Serangan jantung, tekanan darah tinggi dan kencing manis terus menjadi Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) yang menjadi penyebab utama kematian di negara ini.
Malah serangan jantung bukan lagi penyakit yang menyerang warga tua. Sebaliknya turut berlaku kepada individu baharu berusia 30-an meninggal dunia akibat penyakit itu.
Ikuti perkongsian oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad mengenai perkara ini. Apa yang perlu diketahui untuk memberi kesedaran kepada kita tentang bahaya pembunuh secara senyap ini.
BAHAYA SERANGAN SAKIT JANTUNG YANG SENYAP.
Kita boleh diserang sakit jantung tanpa mengetahui yang kita sedang mengalaminya.
Ads
Paling menakutkan apabila ada di antara mereka yang diserang sakit jantung secara senyap, meninggal dunia ketika tidur.
Serangan sakit jantung dalam secara senyap atau “silent myocardial infarction (SMI)” mencatatkan 45% dari keseluruhan jumlah serangan sakit jantung. Wanita juga tidak terlepas dari masalah ini walau pun kebanyakan mangsa adalah lelaki.
Apa yang dimaksudkan sebagai senyap? Ia merujuk kepada ketiadaan tanda-tanda yang biasa dialami oleh mangsa serangan sakit jantung ini.
Ads
Sebagai contoh, mereka tidak rasa sakit dada yang kuat, tiada rasa sakit pada bahu, lengan atau leher, tiada berpeluh dan tiada susah nafas.
Hanya mengalami tanda sakit dada yang ringan atau lebih kepada rasa tidak selesa pada dada, dan kadang kala rasa letih sepanjang hari atau rada loya dan muntah saja.
Rasa sakit dada yang ringan ini boleh disalah diagnosa sebagai gastrik.
Ramai juga yang membiarkan tanda-tanda ini kerana menyangka ia adalah tanda-tanda yang tidak berbahaya.
Ads
Mereka beralasan mungkin mereka tidak cukup tidur, atau tidak cukup rehat atau mungkin sebab stress. Mereka tidur, akhirnya mendapat serangan yang lebih kuat dan meninggal dunia.
Jadi jika kita sudah semakin berusia, dan mempunyai sakit dada walaupun hanya ringan, buatlah pemeriksaan doktor. Jangan biarkan.
Semoga bermanfaat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bercerita tentang pengalaman menjadi seorang ibu dalam menjaga anak-anak memang bermacam-macam kisahnya. Ada saat membahagiakan, berdepan dengan waktu cemas, rasa gembira, suka, duka dan pelbagai emosi lainnya.
Apa yang pasti, semua yang dilalui sepanjang membesarkan anak-anak ini secara tidak langsung telah mematangkan diri kita untuk menjadi seorang ibu yang terbaik untuk anak-anak kita.
Ini sebagaimana mana yang ingin dikongsikan oleh Puan Niena Samsir tentang apa yang pernah dilaluinya pada April tahun lalu. Ibu muda ini juga turun memberikan beberapa pesanan kepada ibu-ibu di luar sana yang mempunyai anak kecil agar jangan beri anak makan pisang terlalu banyak dan kalau anak tak kencing lebih 4 jam, disarankan terus ke hospital.
Nak tahu kenapa ibu ini berpesan demikian, ayuh baca artikel penuh ini semoga bermanfaat untuk semua.
Scroll album, terjumpa gambar Haziq masa warded di Hospital Sultanah Aminah di Johor Bharu.
Waktu tu, kami sebenarnya nak pergi bercuti ke JB. Dalam perjalanan ke sana, Haziq moody. Makan tak nak, minum pun kena paksa. Tapi kami anggap mungkin sebab dia demam.
Sampai hotel nak check in, Haziq menangis non stop. Serba tak kena. Masuk tandas, tengok diaper kering. (Aik, takkan tak kencing langsung. Pelik ni.)
Haziq mula nangis sekuat hati, tak ada kompromi dah. Dia cakap sakit kat perut. Tekan perut da keras, pundi da keras. Tak sempat check in, kami pi klinik. Hari Ahad, klinik banyak tutup. Syukur jumpa satu klinik yang buka.
Doctor check, doctor minta terus ke Hospital, bahagian kecemasan. Kami blur. Doctor explain, Haziq tak kencing dah lebih 4 jam. Sangat bahaya untuk kanak-kanak. Boleh akibatkan pundi kencing pecah! (Masa ni, Allah je tahu apa perasaan kami).
