Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja berita yang agak mengejutkan diterima berikutan pemecatan Prof. Dr. Md Nasir Ibrahim selaku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).
Bahkan bapa kepada pelakon Anzalna Nasir juga akui terkejut selepas menerima surat penamatan perkhidmatan tersebut dan turut merasakan dirinya dizalimi.
Sebagai anak, Anzalna tepat menyifatkan bapanya sebagai seorang yang begitu komited untuk memartabatkan industri filem tempatan.
Menurut Anzalna di akaun Instagramnya lagi, selain keluarga, masih ramai orang di uar sana yang menghargai segala usaha bapanya sepanjang memegang tampuk kepimpinan FINAS.
Ads
“Bangga sebagai anak. Abah amat prihatin soal pembangunan industri filem tempatan. Kerja tidak pernah mengira waktu.
“Ramai yang memuji abah tapi mungkin rezeki tidak menyebelahi abah ketika ini.
Pada masa yang sama Anzalna juga turut reda dengan ujian yang menimpa ayahnya, meskipun begitu tetap positif dan yakin pasti ada hikmah yang tersendiri daripadaNya.
Ads
“Tetapi setiap kepayahan atau kesusahan, Allah akan balas dengan kemanisan jua akhirnya, apatah lagi bila abah ikhlas dalam kerjaya. Im always here for you dad.. I LOVE YOU, YOU ARE THE BEST!
Pelakon Fasha Sandha dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan ketika menjalani penggambaran sebuah drama, semalam.
Menerusi perkongsian di Instagram, Fasha memuat naik sebuah video yang memaparkan babak yang dilakonkan sebelum mengalami kemalangan.
Lebih mengejutkan, kecederaan yang dialami Fasha yang kini dirawat di hospital pakar Johor Bahru boleh dikatakan serius kerana melibatkan bahagian kepala dan mata.
“Dari semalam telefon kakak tidak berhenti berdering. Disini saya ingin membuat sedikit update tentang kakak. Maaf kakak sedang rehat secukupnya.
“Kakak mengalami kecederaan akibat terjatuh ketika berlakon di set penggambaran Anak Tuan TV3 pada 1 mac (pagi semalam).
“Mata dan kepalanya terhentak di bucu katil yang tajam. Tulang mata kiri patah dan bebola matanya kirinya berdarah dan bengkak dan sedang dirawat di Hospital pakar di Johor Bahru. Insya-Allah akan berpindah ke pakar di Kuala Lumpur petang ni atau esok pagi,” kongsi Fasha di Instagram.
Dalam pada itu, Fasha memaklumkan pihak produksi telah memohon maaf kepadanya dan keluarga atas kejadian yang berlaku.
“Memohon jasa baik peminat dan keluarga untuk mendoakan kesihatan kakak.
“Seperti yang ramai tahu kakak seorang yang kuat semangat dan komited dalam kerjayanya. Saya yakin kakak kuat.
“Pihak produksi telah memohon maaf pada kakak dan keluarga nya. Kata kakak, Tidak ada sesiapa yang harus dipersalahkan kerana kemalangan in terjadi di luar jangkaan kita,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, kelihatan suami kepada Fasha, Aidil Aziz turut meminta orang ramai mendoakan kesembuhan isterinya itu. Malah, rata-rata rakan selebriti dan pengikutnya tampil beri semangat dan mendoakan kesembuhan pelakon itu.
Sumber : Instagram Fasha Sandha
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Komunikasi amat penting dalam sebuah keluarga. Melalui komunikasi antara ibu bapa dengan anak remaja diharapkan dapat membantu sebuah keluarga yang bahagia.
Melalui perkongsian lelaki ini, Ammar Kamilin menjelaskan bahawa komunikasi dengan remaja ada cara tersendiri yang ibu bapa kena tahu.
Ikuti panduan ini.
Dalam status sebelum ini, ada saya sebut tentang ‘probing questions’ atau dalam bahasa Melayu, ‘soalan mengumpan’.
Beberapa rakan memohon supaya dijelaskan apa maksud dan contohnya.
Rakan dalam bidang ‘coaching’ atau ‘mentoring’ lebih mahir dalam perkara ini. Namun, untuk perkongsian asas dan ringkas, saya ceritakan apa yang ada di dalam pengetahuan saya.
