Pelakon Fasha Sandha dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan ketika menjalani penggambaran sebuah drama, semalam.
Menerusi perkongsian di Instagram, Fasha memuat naik sebuah video yang memaparkan babak yang dilakonkan sebelum mengalami kemalangan.
Lebih mengejutkan, kecederaan yang dialami Fasha yang kini dirawat di hospital pakar Johor Bahru boleh dikatakan serius kerana melibatkan bahagian kepala dan mata.
“Dari semalam telefon kakak tidak berhenti berdering. Disini saya ingin membuat sedikit update tentang kakak. Maaf kakak sedang rehat secukupnya.
“Kakak mengalami kecederaan akibat terjatuh ketika berlakon di set penggambaran Anak Tuan TV3 pada 1 mac (pagi semalam).
“Mata dan kepalanya terhentak di bucu katil yang tajam. Tulang mata kiri patah dan bebola matanya kirinya berdarah dan bengkak dan sedang dirawat di Hospital pakar di Johor Bahru. Insya-Allah akan berpindah ke pakar di Kuala Lumpur petang ni atau esok pagi,” kongsi Fasha di Instagram.
Ads
Dalam pada itu, Fasha memaklumkan pihak produksi telah memohon maaf kepadanya dan keluarga atas kejadian yang berlaku.
“Memohon jasa baik peminat dan keluarga untuk mendoakan kesihatan kakak.
“Seperti yang ramai tahu kakak seorang yang kuat semangat dan komited dalam kerjayanya. Saya yakin kakak kuat.
Ads
“Pihak produksi telah memohon maaf pada kakak dan keluarga nya. Kata kakak, Tidak ada sesiapa yang harus dipersalahkan kerana kemalangan in terjadi di luar jangkaan kita,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, kelihatan suami kepada Fasha, Aidil Aziz turut meminta orang ramai mendoakan kesembuhan isterinya itu. Malah, rata-rata rakan selebriti dan pengikutnya tampil beri semangat dan mendoakan kesembuhan pelakon itu.
Asyik tak lena tidur memang buat ramai tak selesa sehingga menjejaskan rutin harian. Tanpa kita sedar ia sebenarnya ia merupakan merupakan penyakit gangguan tidur yang dikenali sebagai Insomnia.
Ia merupakan satu gangguan yang akan menyebabkan seseorang individu mengalami kesukaran untuk tidur, sukar tidur lena, kerap terjaga atau mudah terjaga walaupun mempunyai masa yang mencukupi untuk tidur.
Menurut Psikologi Klinikal Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, Michelle Chong Hui Yi, insomnia merupakan satu isu yang tidak harus diketepikan malah perlu ditangani kerana ia akan memberi impak negatif, khususnya dari segi kesihatan badan dan mental sehingga menjejaskan kehidupan seharian.
Selain tidak dapat memberi tumpuan dalam kehidupan seharian, insomnia juga akan menjejaskan perasaan dan emosi, menimbulkan perasaan gelisah malah boleh menyebabkan individu yang berdepan dengan masalah tersebut menghidapi penyakit jantung, diabetes jenis 2, obesiti dan strok.
“Mendapat tidur yang mencukupi dan berkualiti amat penting untuk memastikan seseorang individu dapat merehatkan badan dan minda. Tidak cukup tidur atau rehat mungkin menyebabkan individu mengalami keletihan pada waktu siang, mudah naik darah, murung dan sukar untuk menumpukan perhatian dalam aktiviti harian,” katanya.
Berdasarkan DSM-5 (Manual Diagnostik dan Statistik Gangguan Mental, Edisi Kelima), insomnia diklasifikasikan sebagai gangguan tidur-bangun dan untuk mengenal pasti sama ada seseorang individu berdepan dengan masalah insomnia, perlu ada satu aduan utama berkaitan ketidakpuasan terhadap kualiti atau kuantiti tidur bersama sekurang-kurangnya satu daripada gejala berikut:
Mengulas lanjut, insomnia boleh menjadi isu jangka masa pendek atau masalah kronik. Ia boleh berlaku dalam kalangan individu yang terdiri daripada peringkat usia berbeza seperti kanak-kanak, remaja dan dewasa berdasarkan faktor-faktor tertentu. Namun ia lebih kerap berlaku dalam kalangan orang dewasa dan kebiasaannya disebabkan perubahan dalam corak tidur serta pengambilan ubat.
