Bukan hanya terkenal sebagai seorang yang prihatin, Datin Rebecca Nur Al-Islam rajin mengadakan majlis ilmu seperti tazkirah di kediamannya.
Semalam, berlangsung satu majlis ilmu dikediaman pasangan ini bertemakan hijau putih. Namun yang lebih menarik di dalam majlis tersebut adalah apabila pembantu rumahnya mendapat hidayah dan memeluk Islam.
Majlis tersebut dikongsikan oleh pelakon berkenaan menerusi laman instagramnya.
Ads
“ALLAH HU AKBAR, semoga baby yang baru lahir ini “Siti Maryam” saya beri nama baru untuknya mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat..semoga terus beristiqomah..insyaallah selagi dia bersama saya,insyaallah saya bantu mengajar
“Alhamdulillah Syukur Ya Allah,Selesai Sudah My Helper Merry Convert To ISLAM,” tulis Rebecca ringkas namun berita tersebut mendapat respond dari pengikutnya.
Rata-rata memberi ucapan tahniah dan mengatakan pembantu rumah yang kini dikenali sebagai Siti Maryam bertuah kerana mendapat majikan yang baik hati.
Ads
Rebecca berkahwin dengan Datuk Nor Azam Sulaiman pada 14 Januari 2011. Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nor Anggun Reverra,6; Nor Anggerik Renesmee,5; Nor Aliff Al-Raffael, 2 dan Nor Ahmet Al-Reaggan.
Selain itu, mereka juga memiliki seorang anak angkat lelaki bernama Nor Adan Daniel, 10.
dynasmokhtar Alhamdulillah this is great babe !!! ??
shafiazarashopp Alhamdulillah..tahniah datin bg contoh yg baik hingga mery tertarik dgn Islam.
soo_zara ❤❤❤❤❤alhamdulillah.. Moga dpt bimbing dia dgn baik..
wawa_saza Datin seorang insan yg betul² mulia..cantik rupa paras secantik hati budi jga..untung mariam dpt majikan seperti datin..you a one in a million datin @rebeccanuralislamahmad
oyen.ginger Besar pahal berjaya converkan org ke islam..aku xtau betul ke x..org ckp bila kita berjaya bawak saudara baru..dan dia berkahwin..pahala tu mengalir smpai la saudara baru tu beranak pinak..tolong kalau salah betul kan..dh lama dgr tp xtau sahih ke x..
misqmeriel rezekinya dpt majikan yg baik dan kaya..tahniah kak bawa seorg saudara baru..besarnya pahala..
qam20779@rebeccanuralislamahmadhidayah milik Allah SWT.. mungkin agaknya pembantu tinggal dgn Sekali dgn famili Islam tu agaknya dia terbuka hati memeluk agama Islam.. tahniah sis
rubyrosti MashaAllah.. subhanallah… moga ganjaran pahala Allah kurniakan buat u, Datin @rebeccanuralislamahmad… dan semoga saudara baru kita, Siti Maryam istiqomah & mendapat Hidayah dari Allah SWT… aamiin❤️
az_raf_03 Allhuakbar untung nye Datin dapat bantu insan2 agama luar memeluk agama islam.. moga datin sentiase di beri keberkatan dari Allah SWT.. insyallah aminnnn… ??
mia.aniza Tahniah becca berjaya membawa seorg insan kejalan Allah..n atas usaha becca berserta doa moga terdidik n terjaga ibadah dan iman dia
izyansarah Alhamdulillah….akhlak majikan yg baik menjadi contoh kpd pembantu Dan Allah tlh berikan hidayah untuknya menjadi muslimah. Semoga terus istiqamah Dan menjadi muslimah yg solehah. Aamiinnnn
nurainsyam Bagusnya u datin. Meraikan lagi saudara bru.. Allahu.. Sgt respect
Cenderung berkongsi kisah di sebalik tabir berkaitan kerja-kerja kebajikan yang dilakukan, terkini pendakwah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew dengan segera telah menghulurkan bantuan kepada seorang ibu tunggal yang gambarnya tular di media sosial sedang menghantar makanan menaiki motor sambil mengendong anak oku buta.
“Hadiahkan kereta buat ibu tunggal Azimah Rahim yang tular kerja menghantar makanan sambil mengendong anak oku buta.
“Menangis akak terharu dalam kereta hadiah untuknya sambil peluk anaknya dan kata,ya Allah anak rezeki kita. Tak sangka dapat rezeki begini.
