Siapa yang tak kenal dengan Ebit Lew, sebut sahaja namanya pasti ramai yang mengagumi akan cara dakwahnya selain membantu mereka yang memerlukan.
Biarpun sibuk dengan urusan kerja, namun Ebit Lew juga dipuji seorang suami dan ayah yang bertanggung jawab. Beliau tidak kekok menunjukkan rasa sayang dan kasihnya pada sang isteri yang digelar Bidadari setiap kali memuat naik kisah isterinya.
Malah, setiap kali berkongsi cerita bersama isteri dan anak-anak, Ustaz Ebit Lew mendidik kita bahawa walaupun sibuk dengan urusan kerja dan sebagainya, mereka yang di rumah jangan sesekali dilupakan, malah perlu diambil berat. “Meh pegang tangan abang. Kita beraya pusing rumah. Bidadariku, kasihan sayang. Duduk rumah paling best pegang tangan bidadari pusing rumah. Berbual-bual. Bermanja-manja. Anak semua dah tahu dah. Semua senyum jer. “I love you bidadariku. Jika sedih dan ada ujian, bidadari saya akan doakan saya. Biasanya jika saya seorang menangis belum kabul doa, bila bidadari yang selalu berjuang dirumah ini tadah tangan masa tu saya senyum dan rasa syukur. Saya tahu insyaAllah sekejap lagi Allah kabulkan doa ini,” luah Ustaz Ebit Lew di Instagram miliknya. Menurut Ebit Lew lagi, doa seorang wanita di rumah begitu mudah dimakbulkan Allah sejak dahulu lagi. “Selalu dari dulu begitu. Baiknya Allah. Doa wanita dirumah ini ajaib. Dulu doa mak yang sentiasa bersamaku.
Ads
“Kini doa seorang isteri yang bila dia menangis menjadi dalam doa menjadi perisai dan kekuatan di luar. Pernah dengar tangan membuai buaian menggoncangkan dunia. Jangan pandang rendah doa mak. Doa isteri,” pesan Ustaz Ebit.
Semenjak dua menjak ini ramai juga yang bercadang memiliki emas sama ada sebagai pelaburan, simpanan atau pun untuk dipakai sebagai perhiasan diri. Apatah lagi dikatakan harga emas turun, namun tetap mahal juga harganya.
Jika ada lebihan wang, bolehlah memilikinya pun begitu jangan sampai membeli emas dengan cara berhutang dan membayarnya secara ansuran.
Kenapa dikatakan tidak boleh berhutang untuk membeli emas?
Ini dijelaskan secara detail berkenaan hukumnya dan bersamalah kita fahaminya untuk kebaikan bersama dan tidak terjerumus kepada melakukan perkara-perkara yang haram.
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya adakah dibenarkan untuk membeli emas dengan cara hutang? Maksudnya emas tersebut saya ambil dan pakai dahulu, kemudian baru buat pembayaran.
Ringkasan Jawapan
Jual beli emas secara ansuran adalah diharamkan dan tidak sah kerana mengandungi unsur riba al-nasiah iaitu riba yang terjadi disebabkan menangguhkan pembayaran secara sengaja.
Asalnya, hukum berjual beli suatu barang adalah diharuskan sama ada hendak membeli secara tunai mahupun hutang.
Namun begitu, apabila suatu urusniaga tersebut melibatkan item ribawi (barang-barang yang terpalit hukum-hakam riba), maka setiap pihak yang terlibat perlu memberikan perhatian khusus agar tidak terjerumus dalam kancah riba.
Item-item ribawi ada disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Ubadah Bin al-Somit R.A bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
Maksudnya: “Emas dijual dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar, garam dengan garam, timbangan dan beratnya mesti sama, dibayar secara serta-merta (bukan bertangguh). Namun, jika jenis dan kategori barangnya berbeza, maka berjual belilah mengikut yang kamu kehendaki dengan syarat mesti dibayar secara serta-merta (on the spot)”.
Hadis Muslim (1587)
Berdasarkan hadis di atas, jual beli item ribawi seperti emas perhiasan mestilah dilakukan secara lani (serta-merta) bukan bertangguh.
Huraiannya, jual beli hendaklah dilakukan secara on the spot dalam satu majlis; sama ada penyerahan dilakukan secara hakiki ataupun secara hukmi (contohnya diberikan resit pembayaran). Tidak boleh bertangguh sehari atau dua hari selepas itu.
(Rujuk: Kompilasi Pandangan Hukum Mesyuarat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, m/s 81)
Sekiranya terdapat syarat menangguhkan bayaran atau penyerahan barang, maka ia tergolong di bawah kategori Riba al-Nasiah; iaitu riba yang berlaku disebabkan tempoh bayaran bertangguh. Bahkan, lebih dahsyat pengharamannya apabila penangguhan bayaran tersebut disertakan bersama caj tambahan.
(Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie, 3/110-111)
Oleh itu, jual beli emas secara ansuran seperti isu di atas adalah diharamkan dan tidak sah kerana mengandungi unsur riba al-nasiah iaitu riba yang terjadi disebabkan menangguhkan pembayaran secara sengaja.
Sebagai alternatif, pembeli dibolehkan untuk membuat pinjaman duit daripada pihak ketiga terlebih dahulu sebelum membeli emas tersebut secara tunai.
Walau bagaimanapun, pembeli perlu mengelakkan diri daripada meminjam duit daripada pihak yang sama yang menjual emas tersebut supaya tidak terjerumus dalam larangan Nabi Muhammad SAW berkenaan “jual beli dan hutang” dalam satu masa yang sama.
Ini bersandarkan kepada hadis Baginda,
أنَّ النبيَّ ﷺ نَهى عن بَيعتينِ في بيعةٍ وعن بَيعٍ وسَلَفٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW melarang dua jual beli dalam satu transaksi serta jual beli dan hutang”.
Musnad Ahmad (10/120)
Sebahagian ulama antaranya Ibn al-Qayyim Rhm. mengulas hadis di atas bahawa ia menjadi tunjang utama dalam mualamat yang melarang umat Islam daripada berbuat helah untuk melakukan riba dalam jual beli. Hal ini walaupun tidak disebutkan secara jelas namun dapat difahami berdasarkan senario yang berlaku bahawa terdapat dua hasrat yang ingin dicapai oleh kedua-dua penjual dan pembeli, iaitu:
1) Penjual emas meminjamkan duit mereka bertujuan agar emasnya dapat terjual. Sedangkan jika pelanggan tersebut tidak mahu membeli emas tersebut, nescaya penjual tidak meminjamkan duitnya.
2) Pembeli pula sekiranya tidak diberi pinjaman wang kepadanya oleh penjual, nescaya dia tidak akan membeli emas tersebut.
(Lihat: Tahzib Sunan Abi Daud, 2/190)
Akhir kata, kami menasihatkan agar para pembeli tidak menambahkan hutang melainkan untuk perkara-perkara yang mendesak sahaja. Adapun sekiranya mempunyai lebihan wang selepas ditolak perbelanjaan utama, maka diharuskan untuk membeli aset dan hart lain seperti emas dengan syarat pembayaran mestilah dilakukan secara tunai.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!
Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Macam-macam idea boleh dilakukan dengan menggunakan kayu pallet ini dan salah satunya adalah untuk dijadikan katil. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh saudara Airiel Ibnu Sufian berkongsi hasil kerja tangannya.
Oleh itu buat anda yang ingin lakukan DIY kerja pertukangan kayu, bolehlah cuba hasilkan katil seperti ini. Nampak ringkas dan menarik rekaannya.
“Yang abang buat ni, size Long Single. Ukurannya 80”x36”x15”. Mana tau kot ada yang nak try buat sendiri katil single kan. Tu lah ukuran dia. Unit ukuran dalam inchi ya” tulisnya di kapsyen di dalam group Tukang Apa Hari Ini.
Katil Single
Langkah pertama 1: Buatkan frame katil dengan ukuran 80”x36”x15”.
Langkah 2 : Buatkan kaki katil. Saya lapis 2×4 jadikan 4×4 yang dipotong menggunakan mitre saw & pull saw untuk potongan yang kemas.
Langkah 3 : Cantumkan dan pastikan juga bahagian rangka katil dibuatkan tulang. Ini sangat membantu memberi kekuatan pada katil tersebut.
Langkah 4 : Buatkan orang kita panggil ni kepala Katil. Omputih panggil Headboard ikut kreativiti.
Mungkin tiada siapa menjangka, situasi yang semakin kritikal di hospital seluruh negara sebenarnya memberi impak kepada mereka yang bertarung dengan pelbagai masalah kesihatan yang lain.
Ini sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh pengguna Twitter, di mana ibunya yang merupakan salah seorang pesakit kritikal terpaksa ‘beralah’ dengan pesakit Covid-19 dan akhirnya meninggal dunia setelah 2 minggu bertarung nyawa di wad ICU tanpa bantuan mesin pernafasan.
Menurutnya, ibunya disahkan meninggal pada 19 MEI 2021. Dan harini barulah dia ada kekuatan untuk cerita. Ini perkongsiannya;
Korang tahu tak kat Malaysia sekarang pun dah start pilih pesakit mana yang mereka perlu selamatkan terlebih dahulu?
Disebabkan case covid terlampau banyak & kurang tenaga kerja. Mak aku ada batu karang disebabkan schedule doctor semua penuh kena tunggu lebih kurang sebulan.
Lepas sebulan mak aku menahan sakit, bawak pergi Emergency doctor cakap batu karang tu dah cucuk hempedu mak aku, dah pecah keluar nanah dan kuman dah masuk ke paru-paru. Pernafasan mak aku sangat kritikal disebabkan jangkitan kuman dalam darah & paru-paru.
