Selepas sahaja melahirkan anak, ada mak-mak yang tidak kisah dan kurang mengambil berat soal kesihatan diri. Bukan hanya kerana tidak sakit, luka bersalin lebih-lebih lagi jahitan caesarean perlu dijaga dengan baik sehingga benar-benar pulih.
Bukan seminggu dua bahkan berbulan-bulan lamanya sehingga ia benar-benar pulih. Ini yang dikongsikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad. Jagalah kesan jahitan sebaiknya. Elakkan terkena jangkitan.
JANGKITAN KUMAN PADA LUKA CESAREAN
Sepanjang saya menjadi doktor, jarang saya melihat jangkitan kuman pada luka Cesarean terlalu teruk. Hanya satu kes di mana seorang pesakit berusia lewat 30 an, yang merupakan pesakit diabetes yang tidak terkawal, mengalami jangkitan pada luka Cesarean sehingga terbuka jahitan pada kulit.
Untuk sembuh mengambil masa yang lama, berbulan-bulan. Selain mencuci luka dan pemberian antibiotik, saya mendapati pemberian vitamin C juga membantu menyembuhkan luka.
Melahirkan anak secara pembedahan caesarean memerlukan penjagaan yang teliti bagi mengelakkan jangkitan luka Cesaerean ini.
Kuman (bakteria) boleh memasuki luka pembedahan apabila kawasan sekitar luka menjadi lembab dan kotor, terutama bagi wanita yang obese kuat berpeluh.
Ads
Selalunya kuman jenis Staphylococcus dan Streptococcus yang akan menyebabkan jangkitan luka Cesarean. Kuman ini berada pada kulit manusia secara semulajadi dan akan hilang apabila kita membersihkan diri dan mandi. Ia mudah membiak di kawasan yang lembab dan kotor yang tidak dibersihkan.
Tidak semua orang akan mengalami jangkitan luka Cesarean. Antara yang berisiko untuk mengdapat jangkitan ini adalah:
* Obesiti
* Umur yang semakin meningkatkan.
* Kulit yang berpenyakit
* Penghidap Diabetes
Selalunya jangkitan luka Cesarean tidak menunjukkan sebarang tanda kecuali selepas 3-7 hari. Pada masa itu kebanyakan pesakit sudah berada di rumah.
Ads
Pada awalnya, terdapat cecair yang keluar dari luka. Cecair ini akan kering selepas beberapa hari. Tetapi jika berlaku jangkitan luka Cesarean, lebih banyak cecair yang dikeluarkan.
Seterusnya jangkitan luka Cesarean menyebabkan luka akan menjadi bengkak dan kemerahan pada sekitar luka. Cecair yang dikeluarkan akan menjadi lebih kekuningan (nanah).
Demam menggigil petanda jangkitan pada luka
Jika jangkitan luka Cesarean menjadi teruk, pesakit akan berpeluh, demam yang tinggi sehingga menggigil, sakit kepala dan sakit seluruh tubuh, keletihan dan tidak bermaya.
Antara cara yang dilakukan untuk merawat jangkitan luka Cesarean adalah:
Ads
* Mencuci luka mengggunakan air yang bersih (sterile), dengan teknik yang betul. Sapukan cecair antiseptic (seperti alcohol dan ubat kuning) pada sekitar luka.
* Tutup luka jika ada cecair yang keluar dari luka.
* Ambil antibiotic seperti yang dinasihatkan.
* Kawal paras gula (bagi pesakit diabetes)
* Ambil makanan yang bernutrisi
* Ambil suplemen Vitamin C bagi membantu penyembuhan.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Bila sakit kepala menyerang, memang satu kerja pun tak menjadi dibuatnya. Terasa serba serbi tak selesa dan kadang kala mengundang rasa marah pun ada. Jadi cara paling mudah untuk legakannya, kita akan makan ubat untuk tahan sakit. Betul bukan?
Namun, ada cara atau petua yang boleh dipraktiskan untuk legakan sakit kepala tanpa makan ubat yang kita patut tahu.
PETUA HILANGKAN SAKIT KEPALA YANG ANDA HARUS TAHU
Pernahkah anda mengalami sakit kepala teramat sangat? Akibat stres, migraine, ada banyak masalah dan sebagainya. Bagaimana hendak atasi dengan mudah di rumah?
Berikut adalah beberapa petua untuk melegakan sakit kepala:
1.Tutup mata dan berehatlah.
Ini adalah rawatan sakit kepala yang berkesan untuk sakit kepala seperti migrain, dan dapat membantu meredakan sakit kepala. Duduklah di dalam bilik yang tenang dan gelap dengan mata anda ditutup dan cubalah berehat seketika. Jika perlu, tidur sebentar.
2.Urut leher dan kepala anda.
Menggosok dan mengurut-urut bahagian leher dan kepala anda dapat memperbaiki aliran darah dan menenangkan sakit kepala. Ini sangat membantu untuk sesiapa sahaja. Dapatkan bantuan daripada rakan dan ahli keluarga,
3.Hangat atau sejukkan leher anda
Cuba letakkan pad suam atau kain hangat di leher anda untuk mengurangkan sakit kepala akibat ketegangan otot dan sebagainya. Jika itu tidak membantu, anda boleh menggunakan pek ais jika ia membantu anda melegakan sakit kepala.
4.Bersantai dan rileks
Luangkan masa untuk diri anda, bernafas dalam-dalam, dan cuba untuk membayangkan imej yang damai dan tenang. Pelbagai ’relaxation techniques’ boleh membantu pesakit yang mengalami masalah sakit kepala.
