Terkenal sebagai Raja pop legenda, Datuk Jamal Abdillah, 63, berkongsi bahawa dia memberi peluang kepada peminat untuk memilih nama sesuai buat anak keempatnya bersama isteri, Datin Zai Izzati Khiruddin, 27, yang dijangka lahir pada 23 Mac ini.
Menurut pelantun lagu ‘Azura’ itu, dia juga meminta peminat dan pengikutnya di media sosial untuk sama-sama mencadangkan nama sesuai untuk anggota baharu dalam keluarganya itu.
“Kalau peminat atau pengikut di laman sosial saya ada nama sesuai dengan maksud yang baik dan indah untuk bayi perempuan kami ini, boleh tinggalkan komen di laman Instagram saya dan isteri.
“Kami masih mencari nama yang sesuai lagi dan isteri pula hanya serahkan pada saya untuk memilihnya,” katanya.
Sebagai bapa, Jamal berkata, dia dan isterinya juga tidak sabar menantikan kelahiran bayi perempuan itu sekali gus melengkapkan lagi kebahagiaan rumah tangganya.
“Alhamdulillah, isteri saya, Zai dan bayi perempuan dalam kandungannya juga dalam keadaan sihat serta tiada masalah.
Ads
“Usia kandungan isteri juga sudah mencecah tujuh bulan. Setakat ini, semuanya baik-baik sahaja,” katanya kepada Harian Metro.
Ditanya sama ada merancang untuk menambah anak lagi selepas ini, Jamal memberitahu, dia dan isteri memutuskan anak keempat itu adalah yang terakhir.
“Saya berasa sudah cukup kami memiliki empat anak iaitu dua pasang anak lelaki dan perempuan.
“Kalau nak tambah anak lagi, saya perlu fikirkan kos untuk kami besarkan dan menyara mereka hingga masuk ke universiti.
Ads
“Justeru, fokus kami sekarang untuk membesarkan anak-anak yang masih kecil ini dan memberikan pendidikan terbaik buat mereka,” katanya.
Meninjau di ruangan komen perkongsiannya, rata-rata peminat mula mencadangkan nama kepada cahaya mata yang bakal dilahirkan nanti. Antara nama yang dicadangkan adalah Rabiah mengikut kepada salah satu lagu yang dinyanyikan oleh beliau.
Ads
Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati pada 1 April 2017. Hasil perkongsian hidup dengan Zai, Jamal memiliki tiga anak iaitu Nur Azura Yamani, 3; El Isaac Yamani atau Zack,2; dan Iskandar Rayyan Yamani yang dilahirkan pada 22 Februari tahun lalu.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Jamal juga memiliki dua anak iaitu Osama Yamani, 20, dan Ahmad Zaki Yamani, 16.
Dalam tempoh membesarkan anak, ramai ibu bapa alpa tentang perasaan anak.
Emosi anak-anak dianggap remeh temeh oleh ibu bapa. Situasi ini jika dibiarkan menganggu perkembangan anak.
Begitulah yang didedahkan oleh Adlil Rajiah yang terkenal dengan perkongsian berkaitan keibubapaan.
_____________
Semalam, saya berborak dengan beberapa orang anak jiran yang datang “buat bising” kat rumah.
Saya tanya setiap sorang, apa yang diorang selalu harapkan daripada ibu bapa. Dan sokongan emosi macam mana yang diorang perlukan untuk rasa happy dan dihargai sebagai seorang anak. . Dan tanpa saya sangka, anak2 ni kalau bercakap soal emosi dan perasaan, boleh tahan jujur dan berdesup tembus ke jantung. Hahah.
Rupanya setiap anak yang wujud di muka bumi ni, mempunyai keperluan emosi yang tersendiri. Yang kalau kita ambil peduli, pasti connection kita dengan anak jadi sangat kuat, dan anak tu boleh jadi orang yang sangat berjaya dalam semua segi, insyaAllah.
Sebab EMOSI mempengaruhi 95% daripada seluruh aspek kehidupan manusia. Kan? . So penting untuk ibu bapa kenalpasti KEPERLUAN EMOSI anak2. Tapi macam mana? . Mesti la kena selalu berinteraksi dan berbual dengan anak. Berbual kat sini means BERBUAL ye. Bukan tanya dah makan belum, dah buat homework belum, dah solat belum. . Itu bukan berbual. Itu berbuih.