Hujan lebat, kami redah cari hospital berhampiran. Terus berlari bawak Haziq ke bahagian kecemasan. Bila doctor panggil dan check Haziq, doctor terus refer ke bahagian red zone! (Ummi da nak nangis masa ni .
Datang doctor pakar, minta Haziq buat xray. Saluran air kencing da penuh dan terlalu sendat. Usus Haziq dah membengkak, kalau lambat keluarkan air kencing, boleh effect buah pinggang Haziq! Allahuakbar, ummi rasa nak pengsan. Kaki dah tak kuat, seram sejuk badan, dukung Haziq. Ayah Haziq kat luar menunggu.
Doctor ambil darah Haziq, Haziq pun meraung kesakitan. Ummi mampu peluk dan pujuk Haziq je. Paling gerun, bila doctor nak masukkan tiub untuk keluarkan air kencing Haziq. Risiko? Ya, ada risiko nya. Tapi, tu je cara yang ada.
Dua kali Doctor cuba, tak juga boleh. Haziq da pucat kesakitan menangis. Merayu kat ummi, nak balik. Ummi mampu peluk je Haziq, ummi tak kuat nak pandang mata Haziq waktu ni. Apa yang silap, kenapa Haziq tak boleh kencing macam biasa.
Doctor kata, kena buat operation jugak! OT room doctor dah booked. Tunggu doctor pakar datang. Ya allah, ummi rasa nak pitam. Takkan sampai kena operate!!!
Haziq kena naik ke ward sementara, tunggu Doctor pakar datang. Ada sesi interview. Nurse tanya bila last Haziq buang air besar, apa menu Haziq makan dan minum, berapa kali kekerapan yang biasanya Haziq buang air besar dan kecik.
Habis tu, Doctor pakar datang. Tengok result darah dan xray Haziq. Doctor minta izin cuba masukkan sekali lagi tiub untuk keluarkan air kencing Haziq. Ummi dengan berat hati, terpaksa akur. Ayah Haziq pun ada sekali, sama-sama risau tengok anak yang dalam kesakitan.
Tiub yang ada besar, doctor explain apa risikonya. Kalau silap cara, boleh akibatkan luka dan maybe boleh akibatkan kemandulan pada Haziq. Ya allah, berita apa lagi ni. Kami tak ada pilihan. Kami serahkan pada doctor pakar buat keputusan. Selebihnya, kami mampu berdoa saja pada Allah untuk Haziq.
Alhamdulillah, doctor berjaya keluarkan air kencing Haziq. Kemudian, doctor masukkan ubat untuk pelembut najis. Haziq tak membuang baru 1 hari, tapi kami tak sangka hasilnya sampai buat dia sakit macam tu. Selalunya dia akan membuang setiap hari sekali sekurang-kurangnya.
Bila borak dengan doctor, doctor syak Haziq jadi macam tu sebab ‘pisang’. Yea, pisang! Doctor explain gambar xray usus dan pundi Haziq. Usus penuh dan padat langsung tak ada ruang. Najis terlalu banyak, kalau tak keluarkan, usus boleh pecah.
Dan, paling buat kami terkejut, doctor kata pisang adalah salah satu punca kanak-kanak sembelit teruk. Bukan Haziq sorang, tapi dah banyak kes jadi macam tu sebab makan pisang.
Haziq suka pisang. Kebetulan memang seminggu tu dia kerap makan pisang. Menu yang lain semua sama je. Air masak dia minum jugak, tapi tak cukup doctor kata. Kalau makan pisang, kena lebihkan ambil air kosong daripada biasa.
Pisang akan buat najis jadi banyak, dan usus akan jadi sendat, padat. Maafkan ummi sayang. Ummi ingatkan pisang ni melawaskan, tapi sebaliknya.
Sejak dari kes tu, kami kawal Haziq. Kalau makan pisang, cukup sebiji je. Lepastu, memang kami akan bagi dia air kosong banyak-banyak.
Ni lah kisah yang kami takkan lupakan. Hanya kerana pisang, Haziq nyaris kena operate. Sejak Haziq hadir dalam hidup kami, slowly banyak perkara yang kami tak pernah tahu, jadi tahu. Benda yang kami tak pernah kisah, sekarang jadi keutamaan kami.
Betul kata orang, bila kau dah ada anak, hidup kau akan berubah 360°!! Tu la kisah Haziq, Ummi ter throw back malam ni. Hehe, ada ke ni yang baca?
