Terusik jiwa apabila mem baca bait-bait puisi buat Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang telah kembali ke ramtullah pada 9.41 malam semalam. Allahyarham yang parah akibat dipukul dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, sebelum itu hampir tiga minggu bertarung nyawa di Institut Jantung Negara (IJN).
Puisi ini dihaslikan oleh Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Azmi Hamid, didedikasikan khas buat Allahyarham Muhammad Adib. Penuh tersurat dan tersirat buat hati yang duka dengan pemergiannya wira negara ini.
Curahan perasaan melalui puisi yang bertajuk ‘Maafkan kami, Adib, membuatkan hati terkesan. Hati mana yang tak sebak, plot yang bermula dengan kesedihan kemudiannya dirai dengan kesyukuran namun diakhiri pula dengan kesedihan setelah setelah pemergiaannya.
Benar, emosi ibu, ayah dan ahli keluarga pastinya yang lebih terkesan ketika ini.
Buat rakyat Malaysia, hayati sepenuh hati bait-bait puisi ini.
Foto: Sharul Hafiz Zam / NSTP
Maafkan Kami, Adib Adib, Namamu tak pernah disebut-sebut, Hanya ayah, ibu, saudara dan tunangmu yang menyambut, Tiap kali engkau pulang setelah bertugas, Tunangmu mungkin terasa ingin mengikut, Berjanji satu hari nanti kamu bersamanya akan hidup sehingga tibanya maut
Adib, Kamu tidak sesekali menyangka, Terperangkap dalam sengketa, Yang kamu tahu hanya menyahut panggilan untuk bertugas tanpa bertanya, Apakah tugas biasa ataukah merbahaya
Adib, Seluruh negara tiba-tiba tersentak mendengar berita, Engkau bergelut untuk menyelamatkan nyawa, Rupanya bila manusia hilang timbang rasa, Engkau pula yang menjadi mangsa
Adib, Negara ini telah ditatang untuk anak muda seperti kamu, Agar diwarisi sehingga ke anak cucu, Yang berlain kaum, agama dan hidup berukun damai, itulah pesan ibu, Jangan sekali-kali engkau sia-siakan tanah air ini milik bangsamu
Ads
Adib, Air mata kami mengalir mengenangkan derita yang kamu lalui, Kenapa nyawamu tidak dihargai, Bukankah kita berjanji hidup bersama di tanah pertiwi ini, Bumi bertuah tempat lahirmu menjadi saksi,
Adib, Kamu hanyalah seorang warga yang mahu hidup biasa, Negara yang makmur ingin dinikmati bersama, Tidak ada yang harus berprasangka dan mencuriga, Si Mamat, si Ah Chong, si Ramasami, bukankah rakan kita belaka
Adib, Engkau dipaksa membayar harga dari sebuah pertelingkahan, Mereka tidak kisah untuk apa harus berbunuhan, Peduli apa kepada negara dan warga yang akan berberontakan, Asal puas mendapat upah yang hanya seratus dua yang memalukan
Ads
Adib, Kami semua bersalah dari sebuah kealpaan, Saling mencuriga dan tidak mahu bermaafan, Lalu engkau berada di tengah-tengah persengketaan, Inilah natijah dari keegoaan yang tidak kenal sempadan
Adib, Aku terkelu dan sukar mencari kata-kata, Berita pemergianmu, tidak disangka, Aku masih mengharap, engkau boleh berbicara, Mengkisahkan pesan kepada anak cucu kita, Jangan berulang lagi babak yang meluka, Negara ini bakal kita wariskan kepada seluruh anak bangsa
Ads
Adib, Damailah kamu di pusara, yang akan tercatat dalam sejarah, Aku mengharap seluruh warga turut mengambil ibrah, Bahawa Tuhan berpesan, hiduplah dengan pasrah, Dalam rasa keinsanan dibina ukhwah, Kami berazam tidak akan mengulangi permusuhan yang membawa belah Sesungguhnya negara ini terlalu mahal dan terlalu indah untuk dibiar punah.
Jika Mat Kilau, Tok Janggut, Dato Bahaman, Tok Gajah, Hang Tuah adalah antara pahlawan negara zaman sebelum kemerdekaan mempunya cerita tersendiri. Begitu juga dengan Allahyarham Muhammad Adib. Dek kerakusan manusia, anak kelahirana kedah ini menjadi mangsa. Tanggungjawab yang digalas dengan amanah menjadi sandaran utama akhirnya meragut nyawa. Moga kisah ini akan menjadi teladan dan diceritakan kepada anak cucu kita nanti bahawa pentingnya kemakmuran sesebuah negara pelbagai bangsa.
