Bahagia itu ‘ simple’ buat seorang isteri. Tak perlu kekayaan semata tetapi belaian dan perhatian dari seorang suami.
Biarpun suami hanya melakukan perkara yang biasa-biasa itu cukup bahagia buatnya.
Begitulah yang diminta oleh seorang isteri kepada suaminya iaitu menbawanya bersiar- siar dengan kereta.
Katanya itu me time untuk isterinya. Nak tahu lebih lanjut ikuti perkongsian ini.
Isteri saya kaki kereta, tahap hard core. Saya ok je sentiasa menyokong. Tak salah pun dia minat kereta.
Tapi bukan kaki kereta macam orang lelaki. Dia lain.
Dia obses naik kereta. Yang kena drive adalah saya, bukan dia. Hampir setiap hari. Jalan-jalan tanpa destinasi. Nampak jelas kegembiraannya.
Ads
Kalau mood tengah tak ok, ajak naik kereta. Setel terus
Dia mula minat naik kereta sejak jadi surirumah sepenuh masa dari tahun 2016. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10227667728059138&id=1245072773 Ni sebab kenapa dia berhenti kerja sebagai pensyarah.
Me time
Pusing-pusing naik kereta ni aktiviti yang bermanfaat sebenarnya. Macam me time bagi dia. Banyak boleh borak, slow talk, boleh bagi tazkirah secara santai sampai tertidur hahaha
Ads
Kepada para suami, merondalah membawa tulang rusuk mu, ia bagai pergi melancong dengan bajet murah
Ada tak orang lain suka naik kereta tanpa destinasi macam ni?
“Bahasa Ibu Bapa Yang Tidak Difahami Anak-anak.’-Lelaki Ni Kongsikan, Buat Ramai Tersentuh!
Kasih sayang yang diberikan oleh ibu dan ayah memang tiada galang-gantinya. Dari kita kecil hinggalah dewasa, mereka tak pernah mengeluh susah. Malah kesusahan yang mereka alami disembunyikan sebaik mungkin.
Begitulah orang tua kita, sememangnya tidak akan berterus-terang meminta bantuan daripada anak-anaknya. Biar nyawa mereka di hujung tanduk sekali pun, mereka sama sekali tidak mahu menyusahkan anak-anak. Bahkan sering kali mengucapkan dengan bahasa mereka yang pada pandangan kita sebagai anak, semuanya baik-baik sahaja.
Namun hakikatnya sebagai anak cubalah selami ke dalam hati mereka. Kadang apa yang diucap tidak sama dengan apa yang di dalam hati mereka. Ini dek kerana, ibu ayah kita punya ‘bahasa’ nya yang tersendiri.
Ikuti perkongsian Abdul Muiez untuk kita sebagai anak memahami ‘bahasa’ ibu dan ayah. Renung-renungkan agar menjadi panduan di suatu masa kelak.
‘Bahasa ibu bapa yang tidak difahami anak-anak.’
Setiap kali saya call mak atau ayah, bertanyakan khabar, jawapan mereka sama. “Alhamdulillah sihat.”
Bila adik bercerita, barulah saya faham.
“Masa mak ayah cakap sihat, aku kat belakang mak ayah. Nak je aku jerit. Cakap ajelah mak ayah tak sihat.”
Tahu apa mak ayah jawab?
“Kesian Muiez. Nak balik jauh, kena pakai duit banyak.”
Allahu akbar
“Sekarang kau tahu kan, sihat ayah kau macam mana? Selalu cakap sihat, kesudahannya sampai ke ICU dah.”
Kalau nak tahu mak ayah sihat atau tak, tanyalah adik beradik yang jaga atau selalu menjenguk mak ayah di rumah.
‘Bahasa ibu ayah yang anak-anak kena faham.’
“Mak nak beli tu tak?”
“Tak nak.”
Jawapan sebenar, belilah.
“Mak ayah nak kami balik tak minggu ni?”
“Tak payahlah balik.”
Jawapan sebenar, baliklah mak ayah rindu.
“Mak ayah nak makan ni tak? Nanti kami beli.”
“Tak payahlah. Bukannya makan pun.”
Jawapan sebenar, belilah. Mak nak rasa.
“Baju raya mak ayah nak warna apa tahun ni?”
“Tak payah belilah. Baju lama ada lagi.”
Jawapan sebenar, belilah mak ayah nak sedondon dengan kau.
“Mak nak kami hantar ke?”
“Tak payahlah. Nanti pandailah mak pergi sendiri.”
Jawapan sebenar, hantarlah. Mak nak naik kereta kau.
“Mak ayah nak beli kek tak untuk hari jadi nanti?”
“Tak payahlah. Mak dah tak boleh makan manis.”
Jawapan sebenar, belilah. Nanti boleh makan sekeluarga.
Anak-anak, cubalah faham bahasa mak ayah sementara masih ada masa.
Kisah seorang gadis yang terpaksa meredah hujan untuk menghantar pesanan makanan mengundang sebak dalam kalangan warga twitter.
Namun, apa yang membuatkan ramai tersentuh adalah baju hujan yang dipakai itu dibuat oleh ayahnya sendiri menggunakan plastik sampah.
Perkongsian yang tular tersebut sehingga meraih 4,300 tanda suka dan diulang kicau lebih 2,200 kali menyentuh hati sehingga mengundang sebak dikalangan warganet.
