Ketahuilah bahawa anakn-anak ini punya hati dan perasaan juga. Ingin diberi kebahagiaan dalam dirinya. Ibu ayah tataplah seorang demi seorang anak-anak, waima anak sudah pun besar! Semuanya anak-anak yang kita tantang bagaikan minyak yang penuh.
Namun, jika kita herdik, marah dan mengeluarkan kata-kata yang menyentuh hatinya, tentu tiada bahagia di situ. Perkongsian seorang ibu Ashikin Hashim , walaupun dalam bentuk ayat yang ringkas tetapi penuh pengertian.
Semak nukilan inspirasi ini!
Bahagianya Anak Kita Jika….
1. Jika kita mendengar cerita mereka
2. Jika kita mengucapkan terima kasih
3. Jika kita memohon maaf
4. Jika kita memberi ruang yang secukupnya untuk mereka mencuba
5. Jika kita memandang mereka ketika kita bercakap dengan mereka
Ads
6. Jika kita bertanya tentang pendapat dan perasaan mereka
Gambar sekadar hiasan
7. Jika kita memberikan mereka pilihan
8. Jika kita memberi ruang mereka bermain
9. Jika kita tidak menyalahkan dan menyatakan kesilapan itu pasti berlaku
10. Jika kita memberi semangat saat kita suka atau tidak
11. Jika kita sentiasa tersenyum saat kita mahu marah
12. Jika kita menyentuh, memeluk, mengucup
Ads
13. Jika kita sentiasa rajin bercerita
14. Jika kita menyanyi bersama-sama
15. Jika kita meraikan hobi dan kesukaanya
16. Jika kita bergurau dan ketawa bersama mereka
17. Jika kita memanggil, memberi gelaran yang baik-baik
18. Jika kita tidak banyak soal tapi dalam masa yang sama kita prihatin dan ambil tahu
Sudah pastinya bagi pasangan yang sudah berkahwin ingin memiliki kediaman sendiri.
Bagi yang telah berjaya membeli rumah sudah tentu memikirkan konsep dekorasi rumah. Pada masa yang sama memikirkan tentang kos pengubahsuaian.
Sehubungan cara yang terbaik adalah membuat perancangan lengkap mengenai apa yang perlu dilakukan setelah memasuki rumah baru.
Nak tahu caranya ikuti perkongsian tip oleh puan Nur Nazihah Abd Razak. Boleh ikuti panduan ini.
Ada beberapa orang yang msg, wasap bagitahu mereka baru je dapat kunci rumah. Boleh tak nak slot in booking tahun ni. Disebabkan schedule NZdesign dah full untuk tahun 2021 dan 2022 kat sini saya nak share sedikit beberapa tips untuk mereka yang nak buat sendiri urusan reno dan deco. InsyaAllah boleh je kalau kena dengan cara yang betul
Kat sini contoh yg saya berikan adalah rumah PPA1M berkeluasan 800sqft dengan bertemakan modern elegant. Saya diberikan tanggungjawab untuk reno dan deco dengan peruntukan sebanyak 65k+. Jadi apa2 ketahui bajet anda dahulu sebelum memulakan reno dan deco rumah kediaman anda.
Sebelum
Untuk ruang tamu ni asalnya ada 2 point lampu dan 1 point kipas sahaja.
Untuk ruangan makan dan dapur ni pula ada 1 point kipas dan 1 lampu.
