Mak-mak takkan terlepas dari berhadapan masalah anak kencing di atas tilam. Betul tak? Sekali sekala boleh la lagi laratkan diri basuh tilam tu, tapi kalau dah kerap sangat, mau naik hangin juga dibuatnya! Kiki.
Sabar ye mak-mak, nak marah anak pun kadang benda berlaku di luar sedar. Tak sempat nak marah anak buat muka kesian. Kalau diorang tolong basuhkan tak apa lah juga, sejuk sikit hati maknya. Tapi dalam mimpi jela ye!
Nak tahu apa punca yang menyebabkan anak-anak kencing di atas tilam dan cara untuk atasinya? Jom ikuti perkongsia dari Dr Redza Zainol ni!
“Saya pening anak saya hari-hari kencing atas katil. Dah besar panjang masih menyusahkan.”
Cepat-cepat saya tenangkan keadaan. Selepas saya periksa, anaknya baik saja.
Tak ada tanda-tanda gangguan saraf yang menyebabkan anak terkencing tanpa kawalan sepanjang masa.
Selalunya, kanak-kanak mula berhenti kencing malam selepas usia 5-6 tahun. Namun, 6.2% kanak-kanak usia 7-12 tahun masih lagi kencing waktu malam.
Terkencing waktu malam atau nama lainnya Nocturnal Enuresis, sebenarnya bukan salah anak kita. Kalau selalu dimarah atau dimalukan, anak boleh jadi tertekan sampai rasa rendah diri.
Puncanya :
❤️ Ruang pundi kencing yang kecil.
❤️ Kurang hormon vasopressin semasa tidur. Vassopressin penting untuk kurangkan penghasilan kencing di waktu malam.
TIPS UNTUK IBUBAPA
✅ Beri anak minum air secukupnya pada waktu siang.
✅ Bawa anak kerap ke tandas, 4-7 kali sehari dan paling penting pastikan anak kencing sebelum tidur.
✅ Guna alas tilam yang kalis air (waterproof mattress protector).
✅ Beri ganjaran kepada anak jika dia tak kencing malam. Beri stiker kegemaran anak ialah satu contoh bentuk ganjaran yang selalu diguna.
✅ Hanya benarkan anak minum 2 jam sebelum tidur.
✅ Elak beri minuman berkafein seperti kopi dan cola, ia akan buat anak lebih kerap kencing.
Sweetnya Bila Isteri Mengaji, Suami Pula Semak Bacaannya!
Perkongsian pengalaman seorang lelaki ini apabila melihat sendiri gelagat si isteri yang membaca alquran dan didengar bacaan tersebut oleh suaminya cukup menyentuh perasaannya. Kejadian itu berlaku di dalam Masjidil Haram.
Nyata, sesiapa pun yang melihatnya akan merasakan alangkah beruntung dan bahagianya pasangan itu.
Jadi ayuh kita baca perkongsian penuh daripada Bijen Mod ini semoga kita juga dapat melakukan kebaikkan bersama pasangan dan keluarga tercinta.
Sewaktu di Masjidil Haram hari tu, mata saya sempat merakamkan gelagat sepasang suami isteri yang mesra di satu sudut masjid di situ.
Usai solat Maghrib, si isteri datang ke tempat solat lelaki, menemui suaminya sambil membawa Al-Quran untuk dibaca. Suaminya yang sedang bersandar menjadi mustami’ mendengar bacaan yang sedang disampaikan.
“Sweet-nya!” Berbunga hati saya melihat akan keletah mereka. Saya yakin majlis ta’lim wa ta’lum pasangan ini sudah dihidupkan sejak dari rumah mereka lagi. Tidak kekok walau sedikit pun.
Terus teringat pesan orang alim;
Bernikah itu mudah. Yang payah adalah mencari pasangan yang dapat membantu meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah.
Oleh itu mintalah 3 perkara dengan Allah:
1. Dikurniakan pasangan yang akan sentiasa mengingatkan kita kepada-Nya,
2. Dikurniakan pasangan yang akan sentiasa memimpin tangan kita ke syurga-Nya,
3. Dikurniakan pasangan yang akan sentiasa meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada-Nya.
Semoga rumah tangga kita menjadi wasilah untuk kita sampai ke syurga-Nya.
