Sedar atau tidak, kita selalu membandingkan kehidupan kita dengan orang lain lebih-lebih lagi dari segi gaya hidup. Sehingga akhirnya kita yang stress sendiri.
Memiliki segalanya bukan bermakna bahagia dan sederhana bukan bererti kehidupan kita tidak sempurna.
Berbahagialah dengan cara kita kerana itulah kebahagiaan yang sebenarnya.
Nak Bahagia? Ini tipnya….
1. Kalau rasa nak buat sesuatu, buatlah… asalkan ikut syariat. Jangan peduli orang kata. Dan jangan paksa orang ikut macam kita. Lain padang lain belalang. Lantai tak sama rata. Kasut lain jenama..Jari kitapun lain saiznya
2. Jangan peduli apa orang kata pada kita. Rilek rileks sudah. Bahagia dengan cara kita. Beras kita habis bukan ada orang peduli.Mereka tak tanya pun..
Ads
Kita senang orang dekat
Kita susah, sendiri mau ingat
3. Nak buat baik jangan harapkan balasan orang. Nanti hati sakit. Berharap pada Allah…
Hanya percaya pada kata2 “Kita tolong orang, suatu hari nanti orang akan tolong kita”.
4. Tengok orang senang, jangan iri…rezeki dia Dia senang cara dia. Susah dia kita tak tau. Didik hati.. Suatu hari aku akan jadi macam dia…
5. Jangan mudah terasa hati. Pendam buat kita sendiri terasa hati. Menangis buat air mata habis. Buat apa yang kita rasa happy.
Ads
6. Berkawanlah tanpa syarat Hargai kawan2 yang hargai kita
7. Baca posting orang jangan sakit hati. Kita tak tau apa tujuan dia. Duk diam sudah…
8. Tulis benda positif. Jangan tulis pasal orang. Kalau orang tak suka..refer no. 7. Tak perlu perli perli. Just tulis kata2 yang boleh ingatkan diri sendiri..Kita pun bukan sempurna
Ads
9. Utamakan keluarga. Mereka yang akan susah senang dengan kita.
Penggunaan email dalam kehidupan seharian sememangnya sangat berguna dan penting lebih-lebih lagi jika anda bekerja di pejabat. Hal ini kerana hampir semua hal perlu diselesaikan melalui email sehingga menyebabkan beberapa kesalahan dilakukan tanpa sengaja.
Justeru, berikut merupakan 5 teknik guna email macam profesional yang ramai tak tahu. Memang lebih jimat masa, mudah dan tak ada lagi masalah tersalah hantar dan sebagainya. Nak tahu macam mana?
1. Cara undo email yang dah hantar
Sebenarnya tiap kali kita send emel, mmg button “undo” tu akan keluar. Tapi kita boleh setting supaya button “undo” tu appear lebih lama.
Caranya:
1. Klik setting icon (top right)
2. Klik settings > General
3. Klik “undo send”
4. Pilih “30 seconds”
So lepas ni lepas klik send je, kalau rasa macam tak sedap hati, boleh click undo terus.
2. Cara schedule your email
Kadang kita ni bila teringat nak emel je tiba-tiba dah malam. Takkan nak emel luar office hours kan. Kita sebenarnya boleh set nak hantar emel tu jam berapa & tarikh bila. Tapi macam mana?
Caranya:
1. Klik compose, dekat sebelah butang send to ada 3 titik.
2. Klik 3 titik tu & pilih “Schedule Send”
3. Pilih tarikh & masa yang dikehendaki.
Feature ni bagus gila sebab korang boleh pilih untuk send waktu yang recipient ada big possibility untuk bukak email tu. Contohnya kalau nak send cover letter ke resume ke. Schedule lah awal pagi.
3. Cara guna shortcuts
Kalau kita pandai guna shortcuts, memang boleh jimat banyak masa. Nak insert link, add cc etc jadi sangat pantas.
Caranya:
1. Klik settings > All Settings > General
2. Keyboard shortcuts, klik “on”
4. Cara snooze email
Kalau kita tengah sibuk or ada emel yang bukan priority, kita boleh snooze je sampai bila-bila yang kita nak.
Caranya:
1. Klik 3 dot dekat top right
2. Pilih sampai bila kita nk snooze
Nanti emel tu akan muncul balik dekat date yang kita set. So tak adalah terganggu kan?
5. Cara search emel
Kadang-kadang tu macam susah betul nak cari emel yang kita nak kan. Next time buat mcm ni.
