Apabila menyebut tentang bahagia tentu terbayang akan pasangan yang saling hormat dan sikap tolak ansur satu sama lain. Bukan itu, sahaja, sikap pasangan yang saling belajar mendengar apa masalah memberi bahagia tanpa sempadan.
Begitu perkongsian yang dipaparkan oleh Mohd Fhais mengenai sikap suami yang kena belajar mendengar. Jom ikuti perkongsiannya yang sungguh inspirasi.
Lelaki Kena Belajar Mendengar !
Ada satu hari saya perasan isteri balik kerja dalam keadaan tak tentu arah. Berbeza sekali raut wajah ok dia dengan raut wajah pada hari tu.
Sah comfirm, mesti ada yang tak kena ni !
Saya pun mula jadi detektif. Satu persatu saya selidik apa yang berlaku pada dia mengunakan 3 step mudah ni.
1 – Engage ( libatkan diri )
Dah nampak isteri mood tak ok, cepat cepat la datang dekati dia. Dapatkan perhatian dia. Mulakan dengan tanya soalan mudah.
” Syg dah makan ? “, confirm dia jawab.
Elakkan la tanya begini waktu mood tak ok.
” Syg kenapa ? “
” Syg ada masalah ke ? “
Ads
Soal begini bukan nak libatkan diri tapi macam minta nak kena sebat dengan hanger je. Elakkan la kalau boleh.
2 – Explore ( teroka apa dalam minda )
Cara terbaik untuk explore adalah dengan buat isteri bercakap. Lebih banyak dia bercakap maka lebih banyak kita boleh teroka.
Contoh kes saya,
” Syg hari ni jaga icu lagi ? “, Saya
” Aah “, isteri
Bila isteri jawab, sambung lagi tanya soalan lain sampai la dia bercakap sendiri tanpa di tanya.
Jangan risau, kalau kita terus tanya dan tanya lambat laun isteri akan bercakap juga. Sampai la isteri dah mula pot pet pot pet.. Separuh tugas kita dah selesai.
Ads
Selesai sudah bahagian mudah. Sekarang bersedia untuk bahagian yang susah.
3 – Listen ( dengar )
Yup! Step 3 ni kita cuma perlu dengar dengar dan dengar. Tak perlu bagi jawapan, jangan bagi arahan atau beri pandangan.
Hanya pasang telinga, fokus pada muka isteri dan dengar dengan hati.
Nampak mudah tapi sebenarnya ramai yang gagal mendengar.
Nak jadi pendengar yang baik kena ada 4 perkara ni :
i – Berhenti dari buat kerja lain. Simpan telefon. Fokus pada luahan isteri.
ii – Mata ke mata, kena ada eye contact dengan isteri. Bukan isteri bercakap mata kita pandang tv.
Ads
iii – Bila isteri meluah tu tunjukkan minat. Walaupun tak faham, pastikan ada interaksi. Balas oh begitu, yeke syg, serius ke ni, patut la..
iv – Buat “paraphrase” iaitu ulang balik apa yang isteri cakap mengunakan bahasa kita sendiri. Tujuan paraphrase adalah supaya kita faham apa yang isteri duk luah tadi.
Lepas buat 3 step ni bukan sahaja dapat tahu apa masalah isteri, malah mood dia pun akan jadi stabil balik.
Oh, rupanya isteri saya ni duk risau sebab anak buah kena tahan wad lama sangat. Tu la puncanya.
Lepas dia dah luah kerisauan tu, raut wajah yang muram tadi bertukar ceria dah.
Kalau nak tahu emosi wanita ni boleh di ibaratkan macam “Tumor” kalau tak di rawat dari awal lama-kelamaan dia akan membesar dan membesar sehingga beri kemudaratan pada diri sendiri dan kita juga.
Masa dah mula nampak benjolan tumor ( emosi ) tu muncul cepat cepat la rawat. Jangan biarkan dah jadi bahaya baru nak kelam kabut merawat.