Dalam proses renovation: Dan dapur plaster ceiling jenis flat design
Penambahan bronze mirror di dining area bg ruang nampak lebih luas
Sebelum pasang lantai kayu
Tips Memasuki Rumah Baru
1) Siling dan wiring
Faktor utama nak bagi rumah nampak cantik adalah siling. Tak semestinya kena buat plaster ceiling design mewah2, tak semesti juga kena buat cornice atau frame apa2. Design plaster ceiling jenis flat pun cantik. Yang penting banyak point lampu yang tersusun kemas dan point kipas juga diletakkan ditempat yang betul. Kalau boleh janganlah tambah point lampu atau kipas menggunakan casing. Sekarang ni kebanyakan developer agak kedekut nak bg point lampu di bilik tidur. Kadang2 1 point je dengan keluasan bilik tidur yang agak besar. Jadi nak tak nak kita kena tambah point lampu dengan buat plaster ceiling. Sebab kalau kita hack slab lagi melibatkan kos yg tinggi. Selain kelebihan nampak kemas dan cantik, kita boleh tambah beberapa point lampu deco untuk menaikkan seri sesuatu ruang. Contoh point untuk eyeball, tracklight, pendant lamp dan lain2. Untuk point aircond juga pastikan dirancang betul2. Kalau boleh elakkan tambahan casing *untuk site kepongmas ni saya guna design L box jenis memanjang terus dari living hall ke dining area. Ini disebabkan siling rumah mereka agak rendah(tuan rumah xnak box untuk kipas), jadi design yg lebih sesuai dan praktikal adalah L box dengan 2 point kipas, 1 point lampu gantung di tengah antara ruangan tersebut dan saya mainkan dengan downlight jenis cool white, T5 color kuning, eyeball warm white. Manakala di dapur saya gunakan design jenis flat dan beberapa eyeball di atas kitchen cabinet. Kami sediakan beberapa point aircond siap2 di living hall dan bilik
2) Cat Rumah Bila siling rumah dah cantik, kita boleh tetapkan beberapa tema color. Pemilihan color cat mestilah berdasarkan tema yang kita minat. Ada orang suka natural yg lebih kepada grey, beige, soft brown, cream dan putih. Color2 seperti ni sesuai untuk semua jenis tema. Kalau minat dengan tema farmhouse, dinding color putih amatlah sesuai. Ada yang berani dengan warna2 yang terang/gelap. Boleh je kalau pandai mix and match dengan perabot yang sesuai. Tapi make sure jangan semua dinding, fokus pada feature wall sahaja *untuk site ni saya pilih color cat yang natural iaitu dari Jotun kod 1140 sand. Pilih cat bukan kilat dan easyclean. Bila cat bukan kilat ni, kekemasan dinding akan nampak serata dan lebih cantik
3) Kitchen Cabinet
Ha.. Ruangan dapur adalah ruang yang kita kena barhati2. Jangan ada yang tersilap pilih material, kod color dan kontraktor. Salah pilih memang bahaya, sebab nak tukar lain dalam masa terdekat memang susah dan ia melibatkan kos yang agak tinggi. Di pasaran sekarang banyak kontraktor2 kabinet yang menawarkan harga yang murah. Tapi kena hati2 ye dari segi kekemasan kerja yang dibuat, material yang diberikan, hasil kerja mereka dan aksesori yang disediakan. Ada yang suka asingkan ruangan dapur kepada dry dan wet kitchen. Ada yang suka open concept kitchen dan ada juga yg suka ada privacy untuk ruangan dapur mereka. Semua bergantung pada bajet dan size keluasan dapur. Antara material yg ada adalah melamine, 3g, 4g, formica, solid nyatoh, mdf dan lain2. Bagi saya semua ok cuma kod dia je kena pilih betul2. Nak selamat pilih putih, hitam, grey dan warna elemen kayu. Nak nampak elegant boleh pilih color2 yg berani seperti emerald green, dark blue, mint, turquoise
*site kepongmas ni tuan rumah nak dry kitchen di dalam dan wet kitchen di yard mereka. Material 4G color gold, quartz stone untk table top dan tiles design marble untuk blacksplash mereka. Ia memberikan impak yang menarik dan wow
4) Lantai Lantai jenis tiles atau lantai kayu kedua2nya cantik. Pemilihan jenis lantai ni berkait rapat dengan kos yang diperuntukkan. Kalau ada bajet lebih boleh lah tukar kepada lantai kayu. Sebab lantai kayu ni nampak lebih modern, kemas dan cantik. Lantai kayu ni ada banyak jenis. Terpulang pada citarasa masing2. Cuma apa yg saya nak bagitahu kalau size rumah agak kecik dan kurang elemen pencahayaan pilihlah kod lantai yang soft. Jangan ambik yang gelap nanti rumah nampak sempit *Tuan rumah pilih lantai kayu jenis SPC untuk rumah mereka. Ia lebih tahan dan kualiti