. Kalau ibu bapa asyik suruh suruh suruh, nasihat nasihat nasihat, maaf cakap la— kalau saya jadi anak pun saya akan lari dari rumah. . So kita kena ambik tahu juga KEPERLUAN EMOSI anak. Terutamanya bila mereka semakin membesar, behaviour makin pelik2. Sebab behaviour ni sebenarnya SANGAT bersangkut paut dengan keperluan emosi. . So approach yang sama saya gunakan untuk menyelami emosi anak2 jiran saya tadi. Untuk pengetahuan, range umur mereka adalah antara 6 hingga 13 tahun. Dan mereka datang dari latar belakang keluarga yang berbeza-beza.
Tapi setiap yang terluah dari mulut anak2 ni sangat membuka minda saya seluas-luasnya.
So mohon baca— DENGAN HATI.
1) “Bukan salah saya. Saya cuma nak dipuji.”
Ini luahan seorang anak perempuan jiran saya.
Pernah sekali dia senyap-senyap masuk bilik ibunya dan main set make up ibunya. Lepas dah siap conteng muka, dengan bangganya dia pergi tunjuk kat mak dia, dengan harapan mak dia akan puji “kepandaian” dia ber-make up.
Tapi sebaliknya berlaku. Bukan kena puji, tapi kena marah. Siap kena rotan lagi. Dan mak dia terus suruh pergi cuci muka.
So budak ni sangat sedih dengan reaksi ibunya.Sebab niat asal dia hanya mahukan perhatian dan pujian dari seorang ibu. Tapi yang dia dapat adalah kemarahan dan hukuman.
And according to her, dia sentiasa kagum everytime tengok mak dia make up sebelum pergi kerja. So hari tu, dia cuma nak buat mak dia pulak rasa kagum dengan dia, sepertimana dia kagum dengan mak dia setiap hari.
Itu je.
Tapi sebab mak dia tak faham keperluan emosi anak dia ketika tu, maka merasa lah rotan singgah di badan.
Imagine if you were in her shoes. Sedih kott.
2) “Saya nak sentiasa jadi nombor satu dalam hati ibu bapa.”
Ini luahan paling banyak saya terima dari anak2 yang saya tanya. Most of them kata, mereka benci bila dinombor-dua atau dinombor-tiga-kan oleh ibu bapa mereka sendiri.
Nombor satu siapa? Anak jiran, sepupu2 atau anak kawan sepejabat mak ayah.
Contoh paling tipikal, “Tengok anak kawan mama tu. Juara tilawah al-qur’an, johan pertandingan silat, dapat anugerah pelajar cemerlang. Seronok mama tengok dia. Tapi anak mama? Hmm..”
Anak sendiri dipandang rendah, anak orang lain dipandang tinggi. Macam..biasa dengar je skrip macam ni, kan?
3) “Saya anggap Papa macam superhero saya. Tapi..”
Ada sorang budak ni, jawapan dia paling membuka minda saya. Seorang anak lelaki yang sangat memandang tinggi kepada bapanya.
Reason dia, sebab dia kagum tengok bapak dia pergi kerja pakai baju uniform tentera.
Pada pandangan anak ni, bapak dia lah yang paling segak, paling kacak, paling berkuasa, dan jauh lebih power dari captain america katanya.
In fact, dia bercita-cita nak jadi seperti ayahnya satu hari nanti.
Tapi, as time goes by, dia semakin tak selesa bila dia mula faham banyak perkara negatif pada ayahnya.
Merokok, pukul mak dia, dan panas baran. So secara tak langsung emosi dia jadi tak stabil dan keliru.
Sayang, kan? Nampak tak, betapa setiap dari kita ni ibarat superhero di mata anak?
Dah elok2 anak admire kita, tapi kita cemarkan imej sendiri dengan perangai negatif. Sepatutnya kita sentiasa be that superhero. Be that idol di mata anak.
Sebab ada anak yang keperluan emosi mereka adalah emosi ibu bapa mereka.
Kepimpinan melalui teladan, kan? Nak anak yang baik, kita dulu kena jadi contoh yang baik.
4) “Izinkan saya explore dan beri saya peluang.”
Rintihan yang banyak saya dengar jugak— mak bapak jarang bagi peluang dan pendedahan.
