Jika sebelum ni tanaman asyik tak subur dan tak gemuk-gemuk, apa kata ikut petua yang mudah ini.
Hanya mengunakan dua bahan aje iaitu air dan roti sahaja, cukup membuatkan tanaman anda berkembang subur.
Ikuti perkongsian puan Intan Suhana ini. Mudah sangat! Pokok pun subur.
___________________________________
Gara-gara kebun keliling rumah menunjukkan perkembangan yang sihat dan positif, mak happy sangat. Maka mak rasa nak kongsi satu petua ringkas menyuburkan tanaman yang dah ramai orang cuba dan berjaya.
Kak intan panggil resepi ini baja roti. Kalau ikutkan nama sebenarnya MOL (Mikroorganisma Lokal). Kos nya murah amat. Hanya perlukan air dan roti yang sungguh enak dimakan begitu saja haha.
Cara nak buat pun mudah aje. Tak perlu guna tenaga beria. Dah jadi nanti, cuma siram dan lihat keajaibannya. Semua pokok tanaman kita akan berkembang biak, pucuk baru makin meriah, daun bukan main hijau, kemudian kalau yang tak pernah berbuah tu nampak dah mula keluarkan buah.
Mari kita baca dan cuba buat hari ini juga.
Bahan-Bahan :
Sekeping roti yang masih baik Air sebanyak 1.5 liter
Air hujan atau air basuhan beras je tau.
Ads
Kalau nak guna air paip, sila dedahkan dahulu air kepada cahaya matahari seharian supaya dapat hilangkan/ kurangkan kandungan klorin.
Ramai yang tanya pasal air ni. Disebabkan sekarang kebanyakan kita dah ramai yang pakai penapis air di rumah, takde masalah pun nak guna air paip andai kita sedia maklum bahawa penapis air kita tu boleh menyingkirkan kandungan klorin. So silalah gunakan air coway, air cuckoo dan yang sewaktu dengannya.
Cara-caranya:
Koyak-koyakkan roti dan masukkan dalam botol, kemudian masukkan air. Pastikan air yang digunakan bukan lah air yang berklorin ye. Sebaiknya guna air hujan atau air basuhan beras.
Kak intan gunakan air hujan yang ditadah khas untuk siram pokok-pokok keliling rumah ni ha.
Ads
Kemudian peram, letak ditempat gelap. Kak intan letak kat dalam kabinet dapur bawah sinki.
Minimum peram 4 hari pun dah ok. Tapi paling efektif minimum peram selama 7 hari. Pastikan selepas setiap 3 hari pastikan penutup botol dibuka bagi mengeluarkan gas yang terhasil akibat proses peraman atau penapaian ni. Saintifik sikit bunyi nye kan. Kalau lupa buka penutup botol tu bersedia lah untuk menghidu bau masam satu rumah sebab ia bisa meletop ngerti nggak.
MOL ni seeloknya digunakan dalam tempoh 14 hari. Tapi ia juga boleh tahan sampai setahun kalau rajin bagi dia gula merah setiap 6 bulan sebagai sumber makanan untuk mikrob yang terhasil. Kuantiti gula merah kita agak-agak saja okeh. Sebab kak intan pun belum sampai tahap bagi makan mikrob ni lagi. Nebes.
Kak intan suka gunakan nisbah sendiri haha. Ku taruk roti 4 keping sebab nak sesuaikan dengan nisbah air yang ku anggap ada dalam 6 liter kot bekas penyiram ni. Nak ikut ikutlah.
Bila baja dah jadi ku tuang saja sebotol baja ini ke dalam bekas ni dan tambah aje air hujan sampai penuh bekas. Kemudian round aje keliling rumah siram pokok-pokok kesayangan sambil nyanyi lagu “Dimatamu”. Biar pokok pun terhibur.
Ads
Haaa tengok tu. Pokok bunga lily ni memang tak rajin berbunga. Lepas kena siram dengan baja roti ni berlumba-lumba batang bunga dia keluar. Tapi sayang. Udah kena libas separuh dengan suamiku si tukang mesin rumput.
Daun kesom yang gemok. Nasib baik tak ikut tuan dia yang keding haha.
Paling best pokok belimbing buluh ni. Berbuah buat pertama kalinya selepas berapa kurun ku tanam. Buahnya semalam udah ku petik buat sambal tumbuk dengan ikan bilis. Perghhhh.
Wow bestnya perkongsian ini. Mudah cara sediakan baja untuk subur. Selamat mencuba!
Menikmati hidangan di restoran fine dining pastinya menjanjikan hidangan yang enak dan istimewa, maklumlah setiap menu dihias cantik yang disediakan oleh chef yang profesional dalam suasana eksklusif.