Soalan begini, sesuai dipraktikkan apabila bercakap-cakap dengan anak remaja. Tujuannya, kita mahu lebih banyak mendengar daripada membebel. Kita tak mahu terlalu dominan senario, “I’m talking, you listen!”. Perlu diseimbangkan dengan ‘Let them talk, we listen.’
Remaja memang diketahui lebih suka menyimpan dan memendam daripada meluahkan perasaan pada sesiapa.
Anak saya mengesahkan kenyataan itu semalam. Dia bercerita betapa rakannya banyak memendam perasaan, sehingga ada masa, kawan itu dilihat menangis di ceruk dinding. Jauh dari kawan-kawan.
Saya mengikuti rapat perkembangan rakannya, jika perlu, saya bercadang mahu membantu. Moga anak itu baik-baik saja.
Balik kepada apa itu ‘soalan mengumpan’?
Kebanyakan kita mungkin selalu praktikkannya, cuma tidak sedar bahawa amalan itu ada nama dan ilmunya.
Senario 1.
Anak masuk ke dalam kereta. Kereta mula bergerak.
Kita pun bertanya, “Seronok sekolah hari ni?”
“Macam biasa.”
“Kawan-kawan semua ok di sekolah?”
“Ok.”
“Banyak kerja rumah hari ni?”
“Ada laa…”
“Malam ni, buat ya.”
“Hmm…”
“Penat eh sekolah?”
“Sikit laa…”
“Nak abah tolong apa-apa?”
“Takpe.”
“Boleh buat sendirilah?”
“Boleh.”
-Tammat-
***
Soalan-soalan ‘tertutup’ di atas adalah soalan yang mengundang jawapan mudah dan pendek daripada anak remaja.
Soalan begini, dianggap ‘no brainer’. Tak perlu fikir panjang untuk jawab. Bibir boleh melontar jawapan sendiri.
Soalan yang mengundang jawapan, ya atau tidak. Ok atau tidak. Sudah atau belum. Jawapannya hanya sepatah perkataan sudah mencukupi.
Anak remaja dah lemau dengan rutin sekolah. Bertanya perkara yang rutin, meloyakan mereka untuk menjawab.
Remaja sangat sinonim dengan perkataan, ‘bosan’. Sebaiknya, elakkan soalan sama setiap hari yang menambah kebosanan mereka.
***
Senario 2.
Anak masuk ke dalam kereta. Kereta mula bergerak.
“Apa yang menarik di sekolah hari ini?”
(Dia akan berfikir lama. Mencari apa yang menarik dan boleh diceritakan.)
“Belajar, macam biasa je. Cuma tadi, kitorang discuss pasal Nani yang tiba-tiba menangis dalam kelas.”
(Kita boleh baca tersirat, perkara belajar itu tidak terlalu besar bagi dia. Tapi, ‘friendship’ adalah tumpuan utama. Ya, pada peringkat umur ini, persahabatan no. 1. Mereka boleh merudum akademik, hanya disebabkan tidak diterima masuk dalam kelompok tertentu. Kawan-kawan dia adalah kembar lain mak, lain bapak.)
“Oh, kenapa dia menangis?”
“Kita orang syak, dia ada masalah dengan bapa dia. Dengar dia cakap dalam telefon, dia macam tak puas hati, bapa dia tak layan dia macam abang dan kakak yang lain.”
(Remaja mempunyai banyak konflik diri. Salah satunya, ‘self-acceptance’ oleh keluarga, rakan dan orang ramai. Mereka mahu diterima dengan cara, mendapat ‘recognition’ dari orang sekeliling. Ramai yang menjauhkan diri dari ahli keluarga, kerana tidak mendapat ‘pujian dan sokongan’ yang diperlukan. Biasanya, apabila apa yang diminati, lari dari apa yang dimahukan ibu bapa.)
“Oo… Siannya… So, apa plan korang?”
“Kitorang tak tahu lagi. Sebab kitorang pernah tanya, tapi dia taknak cerita detail. Dia kata, biar dia pendam sorang-sorang. Kitorang risau juga, itu sebab tak boleh biar dia tinggal menyendiri. Nampak dia kat mana-mana sudut, kitorang tarik ikut sekali. Kitorang macam try to supportlah.”
(Kita boleh nampak, kematangan seorang remaja pada jawapan yang diberi anak kita.)
-Tammat-
***
Berbanding senario 1, senario kedua banyak menggunakan soalan terbuka. Soalan yang jawapannya perlu ulasan.
