Lama tidak muncul di media sosial, video pelakon dan penyanyi, Nur Fazura yang meminta seorang kanak-kanak mendoakan agar dirinya hamil anak lelaki mencuri tumpuan ramai.
Menerusi video yang dikongsikan ramai, ibu kepada Nur Fatima Aisya yang sedang melayani peminatnya untuk bergambar dengan secara spontan
meminta kanak-kanak tersebut mendoakan agar dia juga dikurniakan zuriat lelaki.
“Doakan auntie dapat baby boy ye,” ungkap Fazura spontan yang mesra melayani peminatnya untuk bergambar.
Ads
Ibu penyayang ini juga turut menggosok-gosokkan perutnya ketika ayat spontan itu diluahkan.
Ads
Biarpun dilihat hanya sekadar luahan spontan Fazura, namun wargamaya mendoakan agar Fazura bertemu jodoh kelak dan impiannya untuk memiliki cahaya mata lelaki termakbul.
Terdahulu Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin berada di The Strand Mall, Kota Damansara sempena jualan gudang produk jenamanya.
Ads
Pelakon cantik jelita ini juga dilihat cukup ceria malah mesra melayani peminatnya untuk bergambar seperti biasa.
Setiap anak-anak mempunyai keistimewaan tertentu. Usah ibu bapa membandingkan anak dengan anak lain. Begitu juga dengan rakan sebayanya. Apa yang pasti setiap anak punya kekurangan dan kelebihan tersendiri. Sebagaimana perkongsian seorang ayah ni Mohd Fhais amat bermanfaat untuk ibu bapa jadikan panduan. Deep coretan bapa ini. Jom kita semak.
Jangan berlagak anak kita baik dari anak orang lain
Anak kita baik tu kadang nasib je. Ada kemungkinan anak kita tergolong dalam 40 peratus kanak-kanak yang temperament kategori “mudah”.
Temperament ni adalah gaya tingkah laku ( behavioral style ) bayi itu sejak dilahirkan.
Semalam masa melawat aisy rizqi di hospital saya terdengar ada 2 orang mak mak ni mengumpat.
Budak sebelah ni, sejak dia masuk anak kita tak boleh tidur. Asyik nak menjerit, melompat atas katil. Mak dia tak geti jaga anak rasanya.
Wahai mak mak yang ada anak baik macam malaikat. Tahu tak dalam dunia ni ada 10 peratus kanak-kanak yang temperament mereka memang dalam kategori “susah”.
Anak-anak ni memang dilahirkan untuk jadi LASAK, DEGIL & NAKAL !
Ya! 10 peratus ni la serba serbi susah kalau nak mendidik. Kita jerit nak runtuh rumah pun dia tetap tak mahu dengar, tak geti duduk diam, kalau boleh satu dunia dia nak teroka.
Sebab itulah ilmu parenting tinggi sahaja tak cukup kalau nak mendidik anak yang cergas ni. Kesabaran, daya tahan dan kreativiti mak ayah pun kena tinggi juga.
Sebab anak ini ada tenaga yang sangat besar! Boleh mengegar dunia satu hari nanti jika kena dengan didikan dan asuhan.
Ini fakta! Hampir 99 peratus orang berjaya di dunia adalah dari temperament susah ni tau. Banggalah siapa di anugerahkan anak istimewa ini.
Jadi mak ayah sekalian, kalau anak kita baik, dengar cakap, sekali jeling je dah takut tak usahlah nak berlagak sangat sebab kita tak kena lagi macam mana uruskan anak yang sangat susah ni. Anak yang tak makan saman ni, mata terkeluar pun diorang tak akan takut.
Mohd Fhais Anak baik tu alhamdulillah tapi kalau anak kurang baik tu masyaAllah banyak kelebihan mereka kalau mak ayah pandai teroka.
p/s : Ramai lagi mak ayah yang tak tahu ni, sampaikan pada mereka ya supaya mereka pun dapat info ni.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Takut Cederakan Anak Jadi Saya Terus Beredar.” Hidap Sakit Mental Ibu Ini Pernah 10 Tahun Hidapi Kemurungan
Kesihatang yang baik adalah satu nikmat besar dikurniakan Allah SWT kepada setiap manusia. Ia adalah sesuatu yang sangat berharga dan rezeki yang amat bernilai buat kita.
Namun siapa kita untuk menolak takdir ketentuan Ilahi. Bagaimanapun ia bukan untuk kita berserah diri dan bersedih seumur hidup.
Sebagai khalifah di muka bumi ini, apa jua perjuangan yang kita lakukan sama ada untuk keluarga, diri dan anak-anak adalah suatu ibadah.
Begitu juga dengan puan Nazia Suhaimi dirinya Menghidap Major Depressive Disorder (MDD) 10 tahun (Kemurungan) yang lepas. Disebabkan tak dapat rawatan yang betul, simptom makin teruk, 5 tahun kemudian disahkan menghidap Generalised Anxiety Disorder with psychosis.
Siapa sangka, padangan luaran nampak normal tetapi dalaman sebaliknya. Menerusi perkongsianya di facebook wanita ini berkongsi mengenai bahaya penyakit mental yang dihadapinya jika tidak boleh dikawal boleh mengundang mencederakan orang lain, malah anaknya sendiri!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
SAKIT MENTAL HINGGA RASA NAK CEDERAKAN ANAK SENDIRI
Baru je semalam saya happy-happy dengan anak-anak buat keychain. Sebelah petang tu, tiba-tiba saya jadi amarah teruk. Panas-baran.