5) Curtain/ Blind Setelah selesai semuanya, sekarang masa untuk pemilihan curtain dan blind. Curtain ni dipilih berkait rapat dengan color cat yang kita pilih awal2 tadi. Kalau cat lebih kepada light, curtain kena pilih yang dark sedikit untuk naikkan seri. Kalau nak pilih curtain, pilihlah material jenis blackout dan untuk menjaga privacy mestilah ada day and night curtain(sheer). Bila siang barulah tak risau nak buka curtain, syariat pun terjaga. Jenis2 jahitan yg ada adalah jahitan cangkuk biasa, eyelet, double pleat, box pleat, ripple fold, pinch pleat dan lain2. Nak nampak kedutan yg cantik dan terletak boleh gunakan jenis double pleat, tp kos ni agak mahal sedikit. Untuk bagi nampak ruang lebih luas ukur curtain mestilah wall to wall dan full height. Kalau kelebaran frame tingkap tu kecik, xpe kita buat curtain besar. Baru nampak wow *saya pilih curtain dalam box untuk living hall dan jenis eyelet untuk master bedroom. Selain tu juga kami sediakan roman blind untuk bilik anak2 mereka
6) Perabot, wall frame dan aksesori
Part paling ditunggu2. Boleh katakan hampir semua orang akan excited kalau part ni. Yelah nak pilih perabot dan aksesori ni memang feel dia lain sikit. Kalau rumah jenis apartment jangan beli terlalu banyak perabot. Cukuplah sofa 2/3 seater, armchair, bench/stool, coffee table, tv bench. Kita jangan sempitkan lagi ruangan yg ada. Kecuali kalau betul2 ruangan tu besar. Untuk entrance, kita mainkan dengan console table, chest of drawers atau cabinet yang sesuai. Bagi ruangan makan pula pilih meja makan berdasarkan size ruangan. Aksesori pula cukuplah nak bagi sesuatu ruang tu nampak seri, xperlu berlebihan2. Minimalis tu cantik Ingat ye, semua pemilihan bergantung pada tema yang kita dah pilih awal2 tadi
7) Built in wardrobe and cabinet
Ini last keperluan kalau kita mempunyai bajet yang lebih. Kita boleh buat terus masa awal2 proses reno tu, tapi kalau tak ada bajet lagi tak apa boleh buat kemudian. Selalu wardrobe jenis material melamine full heigth 2 pintu dalam 2k+. Bila ada wardrobe ni lebih kemas dan tersusun. Semua barang2 tambahan seperti toto, luggage bag, bantal2 boleh simpan dalam wardrobe. Tapi tak apa, ia bukanlah satu keperluan wajib untuk sesuatu dekorasi *untuk site ni juga tidak mempunyai built in wardrobe. Saya sediakan wardrobe PAX dari IKEA
8. Displin dan Sabar Kedua2nya inilah amat penting dalam proses reno dan deco. Kena displin dalam pemilihan tema dan color. Jangan kejap nak color pastel, tiba2 dinding lain color purple . Sabar dalam setiap proses yang dilakukan. Kalau tak cukup bajet atau masa lagi buat satu2 ruang. Yang penting masih lagi tema yang sama. Jangan buat sekaligus semua ruang tapi setiap ruang tu siap separuh kerja dan last sekali elemen kekemasan sangatlah penting. Bila kita displin dan sabar, setiap kerja kita akan nampak kemas. Tahniah kerana memiliki rumah kediaman, enjoy dengan setiap usaha yang dibuat.
Jika ingin diukur pengorbanan seorang ayah atau ibu, jujur kita katakan mana mungkin seorang anak dapat membalasnya. Telah terlalu banyak bakti dan budi yang dilakukan, semua itu kerana sayang dan tanggungjawab mereka demi membahagiakan kita sebagai anaknya. Apa yang pasti, sedikit pun tidak pernah luak kasih sayang yang diberikan. Begitu tulus dan ikhlas.
Puan Juriah Jalalus Shuti berkongsi pengalamannya dalam memenangi hati ibunya yang telah berusia 75 tahun untuk tinggal bersama-samanya. Matlamatnya satu, bila sebumbung dengan ibunya yang juga merupakan seorang ibu tunggal akan memudahkannya untuk memberi khidmat terbaik untuk ibu tercinta.
“Emak saya memang telah berusia, namun dia tidak sedikit pun menunjukkan keadaannya yang lemah atau sakit. Tambahan pula emak berkali-kali mengatakan bahawa dia boleh buat semua kerja dan dia mampu uruskan dirinya sendiri. Tidak mahu menyusahkan anak-anak katanya.
“Sebagai anak, saya tidak betah membiarkan ibu sendirian. Jadi boleh dikatakan setiap hari usai waktu bekerja saya akan singgah ke rumah mak untuk menjenguknya. Jujur saya katakan, saya lihat mak sihat-sihat sahaja. Jadi setiap kali menjengah ke rumahnya.