“Dari segi jantina pula, golongan wanita lebih mudah mengalami masalah gangguan tidur, ini mungkin dikaitkan dengan perubahan hormon, mengandung, menopaus dan faktor-faktor lain,” ujarnya.
Insomnia boleh dibahagi kepada beberapa jenis, antaranya:
Faktor yang menyumbang kepada masalah gangguan tidur berbeza bagi setiap individu, antaranya:
Insomnia boleh diubati menerusi pendekatan bukan farmakologi seperti Terapi Kognitif-Tingkah Laku untuk Insomnia (CBT-I), iaitu rawatan bagi mengubah pemikiran serta tingkah laku yang menyumbang kepada masalah insomnia. Kaedah tersebut didapati berkesan dari segi meningkatkan kualiti dan jangka masa tidur.
“Individu yang menghadapi masalah insomnia boleh mendapat nasihat perubatan daripada doktor dan doktor akan merujuk mereka kepada pakar, seperti pakar psikologi atau psikiatri, sekiranya perlu.
“Selain itu, dicadangkan ubah gaya hidup seperti mengamalkan tabiat tidur sihat, bersenam secara kerap bagi membebaskan hormon endorphin dan meningkatkan kesihatan mental, pada masa yang sama mengamalkan aktiviti atau hobi yang boleh mengurangkan stres,” jelas beliau.
Beliau juga berkongsi beberapa petua untuk meningkatkan kualiti hidup, antaranya:
Sekiranya seseorang individu masih mengalami masalah gangguan tidur selepas mengamalkan petua berkenaan, beliau menasihati mereka supaya mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar perubatan atau pakar-pakar lain yang berkaitan.
“Individu yang mengalami isu gangguan tidur perlu bersabar kerana menambah baik tabiat tidur dan mengatasi masalah insomnia mungkin mengambil masa.
“Bersabar dengan diri anda dan terus amalkan tabit tidur sihat dan berkualiti demi kesejahteraan hidup secara menyeluruh,” katanya.
Terima kasih: Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bukan mudah untuk membesarkan anak baik lelaki mahupun perempuan. Banyak hal yang perlu dititikberatkan. Perkongsian terbaru Aidid Marcelo tentang anak sulungnya cukup menyentuh hati.
Perkongsian itu sempena meraikan ulangtahun kelahiran, Alyea Nai Lina, anak perempuannya itu yang ke-14 pada 7 Januari lalu.
Aku dan @norziepwc kahwin 2005. Berkat nikah malam Jumaat 😝 rezeki Allah bagi kat kitorang seorang puteri 7.1.2006 lahir ke dunia bernama Alyea Nai Lina. Budak ni lah yang banyak ajar aku dan isteri istilah kehidupan sebenar, maksud kesabaran & limpahan rezeki yang meluas, Alhamdulillah. . 2007, berkat rezeki, dia ikut aku dan isteri ke tanah haram, demam 14 hari kat Mekah, mmg spend masa jaga dia jer kat sana, masyaAllah. . Kalau drive time baby, asyik muntah macam waterfall siap kena bawak bekas plastic 😭🤦♂️.
Tapi Alhamdulillah, aku syukur sangat dengan dia sebab awal2 tanpa paksaan, dia dah faham apa peranan & tanggungjawab dia sebagai seorang gadis muslim yang soon bergelar wanita. Tapi, biasalah depa ni… makin besaq makin banyak pe’el, yelah… dah makin bijak… sebab tu rasanya nak kena letak gambaq depa masa baby, pakai pampers kat bilik depa sebab nak bagi depa selalu ingat pengorbanan kita.
Apapun, aku dah bgtau kat dia. Aku x pernah paksa dia utk dapat straight A dlm belajar, tapi cukuplah sekadar dia tau balancekan ilmu sekolah, manage herself & ilmu agama. . Untuk Ana, daddy just nak bgtau yg daddy sayang sangat2 kat ana dan sentiasa doakan Ana menjadi anak yang solehah yang selalu dijaga kearah jalan yang benar. . Susah ooo nak bela anak dara ni, pening kepala hahahaha .