Hal ini menjadikan momen menjamu selera di restoran bertaraf 5 bintang ini menjadi pilihan utama bagi meraikan hari-hari istimewa seperti sambutan anniversary buat pasangan suami isteri.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Tidak ketinggalan seorang suami bernama Hizwan Ahmad turut membawa isterinya ke sebuah restorah mewah bagi meraikan ulang tahun pernikahan mereka yang ke 14. Istimewanya hidangan akan disajikan satu persatu secara berperingkat dengan dimulai menu appetizer, sup, menu utama hingalah hidangan pencuci mulut.
“Saya Tak Cukup Ni Bang, Aduhai”
Meskipun nampak begitu eksklusif dan dilayan seperti raja di meja santapan, namun ketika hidangan menu Beef Tartare & Sea Urchin, terjadi hal yang lucu kepada pasangan suami isteri ini. Bila si isteri melihat sahaja saiz hidangan yang terlalu kecil membuatkan dia merasakan tidak cukup untuknya.
Difahamkan dek kerana itu, selepas meraikan anniversary di restoran hebat, kedua pasangan suami isteri ini sempat singgah di restoran mamak pula untuk makan lagi.
Meninjau di ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan dan ramai yang terhibur dengan keluhan daripda isterinya itu. Malah ramai juga yang mengakui hidangan sedemikian tidak mencukupi untuk diri mereka. Ekoran daripada itu ramai memlih untuk meraikan hari istimewa dengan makan di restoran biasa sahaja.
Sbb tu kalau ada special2 day, aku ajak laki aku makan sukiya/pakjohn ke, sbb aku blh mkn byk kali, rela la tak pegi tmpt2 aesthetic 🤣
Kita same sis,big eater😂..
Sy kalau birthday @ anniversary, suami tnya nk g mana, kedai mamak jgk jd pilihan sy.. Sejenis suka makan nasi.. Klu cmni moncong sbulan suami sy.. 😂
Hahahaha saya siap2 dah pesan kat husb jangan bawak sy fine dining 😂 tak cukuppp
aku tgh plan nk gi fine dining untuk anniversary next week, bila terfikir psl portion dia terus cancel 😂😂😂😂
Tentunya kita sebagai ibu bapa mahu anak belajar berpuasa terutama anak tadika dan sekolah rendah. Jadi ibu bapa perlulah menetapkan minda bahawa anak akan mula berpuasa pada tahun ni. Elakkan daripada bercanggah sesama sendiri dengan memberi alasan … Tak payahlah kot … Tunggu tahun depanlah … Kecil lagi tu, kesian dia … dan sebagainya. Ayat 159, surah Ali Imran ini boleh dijadikan sebagai moto:
فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ
Dan apabila kamu berazam maka bertawakallah kepada Allah.
Boleh ikut perkongsian ini sebagai panduan nak didik anak.
Anak2 didik pakcik yg grad 4-5, 6-7 tahun lepas masing2 dh ade anak kecik.. Ni pakcik bagi tips siket mcmn nk ajar anak2 kecik tu start berpuasa…
Tips ajar anak kecik berpuasa:
1. Ingat, anak kecik yg belum baligh belum wajib puasa.. Jadi jangan paksa sampai pengsan budak tu. Jangan pulak sampai dia rase serik untuk berpuasa dan rasa puasa tu satu siksaan bagi dia.. Kita ni selalu silapnya, bila bab puasa bersungguh kita ‘ajar’ anak2 dari umur 3-4 tahun lagi, tapi bab solat x pulak ditekankan.. So ajar anak berpuasa ni kena tengok juga persediaan psikologi anak2 kecik ye, pastikan dia sentiasa ada keinginan untuk improve puasa dia.
2. Yg penting didik jiwa anak2 kecik ni untuk suka nak belajar berpuasa, set target sama2 utk dia puasa berapa lama hari ni, berapa hari utk ramadhan kali ni, bila dia akan puasa separuh hari, umur berapa dia akan berpuasa sampai asar, umur berapa dia akan puasa full mcm org dewasa.. Bagi gambaran jelas kt dia proses belajar puasa ni mcmn supaya dia x terperanjat dan lebih bersedia utk belajar, enjoy the journey..
3. Awal2 tu kalau anak2 3-5 tahun dh boleh ajar konsep berpuasa yg mudah.. Bagi tahu puasa ni sbb kita org islam, sbb nk rasa mcmn hidup org susah, sebab nk sihat.. Jgn pulak bila anak tanya kenapa kena puasa, kita jwb “sbb adek kn dh besar” , sbb “adik kn kuat” .. Salah tu..
