Jika anda ingin membakar kek chiffon agar nampak cantik dan bahagian atas kek tidak terlihat hangus, ada trik yang boleh anda lakukan ketika membakar kek.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Khatijah Mamat.
Ternyata kek yang dibakar nampak begitu cantik dan gebu sekali. Selain berkongsi tip, di sini turut disertakan resipi untuk dicuba.
Ini perkongsiannya.
KEK CHIFFON
Resepi
1. Telur 6 biji (asingkan putih dan kuning)
Ads
Bahagian A
1. 6 biji Telur kuning (pukul)
2. Masukkan minyak jagung ( 60 ml)
3. Masukkan santan yg dicampur perisa pandan (60 ml)
4. Masukkan tepung naik sendiri (1 cawan)
* pukul sebati bahan atas
Bahagian B
1. 6 biji telur putih (putar sampai berbuih)
2. Masukkan cream tartar (1 sudu kecil)
3. Masukkan gula 2/3 cawan, sedikit2 dalam 3 kali
* putar sehingga berkilat dan bila terbalik tak jatuh
Satukan bahan A dan bahan B sehingga sebati…kacau manja-manja je…tuang dalam loyang
* loyang tak perlu sapu planta.
Ads
*Bakar suhu 170, 40 minit…bergantung oven masing-masing
* Dah bakar kek, agak-agak nampak kek macam dah coklat, letak kertas kat atas, supaya bahagian atas tak hangus
Ads
*Dah masak angkat terbalikkan loyang kek sehingga sejuk, baru boleh keluarkan kek
* Cara keluarkan kek dari loyang, guna tangan sahaja…tarik slow-slow dan sangat lemah lembut..sehingga kek lekang dari loyang..
Sumber : Khatijah Mamat via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bergelar ibu bapa memang momen yang cukup indah dan dinantikan bagi setiap pasangan suami isteri. Lahirnya si kecil menyemarakkan kasih sayang dan menambahkan kemanisan dalam rumah tangga.
Begitu pun, dek kesibukan urusan kerja ada kalanya membataskan kita untuk meluangkan masa dengan anak-anak. Sementelah mereka sendiri sibuk dengan pelbagai aktiviti sekolah. Namun, jangan sampai anda tidak sempat mengisi momen indah melihat anak-anak membesar.
Jangan sampai tiada langsung kenangan bersama untuk diingati kelak. Anak-anak ini adakalanya bila sudah besar, enggan lagi bersama ibu bapa. Alasan sibuk dengan aktiviti sendiri.
Perkongsian dari cikgu Mohd Fadli Salleh cukup bermanfaat buat pedoman kita semua. Sebagai ibu bapa, biar sesibuk mana sekalipun anak-anak dan keluarga patut menjadi keutamaan.
Anak hanya rapat dengan kita hingga umur 12 tahun~
Suatu ketika, aku mengeteh bersama kawan-kawan hingga lewat malam.
Diantara satu sisipan kopi panas, sahabat ini mula membuka topik baru.
“Anak-anak kita ni, waktu kecil sahaja rapat dengan kita. Hingga darjah 6 sahaja. Selepas itu dia mula masuk ke sekolah asrama.
Makin jauh, dan makin renggang hubungan. Jumpa pun sebulan sekali. Itu pun kalau kita tidak sibuk.”
Kami bertiga mengangguk kepala. Seorang demi seorang mencelah memberi idea dan pandangan. Kesimpulannya, kami semua setuju dengan apa yang dia kata.
Benarlah. Walau anak itu tidak ke asrama sekali pun, dia dah meningkat remaja. Bila menginjak remaja, dia mula ada rahsia. Mula ada rasa ingin berteman. Mula rasa ingin ruang untuk diri mereka.
Biasalah, remaja. Kita pun pernah remaja kan?
Mereka mula pandai berdikari. Tidak lagi boleh didukung kita. Tidak lagi mahu main kuda-kuda. Tidak lagi berebut nak panjat atas belakang. Nak makan bersuap jauh sekali lah.
Sahabat ini, dulunya dia punya perniagaan yang berjaya. Sehingga satu saat, dia jatuh terduduk ditipu kawan sendiri. 6 bulan tanpa kerja, berfikir dan merancang untuk strategi bisnes seterusnya.
Bila tanpa kerja, sehariannya hanya di rumah. Menghantar anak ke situ sini, membantu anak membuat kerja sekolah, melayan apa jua permintaan mereka.
Penat. Tapi dia puas. Letih, tapi hubungan dia dan anak lebih berkualiti dan rapat.
“Agaknya Allah sengaja uji aku agar aku sedar dan beri peluang untuk aku lebih rapat dengan anak-anak,” ujarnya sambil menguntum senyum.
Kini dia mula melebarkan empayarnya sedikit demi sedikit. Makin kukuh dan berjaya empayar baru ini. Lebih gah dan besar berbanding bisnes dulu.
Tapi kali ini, dia sudah pandai bahagi masa untuk bersama keluarga dan anak-anak. Allah dah ‘tegur’ dia dulu, kali ni dia ingat.
Kalau kita ada anak kecil, luangkanlah masa bersama mereka walau sesibuk mana pun. Biar ada memori untuk mereka dan kita kenang dimasa akan datang.