Berhasil sungguh tau 3 step ni! Cuba dulu baru tahu. Bila nampak isteri muka ketat jangan menjauh, tapi dekatkan diri dan pulihkan emosi isteri ni dapat pahala tau.
Gud luck!
Korang share la post ni kat orang lain juga mana tahu dapat beri manfaat pada diorang juga.
Sumber: FB Mohd Fhais
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menjadi seorang isteri, ibu dan dalam masa yang sama berkerja, nyata itu bukanlah suatu tugas yang mudah untuk dilaksanakan setiap waktu.
Sungguh ianya berat untuk dilaksanakan seorang diri melainkan ada suami yang turut sama-sama membantu meringankan kerja mengurus rumahtangga.
Namun begitu, ada pasangan yang berkira-berkira untuk membantu isteri buat kerja rumah.
Menegur sikap demikian, saudara Firdaus Mokhtar meluahkan pesanan buat para suami agar berubah dan bolehlah memahami situasi yang dilalui oleh isteri yang berkerja.
Ini perkongsiannya.
Ramai yang berkira dengan pasangan untuk buat kerja rumah. Terutamanya suami. Iyalah, tiba-tiba kau nak kena basuh kain, lipat baju, gosok baju anak atau kena mandikan bayi.
Sedangkan dalam masa yang sama isteri sedang siapkan kerja lain, contohnya memasak. Masa itu juga lampin anak dah penuh. Mengembung dengan kencing dan busuk dengan bau najis. Dibiarkan sampai isteri selesai masak.
Anak tak selesa. Menangis dan merengek. Datang ke ayah dia, pujuk pujuk tak jalan juga akhirnya kena marah. Padahal anak minta dibersihkan.
Selalu jadikan?
Ya tuan-tuan, kita jenis nak semua kerja rumah isteri yang buat. Anggap kau dah bekerja cari duit ribu-ribu, urusan anak kau letak tepi. Semua kerja rumah kau serah pada isteri. Pandai-pandailah isteri buat semua.
Sampai kadang kau lupa, isteri itu juga baru balik kerja. Dah gaji kau rasa tak cukup. Kau pun izinkan dia kerja. Setiap bulan tampung juga belanja sikit sikit.
Kawan-kawan, kalau isteri tak berkira untuk guna kudrat dan masa dia untuk bekerja dan bersama-sama kita membina keluarga, takkan kita berkira untuk buat sedikit kerja rumah.
Masa dua-dua ada di rumah, kerja rumah kita bahagi-bahagi lah. Bukan lah sampai perlu buat pembahagian dan perjanjian, tidak. Tapi kesedaran sendiri. Common sense orang kata.
Waktu isteri memasak, dia perlukan masa untuk sediakan semua dalam kadar segera. Kau juga yang nak makan. Waktu itu, anak-anak ada dan perlukan perhatian. Siapa nak ambil tugas ni? Kau lah.
Selesai waktu makan, pinggan mangkuk dan periuk kuali semua belum bercuci. Anak kecil dah mula cari mak dia, nak apa pun tak tahu. Yang penting anak nak mak dia waktu itu. Siapa yang nak basuh semua tadi dan kemaskan sikit dapur? Kau lah.
Kadang ada malam yang isteri kau sakit-sakit badan dan pening akibat penat bekerja. Ubat dia tidur awal lah. Baju kerja kau tak bergosok lagi. Eh, baju kerja dia pun belum siap. Apa salahnya kau ambil baju untuk kerja esok, kau gosoklah.
Sedara sekalian, begitulah hidup rumahtangga. Dua-dua bersatu membentuk rumahtangga. Kalau mampu, kau gajikan lah pembantu rumah.
Kalau tak mampu, kau buatlah sama-sama. Itu sahaja solusi sebuah rumahtangga.
