Penghibur Lagenda Tanah Air, Datuk Jamal Abdillah, 63 dan isteri, Zai Izzati Khiruddin, 27, sepakat memilih tarikh cantik, 22 Februari depan bagi menyambut kelahiran cahaya mata kelima mereka.
Bukan hanya berkongsi tarikh kelahiran, tetapi bapa kepada empat cahaya mata ini juga sudah memilih nama yang istimewa buat cahaya mata kelimanya itu.
Menurut Datuk Jamal, isterinya dijangka akan bersalin pada 28 Februari ini, namun isterinya sanggup melahirkan anak secara pembedahan kerana mahu dapatkan tarikh kelahiran ‘cantik’ itu.
“Jika diikutkan, isteri akan bersalin pada 28 Februari. Namun, Insya-Allah, Zai melahirkan anak secara pembedahan pada 22 Februari ini.
Ads
“Tarikh 22 Februari dipilih kerana angka cantik. Tetapi sebagai manusia, kita hanya mampu merancang,” katanya berkongsi.
Iskandar Rayyan Yamani Penyeri Baru Dalam Keluarga
Bukan hanya berkongsi pada umum tarikh kelahiran, malah Datuk Jamal dan isteri juga berkongsi nama yang dipilih untuk si comel putera kesayangan mereka iaitu Iskandar Rayyan Yamani.
Ads
“Pada mulanya hendak letak nama Iskandar Zulkarnain. Namun, nama itu sudah biasa didengar. Jadi, kami pilih Iskandar Rayyan,” katanya.
Walaupun usianya sudah 63 tahun, namun Datuk Jamal tidak lokek membantu isterinya menjaga dua anak mereka dan kini kembali bersedia untuk menimang cahaya mata baru.
Ads
Terdahulu, Datuk Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati pada 1 April 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata Nur Azura Yamani, 3, dan El Isaac Yamani berusia setahun lebih. Datuk Jamal juga mempunyai dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 16, menerusi perkahwinan terdahulu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pasti ramai yang menantikan perkembangan anak keempat, usahawan dan pelawak, Shuib.
Terbaru, Shuib memaklumkan, Ayash Affan yang lahir secara pramatang pada 6 Ogos lalu kini sudah dikeluarkan dari inkubator di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia.
Anak bongsu Shuib dan allahyarham Siti Sarah juga yang berusia 3 minggu itu mula menunjukkkan perkembangan yang baik selepas dikeluarkan dari Inkubator.
“Alhamdulillah, ‘baby’ dah pun dikeluarkan dari inkubator sejak dua hari lalu. Berat makin naik, alhamdulillah dia juga dah mula minum susu ibu (daripada sepupu Shuib).
“Begitulah perkembangannya dan doktor cakap dalam masa kira-kira tiga minggu, insya-Allah dia akan keluar (dibawa pulang ke rumah),” katanya memetik Harian Metro.
Sebelum ini, Shuib mencari calon sesuai untuk menjadi ibu susuan buat Ayash. Kini masalah tersebut sudah diselesaikan apabila sepupunya sendiri mengatakan persetujuan.
“Syukur kepada Allah apabila dalam kalangan keluarga saya ada sepupu yang baru melahirkan anak kira-kira enam bulan lalu dan dialah ibu susuan Ayash,” katanya.
Terdahulu pada 9 Ogos lalu, isteri kepada bintang berkenaan yang juga penyanyi Siti Sarah Raissuddin telah meninggal dunia akibat Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) HCTM.
Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin, dan Ayash Affan.
Kesan deodoran pada ketiak memang jelas kelihatan terutama pada baju atau kemeja putih. Kesan kekuningan yang tertinggal buat kita rasa malu bila setiap kali mengangkat tangan.
Walaupun mencuci dengan peluntur dan sabun pencuci yang hebat, kesan yang satu ini masih lagi jelas kelihatan. Warna bertompok kuning langsung tidak menunjukkan petanda bersih walaupun selepas dicuci.
Jika buntu dengan pencuci biasa, anda boleh usahakan cara menggunakan bahan dapur terpilih ini. Nampak akan hasilnya selepas dicuci dan direndam lama. Cuba ni.
Bahan-bahan:
Cuka
Air suam
Caranya:
1. Satukan cuka dan air suam.
2. Kemudian sapukan pada kawasan terkena deodoran.
3. Biarkan direndam semalaman dan esoknya bilaslah dengan air bersih.
2. Fabrik Keras
Bahan-bahan:
Fabrik keras atau stokin kaki
Sabun wangi
Caranya:
1. Gunakan kain yang keras atau timbul fabriknya, oleskan pada sabun wangi.
2. Sapu dan gosokkan pada tempat deodoran.
3. Cara lain adalah menggunakan stokin kaki yang lembut. Lakukan langkah sama.
4. Geseran dua fabrik ini mampu bertindak balas dan menanggalkan deodoran.
3. Letak Soda
Bahan-bahan:
Soda bikarbonat
Air secukupnya
Caranya:
1. Bancuh soda bikarbonat dengan sedikit air.
2. Kemudian letakkan pada kawasan deodoran.
3. Biarkan seketika selama 30 minit.
4. Bilas baju hingga bersih.
4. Perah Limau Nipis
Bahan-bahan:
Limau nipis
Caranya:
1. Perahkan limau nipis pada kawasan deodoran.
2. Biarkan seketika selama beberapa minit.
3. Kemudian letakkan sabun pencuci di atasnya dan biarkan sekejap.
4. Basuh dan bilas bersih.
Sumber: Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Doa seorang isteri untuk suami memang mustajab agar diberikan keselamatan buat suami tersayang. Itulah yang dilakukan oleh penyanyi Sarah Raisuddin yang merupakan isteri kepada pelakon dan pelawak Shuib Sepahtu setelah mengetahui suami tercinta mengambil tindakan untuk melakukan cabaran dengan meletakkan 340,000 ekor di badan mereka di Taman Botanikal, Ayer Keroh, Melaka semalam. Melalui cabaran itu, melayakkan Shuib Sepahtu kejayaan dalam Malaysia Book Of Records (MBOR). Tahniah Shuib!
Dalam pada itu, melalui instagramnya Siti Sarah melahirkan rasa terkilan dan bimbang apabila mendapati suaminya tidak memaklumkan kepadanya terlebih dahulu. Hanya menyedari apabila melihat rakan artis memberi komen memberikan ucapan semangat di instagram. Namun, sebagai isteri, Siti Sarah akur dengan kemahuan suami tercinta dan mendoakan cabaran itu berjalan lancar.
Alhamdulillah selesai sudah …. terciptalah lagi satu sejarah Malaysia… saya sangat bersyukur…ini lah dia beeman saya tahniah @shuibsepahtu saya simpan memori tercemas ini dalam hati saya.. i love u sayang.
RISAU KESELAMATAN SHUIB
Semalam rakaman video ini yang dikongsi oleh Siti Sarah memaparkan cabaran apabila badan Suib dipenuhi lebah. Memang mendebarkan buat sesiapa sahaja yang bergelar isteri apabila melihat suami didepan mata dalam keadaan sedemikian.
“dah kene sengat dekat celah peha ???? ya Allah pemudahkan lah….”
Sementara itu menurut laporan Harian Metro, pelakon dan pelawak Shuib Sepahtu melahirkan rasa bersyukur setelah berjaya menamatkan cabaran dan sekali gus melakar kejayaan dalam Malaysia Book Of Records (MBOR).
“AKHIRNYA saya mampu menarik nafas lega kerana ia berakhir tanpa insiden,” kata pelakon dan pelawak Shuib Sepahtu selepas melakar nama bagi kategori Bilangan Lebah Terbanyak Pada Badan Manusia (Lelaki) dalam The Malaysia Book Of Records (MBOR), hari ini.
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad berkata, cabaran terbabit dilakukan bagi mendalami ilmu berkaitan serangga berkenaan memandangkan dia menceburi perniagaan madu.
“Untuk mendekati lebah, saya perlu duduk dekat dan berkomunikasi dengannya, walaupun nampak pelik.
“Sepanjang masa semasa lebah itu hurung badan, amat mencabar bagai dibawa ke alam lain,” kata Shuib.
Shuib berkata demikian ketika ditemui selepas dia bersama seorang lagi rakan artis yang juga pelakon popular Pablo Amirul, mencipta rekod MBOR berjaya dalam cabaran sama dengan meletakkan 340,000 ekor di badan mereka di Taman Botanikal, Ayer Keroh, hari ini.
Hadir sama, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith.
Suami kepada penyanyi Sarah Raisuddin berkata, walaupun disengat puluhan ekor lebah, namun dia tidak mudah mengalah dan terus bertahan bagi memastikan cabaran itu berjaya.
“Sepanjang waktu itu saya tidak henti bercakap dalam hati agar lebah berkenaan tidak bertindak menyengat.
“Tidak lama selepas lebah itu diletakkan ke badan, saya mula rasakan sengatan di bahagian kaki dan ianya amat sakit, namun saya tidak cepat melatah,” katanya.
Sementara itu, Siti Sarah berkata, pada mulanya dia langsung tidak mengetahui mengenai hasrat suaminya dan hanya menyedari selepas melihat rakan artis memberikan kata semangat.
“Saya mulanya pelik apabila kawan-kawannya memberi kata semangat dan tiada perbincangan antara kami pada awalnya.
“Walau apa pun, saya amat bersyukur cabaran ini berjalan lancar tanpa insiden buruk, sepanjang dia duduk di kerusi itu pelbagai perasaan yang timbul,” katanya.
Katanya, selain doa, dia dan ibu mentuanya melakukan solat hajat bagi mempermudahkan urusan suaminya itu.
Sumber: Instgram Siti Sarah Raissudin dan Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.