Saru contoh lebih jelas, soalan sama, tapi jawapan boleh berbeza.
Kita tanya anak,
“Hari ni ada benda menarik di sekolah?”
Dia boleh jawab, ADA atau TAKDE.
Tetapi jika kita ubah kepada,
“Apa yang menarik di sekolah hari ini?”
Dia perlu juga memberikan ulasan. Kerana soalan meminta APA?
Kesimpulannya,
Untuk mencungkil lebih banyak cerita dari anak, banyakkan soalan,
APA KENAPA BAGAIMANA MACAM MANA MENGAPA
Soalan-soalan ini, boleh mengundang jawapan terbuka.
Boleh juga mantapkan perbualan dengan ‘filler’ seperti, Ooo, Aha…, Hmm…, I see…, Betul juga ya…
Perkataan tersebut, jika disebut dan disertakan penuh emosi berminat, tambah pula dengan memek wajah yang empati, akan mengundang keseronokan kepada remaja untuk terus bercerita.
Itu saja parents. Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pantang tak puas hati kat orang, up status! Marah kat orang, up status! Tak nak nampak salah, up status!
Sekarang ni kalau ada apa-apa, dah tak payah sembang berbisik menyampai berita, buka saja media sosial, ada sahaja perkongsian berbaur luahan perasan.
Waktu tu mula la, barisan netizen, makcik bawang mulakan tindakan dengan tanya itu ini, nak korek rahsia punya pasal!
Awas ye! Siapa yang ada ‘hobi’ seperti di atas, ubah-ubahlah! Nak tahu sebabnya? Jom baca perkongsian dari Ustaz Azhar Idrus ni!
STATUS FACEBOOK YANG MENGHANGUSKAN SEGALA AMAL SOLIH
Keghairahan warga media sosial akhir-akhir ini meng’upadte’kan status berunsur fitnah pada dinding facebook masing-masing seolah berlumba-lumba menghancurkan segala pahala amal solih yang telah dihimpunkan dengan susah payah selama ini.
Tidak pernah lagi kita lihat sebelum ini ramainya yang melakukan dosa fitnah seramai hari ini. Seolah-olah fitnah adalah satu kewajipan dalam hidup dan tanpa menfitnah hidup terasa lesu jadinya.
Kepada yang masih beriman dengan Allah, berhati-hatilah dengan budaya fitnah ini kerana ia akan merosakkan masyarakat, negara apatah lagi empunya diri.
Fitnah adalah dosa besar, bersetuju dengan fitnah juga turut sama berkongsi dosa. Bukan sahaja mendapat dosa bahkan pahala yang sudah ada pun akan hangus dan akhir sekali tempat duduknya adalah neraka.
“Sunggguhnya Rasulullah saw bersabda : Adakah kamu sekelian tahu siapa orang yang muflis?
Jawab para sahabat : Setahu kami orang yang muflis ialah orang yang tidak ada wang dan harta benda.
Maka bersabda Rasulullah saw : Orang yang benar-benar muflis dari kalangan umatku ialah orang datang pada hari kiamat dengan pahala sembahyang, pahala puasa, pahala zakat. Dan dibawa bersamanya juga dosa memaki orang, menuduh orang, memakan harta orang, mencederakan orang dan memukul orang. Maka akan diambil pahalanya lalu diberi kepada orang itu dan diambil lagi pahalanya lalu diberi kepada orang ini. Maka jika telah habis pahalanya dibahagi-bahagikan kepada orang yang dia zalimi sebelum selesai membayar hak orang maka diambil pula dosa-dosa orang yang dia zalimi itu lalu dipikulkan ke atasnya kemudian dia dicampak ke dalam api neraka.” (Hadith Imam Muslim)
Jelas disini orang yang menfitnah seseorang akan diambil semua pahalanya untuk diberikan kepada orang yang dia fitnah kemudian semua dosa orang yang dia telah lemparkan fitnah itu akan dipikulnya lalu akhirnya dia dimasukkan ke dalam api neraka.
Taubat orang yang menfitnah seseorang tidak diterima sekalipun dia bertaubat di dalam Ka’bah atau sampai menangis mengeluarkan air mata darah melainkan dia mesti meminta orang yang dia fitnah itu menghalalkan semua dosanya itu sebelum meninggal dunia.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.