Saya percaya hampa pun mesti ada cerita anak pompuan hampa, cuba share. Antara yang saya rasa sama. Mandi berejam / adjust tudung sampai pecah cermin / iron baju lama gila / asyik singgah kedai skin care 🤦♂️ / takut matahari dan lain2 hahahaha Bye Ana… jangan marah… tatatititutu . Selamat hari lahir yang ke-14 🎉 🎂 🍰 🎁 . #aididmarcellofamily#aididitmyway#happybirthday
Berdepan dengan masalah anak lemah dalam subjek Matematik, sering membuatkan ibu dan ayah berasa bimbang. Oleh itu, apa kata kita bantu anak-anak kita dengan menggunakan teknik dan tip yang diajar oleh Cikgu Shaza ini. Diharapkan dengan cara ini anak-anak dapat menguasai subjek matematik dengan baik dan sekali gus dapat melonjakkan pencapaiannya di masa akan datang.
Jom semak perkongsian bermanfaat ini.
TIPS MENGAJAR MATEMATIK TAHUN 1-6 (terutama anak anak yang lemah)
Di sini saya kongsikan tips tips ringkas yang saya gunakan selama saya mengajar kelas matematik kepada anak didik tuisyen saya dahulu. Saya nampak perbezaan,dari gagal,upsrnya boleh dapat A dan B. Mungkin ramai dah buat,tapi mungkin ada yang masih tak guna cara ini.
Cara saya bukanlah cara mudah,bukanlah menjanjikan formula formula menarik seperti teknik menambah,atau menolak atau mendarab dengan mudah.
Banyak kelas atau kursus yang menawarkan teknik teknik mudah menjawab soalan.
Tapi pada saya, setiap anak keperluannya berbeza. Apa yang dia tidak faham juga berbeza. Jadi ini langkah langkah saya. Saya namakan teknik saya ini “DRILLING WITH COACHING”
1. BELIKAN BANYAK BUKU LATIHAN MATEMATIK (SET KERTAS 1 & 2)
Jangan kedekut duit untuk laburkan membeli buku latihan. Sekurang kurangnya sebagai permulaan belilah 3 buah buku berlainan.
2. MINTA ANAK BUAT SATU SET KERTAS PEPERIKSAAN ATAU SET YANG ADA SEMUA TOPIK.
Minta anak jawab soalan macam mereka sedang duduki peperiksaan. Ikut masa dan pastikan tiada rujukan. Kemudian semak dan bagi markah. (ini bertujuan untuk menilai secara kasar mana yang dia lemah)
3. BUAT SATU REKOD UNTUK SETIAP LATIHAN YANG DIBUAT
Sediakan satu buku rekod, ada tarikh, jenis latihan yang dibuat, markah dan komen.
4. KENAL PASTI SOALAN MANA ANAK SALAH
Bila dah tengok soalan mana anak salah, tunjuk soalan tersebut kepadanya semula. Tanya dia samada dia tak tahu jawab atau dia cuma cuai. Kalau cuai, take note yang dia cuai, kalau tak tahu take note yang dia tak tahu.
5. SEKARANG KENAL PASTI ANAK LEMAH TAJUK APA DAN SOALAN APA
Ini penting untuk kita kenal pasti titik punca anak lemah matematik dan kenapa dia jadi tak suka matematik. Ada anak anak dah darjah 4, rupanya dia masih tak pandai membuat operasi darab dan bahagi, malah tambah dan tolak.
Jadi soalan lain pun mereka tak dapat jawab. Kadang kadang kita tak perasan anak anak tersebut tak mahir yang asas lagi.
(Boleh join Kelas Fasih Matematik di centre saya di Semenyih dan Setapak, memang kami latih untuk jadi fasih buat matematik dari asas).
6. SEKARANG, MULA BUAT LATIHAN IKUT TOPIK
Kalau nak segera atau intensif, bagi topik yang dia lemah dulu. Tapi kalau nak lagi berkesan, mula dari topik permulaan tahun itu.
