Bagi bisnes, umrah, beri kereta, wanita ini kongsi sebab kena lebihkan anak sulung. Anak sulung seringkali memikul tanggungjawab yang lebih berat berbanding adik-beradik yang lain. Mereka biasanya menjadi ‘tulang belakang’ keluarga, membantu ibu bapa dalam menjaga adik-adik dan menguruskan rumah tangga.
Bagi Bisnes, Umrah, Beri Kereta, Wanita Ini Kongsi Sebab Kena Lebihkan Anak Sulung
Dalam situasi di mana keluarga menghadapi kesulitan kewangan, anak sulung sering menjadi penyokong utama. Mereka terpaksa berkorban banyak untuk memastikan keluarga tetap bertahan.
Apabila ibu bapa akhirnya mencapai tahap kewangan yang lebih stabil dan berkemampuan, adalah wajar untuk mempertimbangkan ganjaran kepada anak sulung yang telah banyak berkorban. Ganjaran ini bukan sahaja sebagai tanda penghargaan tetapi juga sebagai pengiktirafan terhadap usaha dan pengorbanan yang telah mereka lakukan.
Kenapa selalu lebihkan anak nombor satu? Bagi bisnes, bagi pergi umrah sendiri dan bagi kereta?
Sebab dia seorang anak yang lalui keperitan hidup sama-sama dengan Kak Jura. Dia lahir dalam serba kekurangan. Dia membesar bukanlah dalam keadaan yang cukup selesa. Dia membesar dengan penuh sabar harungi kesusahan Kak Jura sama-sama.
Dia tak ada macam adik-adiknya sekarang yang lahir di hospital swasta yang cukup selesa. Dia tak ada macam adik-adiknya yang membesar dalam rumah besar selesa dengan pembantu rumah. Dia tak ada pergi International School macam adik-adik dia. Dia tak merasa macam adik-adiknya yang selalu dapat pergi holiday. Dia tak rasa semua itu.
Ads
Dia yang lahir di hospital kerajaan yang mana balik rumah terpaksa tumpang kereta jiran sebab masa itu tak ada kereta. Dia membesar duduk flat 1 bilik yang hanya tidur beralaskan toto di ruang tamu dari kecil sampai besar. Dia pergi sekolah kerajaan naik motor berpanas berhujan setiap hari. Dia yang tahu mamanya tak ada duit dan tak pernah merungut minta apa-apa.
Dia yang banyak uruskan hal sekolah/kafa adik-adik semua sekarang berbanding Kak Jura. Dia yang lebih ambil berat hal adik-adik berbanding Kak Jura. Nak buka sekolah dia yang paling sibuk siapkan buku sekolah adik-adik siap balut semua. Dia yang tiap malam tengok jadual sekolah adik-adik untuk pastikan bawak buku yang betul. Dia yang habiskan masa tolong adik-adik ulang kaji bila mereka nak exam.
Bila hari ini Allah permudahkan rezeki Kak Jura maka Kak Jura dahulukan dia. Kak Jura cuba nak bagi terbaik buat dia yang tak pernah pun merungut walau sedikit disaat kami susah.
Alhamdulillah dia anak yang menyenangkan mak ayah. Tak salah jika sekarang tiba masa Kak Jura nak berkongsi banyak benda dengan dia.
Kesimpulannya anak sulung yang telah melalui hidup susah demi membantu keluarga layak diberikan ganjaran apabila ibu bapa sudah berkemampuan. Pengorbanan dan usaha mereka adalah sesuatu yang tidak ternilai dan wajar dihargai.
Ads
Melalui ganjaran yang sesuai, ibu bapa bukan sahaja dapat menunjukkan penghargaan tetapi juga memberi semangat dan motivasi kepada anak sulung untuk terus berjaya dalam kehidupan.
Nama angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor tidak asing lagi dalam kalangan netizen memandangkan dia antara salah seorang tokoh yang sentiasa menjadi inspirasi buat rakyat Malaysia.
Malah, terkini menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Sheikh Muszaphar di laman Instagramnya, dia berkongsi berita gembira apabila anak sulungnya, Sophea Isabella yang berusia 11 tahun menjalani Pusat Genius Pintar Negara UKM yang merupakan sebuah program yang dikhaskan untuk pelajar pintar.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Untuk memasuki pusat ini, murid-murid pintar perlu mengambil ujian bagi mengenal pasti dan dikembangkan bakat akademik mereka menerusi program yang dijalankan di pusat ini.
Seseorang murid yang ingin belajar di Kolej GENIUS@Pintar, UKM perlu lulus Ujian UKM1, UKM2 serta menyertai dan berjaya menamatkan program Perkhemahan Cuti Sekolah dan lulus ujian UKM3.
Dalam video tersebut, beliau menjelaskan anaknya telah melalui dua saringan UKM1 dan UKM3, kini sedang menjalani ujian UKM3.
Dia juga turut mendedahkan bahawa tidak menyangka anak sulungnya itu seorang genius. Namun mengakui Bella seorang yang telah menunjukkan potensi diri sejak bayi lagi termasuk boleh berjalan pada usia 8 bulan, boleh membawa usia 3 tahun dan mempunyai ingatan yang kuat.
