Mendidik anak-anak adalah sesuatu perkara yang mencabar. Ibu bapa perlu menggunakan cara dan pendekatan yang betul untuk membentuk anak menjadi seorang yang cemerlang.
Kawal kemarahan adalah salah satu cara mendidik anak.
Boleh ikut perkongsian ini.

 

Ibu bapa yang ada perasaan marah,geram,eh dia ni kang.. Ini adalah normal dalam ilmu Parenting mak ayah kita dulu. Orang yang kata dia boleh positif 24 jam,365 hari,itu bukan manusia,itu malaikat.

Cuma bagaimana untuk uruskan perasaan marah itu supaya tidak bertindak diluar batasan agama dan kemanusiaan.

Umar R.HU seorang sahabat yang tinggi sifat pemarahnya. Namun apabila islamnya umar rhu marahnya itu diurus dengan baik. bahkan sifat pemarah umar itu dijadikan sebagai benting untuk mempertahankan islam,musuh Musuh islam gerun dengan umar.

Marah Pada Anak Itu Biasa, Tapi Jadi Luar Biasa Bila Ibu Ayah Kawal Kemarahan. Follow Tip Ni.

Perasaan marah itu fitrah. Jika tiada perasaan ini pasti Nabi S.A.W tidak bagi tips bagaimana untuk uruskan marah itu.

IKLAN

Tengok apa nabi pesan kepada kita. Ini bukan sebarang orang yang bagi tips,jika follow tips Baginda pasti dan pasti kita boleh kawal kemarahan.

1. Jika dia marah sedang berdiri,maka duduklah.

2. Jika masih lagi marah dalam keadaan duduk,maka berbaringlah.

3. Mengambil wudhuk.
part ini rasanya ramai terlupa nak buat,sebab itulah marah tak reda.

IKLAN

4. Diam. Saya perasan jika arwah ayah diam,itu tanda dia sedang marah. Rupanya dengan diam pun kami dah faham dah ayah tak suka apa yang kami buat.

Jadi marah itu normal. Maka uruslah amarah itu dengan baik. Kerana Nabi s.a.w bersabda;

لَيْسَ الشَّدِيدُ بِالصُّرَعَةِ إِنَّمَا الشَّدِيدُ الَّذِي يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ

Maksudnya: Seorang yang kuat itu bukanlah yang handal bergusti; seorang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal dirinya sewaktu sedang marah.

IKLAN

Allah s.w.t puji orang yang menahan marah ini adalah orang yang bertaqwa,disediakan kepada mereka syurga (rujuk ayat 132)

الذِينَ يُنفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ۗ

Maksudnya: Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang.

Surah Ali ‘Imran (134)

Akhir kalam. Perasaan marah itu fitrah. dan gunakanlah marah itu pada tempatnya. Jika anak mencuri,menipu,melanggar perintah Allah maka marah itu perlu ditunjukkan.

Kredit: Muhammad Hassan

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI