Berkunjung ke rumah sanak saudara atau teman-taman mahu pun jiran tetangga ada banyak adap yang perlu dijaga.
Jangan pandai komen itu dan ini, bila ada yang tidak kena di pandangan mata sedangkan kita tidak tahu apa-apa.
Menurut Farizal Radzali di dalam sharing nya ada berpesan, kalau pergi ke rumah orang, mata tu tapis sikit, mulut tu jaga sikit.
Bila nampak rumah orang berselerak, jangan cebikkan bibir, mana kita tau dia dah kemas banyak kali tapi anaknya masih selerakkan.
Bila nampak rumah orang tak berkilat meghelip macam rumah kita, jangan jeling semacam, mana kita tau dia tak sempat sebab anaknya ramai dan suaminya tak membantu kerja rumahnya.
Bila nampak anak orang tak terurus kat rumah sendiri, jangan suka-suka nak perli, mana kita tau maknya tak sihat dah berapa hari.
Bila nampak isteri bercakap nada tinggi kat suaminya, jangan terus menghukum isteri itu jahat suami itu dayus, mana kita tau itu cara mereka sejak berkahwin berbelas tahun yang lalu.
Ads
Bila nampak suami buat kerja rumah, jangan kata suami takut isteri, mana kita tau itu memang rutin dalam rumahtangga mereka.
Bila nampak semua yang buruk di rumah orang, jangan terus bandingkan dengan rumah kita….
Mana kita tau, orang yang rumahnya tak sekemas rumah kita, tapi dia rajin memasak berbanding kita.
Ads
Mana kita tau, suami dia tak serajin suami kita membantu kita, mungkin anak dia lebih ramai dari anak kita. Anak kita 1 anak dia 5, lepas tu nak bandingkan rumah kita lebih kemas.
Jangan cepat kata orang pemalas kita rajin, mana kita tau rumah dia buruk tapi hati dia cantik.
Rasulullah saw, bila dia memberi salam mahupun memanggil orang di rumah orang lain, baginda akan berdiri di tepi dinding, bukan di tengah pintu yang akan dibuka oleh tuan rumah. Dengan cara itu, baginda takkan terus nampak keadaan dalam rumah orang tu setelah pintu dibuka.
Lagi, andai terlihat orang lain yang dirundung masalah, jangan terus ajar dia untuk ikut cakap kita. “Dah tau laki tu jahat, kawin buat apa?” “Kalau aku la, aku terus minta fasakh” “Kalau aku, aku tak buat macam kau”… Kalau aku…. Kalau aku…. Itu kalau kita. Cara hidup kita, keluarga kita, cara membesar kita, hati kita, segalanya, konfem ke sama dengan dia? Kita tak duduk kat tempat dia. Jadi jangan kata ‘kalau aku’ sebab sekarang ni bukan pasal kita tapi pasal dia.
Ads
Setiap kehidupan ada cerita yang berlainan. Jangan sesekali bandingkan kehidupan orang dengan kita. Mungkin dia kurang di satu bahagian tapi dia lebih dia satu bahagian lain. Begitu juga kita. Takde yang sempurna. Selagi mereka bahagia, biarkan. Tak perlu canang ke seluruh kampung pasal keluarga orang lain. Kita nampak sama tapi sebenarnya tak serupa.
MANA KITA TAU.
Kalau rumah yang kita selalu pergi, memang tak pernahnya kemas dan bersih, tegurlah cara baik. Kalau menegur pun tak tau nak cara baik, biarkan je la. Bukan rumah kita yang dia selerakkan…. Kan kan kan…. So, jangan stress dengan seleraknya rumah orang. Sebab kita tak tau mungkin ada orang lain pun sedang memperkatakan tentang kita.. MANA KITA TAU. Manusia tak maksum.
Kasih seorang ibu memang tiada tolok bandingannya. Sanggup melakukan apa sahaja untuk anak tersayang walau diri sendiri kadangkala kepenatan.
Apa yang penting bagi seorang ibu adalah keselesaan anak tersayang walau di mana berada.
Figura yang cukup dikenali ramai, pelakon dan usahawan Nur Fazura yang berkongsi foto dan video terbaharu di Instagram mencuri perhatian ramai.
Fazura telah berkongsi video ketibaannya di lapangan terbang dan hotel penginapan sepanjang percutian bersama keluarga di Langkawi sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-39.
Apa yang mencuri perhatian pengikut-pengikut Instagram usahawan jelita ini apabila melihat gelagatnya yang tidak berhenti mendukung anak tersayang Nur Fatima Aisya sepanjang berada di lapangan terbang, ke hotel penginapan mereka dan ketika berada di restoran.
Betullah orang kata bila dah bergelar ibu, tak kira orang biasa atau selebriti terkenal pasti sentiasa mengutamakan keselesaan anak di mana pun berada.
Menerusi dua foto yang dimuat naik sebelum itu, Fatima dipangku Fazura ketika berada di dalam sebuah kereta dan kelihatan wajah Fatima yang mengantuk.
Sebagai ibu, pelakon yang mesra disapa Faz ini tidak kisah untuk mendukung anaknya yang mengantuk sepanjang masa apabila tiba di destinasi mereka.
Selain meninggalkan komen ucapan ulang tahun untuk selebriti jelita ini, ramai juga pengikut yang menyatakan kekaguman melihat kegigihan Fazura terus mendukung anaknya.
