Perasan tak bila kita hendak sediakan makan malam mesti sekali sekala kita rasa buntu.
Hendak cari ide memasak pun makan masa dan ditambah pula dengan pelbagai proses penyediaan bahan harus dilakukan sebelum kita dapat memulakan proses memasak.
Hal ini menjadikan waktu yang diperlukan untuk menyajikan hidangan makan malam memakan masa yang panjang dan cukup melecehkan.
Masalah ini khususnya dihadapi oleh buat ibu yang bekerja, balik daripada pejabat pun sudah lewat petang. Mana mungkin sempat untuk menyediakan hidangan makan malam. Sudahnya, ramai antara ibu-ibu terus ambil keputusan mudah dengan membeli sahaja di kedai.
Walhal, kita sendiri tahu dengan membeli makanan di luar kita tidak dapat pastikan kebersihan dan khasiat makanan yang dibeli.
Oleh itu, ketahui tip dan trik mudah ini boleh membantu anda agar dapat memasak dengan pantas dan terancang.
1.Rancang menu makan malam untuk seminggu. Bukan sehari.
Pada hujung minggu boleh merancang dengan lebih awal menu-menu yang akan disediakan pada minggu berikutnya. Sebagai contoh, Isnin-Ayam Masak Lemak Cilipadi, Selasa- Asam Pedas Ikan Kembung, Rabu-Sambal Udang dan sebagainya.
2.Beli barang basah mengikut keperluan menu yang dirancang
Ads
Ketika membeli barang basah dipasar, buat anggaran jumlah yang diperlukan untuk seminggu. Contohnya: Ayam satu kilo, Ikan kembung 1 kilo, Udang setengah kilo.
3.Bersihkan bahan basah ini dan asingkan jumlah yang diperlukan.
Bersihkan ayam,udang, siang ikan, potong sayur,potong bawang, cili kering dan sebagainya mengikut keperluan untuk sekali masak pada hari tersebut. Contohnya,Asingkan 4 ekor ikan selar dalam plastik,kemudian potongkan lengkuas, bawang putih, merah, bendi, kunyit hidup dan letak dalam plastik container lain.
4.Labelkan menu mengikut hari pada bekas yang ingin disimpan.
Kemudian, bahan yang sudah siap dipotong/siang, simpan elok-elok dalam bekas dan LABEL mengikut hari dan menu.Contohnya labelkan “KHAMIS-IKAN SINGGANG”.
Ads
5.Mudahkan proses defrost sebelum pergi Kerja.
Simpan didalam peti sejuk biasa yang memiliki 2 bahagian, 1 untuk sejuk beku dan satu lagi untuk biasa.Sebelum pergi kerja pindahkan bekas barang basah dari bahagian sejuk beku ke bahagian biasa untuk memudahkan proses defrost nanti. Jadi bila hendak dimasak malam nanti,tidak memerlukan masa yang lama. Mudah bukan.
TIP EKSTRA:
1.Sediakan cili dan bawang kisar anggaran untuk seminggu, masukkan ke dalam bekas-bekas kecil.Ia bagi memudahkan dan mempercepatkan lagi penyediaan memasak.
Ads
2.Namun, pastikan sudu benar-benar bersih dan tidak mencampurkan bahan-bahan lain ketika mencedok cili atau bawang. Ia bagi memastikan bahan kisar ini tahan lebih lama dan tidak mudah rosak.
3.Ikan atau ayam untuk digoreng boleh juga diperap awal, simpan dalam beg plastik atau bekas,masa hendak digoreng, defrost sekejap selepas keluarkan dari freezer, rasanya lebih sedap sebab meresap ke isi.
4.Guna atau beli bekas plastik yang boleh digunakan di dalam ketuhar gelombang mikro. Ia juga mempercepatkan lagi kerja-kerja memasak ini.
5.Buat untuk setiap hari satu resepi, selama 1 minggu atau hari bekerja.Selain dapat jimatkan masa, peti ais pun nampak kemas. Bila pulang dari bekerja , cuma sediakan bahan-bahan kering masukkan dalam periuk atau kuali. 5 minit sudah siap untuk dimakan panas-panas.
