Kelazimannya kalau ditanya tentang bab siapa bangun awal pagi dan seterusnya menyediakan sarapan, pasti isterilah orangnya.
Tetapi berbeza dengan perkongsian daripada seorang suami yang cukup luar biasa. Setiap hari akan bangun lebih awal untuk mendirikan solat qiamullai dan bukan itu sahaja dapat pula menyediakan sarapan untuk keluarga tercinta, nyata cukup terinspirasi.
Ini perkongsiannya.
Bagi ‘tukang masak pagi’ macam saya ni, one of the real struggles adalah untuk bangun awal pagi masa tengah gelap gelita lagi kat luar tu dan orang ramai masih dibuai mimpi, saya kena bangun awal daripada orang lain.
Ads
Ditambah pula saya wajibkan diri untuk menunaikan solat sekurang-kurangnya 2 hingga 4 rakaat sebelum mula memasak maka kena bangun lebih awal lagi. Tetapi dengan niat yang baik dan cara yang betul, Allah SWT pasti tolong.
Jangan risau sangat, jika mahu buat, buat je. Apabila sudah terbiasa, tak rasa susah pun. Saya ni pun tak pernah rasa mengantuk apa pun sepanjang seharian kerja. Lebih-lebih lagi walaupun kurang tidur, kerana percayalah qiyamullail itu memberikan kekuatan kepada diriberbanding melemahkan, cubalah buat.
Ads
Saya bertuah, sebab isteri setia di sisi. Bangun seawal pagi mana pun, kebanyakan masanya isteri pun bangun juga. Dan kebanyakan masanya masa saya masak tu isteri buat ‘kerja’ lain macam lipat baju ke, kemas rumah ke, menyusukan anak ke, mandi ke, baca al-Qur’an ke, macam-macam.
Susah ke, boleh ke, mampu ke, tak penat ke, tak kisah apa persoalannya pun, buat je dulu, baru tahu OK atau tak OK. Setiap satu adalah ibadah, tak rugi apa pun insyaAllah.
Pagi ini saya masak mi goreng (guna mi kering yang mi segera tu, goreng tumis bawang dan cili kering kisar letak serbuk kari sikit) dan jagung rebus. Alhamdulillah sekeluarga suka. 06/10/2019
Semoga perkongsian daripada Dr Shahr Musafir ini dapat kita bersama ambil aura dan semangat untuk melakukan perkara yang sama.
Biasa kita dengar orang memberi alasan jika rumah bersepah sebabnya kerana anak masih kecil dan sebab itu juga tidak berbaloi rasanya untuk dihias.
Namun, sedar atau tidak bila kita sendiri membiasakan anak-anak dengan hidup di dalam rumah yang bersepah secara tidak langsung kita sedang membentuk personaliti anak yang tidak mementingkan kekemasan.
Memahami lagi tentang pentingnya mendidik anak-anak dalam hal dekorasi dan perkaitannya dalam membentuk tingkah laku anak sejak kecil, jom kita baca perkongsian daripada Puan Khairunnisa Hamzah ini.
“Kalau ada anak kecil macam mana nak dekor rumah? Akak hantar sofa dan perabot ke rumah mak dekat kampung sebab risau anak panjat-panjat” luah seorang ibu yang punya anak kecil ramai.
Adakah rumah tidak perlu didekor bila ada anak kecil? Di dalam buku Dekor Dekor Cinta, saya ada berkongsi tentang membentuk Tamadun bermula dari rumah sendiri.
Apabila tidak ada program dan cara hidup, anak akan bertambah liar, sedangkan saat mereka masih kecil ini lah merupakan satu peluang keemasan untuk membentuk peribadi mereka yang baik.
Ada kajian yang dibuat mendapati minda seseorang terekod dengan banyaknya semasa berusia emas, iaitu 0-6 tahun. Cara hidupnya semasa kecil yang akan membentuk peribadi diri mereka apabila dewasa kelak.
Waktu ini, otak sedang laju digunapakai dan merekod. Kerana itu waktu ini dikatakan waktu yang sangat baik untuk membentuk anak kecil yang mudah dibentuk dan diprogram. Buat kata pepatah melayu, “Melentur buluh, biarlah dari rebung”.