Pun begitu saya bercadang untuk jaga mak dan minta agar mak berpindah ke rumah saya. Namun mak berkeras dan tetap bertegas mengatakan boleh jaga diri sendiri dan tidak mahu kehadirannya mengganggu kehidupan anak-anak bila duduk sebumbung.
“Jadi demi keselesaan mak dan saya akur dengan keputusan yang diambil, lalu saya ambil pembantu rumah untuk cuci rumah mak setiap pagi. Manakala bila balik kerja menjadi rutin harian saya pula untuk singgah melawat mak di samping lakukan kerja mop lantai dan tukarkan kainnya. Hari-hari berulang alik memang penat. Jadi saya terus merayu pada mak untuk berpindah ke rumah saya. Bukan sekali saya usahakan malah hingga setahun lamanya memujuknya,” ujar Ju panjang lebar yang tidak pernah mengenal erti lelah memberikan keprihatinan kepada orang tuanya.
Tunaikan segala syarat
Proses memujuk bukan sekadar dengan mulut. Malah turut ditunaikan semua syarat dan keinginan ibunya bagi menyelesaikan beberapa masalah yang dijadikan alasan kukuh untuk tidak berpindah.
“Katanya kalau pindah rumah saya, nanti dia tak boleh mengajar mengaji sebab katanya taman perumahan saya tiada orang. Sunyi semua keluar bekerja. Lalu saya carikan beberapa orang jiran untuk menjadi anak murid mak walau pun masa itu mak belum lagi duduk dengan saya. Kiranya saya dapatkan murid mengaji terlebih dahulu untuk mak.
“Begitu juga katanya, dia tak selesa di rumah saya sebab dapur dekat dengan bilik dan dia tak mahu orang tengok dia selalu keluar masuk bilik air. Jadi saya buat mejor ubah suai rumah mengikut apa yang membuatkan mak saya rasa selesa.
“Saya tambah satu bilik lagi untuk dijadikan ruang mengaji untuk mak mengajar dan saya juga sediakan satu bilik baru untuk mak yang mana dekat dengan tandas dan tidak terlihat daripada dapur.
“Alhamdulillah, setelah semua ini saya lakukan mak akhirnya mahu duduk sekali dengan saya. Bila saya berjaya pujuk itu bermakna semua masalah-masalah sebelum ini yang terjadi di rumah mak kini dibawa ke rumah saya pula. Namun tidak sedikit pun membebankan saya, apa yang saya lebih utamakan adalah kebahagiaan mak. Biarlah mak dengan saya kerana saya mahu lakukan yang terbaik untuk mak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak-anak bila dah meningkat dewasa, satu hal yang menjadi kerisauan ibu bapa selain masalah kerja, semestinya soal jodoh. Yang mana dah ada pilihan hati sendiri dan ‘lulus’ dari pandangan orang tua tak menjadi masalah. Yang masalahnya, bila susah nak mencari atau tak rasa nak mencari jodoh, sememangnya menjadi kerisauan ibu ayah, lebih-lebih lagi yang tak sabar nak timang cucu!
Waktu tu mula lah misi mencari menantu digerakkan oleh ibu ayah! Ada yang sampai nak kenenkan dengan anak kawan-kawan lagi tau… Lain pula dengan pasangan ini di mana gelagat mereka yang ‘out of the box’ telah meriuhkan suasana dalam sebuah majlis konvokesyen baru-baru ini.
Menerusi video yang dimuat naik seorang pengguna laman Tiktok yang juga menantu kepada pasangan ini, Nurulmohdshah menyaksikan gelagat ibu dan bapa mentuanya mencari calon menantu ketika di Istiadat Konvokesyen Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia.
“‘MENCARI CALON MENANTU’ 🤣 Ibu ayah mentua pergi konvo 30/10/22 haritu. Sempat lagi promote nak cari calon untuk Emma 🤣 Sporting habis! Pakcik mengantuk pun boleh bangun tergelak 🤣” tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam video tersebut mempamerkan sepasang suami isteri memegang telefon yang terpapar tulisan ‘mencari calon menantu’ di Istiadat Konvokesyen anak perempuannya menarik perhatian netizen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata memuji tindakan pasangan suami isteri itu yang mahukan jodoh buat anak perempuannya.
Sumber : nurulmohdshah_
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.