Segalanya berpunca bila anak naik suara pada saya. Sebelum ni, dah banyak kali saya tegur. Asbab banyak kali sudah diingatkan, akhirnya saya naik hantu juga. Habis keychain yang sudah dibuat saya patahkan. Dan anak-anak menangis.
Masa saya bertindak, saya dalam keadaan sedang beremosi. Saya sedang marah dan menengking, saya bertindak diluar kawalan. Saya tahu saya dalam fasa amygdala hijack. Saya menggigil.
Takut cederakan anak jadi saya terus beredar dan buat kerja lain. Saya takut sejarah lama berulang lagi.
Lepas dah reda sikit, saya masuk ruang tamu. Anak-anak masih duduk di ruang tamu dan mengalir air mata dalam senyap. Masing-masing takut nak menangis. Yang dalam buai pun auto senyap.
Saya duduk dekat. Peluk. Semua menangis, meraung. Mengalir air mata saya di pipi. Berulang kali saya kata “Mami minta maaf, mami minta maaf” sambil usap belakang anak-anak.
Lama saya biarkan mereka dalam pelukan. Saya tunggu hingga tangisan masing-masing reda.
TARIK NAFAS UNTUK TENANGKAN DIRI
Saya tarik nafas dalam-dalam kemudian saya kata “Ingat tak, Mawar Muawwiz pernah tanya kenapa mami ke hospital sedangkan mami tak sakit (fizikal)?” Masing-masing mengganguk.
“Nampak tak mami marah teruk tadi?” Angguk lagi. “Sebab mami ada sakit marah-marah.” Jeda. “Mami kena jumpa doktor, kena makan ubat, kena terapi sebab mami tak nak marah-marah lagi.”
Semua senyap. Mungkin tak faham nak hadam. “Marah tu perlu tapi kalau marah sangat sampai teruk jadinya, itu bukan marah yang baik. Itu sakit namanya” saya terangkan dalam bahasa yang mudah pada anak-anak. “Mami tak nak marah-marah lagi macam ni…” air mata dah mula mengalir. Dada berombak. Sebak betul rasanya.
“Mami sedih bila mami marah anak. Mami tak nak jadi macam ni…” saya menangis. Anak-anak pun menangis.
“Jadi boleh tak tolong mami supaya mami tak marah lagi? Mami tolong diri mami. Mawar Muawwiz tolong diri Mawar Muawwiz. Boleh?”
Semua angguk. Kami berpelukan lagi. Saya tak tahulah macam mana. Saya dah bertahun-tahun buat awareness tentang penyakit mental pada masyarakat. Saya tak peduli kalau kena kecam.
Tapi saya tak tahu macam mana penerimaan anak-anak bila mereka dah faham nanti. Adakah mereka boleh terima mami mereka sakit mental?
Semoga kisah ini menjadi iktibar buat kita semua. Jika merasakan diri mempunyai permasalah begini, segera dapatkan nasihat doktor untuk rawatan lanjut.
Menyambut kelahiran bayi merupakan detik terindah bagi setiap pasangan namun ada kalanya apa yang diharapkan indah tidak selalunya terjadi.
Seperti yang berlaku baru-baru ini, seorang wanita yang masih dalam berpantang telah mencampak bayinya yang baru berusia sebulan akibat tertekan dengan sindiran tetangga.
Hanya kerana tidak dapat memberikan susu badan dan hanya memberikan susu formula kepada bayinya, dia sering disindir dan berasa malu sehingga sanggup membuang anaknya ke dalam perigi.
Lapor Tribunnews, bayi yang berusia sebulan itu ditemukan dalam keadaan sudah tidak bernyawa di dalam perigi di Desa Sumberejo, Ambulu, Jember.
Ketua Bahagian Jenayah Polis Jember, Komang Yogi Arya Wiguna berkata, suspek berusia 25 tahun yang dikenali sebagai FN merupakan ibu mangsa mengaku membuang anaknya sendiri.
“Kejadian berlaku Rabu lalu sekitar pukul 10.30 pagi, ketika suspek tidur bersama bayi dan ibunya di ruang tengah rumahnya.
“Selepas itu, ibu mangsa keluar rumah untuk menyidai baju di ampaian. Ketika itulah, suspek bangun dan membawa bayinya ke bahagian dapur dan membuka penutup perigi.
“Perigi itu ditutup dengan alas kayu dan FN melempar anaknya sebelum menutup semula perigi berkenaan,” katanya.
Sebelum ini, timbul desas-desus dalam kalangan penduduk kampung mengenai kehilangan bayi itu yang berkemungkinan diculik atau dibawa lari makhluk halus.
Komang berkata, suspek juga kelihatan panik dan berusaha mencari anaknya yang hilang bersama jiran tetangga.
Jelasnya, bayi tersebut ditemukan di dalam perigi kira-kira pukul 1 tengah hari.
FN memberitahu dia berasa marah dengan diri sendiri sebab sering disindir oleh seorang jiran kerana memberikan bayinya susu formula.
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.