Bila anak semakin aktif, ibu perlu perhatikan ana-anak. Ketika ini mereka mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi.
Malah ada kes, seorang anak memasukkan kertas dalam lubung hidungnya. Memang ia akan jadi bahaya jika dibiarkan lama tanpa mengeluarkannya sehingga menyebabkan berlakunya jangkitan.
Ikuti penjelasan Doktor ini Dr Ezairy M.Sallih moga menjadi manfaat bersama
Seorang ibu muda bersama anak kecil tiba di wad. Wajah mereka ketakutan. Si anak kecil berlindung di balik pelukan si ibu. Jam sudah menunjukkan jam sebelas malam.
“Dah berapa lama ini ada kat situ?” Soal saya, merujuk kepada objek yang ada di dalam rongga hidung anak kecil itu.
Ads
Ibu itu teragak-agak. Si anak kecil mulai menangis.
Menurut si ibu, anak kecil ini sudah tiga kali memasukkan kertas ke dalam hidungnya. Dia main-main kertas, koyak-koyakkan ia dan masukkan ke dalam hidung. Allah!
Dan ini bukannya sekali dua, tetapi sudah kali keempat. Katanya nak beri anak main-main kertas…
Ads
Tuan-tuan, puan-puan… boleh nak beri anak bermain. Namun ia perlukan pemerhatian. Malang itu tidak berbau, tapi kita boleh cuba elak. Kalau kita lihat anak kita suka buat perkara-perkara seperti ini, maka kita tegah awal-awal.
Objek seperti kertas, tisu, alat permainan dan apa-apa sahaja apabila masuk ke dalam hidung adalah amat berbahaya. Ia perlu dikeluarkan seberapa segera mungkin.
Jika tersedut, ia boleh masuk ke salur pernafasan dan peparu!
Ads
Jika dibiar lama, ia boleh menyebabkan jangkitan teruk pada hidung, sekitar mata, sinus dan ke tempat-tempat lain.
Ibu-ibu, kita perhati ya anak-anak. Ayah-ayah, kita pun perlu menjadi seorang yang memahami. Bantu isteri-isteri kita.
Hidung ini ada beberapa bahagian. Ada beberapa sambungan ke rongga-rongga lain. Ada ruang untuk ke rongga sinus. Ada ruang untuk ke bahagian belakang dan seterusnya ke salur makanan dan pernafasan. Bahkan ada laluan untuk jangkitan merebak ke mata dan bahagian otak! Oleh itu, hati-hati.
Moga tulisan kali ini bermanfat. Sila #KONGSI kepada orang anda sayang dan #tag pasangan anda sebagai tanda prihatin.
Kredit : FB Dr Ezairy M.Sallih
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak akhir-akhir ini, angka kes positif Covid-19 kian meningkat malah beberapa hari lalu merekodkan kes harian tertinggi sehingga 4,029 kes. Pada 22 Januari lalu pula 18 kes kematian harian tertinggi.
Angka sebegini mengundang duka betapa nyawa yang pergi pasti ditangisi ahli keluarga. Bahkan frontliners juga terkesan dengan situasi ini setiap kali mengendalikan pesakit yang dijangkiti tanpa mengenal usia.
Ikuti perkongsian Dr Ahmad Zakimi Abdullah atau juga dikenali sebagai Dr Zek mengenai pengalaman beliau mengendalikan pesakit Covid-19 peringkat 4 dan 5. Semoga kisah ini menjadi iktibar buat kita semua.
CABARAN KENDALIKAN PESAKIT PERINGKAT 4 & 5
“Saya bantu pakcik ye”
Pakcik hanya mengangguk kepala. Tak mampu bercakap.
“Pakcik boleh dengar saya?”
Pakcik mengangguk lagi. Itu hanya termampu.
“Baik pakcik. Nanti saya bagi ubat bius supaya pakcik tidur ya.”
Pakcik kelipkan mata tanda setuju. Tercungap-cungap.
“Pakcik mengucap banyak-banyak ya. Pakcik ikut saya, La ilaha illallah Muhammad Rasulullah… “ arahku sambil memegang ‘bag valve mask’ yang sekitar mulut dan hidung pakcik.
Kelihatan mulut pakcik terkebil-kebil berusaha untuk mengucap. Allahu.
“Sekali lagi pakcik ya. Ikut saya… La ilaha illallah Muhammad Rasulullah… “
Aku akan ajarkan mengucap dua kalimah syahadah sebelum melakukan prosedur ini. Setiap kali.