Meluahkan rasa syukur dan bangga dengan pencapaian anaknya itu yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan.
Beliau juga memaklumkan bahawa pada usia 2 tahun Bella turut mengikuti program Permata Pintar Wokshop. Nyata memang sejak kecil lagi Bella telah didik untuk melakukan penerokaan bagi merangsang mindanya.
Dalam pada itu, meninjua di ruangan komen rata-rata memberi respon memuji kecemerlangan Bella. Malah ada yang juga yang meminta tip. Malah ada yang mengakui bahawa kecerdikkan anaknya adalah daripada IQ ibunya iaitu Datin Dr Halina Mohd Yunos.
Pelakon cantik, Datin Atikah Suhaime, 33, yang kini sedang hamil lima bulan berkongsi bakal melahirkan anak sulungnya di Kuala Lumpur sahaja.
Tidak mahu memilih di negara kelahirannya, kongsi Atikah dia dah suaminya, Datuk Lokman Teh, 34, juga menyokong pilihan ini kerana mereka ingin anak mereka menjadi warga Malaysia.
“Kami sudah berbincang mengenai soal kewarganegaraan anak sebelum berkahwin lagi.
“Saya dan ahli keluarga juga tidak ada masalah untuk anak kami menjadi warga di sini kerana Malaysia dan Singapura tidak jauh beza dan hanya bersebelahan saja,” ujarnya.
Tambah bakal ibu ini lagi, keputusannya untuk bersalin di Kuala Lumpur bukan sahaja berkaitan dengan kewarganegaraan, tetapi juga kerana urusan perniagaan suami dan keluarga mentuanya yang berpusat di Kuala Lumpur.
“Saya bersetuju dengan kemahuan suami saya kerana semua urusan keluarga kami di sini,” katanya, menambah bahawa sokongan dari suami dan keluarganya memberi kekuatan dalam membuat keputusan ini.
Ketika ditanya mengenai hasrat untuk memohon taraf kerakyatan Malaysia, Atikah menjelaskan bahawa dia tidak bercadang untuk berbuat demikian.
“Saya masih warga Singapura dan ulang alik ke Kuala Lumpur dengan menggunakan ‘spouse visa’ saja. Saya tidak mahu menukar kerakyatan kerana ia memudahkan urusan untuk saya ‘travel’ ke luar negara termasuk ke Amerika Syarikat,” jelasnya.
Dengan statusnya sebagai warga Singapura, Atikah tidak perlu memohon visa untuk melawat negara lain, termasuk AS, yang menjadi pertimbangan penting baginya.
Dah namanya ibu, cinta hati seorang anak sejak dari alam rahim hingga meningkat dewasa menjadi manusia. Insan ini yang tak senang duduk jika berlaku sesuatu pada anak-anak. Apatah lagi yang melibatkan masa depan mereka.
Itulah yang digambarkan buat pengorbanan seorang ibu ini yang sanggup menggadaikan gelang emas hadiah pemberian suami bersempena ulang tahun perkahwinan mereka.
Kisah yang dikongsikan menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok itu dilihat seorang wanita memasuki ke sebuah kedai gajet lalu bertanya sama ada dirinya boleh membeli dan membayar komputer riba menerusi seutas gelang emas atau tidak.
Meskipun menangis teresak-esak kerana sayang untuk menggadaikan gelang emas pemberian suami, namun rela demi anaknya yang bakal menyambung pelajaran.
“Makcik nak cari komputer riba kat anak. Dah orang habaq (beritahu) ada jual kat sini, makcik mai (datang) lah kat kedai ni, nak tengok lagumana (bagaimana) bayaran dia.
“Kalau boleh tu, kalau cukup, nak beli cash (bayar secara tunai). Kita tengok dululah. Makcik kira nak bagi gelang sajalah kat cik (tuan kedai). Gelang ni, pakcik lah beli. Pakcik beli bersempena hari ulang tahun perkahwinan kami. Sayanglah..
“Yang penting ni, dia nak belajar kan. Biarlah kita berkorban, nanti ada duit kita beli lain kan,”ujarnya dalam nada merintih sambil mengesat air mata.
Bagaimanapun, tuan kedai berkenaan menasihati wanita berkenaan untuk tidak menggadaikan gelang emas, sebaliknya memberi pilihan lain iaitu bayar secara bulanan menerusi permainan kutu.
“Kalau makcik nak tolak gelang, rasanya tak payah dululah makcik. Simpan, takut ada benda lagi penting nak beli. Saya rasa makcik join kutu.
“Kami ni, selain jual secara cash, kami buat kutu gajet juga. Kalau makcik nak bayar secara bulanan, bolehlah main kutu. Senang sikit nak bayar, tak payah keluarv duit seketul,”ujarnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata ungkap rasa sebak dan tersentuh dengan pengorbanan ibu ini demi kelangsungan dan kesenangan buat si anak dalam menuntut ilmu. Malah menurut pemilik tiktok, ibu ini telah mendapat bantuan laptop dari seseorang.