Dekat search box boleh taip ni untuk mudahkan search emel lama:
– has:attachement
– from:fezzahussin or to:hr untuk cari person
– after:x or before:x untuk cari ikut tarikh
– size:x untuk cari large emel
Kalau cari macam ni, memang lagi mudah. Selamat mencuba!
Di sebalik senyuman manisnya siapa sangka wanita ini pernah dihujani ujian yang cukup berat. Bukan calang-calang orang yang boleh bertahan. Namun wanita yang dikenali dengan nama Zeeda Aziz mungkin cukup ‘istimewa’ sehinggakan terpilih oleh Dia.
Dilahirkan pada tahun 1979 di Kampar, Perak, Zeeda, 38 tahun yang kini menetap di Sungai Petani bersama suami dan anak-anaknya merupakan aktivis sosial yang banyak bergerak di sekitar kawasan utara semenanjung untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dan tidak bernasib baik.
Selain dari melakukan kerja lawatan sosial, dia juga dijemput ke sekolah dan juga program anjuran universiti, untuk memberi ceramah tentang masalah sosial dan juga slot motivasi.
“Projek terkini saya ialah mewujudkan program kumpulan sokongan tertutup untuk mangsa penderaan mental, fizikal dan seksual. Program ini memberi peluang kepada mangsa untuk mencari sokongan moral dan emosi dari aktivis dan juga sesama mangsa.
“Sebelum saya bergiat aktif dalam bidang sosial dan kemasyarakatan ini, saya pernah diuji hebat apabila disahkan menghidap kanser tulang selepas melahirkan anak yang kedua. Saya perlu melalui rawatan kemoterapi dan pembedahan membuang tulang yang rosak.
“Cabaran ini bermula pada tahun 2007 dan saya segera mendapatkan rawatan di hospital dengan lebih dari 10 kali pembedahan major. Akhirnya pada bulan Mei 2013 saya nekad untuk membuang sebahagian dari kaki kiri dan kini saya cacat fizikal kekal.
Alhamdulillah, setelah beberapa ujian klinikal dan imbasan dibuat, saya disahkan bebas kanser dan kini menjalani hidup yang aktif dengan memberi khidmat kepada masyarakat dan negara.
Saya mula berminat untuk menjadi seorang aktivis sejak saya menjalani rawatan di hospital. Sepanjang saya berada di wad, begitu ramai orang yang saya tak kenali menghulurkan bantuan tanpa diminta.
“Mereka ini membantu tanpa mengharapkan balasan. Niat mereka adalah untuk menggembirakan hati dan memudahkan urusan pesakit. Dari sinilah saya belajar bagaimana untuk memberi dengan ikhlas dan membentuk empati yang tinggi dalam diri.
Walaupun berada di dalam situasi yang tidak menyenangkan, saya sentiasa cuba berfikiran positif. Untuk menjadi seseorang yang positif, letakkan sahaja Allah di hadapan sebagai penunjuk jalan.
“InsyaAllah tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Dan di setiap kesulitan, ada kemudahannya. Itu janji Allah kepada semua hambaNya di dalam Surah Al Insyirah,” ujar Zeeda yang suka membaca dan menonton video yang memberi motivasi dan inspirasi.
Menurut Zeeda lagi, menerusi pengisian beginilah dia belajar mengawal emosi dan pemikiran supaya setiap ujian yang dihadapi dapat dilalui dengan tabah, redha dengan apa yang dihamparkan, dan yakin bahawa Allah sentiasa ada untuk memudahkan jalan atau cara.
“Alhamdulillah setiap cabaran yang diberikan saya terima dengan rasa syukur kerana, tanpa ujian berat sebegini saya mungkin akan menjadi manusia yang khufur, iaitu tidak mensyukuri setiap nikmat kecil yang diberi olehNya.
“Cabaran hidup saya yang terbesar bukanlah kecacatan fizikal yang saya ada. Malah ianya menjadi perangsang untuk saya lebih berusaha mencapai matlamat yang disasarkan. Apa yang menguji kekuatan emosi saya buat masa ini ialah bagaimana untuk mendidik masyarakat supaya sedar bahawa masalah sosial adalah masalah semua, dan bukan lagi hal keluarga. Memecahkan stigma dan persepsi konservatif agak rumit kerana ianya sudah didoktrinkan sekian lama.
“Dalam usaha ini, saya mendapat sokongan penuh dari suami dan anak-anak. Sahabat aktivis dan juga rakan-rakan yang lain turut memberi semangat dan berkongsi idea sepanjang menjalankan misi fisabilillah ini.