Ameen Ya Rabb.
Sumber : Bijen Mohd
“Mama, Aqil Nak Pergi Syurga Tau.” Check In Hotel Kerana Atuk Sakit, Tak Sangka Cucu ‘Pergi Dulu’ Lemas Di Kolam
Hati ibu mana yang tak pilu bila melihat sekujur tubuh anak tidak bernyawa lagi. Biar menangis air mata darah sekalipun, namun tidak mampu menghidupkan kembali anaknya. Keriangan mandi manda bersama keluarga bertukar tragedi apabila anak kesayangan keluarga ini lemas dan meninggal dunia di hospital.
Kisah sedih anak syurga ini dikongsikan seorang wanita dikenali sebagai Siti Azlina Lynn. Menurutnya, kejadian tersebut berlaku di kolam mandi di sebuah hotel di Melaka yang mengakibatkan dia kehilangan anak saudara yang sangat rapat dengannya.
PERGINYA TAK KAN KEMBALI, PERJALAN AQIL ANAK SYURGA. RINDU YANG TIADA PENGHUJUNG.
Acik rindu aqil, aqil tinggalkan kami sekelip mata je. Dalam gembira Allah hantar dugaan hebat untuk kami semua semalam. Tak sangka semalam hari terakhir aqil sayang. Ceritanya begini. Kami bukan pergi holiday atau suka suka sebenarnya.
GAMBAR 1.
Abah masuk wad, jadinya aku ambil keputusan untuk stay hotel dekat dengan hospital abah. Mula mula aku cuma nak ambil 1 bilik sahaja. Disebabkan aku nak mudahkan urusan mak, adik, kakak nak tengok abah kat hospital tanpa ulang alik ke rumah aku ambil 2 bilik untuk kami stay di the shore melaka. Malam tu sebelum check in hotel, Kami semua tengok abah. Aqil pun ada tu, aqil jumpa atok malam tu. Salam atok, ada sedikit perbualan aqil dengan atok malam last jumpa atok. 😥
GAMBAR 2.
Aqil, mama, papa, aleesya, cu dengan abang qimie datang hotel yang aku check in. Mama dia bagitahu dia paling suka sangat nak ke hotel, mama dah janji nanti boleh mandi kolam renang pagi esok. Aqil suka bila semua saudara sebaya dengan dia ada sekali. Malam tu aqil tido dengan family aqil, sebelum ni memang jarang nak tengok semua family aqil kumpul semua. Abang selalu takda. Malam tu, semua sibuk nak tido hotel. Tido ramai ramai.
GAMBAR 3.
Bila sampai je bilik, pertama sekali dah excited tunjuk kolam renang yang permandangannya dari bilik hotel. Dalam hati aku, esok mesti dorang semua suka nak mandi kolam renang sebelum tengok atok.
GAMBAR 4.
Aqil dalam bilik hotel dengan keadaan sangat suka bila dapat berkumpul ramai ramai.
GAMBAR 5.
Pagi sebelum turun ke kolam renang, aqil tengok atok kat hospital jalan Kaki dengan mama. Nak ambil opah sarapan, sebab opah tak tido hotel. Jaga atok malam tu. Sebelum ni pun mama aqil selalu cakap, aqil tak makan dah banyak hari. Selalu aqil paling suka makan. Kalau tengok aqil makan, selera bukan main lagi. Pagi tu nak sarapan aqil jumpa atok. Atok cakap dengan aqil.“Aqil duduk sini dengan atok eh”. Aqil bawak opah sarapan. Pagi Tu aqil makan roti canai suku je. Mama tanya
“aqil nak makan tak?”
“Taknak mama”
“Aqil nak minum ais kosong je”
Selalu aqil minum Milo ais, pagi tu Minta ais kosong je.
GAMBAR 6,7,8&9.
Semua dah excited tunggu aqil balik hotel balik lepas sarapan. Sebab nak mandi kolam renang sama sama. Aqil balik hotel, rizqi, rifai, rafanda aleesya semua dah turun bawah dulu. Cuma aqil dengan papa je lambat. Aqil cakap dengan papa nak buang air besar dulu, baru turun mandi.