Mata pakcik secara perlahan-lahan tertutup tanda pakcik sudah dibius sempurna.
Kemudian ‘endotracheal tube’ dimasukan kedalam trakea pakcik bertujuan untuk bantuan pernafasan.
Prosedur ini perlu dilakukan dengan cermat supaya tiada aerosolisasi terhasil. Jika ia berlaku, maka habislah aku dan staff-staff yang membantu aku dijangkiti. Benda tak boleh nampak.
Aku lakukan procedur intubasi keatas pakcik yang dijangkiti COVID-19 kerana pakcik sudah tak mampu bernafas sendiri. Perlukan bantuan ventilator.
Itulah tugas berat dan tanggungjawab yang aku pikul. Itu juga pengalaman merawat pesakit COVID-19 kategori 4 atau 5.
Setelah semua selesai, aku terus membuka PPE penuh dengan tatacara ‘doffing’ (membuang PPE penuh). Jika langkah atau tatacara tak sempurna maka aku akan dijangkiti. Benda tak nampak.
Seperti biasa, selepas selesai ‘doffing’ terus mandi.
Setiap kali melakukan prosedur ini pasti membuatkan aku insaf bertapa mudahnya kita bernafas udara di berikan percuma oleh Allah kepada kita.
“Bila nak berakhir pandemik COVID-19 ni. Aku dah tak larat.” Hanya bermonolog depan cermin.
5 KATEGORI SINDROM COVID-19
Klinikal sindrom COVID-19 ada 5 kategori;
Kategori 1 – tidak ada gejala Kategori 2 – gejala ringan Kategori 3 – bergejala & jangkitan paru-paru Kategori 4 – bergejala, jangkitan paru-paru dan perlu oksigen Kategori 5 – tenat, komplikasi organ-organ lain.
Biasanya hanya pesakit COVID-19 kategori 1 dan 2 saja akan dirawat atau dikuarantin di pusat kuarantin (mengikut polisi tempat masing-masing). Ada juga antara mereka di kuarantin di rumah dengan nasihat memantau kesihatan kendiri (juga mengikut polisi setempat). Mereka akan dinilai kembali pada hari ke 10.
Alhamdulillah, mereka dilindungi Allah. Mereka terselamat kerana dalam kategori 1 atau 2.
Jika pesakit COVID-19 Kategori 3, 4 dan 5, mereka akan dirujuk ke hospital, khususnya ke Jabatan Kecemasan untuk dirawat. Kemudian mereka akan dimasukan ke wad hospital COVID/hospital hybrid COVID yang diwartakan.
Cuba kalian bayangkan jumlah kematian 642 orang, 260 kes di ICU dan 103 kes memerlukan bantuan pernafas setakat ini. Jumlah itu bukan sedikit walaupun kadar kematian hanya 0.4% dari semua jumlah yang dijangkiti.
Cuba kalian himpun 642 orang berada di depan mata kalian. Bayangkan ada saudara mara kita sendiri dalam 642 itu. Bagaimana perasaan kalian?
Nyawa seseorang tak ternilai tinggi nilainya. Aku sebagai doktor, perasan kesal dan pilu setiap kali kehilangan seorang pesakit ditangan sendiri.
“Dan sesiapa yang menghidupkan (menjaga keselamatan hidup) seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya,” – Surah Al-Maidah, ayat 32.
Adakah jumlah itu sedikit di mata geng antivaksin atau pendokong konspirasi? Have you ever seen this category COVID patient once?
COVID-19, JANGAN PANDANG REMEH
Kepada sesiapa yang tak pernah menguruskan kes-kes atau pesakit COVID-19, mereka hanya banyak komplain. Itu tak kena, ini tak kena. PKP salah, vaksin salah. Semua yang kami lakukan semua tak betul dari pandangan mereka. Maka apa yang betul? Tiada pula cadangan yang dikira bernas dari mereka.
Tak percaya COVID-19, kau percaya pula teori konspirasi…
Tak percaya Vaksin, kau percaya pula produk teh entah dari mana boleh merawat segala…
Percayalah jika kalian sendiri menguruskan pandemik COVID-19 secara langsung maka kalian tahu tinggi rendahnya langit. Kalian akan tahu besarnya kuasa Allah.