4. Boleh seawal umur 3-4 tahun tu ajar puasa, tapi bukan lama2.. Cukup la sekadar delay kan sikit waktu makan dia.. Buat ‘perjanjian’ boleh makan bila jarum panjang tu sampai tegak ke atas.. Dapat setengah jam dia rase dia berpuasa, jadi la.. Declare dlm family yg hari tu dia pn dh puasa kanak2 jugak.. Esok2 mesti dia nk lagi .. Tambah la sikit2 jadi sejam, dua jam, ikut umur..
5. Bila anak2 dh besar sikit dlm 6-7 tahun, boleh perkuatkan konsep puasa kanak2 tu.. Dh boleh mula ajar puasa separuh hari atau sampai azan asar, ikut kemampuan dia.. Berbuka awal tu jgn lebih2 sgt, supaya dia faham yg puasa dia belum sempurna.. Raikan kejayaan dia masa berbuka Sama2 waktu maghrib.. Bagi semangat utk improve esok2..
6. Buat sesi sahur kanak2 iaitu selepas solat subuh.. Nk ajak anak2 kecik ni bangun pkl 4.30 tu mmg susah, lepas tu pkl 8 dia dh bising lapar.. So better kejut dia utk solat subuh, lepas solat tu baru sahur kanak2.. InsyaAllah dia dpt puasa lebih lama.. Kalau start konsep ni seawal 5-6 tahun, InsyaAllah 7-8 tahun dia dh boleh join sahur dn puasa org dewasa..
Yg penting, didik jiwa anak2 kecik utk happy dan suka berpuasa sbg satu ibadah..
Gambar hiasan: Danish pkl 4.30 dh bangun masak sendiri nasi goreng favourite dia utk sahur.. Sejuk perut abi ni mengandung 9 tahun…
Sebak hati seorang ayah yang juga pemandu ambulans apabila melihat jasad yang terbaring kaku untuk dibawa ke hospital adalah anak sendiri. Itulah yang dihadapi oleh Mohd Taqwa Ismail, 49, selepas anaknya, Muhammad Aiman Mohd Taqwa, 21, terbabit dalam kemalangan di simpang kilang sawit di Kilometer KM 38 Kuala Terengganu menghala ke Kota Bharu, petang semalam.
Dia yang bertugas sebagai pemandu ambulans di Klinik Kesihatan Sungai Tong tidak menyangka mangsa kemalangan dalam kejadian itu adalah anaknya.
Dalam kejadian itu, mangsa yang merupakan kakitangan Unit Landskap Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu terbabit dalam kemalangan jalan raya selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah lori kira-kira jam 4.30 petang.
Taqwa berkata, dia mendapat panggilan meminta untuk mengambil mangsa kemalangan di lokasi kejadian dan kemudiannya dihantar ke Hospital Setiu.
“Namun apabila sampai di situ, saya macam kenal motosikal itu dan apabila tengok nombor plat motosikal baru sedar rupanya anak sendiri menjadi mangsa kemalangan.
“Sejak saya bertugas menjadi pemandu ambulans kira-kira 21 tahun lalu, ini pengalaman pertama terpaksa berdepan situasi membabitkan ahli keluarga sendiri.
“Jujurnya hanya Allah sahaja yang tahu perasaan sedih saya ketika itu walaupun sebelum ini pernah mengambil mangsa kemalangan lagi serius tapi tidak terlalu beremosi seperti ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Dia berkata, Aiman baru sahaja lima bulan bekerja di TTI dan kerap berulang-alik dari tempat kerja dan pulang ke rumah di Sungai Tong.
“Selalunya Aiman bawa bekal ke tempat kerja tetapi semalam dia berjanji mahu pulang untuk makan petang bersama saya di rumah.
“Kebetulan malam sebelum kejadian, saya sempat memasak ikan lampam goreng yang dibawa balik dari Tasik Kenyir dan dia sempat makan serta meminta lebihan ikan itu disimpan untuk dimakan keesokan harinya,” katanya.
Katanya, Aiman anak kedua daripada lima beradik hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Zulnilawati Idris, 47, adalah anak yang pendiam tetapi sangat disenangi ramai kerana pandai menyesuaikan diri.
“Arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Belara kira-kira jam 11.30 pagi tadi,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan muka.
Katanya, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Sungai Tong di sini dari Kuala Nerus.
“Ketika tiba di lokasi kejadian, Muhammad Aiman yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dikatakan cuba memotong sebuah kenderaan di hadapannya tetapi gagal.
“Lalu bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Afandi berkata, pemandu lori berusia 30 tahun yang dalam perjalanan ke Hulu Terengganu dari Kok Lanas, Kelantan tidak mengalami sebarang kecederaan.