Lepastu aqil turun bawah dalam keadaan sangat gembira tak sabar nak mandi dan bermain. Aku pun join sama mandi. Aqil memang sentiasa di jaga oleh papa aqil. Mana saja aqil pergi papa dia akan ikut. Lepas je kami semua main di kolam kanak kanak yang ada playground. Kami dah tak nampak aqil dengan papa aqil. Aqil pergi bermain jauh sikit dari kami.
Masatu papa aqil masih lagi ikut aqil. Lebih kurang sejam kami mandi. Dan masatu tiba tiba pulak kami semua pergi ke kolam sebelah. Yang takda cuma aqil dengan papa aqil je. Aqil masih bermain dengan papa aqil. Lebih kurang 20minit tu, bibik aku datang dan terus bagitahu.“puan aqil lemas, ada disana”
Aku dalam keadaan tergesa gesa terus berlari ke arah yang bibik tunjuk. Sambil aku jerit panggil nama aqil.
GAMBAR 10&11.
Lebih kurang pukul 11.30 pagi sampai aku ketempat aqil, aku tengok ramai orang keliling aqil sambil aqil terbaring lembik tanpa sedar dan badan aqil serta merta biru. Orang semua sibuk beri bantuan pada aqil. Kebetulan masatu ada sorang hamba Allah ni nampak aqil terapung dan dia yang tolong tarik aqil ke tepi untuk tolong aqil sambil tanya “anak siapa ni? “anak siapa ni?”
Lepastu kebetulan yang tolong buat cpr pada aqil adalah 2 orang dokter yang memang bercuti di hotel yang sama. Doranglah yang bantu aqil sebelum sampainya ambulans dan paramedik lain. Aku lihat, mereka bersungguh sungguh tolong aqil. Ramai orang menjerit dan cuba bacakan ayat ayat al quran dikeliling aqil.
Semua orang bersungguh tolong aqil sayang😥. Mulut kami semua tak henti semoga Allah beri keajaiban kepada aqil. Tengok pada gambar 11, itulah tempat kolam aqil lemas. Aqil lemas di kolam orang bewasa. Tak sampai beberapa minit pun sebenarnya.
GAMBAR 12.
Aqil dikejarkan ke hospital untuk dapatkan rawatan kritikal, dokter cuba sedaya upaya untuk selamanya aqil. Dokter bagitahu keadaan aqil masih tidak beri respond. Aqil masih bergantung pada mesin sebenarnya. T
epat jam 12 malam dokter bagitahu mama dengan mama aqil, kalau terjadi apa apa kena tabah dan redha. Mama dengan papa aqil dah mula redha kalau terjadi apa apa. Jam 12.30 tengah pagi dokter dah bagitahu aqil masih tak respond dan terpaksa habiskan ubat dan cabut segala wayar pada badan aqil.
GAMBAR 13&14.
Aqil disahkan tiada, Kami redha dengan pemergian aqil. Aqil pergi dengan keadaan sangat tenang. Muka aqil Indah, senyum, wangi nya ya Allah!
GAMBAR 15
Jam 3 pagi aqil sampai rumah opah dengan atok. Sedihnya, atok sambut aqil sayang. Kebetulan atok discharge semalam juga. Atok singgah tengok aqil pulak kat hospital sebelum atok balik rumah. Sebelum tu atok bacakan yaasin untuk aqil dirumah lepas atok sampai rumah. Atok dengan harapan aqil sedar. Allah maha menentukan segalanya rupanya.
GAMBAR 16,17,18,19&20.
Sebak tengok gambar ni, mama dengan papa aqil tido dengan aqil buat kali terakhir dari jam 3.30 pagi sehingga ke subuh. Kami semua tido dengan aqil terakhir pagi tadi. Masih terngiang lagi suara aqil ya Allah.
GAMBAR 21-30.
Adalah gambar perjalanan aqil ke syurga😥 Allah sayang aqil, aqil budak baik. Hari hari sembahyang, mengaji. Semua sayang aqil, kalau pergi rumah aqil mesti tengok aqil tengah mengaji dengan papa dia. Allahhu.