Sikap peramah Fazura yang sentiasa tidak berkira melayan permintaan peminat untuk bergambar walaupun diri sendiri letih mendukung anak mendapat pujian pengikutnya di Instagram.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri menjadi antara individu bertuah melihat sendiri detik pembukaan pintu Kaabah ketika menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah baru-baru ini.
Ibu kepada dua orang anak itu berkongsi beberapa video di akaun Instagram miliknya yang memaparkan saat-saat pintu Kaabah dibuka di hadapan ribuan jemaah umrah selepas waktu subuh sambil menadah tangan membaca doa.
Malah, ada juga jemaah yang berada di situ berpusu-pusu menuju ke arah kaabah sambil menggunakan telefon bimbit untuk merakam sekali gus dijadikan sebagai kenangan selain dikawal oleh sekumpulan anggota pihak berkuasa.
Menurut Shuhada lagi, dia juga rasa bertuah kerana diberi peluang untuk memegang kain lap dinding Kaabah diberikan oleh seorang diplomat yang dapat masuk ke dalam ruang suci itu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kesyukuran dan tumpang gembira kerana bukan semua individu dapat melihat peristiwa berkenaan berlaku.
Difahamkan, pintu Kaabah hanya akan dibuka oleh dua orang penjaga Kaabah sebanyak dua kali setahun, iaitu pada awal bulan Sya’ban dan awal Dzul Hijjah untuk tujuan pencucian dan tidak boleh dibuka sewenang-wenangnya untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Untuk rekod, Nurul Shuhada pernah mendirikan rumah tangga bersama Hafidz pada 30 April 2016 dan dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata sebelum sah bercerai talak satu pada 27 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.
Sumber: Instagram Nurul Shuhada
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam setiap rumahtangga pasti ada pasang surutnya. Setiap isteri mahu melihat suaminya bahagia bersamanya selalu. Terdapat 10 tanda suami anda bahagia bersama anda.
1. Sentiasa berhubung
Apabila suami pergi kerja mahupun ada urusan pekerjaan, dia akan menghubungi isterinya setiap hari dan memberitahu betapa rindunya dia pada anda. Dia juga selalu membuat laporan seperti menghantar Whatsapp kepada isterinya. Contohnya, dia memberi tahu bahawa dia sudah sampai ke tempat kerja.
2. Selalu sebut “I LOVE YOU”
Dia akan memberi tahu yang dia cintakan anda dan akan mengulanginya setiap hari bahawa dia amat sayang kepada anda.
3. Ringan Tulang
Dia juga suka membantu dan menguruskan hal dalam rumah kerana dia mahu meringankan beban anda. Dia akan mengemas dengan sukarela dan menguruskan hal rumah supaya anda berasa selesa. Selain itu, dia juga akan turut mendidik anak-anak untuk membuat perkara yang sama. Kerana dia sedar bahawa mendidik anak bukan hanya terletak pada isteri semata-mata.
4. Selalu Puji Isteri
Dia suka memberi pujian pada anda, dia suka memberi perhatian kepada anda dan segala benda yang anda lakukan dia akan memberi pujian. Dia juga tidak akan jemu melihat anda tidak kira apa jua perubahan yang berlaku kepada anda. Dia tidak akan menghamburkan kata-kata yang boleh mengguris hati anda.
5. Menjadi Penenang
Dia akan selalu ada bersama anda dan memeluk erat saat anda menangis dan mempunyai masalah. Apabila anda berasa kecewa, sakit hati dan sedih, dia akan ada untuk menenangkan anda. Dan dia juga akan berusaha memahami apa yang anda lalu.
6. Perkongsian Dari Hati Ke Hati
Ini adalah tanda suami bahagia yang sangat jelas. Dia akan berkongsi segalanya dengan anda. Cerita sedih mahupun cerita gembira. Apabila dia terbuka untuk berkongsi masalahnya mahupun mengenai perancangannya, dia mengharapkan anda mendengar dan memberi sokongan. Kerana dia tahu anda satu-satunya orang yang memahaminya .
7. Selalu Peluk Dan Cium
Apabila dia pulang bekerja, dia akan menghadiahkan anda pelukan dan ciuman kasih sayang. Dengan itu anda boleh tafsirkan perbuatannya itu bahawa dia sangat gembira apabila pulang ke rumah dan bertemu dengan anda.
8. Tidak Malu Panggil “Sayang” Di Depan Orang Ramai
Tanda suami anda bersikap natural pada bila-bila masa. Suami yang panggil nama manja isteri tanpa rasa malu, itulah lelaki sebenar.
9. Tidak Malu Pegang Tangan Isteri Depan Orang
Kadang-kala kita nampak ada pasangan yang sudah tua tetapi masih berpegang tangan. Ramai yang inginkan saat seperti itu kerana saat itu adalah yang paling manis.
10. Selalu Ajak Solat Berjemaah
Bila suami tidak ke masjid atau surau, dia akan mengajak isteri solat berjemaah bersamanya. Oleh kerana dia sayangkan isterinya dia mahukan isterinya mendapat pahala bersama-sama. Dan jika mempunyai anak, dia akan ajak anak-anaknya solat berjemaah bagi mengeratkan lagi silaturrahim bersama keluarga.
Akhir sekali, kepada para lelaki ataupun suami hargailah isteri anda dan berilah kebahagiaan dan kasih sayang yang cukup untuk mereka. Dan untuk isteri pula, terimalah baik dan buruk suami anda. Dan hormatilah mereka sebagai suami. Barulah rumahtangga bahagia.