Ibu ayah mana yang tidak sedih apabila anak yang ditatang bagaikan minyak penuh dikatakan hadapi masalah dalam pembelajaran. Namun setelah diselidiki rupanya anaknya sebenarnya adalah normal.
Kesilapan yang boleh memberi kesan kepada perkembanagan anak itu. Sebagaimana perkongsian seorang wanita yang melihat akibat salah faham anak itu dikatakan mengalami masalah ADHD.
Puan Nani Zaik berkongsi kisah sebuah keluarga ini yang tersalah tafsir dengan perkembangan anaknya. Moga jadi iktibar.
_______
Puan Nani Zaik bersama keluarga
Semalam last patient yang saya tengok, seorang ayah bawak anak lelaki umur 4 tahun 10 bulan. Reason bawa jumpa dokte sebab cikgu tadika suruh bawak, nak tengok anaknya ada ADHD ke tak
Anaknya nama Umar. Masuk bilik dokte elok je terus duduk atas kerusi. Pandang dokte. Good eye contact. Not wandering around. Not touching here and there. Ok first impression tak nampak macam ADHD. Bagi pen kat Umar suruh lukis spiderman sebab nampak dia pakai baju spiderman. Umar malu. So dokte lukis spiderman dulu. Umar sambung lukis. Ok laju je. Good pencil grip
Tanya ayah kenapa cikgu cakap macamtu? Ayah cakap cikgu bagitau dalam kelas tak duduk diam. Tak fokus masa belajar. Ni report card dia dokte cikgu suruh bawak. Masa tu ingatkan report card kindy yang biasa. Tapi tengok terus terkejut “wow ni macam report card sekolah kebangsaan!” 😳😳 list all the subjects (math, science, bm, english, seni with grades???? He got D for bm, C for science, B for math) APEKAH??
Then ayah keluarkan kertas exam (wait, what..there is exam for 4 y/o kids??) BM he got 11/100. Ayah nampak confuse. Dia pun tak rasa anak dia ada masalah. Tapi cikgu cakap anak macam ada ciri ADHD. Ayah pun dah rasa panik. Kat rumah ok je dokte. Boleh ikut arahan. Boleh makan guna sudu garpu tangan. Sepah rumah tu biasa lah. Tapi kalau ajar buku ni A, ni B, ni C memang tak nak ikut sangat. Anak first perempuan. Memang lain lah dengan anak lelaki
Tanya ayah Umar ni suka main? Sangattt. Umar ni suka bergerak2 ke? Maksudnya tak boleh duduk setempat lama2? Ye betul. Suka main mainan yang hands on with texture? Macam play dough ke? Ye betul. Ok ayah for what i see Umar takde ciri ADHD (after few more questions and examination). Tapi Umar ni kinesthetic learner. Tapi orang selalu salah anggap budak macam ni ‘hyperactive’ sebab tak nak duk diam kat meja masa belajar. Tapi suka main (padehal memang umur ni tanggungjawab dia main je😅)
Tanya ayah Umar dah boleh dress and undress himself? Dah pandai. Gunting kertas? Tak sangat. Butang baju? Belum. Bagitau ayah yang time ni yang kena focus ialah fine motor skill. Jangan push untuk academically lagi
TAKE NOTE IBU AYAH
Dokte bagi ayah dua pilihan untuk Umar:
1) Tukar ke play school. Lebih sesuai untuk perkembangan Umar
2) Kalau nak sekolah sama ayah kat rumah kena usaha buat cara pengajaran yang sesuai untuk kinesthetic learner
3) Selit jugak advice untuk ayah cut sugar intake and gadget time
Ayah faham. Balik rumah nak discuss dengan ibu dulu macamane. Tapi dokte still refer kepada OT so ayah boleh belajar cara yang betul and for further assessment nanti. Umar pun dah siap lukis. Tunjuk kat dokte Umar lukis spider siap ada 8 legs 🕷good job Umar! 👍🏻 then cerita spiderman warna blue & red. Ada spiderman jahat nama dia venom. Ye Umar dokte tahu kat rumah dah ada budak 2 ketul cerita salasilah keluarga spiderman 😆
Lepas Umar dah balik teringat kat my Umar Hadif. Sedih rasa bila disalah anggap macamtu sebab Umar kat rumah tu pun sejenis kinesthetic learner. Ajar cara conventional mengadap buku memang boleh jadi geram. Nak ajar kena sambil lompat trampoline. Atau buat alphabet guna play dough
Hmm tapi macam manapun can we adult let the kids be kids? Janganlah merepek paksa budak besar tu buat exam pastu letak grading pastu bagitau anak encik macam ‘gagal’ pastu menambah stress parents and budak2 dalam dunia yang serba nak cepat & stress ni. We actually destroy the love of learning in children 💔
Sumber: Nani Zaik
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bab nak basuh baju, sidai baju memang laju je… Tapi yang nak melipat tu, alahai susah betul! Kadang, sampai menggunung kain jadinya baru ada kesedaran nak melipat!