“Sebak sayu hati bila ziarah akak ni tadi. Kuatnya seorang ibu demi membesarkan anak dengan kerja menghantar makanan dengan mengendong anaknya,” cerita ustaz Ebit Lew di akaun facebooknya.
Difahamkan bantuan yang diberikan itu, bukan kali pertama. Ini sebagaimana dijelaskan oleh Ustaz Ebit Lew lagi.
“Syukur pada Allah , 11 bulan lalu kami carikan rumah dan kami bayarkan sewa bulanan rumah akak ini dan anak kecilnya sehingga kini. Kami cuba bantu nak carikan pengasuh tetapi anak ini aktif dan tidak mahu orang lain. Beberapa pengasuh tak dapat menjaganya kerana dia perlu perhatian 24 jam oleh ibunya.
“Menangis bila jumpa akak ni. Katanya dari arwah maknya ingin jumpa saya. Setiap hari doakan saya.
“Hari ini kami hadiahkan sebuah kereta supaya akak ni boleh kerja menghantar barang dan makanan menggunakan kereta. Kadang mengambil tempahan membuat mee kari dengan laksa untuk rumah yang inginkan. Beliau pandai masak juga.
“Ya Allah semoga Allah beri kekuatan buat kakak ini bersama anak kecilnya,” doanya diakhir perkongsian.
Sumber : Ebit Lew
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Begitu besar pengorbanan seorang ibu, mengandung dan melahirkan anak dengan mempertaruhkan nyawa sendiri. Kerana itulah syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu. Keyakinan dan doa seorang ibu menyaksikan lelaki ini mampu lulus cemerlang tanpa sebarang pembetulan pada tesis 3 jilidnya.
Dr. Kamilin Jamilin telah dianugerahkan anugerah ‘Chansellor Award’ (Siswazah Terbaik Keseluruhan) dan ‘Faculty Award’ (Ph.D by Research).
Berkongsi cerita bersama penulis, akui Dr Kamilin banyak kekurangan jika mahu dicari aibnya, namun dia percaya akan ‘kuasa’ Allah, kemudian berkat doa ibu ayah mengatasi segalanya.
Dengan prinsip yang selalu dibisikkan pada diri: “Buat yang terbaik Kamilin!” beliau berjaya tamatkan pengajian sarjana selama 4 tahun di sana tanpa sebarang penangguhan.
“Tesis hadis saya yang sebanyak 4 jilid, 1800 halaman itu juga dinilai cemerlang tanpa sebarang pembetulan dalam suasana ‘viva’ yang sangat mencemaskan, sehingga saya dianugerahkan Anugerah Pelajar Cemerlang & Tesis Cemerlang tahun 2013 oleh pihak Universiti.
“Berkat tawfiq dari Allah, dalam tempoh setahun setengah saya telah berjaya menyiapkan tesis saya yang setebal 1500 halaman (tinggal edit sahaja). Saya masih ingat lagi kali terakhir saya ‘menyentuh’ tesis saya di laptop ialah ketika malam hari ketika ‘contraction’ isteri menanti detik kelahiran anak kedua saya.
“Saya tidak merasakan apa-apa kerunsingan kerana ada ibu yang mendoakan saya. Setiap pagi, ibu akan bangun solat dhuha sejam lamanya. Dengan adanya doa dari ibu dan ayah, membuatkan saya yakin.
“Ada yang tanya tak risau exam esok, saya kata buat apa risau, saya ada mak yang mendoakan dan saya tahu mak saya sanggup berdoa dan berpuasa demi kejayaan anak-anaknya. Ibu kata insyAllah dia doakan saya lulus cemerlang tanpa sebarang pembetulan,”ujar suami kesayangan Nur Aisyah Binti Zakaria.
Nak anak-anak jadi ‘manusia’
Tatkala ditemu bual penulis Zaiton Binti Ibrahim, bonda tercinta kepada Dr Kamilin ini mengakui apa yang dilakukan olehnya adalah atas dasar tanggung jawab sebagai seorang ibu.
“Sebagai seorang ibu, saya sangat bersyukur jauh sekali nak bangga atau riak. Segala-galanya diberikan oleh Allah. Sejak kecil, suami, Dr Jamilin Bin Jais memang sudah tanamkan dalam diri anak-anak dia mahu salah seorang menghafal al-Quran. Dengan kata lain, nak jadikan anak-anak sebagai ‘manusia’.