Selamat Mencuba, semoga tip ini bermanfaat buat anda, Ibu superbusy!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pernah cuba buat sendiri sos cili homemade? Rupanya mudah je dan bahan yang digunakan pun tak banyak. Yang penting kena tahu sukatan yang betul. Malah, anda juga boleh menjana pendapatan melalui jualan sos cili ini.
Jom admin panduan yang dikongsikan oleh Chef Azry Ahmad ini sebagai rujukan. Selamat mencuba!
Ada beberapa produk makanan komersial yang boleh dihasilkan diperingkat awal hanya dengan peralatan asas di dapur.. Yelah kurang-kurang senduk dengan kuali mesti ada khennn?? Takkan nak tunggu geran…
Disertakan formula kadar sukatan dalam penghasilan sos cili…
Cara membuat:
1. 50% air dari sukatan digunakan untuk kisar cili baki 50% dicampur dengan semua bahan lain.
2. Campur cili kisar dengan semua bahan dalam kuali… Kacau sebati kemudian buka api… Biar hingga mendididih..
3.Sedia untuk dibotolkan.
Selamat mencuba…
Kalau dah jadi tokey sos besok jangan lupa amik saya jadi menantu..
“Kamulah yang paling layak menjaga anak papa dan mewarisi rangkaian bisnes papa”…
-Papa Semenggah Holdings
*Label jenama dibawah adalah sekadar contoh.. Jangan tanya jual dekat mana… 😁
Jom tambat hati dan perut suami serta anak-anak dengan resipi Sotong masak ala thai ni.
RESEPI SOTONG PHAT PHET(THAI)
Masakan 2 Dalam 1 ( Lauk Dan Sayur ) Apa yang penting dalam masakan ini adalah AROMA, KEPEDASAN & KESEDAPAN yang membuatkan rasa mahu memakan lagi pada setiap suapan .
Bahan-bahan
500gram sotong (dicuci bersih)
4 batang kacang panjang (dipotong serong)
5 batang cili padi merah (dipotong)
1 labu bawang merah (dipotong)
1 batang serai (dihiris)
4 helai daun limau purut
½ sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil belacan@fine shrimps sauce
2 sudu besar sos ikan
½ sudu kecil serbuk perasa
Garam (jika perlu)
Serbuk kunyit (hujung sudu kecil)
BAHAN KISAR
4 batang cili merah
4 batang cili hijau
1 labu bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit air
CARA MEMASAK
1) Panaskan minyak , tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga kering dan sedikit pecah minyak .
2) Apabila sudah kering , masukkan sotong yang telah dicuci bersih.
3) Masak sehingga sotong masak dan biarkan sedikit kering .
4) Kemudian , masukkan lada hitam , serbuk kunyit , belacan , serbuk perasa dan sos ikan . Gaul rata .
5) Akhir sekali , masukkan cili padi , serai , daun limau purut , bawang dan kacang panjang .
Masakan seketika dan tutup api .
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tentu ramai yang gemar memasak agar-agar. Makan waktu sejuk-sejuk memang sedap! Namun bagi yang belum ada pengalaman membuat hidangan ini tentu ada tak jadi! Sama ada lembik atau keras.
Nampak senang nak buat tetapi jika salah sukatan memang buat terus jadi ‘dowm’ , Jadi tak mustahil ada je sanggup membeli aje di kedai kerana bila buat tak menjadi.
Namun bagi yang ingin mencuba memasak hidangan ini, apa kata cuba tip ini. Ada sukatannya yang kena tahu. Barulah jadi elok dan ‘terletak’ je puding tu.
Jom lihat sukatan ini.
Kiraan asas jumlah AIR vs berat AGAR-AGAR:
10gm agar-agar = 1 liter air
Jika anda guna AGAR-AGAR SERBUK:
13gm serbuk agar-agar = 1.3 liter air
AGAR-AGAR BERTALI:
25gm agar-agar = 2.5 liter air
30gm agar-agar = 3 liter air
Mudah kan! Apa lagi jom cuba buat ikut sukatan ini yang dikongsikan oleh puan Diana Ana.
Gigi berlubang sering dipandang ringan oleh ramai orang. Walaupun kelihatan seperti masalah kecil, hakikatnya, ia boleh membawa risiko kesihatan yang serius jika tidak dirawat...