Tapi malangnya, kita sering diomokkan dengan kata-kata,
“Membazir saja menghias rumah masa anak kecil”
“Mereka belum tahu apa-apa lagi”
“Biarlah anak kreatif explore dunianya sendiri”
Dan macam-macam lagi.
Saya suka mengajak kepada pemikiran kenapa Sultan Muhammad Al-Fateh sudah bersedia menjadi pemerintah kerajaan pada usia yang muda ?
Bagaimana untuk jadikan anak kita sebagai seorang yang berperibadi baik dan rajin?
Kelakuan ini tidak datang dengan sendiri. Ia perlu dilatih. Ia perlu berlaku dalam rutin harian.
Pernah dengar tentang anak-anak kecil ini kita perlu ulang cakap beribu kali, baru mereka ingat dan faham?
Jadi, kelakuan yang baik itu perlu dilatih beribu kali baru ia boleh terjadi sendiri.
Antara latihan yang boleh dibuat adalah dengan menyediakan kelengkapan kemahiran buat mereka di rumah.
Jadikan mereka sebahagian dari penghuni rumah dan boleh kendiri (melakukan pekerjaan sendiri) di rumah mereka sendiri.
Sekiranya banyak perkara memerlukan mereka meminta pertolongan dari orang dewasa, kadangkala itu boleh membuatkan mereka rasa penat meminta tolong, hatta boleh jadi give up apabila pertolongan itu bertangguh. Yakni, lambat diberikan pertolongan kerana orang dewasa sibuk bermain telefon, sibuk selesaikan urusan lain atau tidak endah akan permintaan mereka.
Maka, lebih baik kelengkapan mereka dipersiapkan di rumah supaya mereka mampu menguruskan diri sendiri tanpa meminta bantuan seperti:
1. Tidur dan bangun di tempat tidur sendiri
2. Masuk toilet, berus gigi, buang air dan mandi sendiri.
3. Wuduk, ambil telekung dan sejadah sendiri.
4. Ambil pakaian dan pakai sendiri
5. Bersikat, berdandan, berkemas di depan cermin sendiri.
6. Mengambil buku, permainan, dan membuat latihan di meja belajar sendiri.
7. Mengambil pinggan, cawan, makanan, minuman dan duduk di tempat makan sendiri.
8. Mencuci pinggan dan cawan sendiri selepas makan.
9. Mudah mencapai tisu dan kain lap sendiri.
10.Mengambil biskut, roti, buah dan air minuman sendiri.
Nampak?
Bagaimana untuk mereka boleh buat sendiri?
Oleh itu, kita sebagai ibu ayahnya, boleh menciptakan kelengkapan anak-anak mengikut ARAS KETINGGIAN mereka sendiri.
Ini sangat penting.
Seperti kita juga, lagi-lagi orang rendah seperti saya. Andai kata kelengkapan dapur, kelengkapan almari, kelengkapan bilik air dan sebagainya tinggi tak tentu pasal, agak-agaknya penat tak kita?
Ya, sangat penat.
Perlu menjengket, perlu ambil tangga sampailah perlu panggil orang yang lebih tinggi untuk bantu ambilkan.
Susah, kan?
Tapi kita terus buat kerana kita ada rutin yang perlu diselesaikan.
Tetapi, jika anak-anak kecil, kesusahan tersebutlah sebenarnya halangan untuk mereka menjadi anak-anak yang mahir, bijak dan mampu berdikari.
Jadi, mungkin musim PKP ini, ibu ayah boleh ambil peluang untuk persiapkan kelengkapan anak-anak.
Kita hanya perlu tunduk rendahkan diri dan lihat menggunakan aras mata anak-anak kita.
Lihat, apakah keperluan mereka dan bagaimana kita boleh bantu mudahkan mereka.
Walau apa pun, jangan pisahkan dekorasi dengan hasil penyediaan kelengkapan tadi. Kerana akhirnya dekorasi yang menceriakan suasana dan memberikan impak peribadi dan aura yang luar biasa.
Berikut saya berikan contoh-contoh idea dari carian pinterest sebagai pencetus ilham buat ibu ayah yang mahu buat sudut khusus buat anak-anak di rumah.
Ruang dapur yang cantik menjadi idaman semua wanita. Maklumlah, bila tempat memasak cantik, hari-hari masak pun tak boring. Masak pun dalam keadaan mood happy. Jika dapur bersepah, nak masuk pun berserabut.