Ingat ya, siapa ada anak kecik. Jangan bagi anak makan pisang banyak sangat. Kalau anak tak kencing lebih 4 jam, terus ke Hospital tau. Jangan pergi Klinik.
Banyak lagi kisah Haziq ni. Nanti ada masa kita sembang lagi. Sampaikan pada kawan-kawan yang ada anak kecik tau. Pantau diaper anak selalu.
Pilih vitamin C kanak-kanak kena betul caranya. Terdapat pelbagai jenis vitamin C di pasaran khas untuk kanak-kanak. Dalam kehidupan zaman Covid-19 tentu ramai ibu bapa berusaha untuk memberikan suplemen vitamin C sebagai salah satu usaha menguatkan imun badan anak daripada mudah dijangkiti virus.
Kanak-kanak juga merupakan golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti Covid-19. Jadi selain usaha memberikan mereka suntikan vaksin, pengambilan suplemen Vitamin C juga sangat disarankan.
Bagaimanapun tahukah anda sebenarnya ada cara dan tip betul untuk memilih vitamin C yang sesuai untuk si kecil.
Perkongsian Dr Wan Asmara di laman Tiktok memberitahu cara betul pilih vitamin C untuk kanak-kanak.
Menurutnya jika mahu membeli Vitamin C paling penting sekali pastikan no sugar atau tiada kandungan gula dalam supelemen tersebut. Maksudnya kena betul-betul free sugar.
Oleh itu penting bagi ibu bapa untuk membaca label produk sebelum membelinya. Jangan tertipu dengan lain-lain terma bagi gula yang digunakan oleh pihak pengilang. Antara tema yang membawa maksud kandungan gula iaitu Sucrose, Multodextrin, Aspartame dan macam-macam lagi.
Jadi, harap ibu bapa alert dengan terma tersebut!
Kandungan gula sangat tidak bagus diambil berlebihan oleh kanak-kanak kerana ia akan menyebabkan mereka menjadi lebih hiper dan berkelakuan ‘nakal’.
Selain dari itu jangan ambil vitamin C yang mengandungi pewarna tiruan. Walaupun ditulis di mengandungi oren, tetapi ia bukanlah sebenarnya buah oren sebaliknya menggunakan pewarna tiruan Tartrazine atau ditulis dalam bentuk kod tertentu.
Jika suplemen vitamin C tersebut menggunakan pewarna tiruan tersebut ia sangat tidak bagus kerana kanak-kanak berusia bawah 12 tahun yang memakannya akan menjadi lebih hiper dan nakal.
Selain daripada dua faktor tersebut, jika boleh pastikan juga vitamin C yang dibeli tidak mengandungi gluten.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA tahun ini secara virtual. Anda bukan sahaja dapat belajar pelbagai ilmu keibubapaan daripada panel-panel seperti Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie tetapi juga berpeluang menang hadiah cabutan bertuah.
Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bertangas adalah amalan yang telah lama dilakukan oleh wanita Melayu. Lazimnya bertangas ini akan dilakukan oleh wanita selepas bersalin. Pun begitu sebenarnya bertangas ini juga sangat bagus diamalkan setiap kali selepas haid.
Jika dilihat pada tujuan dan manfaat bertangas itu sendiri sebenarnya dikatakan mampu memberi impak pada bahagian dalaman dan seluruh tubuh wanita jika dilakukan secara konsisten.
Menyedari kebaikan bertangas, Puan Norzanariah Ismail ingin berkongsi cara penyediaan bertangas agar semua wanita di luar sana dapat manfaatnya. Adanya perkongsian ilmu ini, kini tanpa perlu ke Spa kecantikan, anda boleh lakukan bertangas di rumah dengan lebih selesa dan mudah! Jom semak apa bahan-bahan yang diperlukan.
Sediakan kelengkapan :
Bahan yang diperlukan:
Bahan-bahan:
10 keping asam keping
3 biji manjakani atau 1 sudu besar serbuk manjakani
3 helai daun sirih
2 sudu besar garam kasar
Segenggam inai
2 cm halia
Serumpun serai wangi (termasuk daunnya)
2 helai daun kunyit
Dua sudu besar jintan hitam
Boleh juga ditambah dengan daunan dari pokok-pokok herba
Cara Buat :
BILA MASA SESUAI UNTUK BERTANGAS?
Hari haid ke-6,7 & 8.
Seminggu 3 kali kecuali kedatangan haid
Untuk dalam pantang, terbaik adalah hari ke-30 hingga hari ke-37
Sumber : Norzanariah Ismail
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.