Orang perempuan kalau ditanya siapa nak kurus cara paling cepat, memang semua nakkan. Maklumlah bukan ke kurus tu nampak cantik?
Pun begitu, jangan pelik ada juga perempuan yang rungsing dengan bentuk badannya yang terlalu kurus melidi. Katanya kurang seksi di depan suami.
Jadi ini ada petuanya untuk sesiapa yang nak tambah berat badan dengan cara yang mudah dan sihat sebagaimana yang dikongsikan oleh Nur Anis Najme. Jom semak!
Cara Mengemukkan Badan dengan BANANA MILK.
Sape yg nak gemukkan badan secara sihat boleh amalkan ni 2 kali sehari. Ni cara anis la..selain tu byk lagi petua utk gemukkan guna bahan dapur. Next time anis akan share.. K.
Bahan-bahan :
Banana Milk
Milo
Ads
Cara buat:
1. Campurkan dua bahan ni..
Ads
2. Dan amalkan 2 kali sehari.
Sape yg rasa kurus sgt tu boleh cuba ni, k. cikAnis dah amal, nampak sgt berisi. Kena tegur, terus stop hahaha.
Penceraian bukan penghalang untuk berbaik demi anak-anak. Jika sebelum ini Norman Hakim dan bekas isterinya , Abby Abadi serta Fasha Sandha dan Jejai menjadi contoh pasangan yang bercerai tetapi masih berhubung baik.
Terbaru Datuk Eizlan Yusof dan bekas isterinya Vie Shantie Khan dikatakan berbaik apabila dilihat bercuti bersama-sama.
Menerusi satu perkongsian oleh Dato’ Sri Eizlan Yusof , beliau memuat naik sekeping gambar bersama bekas isterinya melalui laman instagramnya baru-baru ini.
Turut kelihatan anak-anak serta isteri barunya, Datin Sri Natasha Rosa Boudville.
Rupa-rupanya keluarga ini telah bercuti bersama-sama sempena hari jadi anak mereka Vie Zaalia. Kehadiran Vie Shantie mencuri tumpuan sekali gus menutup spekulasi kononnya hubungan Eizlan dan bekas isterinya dingin.
Majlis hari jadi yang berlangsung di sebuah homestay turut dihadiri anak-anak mereka yang lain iaitu Vie Zaara dan Zareef Yusof.
Keceriaan dan wajah bahagia jelas terpancar di wajah masing-masing. Tidak hairanlah ramai yang memuji sikap sporting Eizlan dan bekas isterinya itu.ssarshat Masyaallah.. Such a warm sight… May Allah bless all of u with everlasting love and ukwah for the sake of Him!
Tart nenas sememangnya antara biskut raya yang wajib ada di semua isi rumah. Inti nenasnya yang padu ditambah dengan adunan kuihnya yang cair di mulut membuatkan tart nenas cukup digemari semua. Bukan hanya kita yang dewasa, anak-anak pun turut sukakan kuih yang satu ni. Memang sedap.
Sebelum ini kita hanya diperkenalkan dengan tart nenas tradisional yang digulung kemas, kemudiannya diolah menjadi tart nenas berbentuk bunga yang diletakkan isi di atasnya, juga tart berinti blueberi yang tiba-tiba muncul.
Tahun 2018 menyaksikan tart nenas berbentuk daun menjadi kesukaan semua. Mungkin dek kerana bentuknya yang ringkas dan cantik untuk disajikan kepada tetamu. Nak buatnya pun mudah sahaja.
Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Auni Azalia di facebooknya ini. Nampak senang je.
Alhamdulillah. Tahun ni dapat banyak sambutan untuk tart daun. First time buat, sekarang pun dah mula untuk tester raya.
Bahan-bahan:
1 ketul mentega farm cows ( sejuk dr chiller)
20gm gula ising
1 sdb minyak sapi
1 sdt esen vanilla
1 biji kuning telur ( dr peti sejuk)
2 sdb tepung jagung
Tepung gandum secukupnya ( tuang sikit2 sehingga doh tidak terlalu lekat di tangan)
2 biji kuning telur dan sedikit pewarna kuning
Cara-caranya:
1. Keluarkan farm cows dari peti dan potong-potong supaya cepat lembut tetapi (bukan sampai cair ya).
2. Kacau dan gaul dengan wisk atau senduk bila masukkan minyak sapi hingga sebati.
3. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Kacau lagi.
4. Masukkan gula ising dan tepung jagung.
5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan gaulkan sehingga doh tidak melekat di tangan.
6. Timbang inti jem nenas 5gm dan dan doh pastry pula 8gm. Penyekkan doh dan letak inti di tengah-tengah dan tutup dengan doh pastry.
7. Cara nak membentuk daun tu sila rujuk gambar di bawah.
8. Gunakan penyepit kuih bangkit dan flower lifter untuk ambil inti ( jem nenas) supaya jari tidak melekit-lekit.
9. Dah siap susun dan sapukan dengan kuning telur dan setitis pewarna kuning. Bakar dengan suhu 120°c ( soner oven) atau 150°c api atas bawah.
Menu ayam goreng kunyit, menu ringkas yang bukan sahaja anak-anak menggemarinya malah kita sebagai orang dewasa juga cukup menyukai menu nan satu ini. Apatah lagi jika dimakan bersama sambal dan kicap lemak manis. Cukup sempurna gabungan rasanya!
Pun begitu, sering juga kita berasa hampa saat menyediakan menu ini bila mana rasanya tidak sebagaimana dijual digerai-gerai. Mungkinkah ada ramuannya yang tersendiri?
Membongkar apakah ramuan dan cara memasak hingga dapat menghasilkan rasa ayam goreng kunyit yang enak, perkongsian daripada Haja Saleh ini diharap dapat membantu.
Ayam goreng kunyit mudah, sedap !
Lama betul tak share resipi kan. Ayam Goreng kunyit ni kira feveret anak anak termasuklah bapak dia sekali, senang cepat tapi tetap sedap!
Jom cuba resipi ni
Bahan bahan untuk ayam
600 gm dada ayam (dipotong dadu)
15 gm tepung jagung
10 gm tepung beras
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk kari
Satu kiub ayam
Sedikit air
Sedikit garam. Tak perlu Banyak. (sebab dah ada kiub ayam tu )
Perap dada ayam sekejap sebelum goreng dengan minyak yang secukupnya. (Biar sampai ayam tenggelam dalam minyak sepenuhnya)
Cara caranya:
Goreng ayam sampai masak.Masukkan carrot, bawang dan kacang panjang. Angkat dan toskan.
Bahan untuk sambal
5 biji cili merah
6-10 biji cili padi merah (dalam ni haja guna cili padi hijau je sebab merah yilek)
Sedikit belacan
Sedikit gula
Sebelah tomato potong dadu boleh tumbuk sekali.
Dah agak halus bahan-bahan kat atas boleh masak sekejap atas API. Ambik sedikit minyak goreng ayam tadi. Masak sekejap Dalam 5-8 minit.
Siap!
Boleh makan dengan nasi panas renjis-renjis kicap . Walahhhh sedap terangkat lagi-lagi kalau sambal tu pedas BERAPI.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.