Prihatin dengan masalah negara yang dilanda wabak Coronavirus (Covid-19), Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri`Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan supaya kerajaan tidak membayar Emolumen Diraja untuk baginda berdua selama enam bulan.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata baginda berdua membuat keputusan tersebut untuk membantu meringankan beban kerajaan menangani pendenik COVID-19.
Baginda berdua juga menyahut keputusan kerajaan yang agar dua bulan gaji Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri dipotong ke Tabung COVID-19.
Ads
“Perkenan Seri Paduka Baginda berdua ini turut mencerminkan keprihatian dan keperibadian tinggi Seri Paduka Baginda berdua terhadap perkembangan terkini pandemik ini dan situasi kewangan negara.
Perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ads
“Sempena sambutan Hari Doktor Sedunia (Isnin, Mac 30), Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan penghargaan kepada para doktor dan petugas kesihatan, khususnya di barisan hadapan, di atas khidmat, bakti dan pengorbanan tanpa penat lelah dan mengira masa menjalankan tanggungjawab membendung pandemik ini.
“Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia, Kementerian Kesihatan dan agensi-agensi Kerajaan berkait di atas pengiktirafan yang telah diberikan oleh firma perkhidmatan kewangan terkemuka di dunia baru-baru ini berkenaan tatacara pengendalian COVID-19 di Malaysia,” katanya.
Ads
Ahmad Fadil berkata Seri Paduka Baginda turut menzahirkan harapan agar rakyat terus bersama Baginda berdua untuk terus berdoa memohon ihsan Allah S.W.T semoga Malaysia sentiasa di dalam lindungan dan rahmat-Nya dan pandemik ini diakhiri dengan berkesan dan segera.
Dapat memetik hasil tanaman cili padi memang suatu pengalaman yang mengujakan, maklumlah sekali boleh dipetik banyak jumlahnya. Lagi-lagi buat yang baru berjinak-jinak menanam cili sepanjang PKP ini bagi mengisi masa terluang. Tentu tidak sabar menunggu masa untuk menuai cili yang ditanam.
Umumnya bila ingin memetik cili, kita merasakan cara paling mudah dan cepat adalah dengan menggunakan gunting untuk memotong tangkai cili tersebut. Pun begitu, cara tersebut walau ramai yang buat, namun alangkah bagusnya jika menggunakan teknik yang lain supaya pokok cili yang dituai akan lebih mudah berbunga dan berbuah kembali.
Apakah teknik tersebut?
Nak tahu lanjut caranya, ikuti perkongsian daripada saudara Salleh Mohammad yang juga merupakan seorang pengusaha cili dan sayuran-sayuran lain.
Kaedah dan cara yang betul memetik cili
1) Jangan memetik guna gunting. Sebab tungul batang buah lada yang tertinggal akan menutup semula tunas bungga di tapak tunggul. Dan akan menunggu masa agak lama untuk tapak tunggul mengeluarkan bungga semula sehingga tunggul buah lada yang berbaki gugur.
2) Teknik mudah dan betul untuk memetik cili adalah dengan menggunakan jari. Caranya dengan pegang pangkal tangkai cili dan kemudian lurutkan ke bawah, dan secara semulajadinya ia mudah dituai.
Bila dipetik sekali dengan tangkainya, keadaannya akan jadi seperti gambar di bawah. Bekas tapak lama ini akan mengeluarkan bunga dan berbuah dengan lebih cepat.
3) Jangan memetik ketika waktu hujan atau di awal pagi. Kerana lada yang basah akan membentuk lada yang di petik tidak bertahan lama dan mudah busuk.
Petik masih hijau sebab untuk di pasarkan memang petik begini. Kalau masak ianya tidak bertahan lama di pasaran.
Ekstra info: Untuk pastikan pokok cili hidup dengan subur, saya juga menggunakan baja AB dan NPK.
Jadi bila kita sudah tahu ada cara yang betul bolehlah kita praktikkan semasa menuai hasil tanaman nanti. Semoga ianya bermanfaat.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Bahagia itu ‘ simple’ buat seorang isteri. Tak perlu kekayaan semata tetapi belaian dan perhatian dari seorang suami.
Biarpun suami hanya melakukan perkara yang biasa-biasa itu cukup bahagia buatnya.
Begitulah yang diminta oleh seorang isteri kepada suaminya iaitu menbawanya bersiar- siar dengan kereta.
Katanya itu me time untuk isterinya. Nak tahu lebih lanjut ikuti perkongsian ini.
Isteri saya kaki kereta, tahap hard core. Saya ok je sentiasa menyokong. Tak salah pun dia minat kereta.
Tapi bukan kaki kereta macam orang lelaki. Dia lain.
Dia obses naik kereta. Yang kena drive adalah saya, bukan dia. Hampir setiap hari. Jalan-jalan tanpa destinasi. Nampak jelas kegembiraannya.
Kalau mood tengah tak ok, ajak naik kereta. Setel terus
Dia mula minat naik kereta sejak jadi surirumah sepenuh masa dari tahun 2016. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10227667728059138&id=1245072773 Ni sebab kenapa dia berhenti kerja sebagai pensyarah.
Me time
Pusing-pusing naik kereta ni aktiviti yang bermanfaat sebenarnya. Macam me time bagi dia. Banyak boleh borak, slow talk, boleh bagi tazkirah secara santai sampai tertidur hahaha
Kepada para suami, merondalah membawa tulang rusuk mu, ia bagai pergi melancong dengan bajet murah
Ada tak orang lain suka naik kereta tanpa destinasi macam ni?