‘Maternity shoot’ menjadi trend pasangan bakal ibu bapa merakamkan gambar-gambar dan juga video. Ketika pengacara dan juga pelakon, Uyaina Arshadhamil anak sulung kira-kira setahun yang lalu, seperti pasangan yang lain, Uyaina dan juga suaminya tidak mahu melepaskan peluang untuk merakamkan detik-detik indah itu.
‘Maternity Shoot’ Gaya Uyaina Arshad
Uyaina juga ada berkongsi momen-momen indah sepanjang proses ‘maternity shoot.’ Mungkin ada di kalangan ibu bapa yang berhajat untuk mengadakan ‘maternity shoot’ tapi masih belum mempunyai idea dan konsep.
Apa kata anda cuba ‘tiru’ idea Uyaina dan suaminya, Raja Syahiran Raja Azhanrianshah.
Jom kita layan gambar-gambar comel Uyaina ketika merakamkan gambar ‘maternity shoot’
Boleh Buat Kenangan Semasa Hamil
Sudah dapat idea? Bolehlah nanti bincang bersama pasangan masing-masing ya!
Untuk rekod, Uyaina membina mahligai bahagia bersama Raja Syahiran pada 21 Disember 2021. Pasangan selebriti ini berkenalan pada 2019 melalui program terbitan Astro. Uyaina melahirkan anak sulung pada 8 September 2022. Bayi lelaki yang dilahirkan secara pembedahan itu diberi nama Raja Urhan Raja Syahiran.
Hikayat 1001 Malam menjadi buah tangan terbaharu PU RIZ sepanjang Ramadan ini hasil kerjasama beliau dengan saluran Youtube BINTANG KECIL.
Kedatangan bulan penuh keberkatan ini dinantikan oleh semua umat Islam di seluruh dunia termasuk golongan kanak-kanak. Tidak sabar untuk sama-sama mengumpul pahala berpuasa dan bersolat di samping membantu ibu ayah menyediakan juadah berbuka puasa.
Sementara menanti waktu berbuka puasa, apa kata ajak anak-anak kecil untuk bersama-sama menonton rancangan yang memberi manfaat dan ganjaran pahala kepada mereka.
Buat pertama kalinya Youtube Channel BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya oleh TATEH.
Rancangan bercerita yang sangat interaktif ini disampaikan oleh pendakwah selebriti popular PU RIZ yang akan menyampaikan kisah-kisah sahabat nabi kepada beberapa orang kanak-kanak.
Program yang akan bersiaran setiap hari bermula pada 1 Ramadan bersamaan 3 April 2022 pada pukul 6.30 petang di Youtube Channel BINTANG KECIL akan membawa beberapa tajuk cerita menarik antaranya Bestnya Tarawih, Si Anjing Dengan Pendosa, Siang & Malam Itu Amazing, Kagumi Watak Anas Ibn Malik , Kekuasaan Sultan Muhammad Al Fateh dan banyak lagi.
Allah SWT telah menjanjikan ganjaran pahala berlipat kali ganda kepada umat Islam yang banyak membuat kebaikan di bulan Ramadan ini. Selain membantu ibu ayah, inilah masanya mendidik anak-anak kecil untuk menghayati indahnya ciptaan Allah di samping mengenali lebih dekat kehidupan para sahabat Nabi dan tokoh ilmuan Islam.
Jadi pastikan ibu ayah ajak anak-anak menghayati kisah-kisah sirah dan keagungan ciptaan Allah SWT dalam Hikayat 1001 Malam sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil.
BINTANG KECIL merupakan satu platform digital hiburan dan Pendidikan kanak-kanak terkini yang membawa anak anda ke sebuah dimensi baru penuh imaginasi. Menjadikan medium saluran Youtube dan event sebagai landasan utama, BINTANG KECIL 2022 membawa haluan baharu penuh informasi bersesuaian dengan mentaliti kanak-kanak millennial yang bijak dan pantas berfikir!
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di