“Sebagai ibu, saya jenis yang prihatin dan mahu anak-anak berjaya dunia dan akhirat. Sebenarnya saya buat apa yang Allah suruh, bukan kerana nak anak berjaya. Saya buat hanya Allah. Saya yakin pada hadis dan al-quran. Dalam al-quran banyak menyebut tentang berdoa nescaya Allah perkenan.
“Bukan sahaja doa saya, malah doa dari orang lain juga. Kerana itu saya selalu bersandarkan (doa) pada Allah. Bukan hanya ketika anak-anak periksa, sebaliknya sepanjang masa.
“Cuma bila waktu anak tengah periksa, kami suami isteri, buat solat hajat dan satu yang saya buat, setiap kali mereka periksa, saya akan solat, berdoa dan membaca al-Quran sepanjang masa mereka periksa.
“Memandangkan ada anak-anak ada yang belajar di United Kingdom dan di Arab Saudi. Waktu peperiksaan mereka tentu berbeza. Jadi saya akan ambil waktu itu untuk bersolat dan amalan lain. Saya takkan buat benda lain sebaliknya fokus pada hal ini sahaja.
“Dengan cara itu seolah-olah saya membantu mereka supaya Allah permudah anak-anak menjawab,” ujar Puan Zaiton yang memberitahu jika kita mahu Allah berikan sesuatu, maka kita kena bersungguh-sungguh.
Mahu anak hafal al–quran
Tambah Puan Zaiton, dia mahu semua anak-anaknya masuk universiti dan berjaya. Kini, impian tersebut sudah tercapai.
“Ibu sangat penting dan merekalah tonggak kehidupan anak. Nakkan sesuatu kena usaha, dulu waktu anak kecil, saya dan suami terapkan al-Quran sedari umur 3 tahun. Ajar baca iqra dan alhamdulillah konsisten, lebih kurang 4 tahun lebih sudah khatam al-quran.
“Apabila Quran dan masuk dalam diri, secara automatik akademi menjadi mudah. Saya percaya 80 peratus datangnya dari rumah. Saya percaya pengaruh rumah cukup kuat. Jadi sebelum saya hantar anak-anak ke tadika, saya pastikan anak-anak tidak dihantar ‘kosong’,”ujar Puan Zaiton lagi.
Allah tutup aib
Biarpun ibunya cukup yakin namun Dr Kamilin mengakui awalnya dia berasa sangat mustahil untuk lulus cemerlang tanpa sebarang pembetulan.
“Saya kata mak mustahil tak ada. Memadai mak doakan minor correction pun sudah memadai kerana tesis saya besar. Tapi mak kata dia tetap nak doa Tesis saya lulus tanpa pembetulan.
“Alhamdulillah Allah tutup aib dan mudahkan urusan. Doa ibu dimakbulkan,” cerita Dr Kamilin yang mengakui bimbang suatu hari nanti kalau Allah ambil mereka darinya, ketika itu adakah dia masih lagi boleh berjaya atau kejayaan akan terbang entah ke mana.
Hargai ibu bapa
Dalam menempuh perjalanan PhD dengan penuh duri dan pancaroba serta pelbagai komitmen, akui Dr Kamilin, beliau berjaya menyiapkan 4 buah buku selain turut dilantik menjadi Ahli Majlis Fatwa termuda negeri dan pelbagai lagi komitmen mustahil untuk berjaya dalam tesis atau proses PhD.
“Pesanan saya kepada diri dan semua, hargai ibu bapa. Mereka rahsia kejayaan kita selama ini. jangan sangka kita berjaya kerana usaha dan kepandaian kita.
“Sebaliknya kita lupa ada insan yang mengalirkan air mata mendoakan kejayaan kita,” ujar Dr Kamilin yang mendapat Anugerah Karya Asli Terbaik (Kategori Bahasa Arab) oleh badan penerbitan USIM, kemudian berjaya menerbitkan 4 lagi buku serta menghasilkan beberapa jurnal.
Setahun ‘struggle’
Mengimbau kenangan lalu, beliau mengakui pernah melalui kehidupan ‘0 markah’ selama 6 tahun berpindah randah sekolah sehinggalah kembali fokus belajar selama sekitar 3 bulan untuk mendapat anugerah pelajar terbaik sekolah (SPM).