Apabila jatuh sakit dan memerlukan rawatan khusus tentu sahaja memerlukan kos pembiayaan yang tinggi. Jika tiada wang simpanan secukupnya, runsing juga untuk mencari wang yang banyak dalam waktu yang singkat.
Pun begitu melalui perkongsian daripada seorang lelaki ini yang dikenali sebagai Khairul Ezuwan di facebook, dia berkongsi pengalaman ditimpa musibah kesihatan dan dia sangat bersyukur tentang manfaat yang diterima hasil keputusan yang dibuat 7 tahun lalu dalam perancangan kewangannya.
Nak tahu apakah itu, jom baca perkongsian daripanya ini moga memberi panduan kepada yang lain.
Bertakaful itu adalah sebahagian dari Infaq
Jangan samakan Takaful dengan Insurance . Insurance adalah kita bayar perlindungan kepada sesebuah Syarikat Insurance bagi memindahkan risiko. Takaful pula adalah Sumbangan yang kita buat dalam tabung bersama peserta-peserta takaful dengan konsep membantu satu sama lain bila ada peserta yang ditimpa musibah & diuruskan oleh Takaful Operator.
Ini saya ceritakan pengalaman saya sendiri dalam bertakaful . Saya start sertai Takaful pada tahun 2015 , masa ni saya masih lagi bekerja sebagai seorang banker yang mempunyai unlimited rawatan perubatan. Sebelum tu saya sendiri ambil ringan untuk sertai Takaful ni sebab dah rasa cukup cover perubatan yang company bagi .
Tapi masa tu saya tersedar,
1.bagaimana nanti kalau aku sakit , adakah company akan terus sayang aku ?
2.Sekarang aku top performer, one day kalau aku sakit, selalu MC , adakah company akan terus nak simpan aku ?
3.Kalau aku dah sakit , macamana Aku nak keluar dari bank sedangkan aku nampak peluang yang lebih besar ada di luar. Aku akan terikat sebab takut tiada lagi perlindungan perubatan .
4.Kalau aku dah sakit , nak cari kerja lain , adakah company lain tu nak terima aku ? Nak buat Takaful masa tu , adakah dapat approval ? Mungkin 50:50 dengan pelbagai exclusion .
Pada tahun 2015 ni saya start sertai plan Takaful dengan AIA Public Takaful Bhd . Saya ambil separately untuk medical & family Takaful masa tu . Ejen saya masa tu adalah Hassan & Sucimurni . Saya antara client terawal mereka. Pertengahan tahun 2015 saya berhenti dari kerja bank dan bergerak sebagai Perunding Kewangan.
Kali pertama saya dimasukkan ke Hospital adalah pada tahun 2017 . Kali kedua tahun 2019. Kali ketiga pada tahun 2021 baru-baru ini.
Untuk Medical Plan , Selama 6 tahun , total Sumbangan yang telah saya buat dalam takaful ni adalah lebih kurang RM7,000 ++ . Untuk 3 kali masuk saya warded setakat ini, Kos rawatan saya adalah lebih RM70,000 ++ .
Sekarang sumbangan bulanan saya dalam lingkungan RM100 sebulan untuk medical, manakala Kos tetap bulanan ubatan saya sahaja sekarang adalah RM1,000 satu bulan dan takaful bayarkan. Adakah saya untung?
Alhamdulillah, Ye saya beruntung sebab bila saya sakit , saya mudah untuk dapatkan rawatan segera, rawatan terbaik serta selesa dan orang lain bantu bayarkan bil saya.
Adakah orang yang tak pernah sakit tu rugi sebab tak pernah gunakan medical card ni ?
Sebenarnya merekalah orang paling untung. Mungkin Sumbangan @ Infaq berterusan mereka dalam takaful ini yang dapat mengelakkan mereka dari musibah dan bencana.
Pegang pada hadith ini:
Rasulullah SAW bersabda: “Bersegeralah bersedekah sebab bala bencana tidak pernah mampu mendahului sedekah. Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah. Ubatilah penyakitmu dengan sedekah. Sedekah itu sesuatu yang ajaib. Sedekah menolak 70 macam bala dan bencana dan yang paling ringan ialah penyakit kusta dan sopak”. (Riwayat al-Baihaqi dan al-Tabarani)
Bagaimana pula dengan Family Takaful?
Takaful ada 2 instrument cara pengagihan Samada hibah atau wasi. Kita tak tahu berapa lama kita boleh hidup, kita juga tak tahu bila hari kematian kita. Walaupon sudah meninggal dunia kita masih ada tanggungjawab kepada hutang yang ditinggalkan & nafkah untuk kelangsungan hidup keluarga di bawah tanggungan kita.
Waktu hidup mungkin kita tidak sempat atau mampu selesaikan hutang , tidak sempat buat simpanan secukupnya untuk kelangsungan keluarga akan datang . Dari Takaful ini bantu selesaikan hutang berbaki kita, dari Takaful ini bantu sediakan nafkah secukupnya untuk keluarga yang ditinggalkan.
Indahnya bertakaful jika kita faham kaedah sebenarnya. Mulai sekarang , fahamkan setiap bulan Sumbangan Takaful yang kita buat itu adalah Infaq kita. Bukan bayaran kepada perlindungan. Waktu sihat kita bantu orang lain , waktu kita sakit pasti ada ramai orang lain akan bantu kita dengan Izin Allah .