Air rebusan sireh jika diminum telah lama diketahui manfaat oleh kita orang wanita. Lebih-lebih lagi buat ibu yang beranak ramai. Selain diminum, air rebusan sireh juga jika dijadikan bahan untuk bertangas memang tidak akan menghampakan kesan yang dapat dirasai.
Jika masih ada yang belum pernah mencuba dan tidak tahu caranya, jom kita fahami sebagaimana yang dikongsikan oleh Norliza Mohd Salleh, dan beliau merupakan antara yang aktif berkongsi posting dalam laman sosial berkenaan jamu tradisional ini.
REBUSAN AIR UNTUK BERTANGAS
BAHAN-BAHAN
Beberapa helai daun sireh (lagi byk lagi bagus)
1sudu kecil garam kasar
Beberapa keping Asam gelugor
5biji manjakani
Ads
CARA BUAT :
Rebus dengan air. Ikut suka korang lah nak air banyak mana.Rebus sampai naik bau dan sampai manjakani lembik ye. Baru ummphh oh la la giteww.Khasiat bertangas1) sirih bersifat antiseptik dan berupaya membunuh fungus. Dan rawat kputihan.
2) kecutkan buasir
3) buang toksin melalui proses bertangas
4) lancarkan perjalanan darah
Ads
5) merawat masalah kencing tak lawas
6) merawat faraj dan rahim
7) merawat masalah faraj kering
Selain itu, sireh boleh juga dijadikan sebagai minuman untuk membantu menyegarkan badan dan jika rajin diamalkan masalah bau badan dan keputihan juga dapat diatasi.
Ads
Ini perlu buat!
BAHAN-BAHAN
5 helai daun sireh
3 kuntum bunga cengkih
3 gelas air
Cara2 :
Rebus semua bahan sehingga jadi 1 gelas Air.
Siap. Amalkan seminggu 1x saja.
Sumber : Norliza Mohd Salleh
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Membayangkan sebuah kediaman yang cantik dekorasinya dengan konsep-konsep tertentu, pasti sahaja kita dengan sendirinya faham sejumlah wang yang besar perlu diperuntukkan untuk menghasilkannya.
Begitu juga umpamanya andai ingin melatar ruangan dinding dengan konsep wainscoting yang kini digemari ramai. Pasti kosnya juga besar memandangkan menggunakan kayu-kayu untuk membentuk bingkai-bingkai pelbagai saiz yang dilekatkan di dinging. Semua itu memerlukan kepakaran untuk dihasilkan.
Pun begitu, melalui perkongsian daripada Diyanah Salim yang telah pun berjaya merialisasikan impian dengan menggayakan konsep wainscoting dengan belanja yang sangat murah. Ada trik dan tip yang dilakukannya.
Nak tahu apa caranya itu, jom semak perkongsiannya.
Tips nak buat wainscoting murah
Pergi beli kayu sendiri and upah org buatkan. Modal kayu untuk dinding lebih 20sft kurang drpd RM150
Kayu 1kaki RM0.85sen 1 kayu 7kaki RM6.00 Cat putih tin kecik Spray kayu RM8 Paku Gam kayu
Harga kalau amik pakej a-z dkt fb/ig. Lebih rm3k. Modal buat sendiri tak sampai RM500 JIMAT SELAGI BOLEH.Wainscoting ni, cik nana beli brg semua sendiri. Ukur setiap jarak and design sendiri.Tukang buat hanya potongkan kayu, cat and tampalkan kayu.
Nak lg jimat boleh buat sendiri. Senang je bila dah tahu cara.
Ekstra tip :
2. Nk lg senang beli laser dinding. So buat nnt ikut laser je. Harga dkt shoppe dalam rm80 je x silap
Harap dapat membantu kekakak yg nk nampakkan rumah mewah tapi dalam bajet yg sgt murah
Kata orang bila gigi bongsu hendak tumbuh memang sakitnya hanya yang pernah rasa sahaja tahu. Bahkan ada yang terpaksa melakukan pembedahan kecil untuk membuang gigi geraham bongsu dek kerana sebab-sebab tertentu.
Jadi buat anda yang berhasrat untuk mencabut gigi bongsu, baca dahulu perkongsian Dr. Mohd Khairul Izwan untuk info bersama. Menurutnya, tips-tips ini penting bagi anda yang berhasrat untuk mendapatkan rawatan cabutan gigi di klinik pergigian ataupun bagi anda yang bakal menjalani pembedahan kecil bagi membuang gigi geraham bongsu:
1.Pastikan anda mendapatkan rehat dan tidur yang secukupnya pada malam sebelum anda pergi ke klinik gigi.
2.Pastikan juga anda telah makan terlebih dahulu sebelum pergi ke klinik. Tidak perlu terlalu kenyang tetapi memadai sebagai alas perut untuk badan anda mendapatkan tenaga yang cukup. Ini penting bagi memastikan anda berasa selesa sepanjang rawatan diberikan.