Bagi yang bercadang nak makeover dapur, tak perlu hire tukang atau pakar, kita sendiri boleh buat. Seperti wanita ini, Puan Hani Mynis Semuanya dilakukan sendiri. Lebih menarik, kos pun rendah. Jom lihat idea beliau.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Make over dapur kali ke dua!
The power of wallpaper
Last time hani dah kongsi hani make over ruang tamu kan? As promised, dalam post ni hani kongsikan ruang dapur pula. Awal tahun hari tu, hani re make over dua ruang ni kat dalam rumah yang kitorang masih menyewa ni
Sebagai mengubat hati yang sedih sebab tak dapat nak pindah masuk rumah sendiri, Alif Firdaus berikan hani sejumlah bajet untuk hani make over semula ruang mengikut yg hani nak buat di rumah sendiri nanti.
Kalau bab berangan memang bagi kat hani lah kan. Hehe utk dapur hani siap berangan nak buat tema modern/industrial farmhouse, nak ada backsplash khas kat bhgn masak, nak ada pot filler, nak two tone /color cabinet (atas warna lain, bawah warna lain), nak ada island, nak farmhouse apron sink, nak accessories dapur mcm handle cabinet, pot filler, kitchen tap semua warna gold/brass. Nak ada appliances garage, nak ada coffee station, mcm2 lagi hahaha
Alif tengok je senarai hani terus dia azan kat telinga hani. Haha berangan kan percuma, dapat ke tak dapat kena tepuk poket tengok bajet lahh hahahaha
Ok alhamdulillah hani make over dapur ni dan hani dapat 90% dari apa yang hani idamkan dengan bajet tak sampai rm300!
Alif pun terkejut hani boleh stick dalam bajet tak terlebih. Dan hani sangat lah happy sampai cakap kat Alif takmau pindah rumah sendiri dulu lah haha sbb dapur dah cantik. yes, hani puas hati dah gini. Haha so inilah dia dapur rakyat marhaen yang feeling2 kayangan.
Mcm mana hani buat? The power of wallpaper! Untuk project hani dapatkan dapur modern farmhouse ni hani gunakan 6 jenis wallpaper yang berbeza! Betul ni, wallpaper kalau kena cara nya mampu transform sesuatu ruang dengan berkesan. Yg penting tahu where to start and when to stop, gituu.
Cukuplah hani bebel, jom tengok perubahan yang hani buat ya utk hani make over dapur. Ada penerangan dalam setiap gambar ya.
Semoga memberi inspirasi untuk semua mendekor dapur masing-masing walaupun dapur rumah sewa je.
Menarik kan! Boleh cuba idea yang dicadangkan oleh wanita ini. Selamat mencuba!
Selepas lapan bulan berduka dengan pemergian arwah datuk, penyanyi dan pelakon Bella Astillah terpaksa menanggung kesedihan sekali lagi apabila neneknya pergi menghadap sang pencipta pada Khamis.
Berita duka itu dikongsi oleh Bella dalam satu hantaran di Instagram miliknya, dengan memaklumkan neneknya telah menghembuskan nafas terakhir dan merasakan hatinya seperti hancur dengan perkhabaran itu.
“Pada 30/6/2022, nenek saya telah kembali ke Rahmatullah semalam, jadi saya nak minta tolong jasa baik untuk sedekahkan Al-Fatihah buat nenek dan atuk saya.
“Nenek pergi meninggalkan kami lapan bulan selepas atuk.
“Saya tak sangka akan kehilangan mereka secepat ini. Sayang saya pada mereka hanya Allah swt yang tahu.
“Dulu selalu tidak sabar untuk pulang ke Sabah mahu jumpa mereka, tapi sekarang keduanya telah tiada.
Menerusi satu lagi hantaran terbaru, isteri kepada penyanyi Aliff Aziz itu tidak dapat menahan air matanya setiap kali melihat foto dan video nenek kesayangannya itu.
“Setiap kali tengok nenek mesti akan menangis, tak tahu kenapa.
“Sebabnya mungkin saya terlalu takut seandainya kehilangan dia, tapi tidak disangka saya benar-benar kehilangannya kelmarin,” tulis Bella.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.