Doctor cakap tak boleh nak bagi machine pernafasan (ventilator) dekat mak aku macam pesakit COVID lain sebab machine tu sangat limited Loudly crying face. Mak aku pun tengah kritikal. Tapi disebabkan ward ICU semua dah penuh dengan pesakit COVID, machine da tak cukup. And faktor umur mak aku yang dah berusia & faktor dalaman mak aku.
Diorang tak dapat bagi machine ventilator tu. Sebab katanya mak aku memang dah tak ada harapan. Doctor pun tak boleh nak lakukan procedure untuk buang nanah dalam hempedu mak aku. Disebabkan pernafasan mak aku tak berapa baik.
So diorang tunggu hari ke hari. Masuk kan antibiotik dengan harapan pernafasan mak aku menjadi baik supaya boleh teruskan dengan procedure tu. Aku tengok mak aku guna oxygen yang hospital bagi, pam guna tangan sendiri secara manual bila terasa sesak nafas
Doctor cakap dia tidak dapat bantu mak aku lebih lagi sekiranya mak aku dah start nazak sebab diorang tahu trend penyakit ni dengan condition mak aku, memang tak ada harapan
Mak aku try fight lebih kurang 2 minggu guys.
Aku cakap dengan mak aku. “Mak kena kuat… tahan lah… sikit je lagi… pastu kita keluarkan nanah tu… Mak rindu cucu mak kan? Kalau nk jumpa, mak kena tahan sikit lg. Mak kena kuat…” Mak aku angguk kan kepala. Masa doctor bagi tahu dekat aku yang mak aku dah tiada harapan. Dia panggil aku jauh sikit daripada mak aku.
Lepas doctor dah explain everything dekat aku, speechless weh. Aku pergi dekat mak aku yang tengah terbaring.
Aku tengok je mata mak aku masa tu. Kau rasa aku boleh cakap apa dekat mak aku bila doctor kata “Maaf encik, mak encik memang dah takda harapan…”
Baru je aku nak buka mulut. Air mata jatuh weh. Non stop. Tersedu aku kat situ.
Mak aku? sedikit pun tak nangis. Dia macam dah tahu. Mata dia berkelip tengok mata aku.
Doctor tak boleh nak buat apa-apa. Diorang cakap diorang cuba untuk tidak ketepikan pesakit normal macam mak aku.
Again disebabkan faktor umur mak aku & condition mak aku. Dia kata peluang agak tipis even guna machine pun. Umpama sekarang ada dua orang tengah lemas. Kau boleh selamatkan sorang je, so kau kena decide siapa yang kau boleh selamatkan.
So sekarang ni keadaan di hospital sekarang dah berada di tahap dimana diorang kena pilih pesakit mana yang nak diselamatkan dulu. Based on my own view. Antara pesakit normal & covid. Sudah tentulah mereka utamakan pesakit covid.
Kalau kes kematian banyak, report akan sampai ke KKM. Bila report kematian COVID naik mendadak, diorang akan kena soal sebab report tu semua orang tengok everyday. Orang akan panic.
Kalau pesakit normal macam mak aku siapa nak tengok? Yang lebih utama adalah pesakit covid. Hari-hari update akan keluar pasal covid.
Aku just nak bagi tahu yang COVID juga memberi kesan dekat pesakit-pesakit normal lain yang tengah kritikal yang juga masih memerlukan treatment. Doctor pun tak cukup sekarang dekat hospital. Ramai dah kena transfer untuk jadi frontliner.
Untuk pesakit pesakit normal. Doctor yang nak treat diorang juga berkurang. Sehingga kena que panjang. Mak aku tak sempat nak buat treatment cepat sebab kuman dah merebak di seluruh badan. Aku cerita kat sini aku nak bagi tahu keadaan Hospital di Malaysia sangat kritikal guys.
Bukan sahaja pesakit covid, pesakit normal seperti mak aku juga terkesan sebab COVID ini
Satu nasihat aku. Jangan tunggu jenis vaccine apa yg available. Jgn jadi anti vaccine. Apa yg ada, kita amek dulu.
Keadaan di hospital kita sangat kritikal guys. Tolong daftarkan mak ayah korang untuk ambil vaccine juga. Aku sendiri tengok mak aku tak cukup nafas. Dan aku sendiri lihat bagaimana nafas itu terhenti. Sumpah perasaan sebak tu tak boleh nak imagine Loudly crying face
Kat situ gak aku nangis and terus peluk mak aku yang tengah terbaring bila nafas dia terhenti. Kakak-kakak aku sampai tarik aku. Apa pun aku bersyukur mak aku negative covid. 2 kali check result.
Sekurang-sekurangnya aku dapat jadi imam solat kan mak aku. Dapat teman mak aku naik van, mandikan, sampai lah kali terakhir aku masuk kan mak aku sendiri dalam liang lahad dan dapat lihat wajah mak aku tersenyum.
Ok lah itu sahaja perkongsian aku. Mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk mak aku guys sebelum korang scroll ke tweet lain.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.