5.Kurangkan stres dan tekanan.
Sekiranya anda mengalami sakit kepala yang teruk, cuba elakkan dari tekanan. Jauhkan diri dari persekitaran yang bising, pulang bekerja lebih awal sekiranya anda boleh, atau minta rakan atau ahli keluarga membantu mana yang boleh.
6.Lihat semula apa yang anda makan dan minum.
Apa yang anda masukkan ke dalam badan anda boleh memberi impak besar kepada sakit kepala anda. cuba hadkan kafein dan alkohol dan elakkan rokok. Jadual makan juga adalah penting, terutama bagi mereka yang mendapat sakit kepala dari gula darah rendah. Jangan lewatkan makan, terutamanya sarapan pagi.
PERHATIAN : Sekiranya masalah anda tidak berkurang selepas melakukan langkah di atas, terus berjumpa doktor. Tahu punca dan rawat sewajarnya. Jangan cuba-cuba dapatkan rawatan melalui produk dan suplemen tanpa nasihat doktor dan ahli farmasi. Bahaya untuk kesihatan.
Selain biji ketumbar sering digunakan sebagai rempah dalam masakan, ramai juga mengetahui ketumbar juga bermanfaat dalam penjagaan kesihatan menurut petua orang dulu-dulu.
Cara untuk mendapatkan manfaat daripada ketumbar bukannya perlu dimakan dalam bentuk biji atau dikisar, tetapi dengan merendam ketumbar dan air rendaman tersebut di minum. Pastinya cara ini sesiapa pun boleh amalkan kerana cukup mudah, terutamanya dalam mengawal penyakit kencing manis.
Photo by Kate on Unsplash
Petua ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Ida Shahida yang kerap berkongsi petua di akaun facebooknya. Jadi bolehlah diamalkan untuk lihat sendiri hasilnya. Jika serasi, dapatlah sekurang-kurangnya bacaan tahap kencing manis dikawal agar stabil.
BIJI KETUMBAR SANGAT BAGUS UNTUK KENCING MANIS
Photo by Mockupo on Unsplash
Bahan-bahan:
2 sudu besar biji ketumbar
Campur 1 gelas air panas @ 250ml
Cara Penyediaan :
Biarkan 30 minit sehingga 1 jam
Ditapis
Terus Minum
Minum sebelum sarapan iaitu semasa perut masih kosong. 1 jam setelah minum barulah sarapan. Amalakan setiap hari.
Photo by Manki Kim on Unsplash
Selain itu air rendaman ketumbar juga boleh menurunkan kolestrol jahat . Setelah sebulan mengamalkannya baru akan nampak hasinya. Jadi kena amalkan lama dan berterusan
Pernahkah anda dengar mengenai kolesterol jahat? Kolesterol jahat merupakan kolesterol LDL (low-density lipoprotein) yang meningkatkan risiko pembentukan plak pada kawasan arteri (aterosklerosis).
Rawat Sakit Sendi
Manakala untuk meredakan sakit sendi, ketumbar perlulah ditumbuk halus dan kemudian ditempelkan pada bahagian yang sakit dan dibalut. Selain itu boleh juga direndam ke dalam minyak angin( botol) dengan cara tumbuk kasar kasar dan direndam bersama minyak angin.
Sekarang ini boleh dikatakan mudah sangat anak-anak kita demam, batuk dan selesema. Bila ini berlaku, kita sebagai ibu akan berasa rungsing.
Apa tidaknya, melihat anak lesu tidak mermaya ditambah pula merengek dan menangis, semua ini boleh buat kita risau melihat keadaan anak.
Lalu kita mengharapkan agar suhu panas segera dapat diturunkan dan sekali gus anak kembali sihat dengan memberi makan ubat. Meskipun begitu, bagi membantu dan mengelakkan daripada demam mencapai suhu yang lebih tinggi, biasanya kita akan lap badan anak dengan tuala yang lembab. Bahkan ada sesetengah ibu tidak membenarkan anak mandi.
Pun begitu tahukah anda, petua untuk cepat turunkan suhu badan anak yang demam adalah dengan mandi! Bukan sekali malah 3 kali sehari.
Jika anak demam…pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar.
Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk…. samalah dengan suhu badan yang panas tadi.
Bila selsema tetap mandikan 3 kali sehari supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu-ibu hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku, anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali anak ada selsema, alhamdulillah maksimum kena pun 3 hari.
Batuk tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar….dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak yuu yee dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak dia dah longgar tepuk belakang anak everytime dia batuk takpa dia muntah lebih baik jadi semua lendir-lendir tu keluar)
Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.
Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.
Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi….jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk.
Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi..Even doktor turut pesan, jika anak demam …pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap.
Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru….jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.
Mandi dia ada cara. Mulakan dari kaki dahulu, selepas itu badan jirus dalam 3-4 kali bagi wap panas keluar, last sekali baru ke kepala.
Dah keluar bilik mandi lap hidung terlebih dahulu takut air masuk hidungkan nanti selsema pula.. inshaAllah akan baik.
Cara ke 2 mandi guna buah lemon. Hiris-hiris selepas itu letak dalam tab mandi atau baldi.
Kredit : Kiyuka Hamid
Jom saksikan selebriti berkongsi resipi dan momen memasak bersama keluarga tercinta pada 11-17 Julai ini setiap jam 2.30 petang hanya di FB keluargamagazine.