pun cakap anak saya tak ada dekat sekolah. Saya dah menggelabah.
Bini saya?? Dia tak terlibat sebab dia dekat kelas Perkim. Kalau bagitahu dia, keadaan akan jadi semakin tak terkawal.
Sambung balik. Bayangkan, 6.40 petang saya melekat dekat Federal Highway. Saya dalam kereta dah meraung macam nak gila. Macam mana Zehra boleh tak ada dekat sekolah? Dia ikut siapa? Tak boleh nak explain dah macam mana perasaan masa tu.
Dipendekkan cerita. Lebih kurang jam 7 lebih saya sampai di sekolah. Ternampak Pak Guard dan kawan saya sedang berbual di luar pagar sekolah. Berdecit tayar teksi saya brek depan pagar. Lantas mendapatkan mereka berdua.
Belum lagi saya sempat saya buka mulut untuk mulakan perbualan, terdengar suara kanak-kanak dari belakang pondok guard.
“…Yeaaaa ayah kite dah sampai…”
Suara Ericka El Zehra.
Pak Guard dan kawan saya tercengang.
“.. Tadi Pakcik tanya kamu, kamu nama Zahra ke, kamu cakap ‘tak’…kenapa??” Soal Pak Guard kepada Zehra.
Dengan muka blur, hidung kembang kempis, Zehra pun balas, “..Kan name saye Zehra. Eje Z E H R A, ZEHRA. Tapi pakcik cakap ZAHRA, haa Z A H R A. Kan tak sama bunyinye, ZEH dengan ZAH tak same la..haa bukan saye la tu..”
Kami bertiga tepuk dahi.
Dalam kereta (teksi) dia sambung lagi.
“..Tadi kan Zehra dengan kawan kita orang sama-sama la tolong Pakcik Guard cari pelajar nama ZAHRA tu. Sampai dalam tandas kita orang cari, panggil ZAHRA ZAHRA ZAHRA tapi takde pun..”