Anak nak tolong potong sayur, tak bagi. Anak nak tolong kelim karipap, tak bagi. Anak nak tolong basuh kereta, tak bagi. Anak nak tolong lipat baju, tak bagi.
Alasannya tetap sama, nanti lambat siap, nanti tak jadi, nanti menyusahkan mak bapak nak kena re-do kerja.
Oh kamon. Siapa guru terbaik kalau bukan pengalaman?
Tepuk dada, hantuk kepala kat dinding.
5) “Dengar lah cerita saya.”
Ramai anak jiran yang saya tanya, akan cakap, parents jarang dengar cerita mereka. Pura-pura dengar selalu lah, tapi betul-betul LISTEN jarang sekali.
Sebab kita selalu anggap cerita budak2 ni remeh, buang masa dan tak lojik. Kan?
Saya nak share satu perkara.
Rumah saya kat Perak ni takde TV. Dan jiran2 selalu rasa pelik dan anggap rumah kitorang ni sunyi dan boring sebab takde TV. Tapi almost everyday, anak2 diorang datang berkumpul kat rumah saya.
Nak-nak kalau cuti sekolah. Memang dari pagi sampai ke maghrib tu diorang melekat kat rumah saya je. WALAUPUN TAKDE TV. Walaupun mak abah diorang kata rumah saya boring.
Nak bagitahu kat sini, anak2 ni sebenarnya hanya perlukan somebody to LISTEN to them. Cuma nak didengari dan diberi perhatian. Itu je.
Bagi saya, rumah yang ada TV 80 inci, 800 juta channel, adalah jauhhh lebih sunyi daripada rumah yang takde TV langsung, tapi mempunyai sepasang telinga yang sentiasa mendengar.
FIKIRKAN.
6) “Saya selalu berusaha untuk buat mak bangga. Tapi mak kata saya gagal.”
Ini especially bila musim exam. Most parents tengok result exam, berbanding effort anak untuk menghadapi exam tu.
Sebab kita selalu percaya, result represents effort. Which sebenarnya SALAH YANG TERAMAT SALAH.
Apa masalahnya kalau anak kita score hanya dalam subjek yang dia minat? Apa salahnya bangga dengan pencapaian anak walaupun tak seberapa?
Apa salahnya bagi dorongan instead of menghukum? Adakah sebab anak tak mampu capai target yang kita tentukan? TARGET YANG KITA TENTUKAN? Bukan ke target sepatutnya mengikut potensi anak?
Dapat 4A 1B pun kena bebel, kena paksa pergi tuisyen nambelas kali seminggu. Padahal baru darjah 1.
Hmm. Kalau mentaliti macam ni, memang anak akan jadi robot la nanti. Bukan jadi manusia.
7) “Saya nak sokongan, bukan hentaman.”
Sorang anak jiran saya bagitahu yang dia selalu dibuli kat sekolah. Dan setiap kali dia dibuli, dia akan melawan dan kadang2 dibalas balik.
Dah banyak kali dia cuba nak ceritakan kat cikgu, tapi respon yang diterima tetap sama– “PILIH KAWAN. Jangan jadi samseng kat sekolah.”
Bila dia mengadu kat mak ayah pun, kena marah. Dituduh pulak dia yang mulakan pergaduhan dan suka cari gaduh.
So sekarang ni, apa yang emosi dia tak dapat adalah sokongan dan perlindungan daripada orang yang lebih dewasa, especially mak ayah dia.
I almost cried listening to his story. Sebab bagi saya, dia sangat baik.
And he told me, kalau boleh dia nak jumpa saya setiap hari, sebab dia rasa selamat.
So nampak tak, emosi dia sebenarnya nak apa? Cuma nak perlindungan dan sokongan je. Itu pun susah mak ayah nak bagi.
Sekian 7 kisah luahan perasaan anak2 jiran yang selalu datang rumah saya.
Amacam? Bergetar eyebag baca keperluan emosi diorang, kan? Rasa macam boleh relate dengan perangai sendiri sebagai ibu bapa kan? Macam sentap-sentap pedih-pedih je rasa dia kan?
Bayangkanlah saya yang dengar sendiri dari mulut diorang. Sebak woih! Sebab macam baru tahu apa yang terpendam di lubuk hati anak2 selama ni.