Contoh, bab 1. Bagi dia buat kertas 1 dengan masa yang ditetapkan. Bila dah siap,tanda dan bagi markah.
Untuk setiap soalan yang salah, ajar dia teknik yang betul. Untuk setiap soalan yang salah itu juga, bina soalan yang sama tapi nombor berlainan,ulang sampai dia faham dan tahu cara buat.
Kalau ada buku latihan lain, ambil soalan soalan sama jenis dari buku lain. Part ini mak ayah kena rajin. Biar mereka jawab soalan yang sama dengan teknik kita ajar tadi sampai dia berjaya.
Sebab bila dia dapat buat,dia akan konfiden. Part ini perlukan kesabaran. Kali pertama mungkin anak tak dapat buat,tapi cuba buat sampai 10 soalan yang sama,berlainan nombor,insyaallah dia boleh dah lepas tu.
7.ULANG DENGAN SET KERTAS 2
Bagi anak jawab dengan masa yang ditetapkan juga. Semak dan bagi markah. Setiap soalan yang salah,ajar cara yang betul.
Ulang teknik di atas,iaitu buat soalan yang sama,berlainan nombor sehingga dia mahir.
Untuk kertas 2 agak mencabar sebab soalan dalam penyelesaian masalah. Saya perasan anak anak yang lemah kebanyakannya tak tahu operasi apa nak buat.
Teknik yang berkesan adalah ajar mereka gariskan kata kunci yang menentukan operasi apa perlu dibuat.
Juga ajar mereka transfer maklumat penting ke kertas conteng dan ajar mereka lukis apa yang mereka baca dari soalan tersebut. Cara melukis ini sangat berkesan bagi mereka faham. Perlu diulang soalan yang sama jenis banyak kali supaya mereka mahir.
8.ULANG UNTUK SETIAP TOPIK
Ulang semua teknik di atas untuk setiap topik.
9. SELEPAS BEBERAPA TOPIK, BAGI MEREKA JAWAB SET PEPERIKSAAN GABUNGAN TOPIK-TOPIK TERSEBUT.
Dari situ kita akan jumpa beberapa soalan lagi yang mereka tak betul2 mahir walaupun dalam latihan sebelum ini kita rasa mereka sudah mahir. Jadi, latih mereka lagi dengan soalan-soalan yang sama.
10. JANGAN MARAH-MARAH ATAU PERLI ANAK
Janganlah kita merendah rendahkan mereka jika perkara mudah pun mereka tak tahu. Kita suatu masa dulu pun sama, tak tahu.
Bukan sebab bodoh, tapi sebab tak faham atau tak tahu cara sebenar nak jawab soalan tersebut. Mereka akan kurang keyakinan jika selalu dimarah dan diherdik.
Beri pujian setiap kali dia berjaya buat soalan yang dia lemah sebelum ini.
11. ULANG,ULANG DAN ULANG
Ini part paling penting. Matematik ini perlukan latihan yang banyak. Bila anak dah mahir jawab soalan insyaallah dia akan jadi minat bila dah skor nanti
Teknik teknik saya kongsikan di atas sesuai untuk personal coaching.
Teknik ini,mak ayah yang kena rajin dan kena pandai jawab soalan matematik juga. Dan perlukan kesabaran yang tinggi.
Setiap kali nak buat teknik ini,peruntukkan masa duduk sebelah dia. Bukan bagi dia buat seorang diri. Kalau tak,macam mana nak ajar.
Dan buat step by step tau. Saya tahu ramai parents jenis belikan je banyak buku latihan,suruh anak buat,tapi anak buat sorang sorang,sendiri.
Takde coaching. Macam mana dia nak maju?
Selamat mencuba
Yang ikhlas
Teacher Shaza
Founder Genius Library Learning House
Pengasas kelas Fasih Matematik
Speaker motivasi matematik A-Math-Zing
Wardina Safiyyah meluahkan rasa syukur apabila anak keduanya selamat bernikah dan turut menitipkan pesanan penuh makna mengenai kehidupan berumah tangga, rezeki serta berbakti kepada ibu bapa.