“Allah telah mengatur hidup saya dengan ‘memadamkan’ impian karier saya untuk menjadi arkitek ternama dunia dengan menerima tawaran belajar di Universiti Islam Madinah semasa masih di tahun pertama matrikulasi UIA. Tidak pernah saya impikan untuk menceburi bidang Hadis atau Pengajian Islam, bahkan dahulunya saya sungguh tidak meminatinya.
“Di Madinah, setahun saya terpaksa ‘struggle’ belajar bahasa arab di Pusat Pengajian Bahasa Universiti sebelum memilih jurusan Hadis, suatu bidang yang ketika itu saya langsung tiada idea mengenainya. Kemudian saya menempuhi 4 tahun pengajian di Fakulti Hadis dan Pengajian Islam tanpa pernah ponteng.
“Ketika peringkat Sarjana Muda, saya mendapat Anugerah Khas Pengajian Tinggi oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Konsul Pendidikan Jeddah Arab Saudi atas kecemerlangan pengajian.
“Saya yang ‘kehabisan bateri’ ketika itu mengambil keputusan untuk pulang berehat seketika di tanah air mencari rezeki. Saya percaya akan ‘kuasa’ Allah, kemudian berkat doa ibu ayah mengatasi segalanya.
“Ini hanyalah kejayaan dunia, sedangkan kejayaan akhirat jualah yang dicari dan kekal abadi. Namun, andai kejayaan dunia ini saya tidak manfaatkan untuk mencapai kejayaan akhirat, hakikatnya saya hanyalah orang yang sangat rugi,” ulas bapa kepada Durar Saniyyah (9), Khattab Sayyah (4) dan Qutuz Mughlatay (1).
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Keperitan hidup di masa kecil ditambah dengan keadaan diri yang tidak sempurna membuatkan dia hilang kasih sayang seorang ibu.
Hanya atuk menjadi tempat untuk dia menumpang kasih sayang. Bagi kanak-kanak lain seusianya, mereka bebas berlari dan bermain dengan gembira tanpa memikirkan masalah. Tetapi dalam usia empat tahun dia sudah belajar hidup berdikari.
Sehingga lah usianya 9 tahun, dia dihantar ke rumah orang cacat dan daripada situlah bermulanya kehidupan baru yang kini mengubah hidupnya .
Demikian sedikit cebisan kisah hidup Chew Wei Lun, atlet paralimpik yang baru-baru ini mengharumkan nama Malaysia Di Tokyo apabila berjaya meraih pingat perak dalam acara Boccia.
Lebih manis lagi kejayaan tersebut dikecapi usai dia menewaskan dua pemain boccia ranking dunia dan mara ke final tanpa rekod kalah.
“Dari dulu lagi, saya terpaksa berdikari. Umur saya 4 tahun masa ibu tinggalkan saya, lepas tu atuk yang jaga saya.
“Masa saya 9 tahun, saya dihantar ke rumah orang-orang cacat. Bukan senang membesar dalam suasana macam ni sebab semua benda kena buat sendiri.
Wei Lun berkongsi kisah hidupnya Dalam satu temubual empat tahun lalu ketika Sukan PARA ASEAN Kuala Lumpur 2017.
“Banyak perkara yang saya pelajari, dan sekarang saya dah boleh jaga diri sendiri. Tapi, saya memang suka main Boccia. Cikgu kat sekolah yang ajar saya cara nak main Boccia.
“Dah minat sangat sampai saya ambik cuti 3 bulan tanpa gaji supaya dapat bertanding kat temasya ni dan banggakan negara saya. Saya tetap sukakan kerja saya dan saya sentiasa nak gembirakan diri sendiri jugak.
“Saya ada kerja, gaji tetap dan boleh buat apa yang saya suka lakukan. Apa lagi yang saya nak? Memang susah sikit nak seimbangkan kerja dengan Boccia tapi dapat wakil negara memang berbaloi.
Akui empunya diri, tiada terdetik di hati bakal meraih kejayaan sekaligus membawa pulang pingat buat negara.
Kali ni datang sebab nak promote sukan boccia je. Tak sangka akan terpilih masuk final dan menang medal,”ujarnya lagi dalam satu temubual.
Muhammad Raiyan Nufael meninggal dunia selepas rebah ketika latihan ragbi di Melaka. Kisah kenangan terakhir bersama ayah menyentuh hati ramai dan mengundang rasa sebak.