Saya pun belum sempurna dan selalu jugak neglect emosi anak sendiri. Parenting author walaupunnn. Tapi banyak juga cacat celanya. *tetiba sedar diri*
So lepas ni kena lebih perihatin dengan keperluan emosi anak okay?
Sebab behaviour problems yang kita lihat pada anak selalunya berkait rapat dengan keperluan emosi mereka.
So cara paling mujarab untuk tangani adalah dengan mendalami emosi mereka.
Semoga bermanfaat, Sumber: Adlil Rajiah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Buah lemon mempunyai banyak khasiat. Tentu ramai amalkan minum air lemon setiap hari.
Lemon yang kaya dengan sebatian anti oksidan seperti karotenoid, flavon, flavonol, asid hidroksisinnamik, flavanon, asid sitrik dan asid askorbik berupaya untuk membantu melawan serangan radikal dalam sistem tubuh, seterusnya meningkatkan keupayaan hati dan buah pinggang anda dengan membolehkan badan untuk detoks.
Selain beli lemon di pasaran, apa kata kita cuba sendiri di halaman rumah. Boleh tanam dalam pasu saja. Malah kaedah nak tanam pun senang. Hanya menggunakan biji benih lemon aje.
Ikuti cara wanita ini.
Hari ini saya share cara-cara untuk menanam pokok lemon melalui biji benih.Ini adalah cabaran bg saya sbnrnya dan brharap ianya akan membesar sbg juara.
Ikut step by step.
Potong 2 lemon. Korek bijinya dan letak dlm sebuah bekas
Biji lemon ni perlu direndam dlm air separas biji lemon ni sahaja. Sebelum tu guna pisau lipat utk buat potongan kulit.Sekali hiris sahaja nk bg kulitnya terkopak sedikit.
Nampak tak.. Biji lemon selepas 24 jam direndam dlm air. Inilah hasilnya. Pastikan kulit luar tu dihiris nipis ye.Ya Allah, besarnya tapak tangan saya
Bentuk biji benih lemon dari dekat stlh disunatkan dan direndam semalaman. potong sikit je memanjang kebawah.. Jgn dalam sangat.
Ni mangkuk polisterin. Tebuk bawahnya guna pisau.
Ginila bentuknya selepas ditebuk.
Masukkn biji lemon yg dah disunatkn tadi ke dlm bekas polisterin yg brcampur tanah.. Media yg saya gunakan, tanah hitam +cocopeat +sekam mentah +kompos. Gaul rata.Tutup semaian dgn baki tanah. Siram dan letak di bawah matahari 70% shj.
Setiap anak tak sama perangai dan karenahnya. Ada yang jenis senyap, mendengar kata. Ada pula yang kuat membantah tapi penyayang orangnya. Namun, walau bagaimana sekalipun, anak-anak adalah anugerah terindah dari Yang Maha Esa buat ibu bapa.
Kalau anak sulung lebih kepada bertanggungjawab dan membantu menjaga adik-adik, berbeza dengan anak kedua. Ada pandangan mengatakan karakter anak kedua ini penuh misteri.
Disebabkan anak kedua berada di tengah-tengah anak sulung dan bongsu secara tidak langsung ia harus beralah kepada abang atau dan adiknya. Maka tidak hairanlah anak sering bersikap terbuka, berlapang dada dan mengalah dalam segala hal. Tapi, tak dilupakan juga bahawa anak kedua yang paling banyak buat mak ayah mengucap!
Wanita ini berkongsikan pandangan mengenai karekter anak kedua. Begitu pun, baginya tiada anak-anak yang nakal. Tinggal lagi mungkin ibu bapa yang kurang kesabaran dalam berhadapan dengan karenah anak-anak.
Mak pernah cakap:
“Nak didik anak no 2 ni jiwa harus kental dan kuat…sebab anak no 2 ni lain sifatnya..
Anak no 2,
Mendidiknya memang perlu mujahadah tinggi…
Istighfarnya banyak…
Akalnya panjang…
Tapi kalau dipujuk dia paling ke depan dalam membantu…
Pergilah mana mana pelusuk sekalipun, anak nombor 2 memang sentiasa disebut…
Itulah istimewanya anak no 2…
Boleh jadi ujian, boleh jadi tauladan…
Sesungguhnya tiada anak yang nakal, yang ada cuma ibu bapa yang kadang2 tiada kesabaran…