Patutlah Allah ambil aqil, sebab aqil budak baik. Aqil ada bagitahu mama sebelum ni,
“mama, aqil nak pergi syurga tau”
Betul jadi kenyataan untuk aqil. Perjalanan aqil ke syurga semua orang cemburu qil. Indahnya hidup aqil sekarang. Kami semua rindu aqil tau. Aqil tunggu acik dan semua datang sana ya. Takda dah nak dengar aqil gado dengan rifai, rizqi rafanda😥.
Semoga tenang disana anak syurga, kamu dah di syurga sayang. Indah sangat tempat aqil. Aqil pergi buat selamanya. Baru je kita gembira semalam. Atok yang sakit, tapi aqil yang pergi. Aqil ganti atok ya sayang. Sentiasa rindukan aqil tau. Aqil yang montel, last semalam acik mandi dengan aqil. Acik peluk aqil, acik picit badan badan aqil sebab aqil montel sangat.
Dah tak dapat nak tepuk tepuk badan aqil lagi lepasni. Allah kuat kan mental Kami semua. Terima kasih bagi pinjam aqil 5tahun. Minggu depan harijadi aqil. Video harijadi aqil tu tahun lepas. Rindunya ya Allah.
Terima kasih ramai mendoakan aqil sejak semalam. Moga Allah SWT balas kebaikan pada semua. Marilah kita semua sedekah Al fatihah kepada Aqil anak syurga.
Al fatihah aqil sayang🤲
Bila Isteri Tak Cukup Tidur, Suami Kena Ambil Peduli. Doktor Ini Jelaskan Sebabnya
Tahukah anda, moody atau cepat marah antara tanda seseorang itu tidak cukup tidur. Jangan buat main jika tidak cukup tidur kerana ia akan menggangu kesihatan dalaman dan luaran diri. Apabila tidur mencukupi pastinya kita akan lebih segar, sekali gus meredakan tekanan perasaan sama ada akibat masalah di tempat kerja mahupun peribadi.
Umumnya orang dewasa memerlukan tidur sekitar tujuh hingga lapan jam sehari bagi memberikan masa kepada semua otot badan dan minda yang terlalu banyak berfungsi untuk berehat.
Jom semak perkongsian Doktor Taufiq Razif yang menjelaskan sebab kenapa suami kena ambil peduli dan tanda isteri tidak cukup tidur.
Semua Suami Kena Tahu 5 Tanda Isteri Tak Cukup Tidur
1. Kalau sakit tu jadi lambat baik sikit sebab sistem imum dan respon tubuh untuk lawan jangkitan kuman tu jadi perlahan sikit bila kurang tidur
2. Ada masalah berat badan. Lemak bertimbun di sana sini. Bukan sebab isteri tu pemalas tapi 2 hormon ni, LEPTIN dan GHRELIN jadi kacau bilau. Tu yang jadi selalu lapar dan susah kenyang.
3. Selalu pelupa. Kurang tidur ni akan efek pada ‘long and short term memory’. Kreativiti dan konsentrasi isteri kita pun akan menurun secara drastik. Tu yang duk pakai baju kelawar je tu. Bukan tak pandai berhias tapi otak jadi tumpul dan susah nak fokus.
4. Tidur berlebihan di siang hari, selalu dilihat menguap dan lesu. Sebab tu la kita kena pandai baca bahasa badan pasangan kita. Jangan mimik muka nampak lesu dan berkerut sini sana kita buat tak tahu. Jangan!
5. Isteri selalu moody. Tak cukup tidur ni akan menyebabkan isteri kita ni selalu melenting dan mudah marah ( irritability & anger ). Bukan tu je, ketahanan isteri kita pada stres pun akan sangat lemah.
Tu la kenapa tolong la perhatikan isteri kita walaupun mungkin isteri kita nampak seperti tak ada apa apa tapi percayalah, mereka tetap perlukan perhatian dan pertolongan kita.
Saya percaya, suami yang paling sensitif dengan emosi isteri adalah suami yang paling hebat di mata anak anaknya sendiri!
p/s : Saya suka ajar ilmu parenting/mendidik anak di Telegram saya. Klik je link ni untuk join sekali bersama 130 ribu mak ayah yang lain di sana ?t.me/NotaTaufiqRazif