Sekejap sahaja anak ini membesar. Jangan kita tersedar bila mereka telah pun pandai berdikari. Saat mereka telah pun meningkat remaja.
Masa itu kita akan rindukan anak kecil kita yang minta kita buatkan susu. Yang minta sapukan jem pada rotinya.
Jangan terlampau sibuk dengan dunia sehingga terlupa; harga anak itu jauh lebih bernilai dari dunia dan segala isinya.
Jangan sehingga anak itu membesar, hanya kenangannya dengan bibik yang kekal diingatan. Jangan!
Dalam banyak-banyak resepi karipap yang saya dah pernah buat, yang ni yg paling sedap. Ambik resepi dari sini jugak. Cuma resepi inti je saya olah ikut cara saya.
Terima kasih empunya resepi (maaf lupa nama)
BAHAN BANCUHAN TEPUNG (kulit karipap)
1/2 kilo tepung gandum 1/2 cawan minyak masak 2 Sb tepung jagung 2 Sb tepung beras 1 cawan air sejuk dari peti ais 1 sk garam
BAHAN INTI
4 biji kentang (potong dadu kecil) Sedikit ayam/daging ( cincang ) 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 2 Sb rempah kari daging 1 Sk jintan manis 1Sk serbuk ketumbar Sedikit daun kari Garam dan gula secukup rasa.
Cara memasak kulit karipap:
1. Panaskan minyak sehingga betul2 panas dan masukkan ke dalam tepung. 2. Kacau dgn senduk dan kemudian dgn jari sampai berderai. 3. Masukkan air. Uli sehingga sebati. 4. Bahagikan bancuhan bulat2 sesuai utk size 1 biji karipap. Rehatkan sekejap doh tersebut. 5. Nipiskan doh (jgn terlalu nipis). Masukkan inti, kemudian kelim atau guna acuan karipap 6. Goreng dengan api perlahan.
*saya pernah buat bancuhan tepung tanpa panaskan minyak. Alhamdulillah menjadi jugak cuma kurang rangup.
(Cara Membuat Inti)
1. Tumiskan bawang besar & putih sehingga naik bau. 2. Masukkan rempah dan daun kari. Masak rempah seketika kemudian baru masukkan ayam/daging, dan diikuti dgn kentang. Perasakan dgn garam dan gula sedikit. Boleh perasakan dgn kiub pati ayam. 3. Masak sehingga ayam/daging masak dan kentang lembut. (Inti jgn terlalu berminyak dan berair, biar betul2 kering).
Ibu-ibu yang membuat sendiri cili kisar pasti akan mengalami situasi di mana cili tersebut dinaiki kulat putih apabila disimpan lama. Rugi kan kalau cili tersebut dibuang.
Macam-macam petua dicuba tapi tak berjaya kan, sudahnya kulat putih muncul juga.
Jadi, admin nak kongsikan tip mudah dan berkesan dari Puan Huda Zainal ini. Selamat mencuba!
Semenjak kahwin memang tak pernah beli cili boh atau cili giling ready made. Ni sebab terinspirasi dengan ibu mertua. Cuma masalah utama kalau dah buat stok banyak-banyak cili blend ni akan naik kulat putih bahagian atas. Bukan tak pernah cuba macam-macam petua. Blend dengan minyaklah, masuk bawang putihlah, letak asam kepinglah. Namun lebih daripada 3 minggu kulat putih tu tetap akan muncul. Semenjak guna method Youtuber Melisa Maker ni. Alhamdulillah, lebih daripada sebulan pun lansung tak naik kulat. Teknik ni Melisa Maker guna untuk simpan cheese dan yogurt. Sebab cheese dan yogurt pun akan muncul kulat bahagian atas. Jadi terfikir untuk buat simpanan terbalik ni untuk cili blend. Sekarang dah nak hampir setahun guna teknik simpan terbalik ni. Bila terbalik, udara akan berada diatas. Ruang vakum akan terbentuk. Itulah punca kulat tak muncul.
Cuma masalah nak simpan terbalik ni, memang kena cari balang yang betul-betul kedap supaya tak terkeluar atau meleleh air cili tu. Mula-mula dulu sebelum betul-betul nak pastikan penutup balang jenis kedap. Akan terbalikkan dalam bekas lain dulu. Kalau ada air meleleh keluar maknanya, penutup tu tak cukup kedap. (Gambar kanan). Sekurang-kurangnya dia meleleh atau terkeluar pun dalam bekas. Tak lah jenuh kita nak mengelap satu peti ais kan? Ni saya guna balang kaca paste tomyam Thai aje. Alhamdulillah elok kedap tak meleleh air cili blend tu. Dah lebih setahun saya buat teknik ni. Maaf sangat sebab baru share. Nak bagi betul-betul yakin teknik ni memang berkesan. Baru boleh kongsi dengan orang lain. Huda Zainal Ini cara saya. #share untuk manfaat.
Tabung Haji menjadi kunci impian 10 beradik dari Perak menunaikan haji bersama keluarga selepas ibu bapa mereka konsisten menyimpan sejak kecil bermula RM10 sebulan.