Selalunya kalau isteri lipat kain, sambil tengok televisyen agak lambat jadinya kerja melipat tu sebab dok fokus pada cerita. Waktu tu, encik suami kadang bukan main menegur suruh fokus buat kerja. Haaaa untuk situasi kali ni berbalik pula pada si suami!
Menerusi sebuah perkongsian rakaman TikTok, kelihatan seorang suami sedang menonton perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 di kaca televisyen yang berlangsung baru-baru ini. Sambil menyaksikan pertempuran dua pasukan tersebut, dia turut sama membantu melipat selonggok pakaian bersih miliknya dan pasangan. Namun, segala kerjanya tergendala gara-gara terlampau fokus dengan siaran di hadapan mata.
Sebaik sahaja sedar tangan pasangannya terhenti daripada membuat kerja, si isteri yang turut berada di ruang tersebut pantas menegur. Akibat terkejut mendengar suara cinta hatinya, lelaki berkenaan terus laju capai sehelai baju dan kembali menyambung tugas yang tergendala sebentar tadi.
Meninjau di ruangan komen, ramai memuji sikap si suami yang rajin bantu isteri melakukan kerja-kerja rumah. Selain itu, ada yang berseloroh kononnya lelaki berkenaan seolah-olah sedang dimarahi oleh emaknya gara-gara terleka dengan perkara lain.
Menyimpan beras di dalam bekas tanpa ditutup atau terlalu lama boleh menyebabkan kutu beras ini membiak di dalamnya. Bubuk atau kutu beras ini sememangnya menjadi kepantangan kepada suri rumah. Paling menyakitkan hati apabila beras tersebut menjadi kurang enak, lembik dan mudah basi. Ia juga boleh mendatangkan ketidakselesaan selain mengurangkan kualiti beras.
Oleh itu, kena segera lakukan cara ini untuk elak daripada ‘serangan’ kutu beras ini. Caranya mudah dan cukup efektif.
6 Petua Beras Bebas Bubuk
1. Daun limau purut
Aroma herba yang kuat daripada daun limau purut bukan sahaja kutu beras tidak menyukainya malah sekali gus mampu menghilangkan bau beras yang hapak. Untuk lebih efektif, letakkan daun limau purut ini di tiga lapisan beras, iaitu bahagian bawah bekas, tengah dan atas.
2. Daun pandan
Kutu beras juga tidak suka dengan bau aroma daun pandan. Jadi ambil sehelai daun pandan dan simpulkan ia sebelum dimasukkan ke dalam bekas penyimpanan beras. Bukan sahaja kutu beras dapat dihilangkan malah beras menjadi lebih wangi.
3. Cili kering
Menggunakan cili kering juga amat efektif untuk menghindari adanya kutu beras. Caranya cukup mudah, cili kering dipotong dua dan letakkan di dalam bekas penyimpanan beras.
4. Jemur
Teknik ini sering dilakukan oleh ibu-ibu kita dahulu. Letakkan beras yang telah di’huni’ oleh kutu beras di dalam dulang atau bekas terbuka. Kemdian jemur di bawah sinaran matahari sehingga kutu beras tiada.
5. Daun belimbing buluh
Sebaiknya simpan beras bersama dengan dua tiga helai daun belimbing buluh yang telah dikeringkan. Daun belimbing buluh dikatakan cukup berkesan menghapuskan kutu beras.
6. Kulit kayu manis
Selain bermanfaat digunakan untuk menghalau semut, kulit kayu manis juga boleh digunakan untuk menghindar atau menghalau kutu beras. Aroma khasnya itu membuatkan kutu beras berasa tidak selesa.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Resipi kuih lopes gula Melaka versi cepat dan mudah, guna lemang segera. Kuih Lopes memang menjadi kegemaran ramai, apatah lagi apabila dinikmati bersama air gula melaka yang pekat dan harum.