3.Sekiranya anda menghidap sebarang penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya, pastikan anda telah mengambil ubat-ubatan harian yang perlu seperti yang telah diarahkan oleh doktor perubatan anda. Jangan tunda atau berhenti makan ubat yang sepatutnya dengan alasan anda mahu mencabut gigi.
4.Maklumkan juga kepada doktor gigi anda tentang masalah kesihatan yang anda hadapi. Jujur dan jangan sembunyikan apa-apa maklumat. Sekiranya anda mempunyai kad/rekod perubatan atau senarai ubat yang diambil, sila bawa bersama apabila berjumpa dengan doktor gigi anda.
5.Cuba tenangkan diri anda walaupun hakikatnya anda gementar atau rasa takut. Cuba kawal pernafasan anda. Alihkan perhatian anda kepada perkara lain seperti menonton TV di ruangan menunggu klinik atau membaca sesuatu di telefon pintar anda ketika menunggu giliran. Ketenangan anda amat penting agar anda selesa sebelum, semasa dan selepas rawatan dilakukan.
Selepas selesai gigi anda dicabut, anda haruslah mengikuti langkah-langkah berikut:
1.Gigit kapas yang dibekalkan dengan kuat dan gantikan setiap 30 minit sehingga darah betul-betul berhenti.
2.Elakkan berkumur-kumur selepas cabutan gigi agar proses pembekuan darah tidak terganggu.
3.Telan air liur dan elakkan daripada kerap meludah.
4.Elakkan daripada makan atau minum sesuatu yang panas.
5.Bagi perokok, elakkan merokok dalam tempoh sekurang-kurangnya 48 jam selepas cabutan gigi kerana asap rokok boleh menggangu proses penyembuhan luka.
6.Elakkan minum menggunakan straw kerana straw boleh meningkatkan tekanan di dalam mulut dan mengganggu proses pembekuan darah.
7.Boleh tuam pipi di bahagian bekas cabutan gigi menggunakan ais untuk membantu meredakan kesakitan.
8.Jangan usik luka bekas cabutan menggunakan lidah ataupun jari.
9.Makan ubat yang dibekalkan oleh doktor gigi anda.
10.Berehat dan elakkan daripada melakukan kerja atau senaman yang berat.
Paling penting, pastikan anda mendapatkan rawatan di klinik pergigian yang berdaftar dan elakkan daripada pergi mendapatkan rawatan dengan doktor gigi yang tidak bertauliah seperti kisah yang pernah saya kongsikan di sini:
Seronok juga mencuba menanam jagung sebatas dua, dapatlah nanti dimasak bubur jagung, cucur jagung, puding jagung dan macam-macam menu untuk dinikmati bersama keluarga.
Pun begitu, kadang-kadnag kecewa juga bila menanam jagung ini bila dituai isinya tidak padat, ‘rongak-rongak’. Hendak sedikit isinya bahkan bila direbus pun, makan tidak puas jadinya.
Jadi sebaiknya anda ketahui dahulu ada satu teknik ini bila anda buat akan menjadikan isi jagung lebih padat dan sempurna. Nak tahu detail, jom baca perkongsian daripada Farah Aisyah Ahmad yang dikongsikannya di salah satu group berkebun di facebook.
Ini perkongsiannya.
Cara Mudah Saya Tanam Jagung
Bina sedikit batas, semampunya sahaja. Buat lubang sedalam lebih kurang 2 cm dengan jarak 1 kaki. Setiap lubang letakkan 2 biji benih. Kambus biji benih dengan tanah hitam. Untuk jagung ini benihnya saya beli di kedai Eco, Bicolor corn jenama Grabbit.
Tiga perkara penting ketika menanam jagung: 1. Air
Siram pagi dan petang lebih kurang 250ml untuk setiap lubang
2. Baja
Mulakan pembajaan pada hari kesepeluh. Konsisten membaja seminggu sekali. Tukar kepada baja buah apabila bunga jantan keluar.
3. Pendebungaan manual
Disebabkan saya tak menanam banyak. Jadi pendebungaan manual sangat membantu untuk mendapatkan jagung yang penuh isinya.
Secara ringkasnya ketika bunga jantan mengeluarkan debu, petik setangkai bunga jantan dan golekkan pada bunga betina.
Rujuk gambar rajah ni.. bunga jantan (male) atas sekali.. bunga betina (female) celah daun yang bakal jadi buah jagung.
Waktu paling sesuai untuk pendebungaan ketika cuaca panas dan pukul 11.00 pagi -2.00 petang.
Ekstra info : Kalau buah jagung dah keluar dan ada rambut boleh buat pendebugaan dan letak baja. Itu membantu buah jadi besar dan elak jagung ronggak. Selagi debu bunga jantan masih ada, masih boleh buat pendebugaan manual.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.