‘Oleh kerana kerja yang saya usahakan ini menggunakan banyak masa di luar kawasan, urusan di rumah dipermudahkan oleh pembantu saya. Ada masanya saya akan bawa anak-anak ke lapangan untuk memahami kerja yang saya lakukan supaya mereka lebih faham tujuan kenapa usaha ini perlu dilakukan,”ujarnya lagi.
“Selain aktivis sosial, saya juga penulis di media sosial. Jadi saya kerap kali menaikkan status berunsur nasihat. Pada saya, jika kita rasa tidak berdaya, carilah kekuatan dari sumber yang baik contohnya bahan bacaan, video yang memberikan inspirasi atau merujuk hal yang berkaitan pada individu yang berilmu.
“Elakkan dari membuat keputusan sewaktu emosi mendahului akal. Wanita juga perlu persiapkan diri dengan ilmu pelbagai cabang supaya diri lebih matang dan sentiasa bersedia untuk cabaran akan datang,”ungkapnya lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memiliki kediaman impian bukan sahaja kita mahukan nampak sempurna pada bahagian dekorasi dalaman, malah kalau boleh biarlah nampak sempurna dan indah dari luaran juga. Lantaran itu tidak hairanlah, ada yang teruja membina tembok rumah dengan ciri-ciri yang dingini seperti penggunaan batu bata merah dan sebagainya.
Tidak dinafikan, dengan menggunakan batu bata merah yang tidak disimen dikatakan mampu mencipta identiti dan gaya yang cukup memukau.
Pun begitu andai anda memasang niat untuk membuatnya sendiri, apa kata baca terlebih dahulu perkongsian yang ditulis oleh Mohd Helmy Ismail ini di dalan group Tukang Apa Hari Ini.
Tip Ikat Batu Merah Sendiri Agar Kemas & Cantik
Just share satu lagi kerja tembok bata merah yang berjaya disiapkan. Tembok ni saya hanya gunakan bata merah biasa sahaja, bukan jenis bata merah cantik@facing brick. Cumanya nak ikat tu kena slow and steady dan juga cermat.
Sedikit perkongsian tips untuk ikat bata merah
-Untuk dapatkan bata merah biasa yang cun, sebaiknya round dan survey dulu di beberapa hardware..hardware yang jauh sikit pun takpe..sebab selalunya hardware ni dapat stock bata merah dari kilang yang berbeza.Jadi kena rajin jalan2 cari bata yang sesuai.
-Bila dah jumpa bata yang sesuai, dah masuk order, pastikan masa delivery bata tu, request hardware untuk turunkan bata tu guna kren. Tujuannya nak pastikan surface tepi-tepi bata tu tak pecah dan sumbing masa delivery. Kalau turun pakai “bucket jack” biasanya hampir 50% keadaan bata tu rosak dan pecah. Kalau nk ikat bata then finishing plaster,takpa la..Tapi kalau nak dapatkan finishing tanpa plaster, kena jaga-jaga masa delivery lagi.
-Untuk ikat bata ni, sekali lagi kena pilih dan check keadaan bata. Try pilih dan asingkan bata yang comel dan tak comel. Dapat bata yang comel, baru kita mula ikat bata.Masa ikat, pastikan lap dan cuci terus lebihan simen atau lebihan air simen tu.
Tujuannya nak pastikan keadaan surface bata sentiasa bersih. Jangan tunggu sampai lebihan simen tu dah kering baru nak cuci…memang menangis nanti…..Sebab tu nak ikat bata macam ni dan dapatkan finishing ni kena slow and steady.
Memang akan ambil masa. Pastikan tukang ikat bata tu adalah seorang yang penyabar..Pastikan juga masa ikat tu, jarak antara bata tu konsisten.Baru nampak comel dan kemas.
-Bila dah siap ikat, cek balik ruang gap antara bata untuk pastikan simen cukup dan konsisten. Mana yang tak cukup simen, just tambah je. Cuma masa tambah, pastikan cuci terus surface bata tu bila terkena simen.Bila dah siap, dan simen cukup keras,cuci lagi sekali permukaan bata tu dan biarkan kering secukupnya.Last sekali, bila dah cukup bata dah cukup kering dan bersih, kita boleh sapu clear varnish untuk naikkan kaler bata merah tu dan juga sebagai protection untuk surface bata tu.Saya biasa guna clear varnish brand DOLPHIN. So far brand ni ok. Untuk design macam ni,ianya perlukan sedikit maintenance.Sebaiknya dalam tempoh setahun atau setahun setengah, sapu balik clear varnish pada surface bata merah tu
Kesimpulannya untuk buat tembok macam ni,kena banyak bersabar. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat mencuba.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.