Mohon sementara ni kita duduk rumah. kita tunggu vaksin tiba. Semoga kita dan keluarga kita dilindungi Allah.
Kami hampir maksima.
Sumber: Dr Ahmad Zakimi Abdullah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sungguh pun rasa cinta, kasih dan sayang terhadap anak-anak hingga tidak dinafikan ada antara ibu ayah sentiasa menganggap anak-anak masih ‘kecil’ di mata mereka hingga tidak percaya untuk melepaskan anak-anak melangkah ke alam perkahwinan, bahkan hingga ada yang terus menghalang keinginan anak untuk mendirikan rumah tangga.
Keadaan ini turut membimbangkan dan seorang ibu ini berkongsi pandangannya di media sosial. Menurutnya, kita mak-mak ada satu isu. Isu tak percayakan anak.
Tak percaya anak dah boleh pindah rumah. Tak percaya anak dah boleh makan sendiri.
Tak percaya anak boleh travel sendiri. Tak percaya anak boleh kawin awal. Tak percaya anak boleh buat ringan-ringan sebelum kawin. Tak percaya anak boleh buat dosa. Tak percaya anak boleh buat silap.
Sampai sini mak-mak dah taknak baca dah, i get it. I understand, its ok if you tak nak baca dah.
Bila Anak Minta Dikahwinkan
Just wanted you to know, once anak tu dah minta nak kawin dan dia sedang belajar di kolej/universiti, pleaselah tahu yang anak tu sedang sedaya upaya lindungi diri dia.
Dan kita, as parents mohon lengkapkan iman si anak bila dia minta dikawinkan.
Bantu anak untuk faham real life, susun kewangan, susun kehidupan dia untuk melangkah ke alam dewasa dengan pembinaan keluarga dia.
Realiti Kehidupan
Ajar anak untuk faham konsep pakej pasangannya. Mak ayah perlu ada ilmu realiti kehidupan kat sini.
“Yes dia hensem, dia baik tapi dia juga takde duit waktu sekarang sebab dia student sama macam awak. Jadi awak perlu terima the other side of dia.
Awak tak boleh expect rumah ada pembantu macam rumah kita. Rumah ada aircond macam rumah kita. Rumah ada coway macam rumah kita.
Awak tak boleh order grab setiap hari lagi macam sekarang sebab papa & mummy takkan tanggung awak lagi. Ini adalah kehidupan awak dan suami awak selepas ini.
Bila awak kawin, theres always possibility untuk mengandung, awak kena plan untuk ini semua sebelum kawin. Dan suami awak akan kerja double shift untuk cari duit lebih memenuhi keperluan asas awak berdua so he only available at home less than 12 hours, you cannot complain.
Nak dating lepas ni awak tak boleh guna kereta sesuka hati since awak kena kira pengunaan minyak dan tol kereta , mummy papa wont supply any kewangan for you lagi. Its time for you to be in adulthood phase.
Berhenti Halang
Mummy papa takkan berhenti doakan you. Now its your call, if you nak kawin, kita akan percepatkan segalanya for you untuk bernikah”
Berhenti halang dan marah-marah, treat anak kita seperti seorang dewasa. Mereka bukan kanak-kanak lagi.
Letakkan list kerisauan you as parents dalam 1001 point in your presentation so they can see the reality and make a better decision.
Panjang betul kak kay tulis kali ni, if you hurts with my writing, kak kay minta maaf. I Just cannot stand dengan luahan anak muda yang dah terlanjur dan dah ringan-ringan sedang sedaya upaya lindungi diri mereka dengan perkahwinan dan dihalang terus oleh parents yang masih anggap anak mereka masih kecil dan baby.
Siapa yang tak kenal dengan pasangan selebriti popular ini, Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Radza. Setelah pasangan ini mendapat cahayamata sulung, peminat turut mengikut perkembangan anak kecil ini.
Kini sudah mencecah usia lima bulan, Isaac Raees turut mendapat jolokan ‘Dimple Baby Isaac’ sentiasa menawan hati warganet.
Terbaru, menerusi Instagram milik bayi comel ini didapati sebuah video, Isaac Raees seakan sedang membaca buku.
Bayi yang dilahirkan pada 5 Januari lalu di Perth Australia, ini bersuara ‘babbling’ dengan nyaring. Tentu peminat mendengar pun geram melihat keletahnya.
Usually Mummy reads to me. Now it’s my turn to read to Mummy
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...