Abah buatkan plastik sampah as baju hujan sebab nak hantar makanan kat customer, dalam perjalanan tu aku boleh pulak bergenang air mata. Semoga semua keperitan, hujan panas yang aku lalui selama ni membuahkan hasil satu hari nanti :’) Adik sayang abah dunia akhirat ❤️ pic.twitter.com/8A1ZZJEjVy
Dalam satu perkongsian, Murnie memberitahu ayahnya menghasilkan baju hujan daripada plastik sampah untuk mengelakkan dirinya daripada kesejukan.
“Awalnya cari baju hujan tapi tak jumpa, itu yang abah tanya tak basah ke baju nanti. Lepas tu dia tergerak nak buatkan baju hujan daripada platik sampah.
“Sebenarnya memang segan pakai baju hujan tu yelah siap berhenti tiga lampu isyarat.
“Menangis sambil bawa motor, sambil hujan. Tapi saya nampak semangat ayah saya berniaga, itu yang saya teruskan, niat nak bantu keluarga je.
“Ayah saya pun bukan sihat macam dulu lagi, dia ada sakit buah pinggang dan terpaksa jalani dialisis. Jadi saya ambil semangat dia tu untuk terus cekal,” katanya.
Gadis berusia 20 tahun ini menjalankan bisnes warisan aneka sup dan soto ayahnya yang terletak di Kampung Ulu Pulai, Gelang Patah Johor. Menurutnya, bisnes tersebut sudah lama diusahakan sejak dia berada di tingkatan tiga.
“Dulu kawasan kampung je, buka khemah lepas tu barulah ada naik taraf now kami duduk dekat kabin.
“Kiranya dah lima tahun juga la kami berniaga sebenarnya. Saya memang simpan hasrat untuk buka cawangan satu Malaysia dan ada kedai sendiri dalam tempoh 5 tahun akan datang,” katanya.
Jelasnya, dia tidak menyangka posting berkenaan viral selepas dia memuat naik gambar berkenaan.
“Bila saya baca komen satu-satu saya tak sangka sampai ada yang sponsor baju hujan yang tebal sikit.
“Tapi ada juga yang cakap guna plastik sampah ni memamg dulu-dulu orang guna. Tapi mostly ramai bagi kata semangat.” katanya.
Perkongsian di Twitter yang tular itu mendapat pelbagai respond. Rata-rata terkesan dan tersentuh hati. Tak kurang yang turut bercerita pengalaman mereka.
Lepas sunat kecik2 dulu, abah guna plastik sampah as seluar supaya dapat mandi. Semoga abah diberikan kesihatan sampai dpt tgok aku berjaya☺️ https://t.co/2cgBhJlEsN
Abah buatkan plastik sampah as baju hujan sebab nak hantar makanan kat customer, dalam perjalanan tu aku boleh pulak bergenang air mata. Semoga semua keperitan, hujan panas yang aku lalui selama ni membuahkan hasil satu hari nanti :’) Adik sayang abah dunia akhirat ❤️ pic.twitter.com/8A1ZZJEjVy
Biasa buat masa ngan husband dlu. Kalau hujan masa nak balik keja, memang plastik sampah la ktorg rembat hahahaha..Baju hujan ade je tp malas nak bawak 😌 https://t.co/0GCBguXvCv
— يولف سوديرمن👨👩👧👦 (@YulfaSudirman) July 14, 2020
masa aku di sekolah rendah,darjah 1.Masa tu musim hujan,blum ada lg kenderaan mau pgi sekola.jd my father buatkan baju hujan dri plastik sampah supaya nd basah sbb jalan kaki pgi skolaa . nda malu pun pkai bju hujan tu smpai skola, im proud and appreciate it ❤️ https://t.co/Lqwwak83ax
Dulu ibu aku pun pernah buatkan plastik sampah jadi baju hujan utk aku pakai pergi sekolah. Sampai sekolah aku buang. Balik sekolah basah² sebab still hujan lepastu kena marah 🤣🤣 https://t.co/0pt7tzjt59
Hendak memasak kari bukan senang. Jika salah caranya, santan dan minyaknya boleh jadi ‘karam’. Malah kuahnya jadi tidak elok teksturnya.
Apa langkah dan petua terbaik untuk jadikan rasa kari sama seperti yang dimasak oleh mak-mak kita? Perkongsian Puan Fauziah Samad di blognya, www.dapurkakjee.com, boleh kita jadikan panduan untuk masak kari lebih umphh macam mak-mak kita.
Jom ikut cara yang dikongsikannya.
Entri ni bukan nak bagi korang resipi. Tapi untuk turunkan sikit petua camner nak masak kari yang sedap. Eh sedap ke aku masak?
Kak Jee baru tahu cara masak kari yang sebenar kira-kira 13 tahun lalu. Masa tu Kak Jee tinggal di Cheras Perdana. Setiap pagi sebelum pergi kerja, Kak Jee dan Uncle Pali akan singgah satu gerai untuk makan tosei berhampiran apartmen kami.
Kerana mulut Kak Jee yang macam murai cabut ekor peramah, asyik senyum kat customer yang makan situ, satu hari berkenalan lah dengan sepasang suami isteri yang dah pencen. Usia dalam lingkungan lewat 60-an masa tu. Kedua-duanya berasal dari Pulau Pinang. Pindah ke KL ikut anak.
Kak Jee beritahu dia, orang Pulau Pinang mesti pandai masak kari. Nasib Kak Jee baik sebab Uncle tu rupa-rupanya pandai masak. Dia kata kalau nak masak kari, rempahnya mesti cukup garing atau cukup masak. Tapi jangan biarkan hangus.
Dulu-dulu kalau masak kari, Kak Jee mesti bancuh rempahnya dengan air baru Kak Jee masukkan ke dalam periuk setelah tumis bawang bersama halia dan bahan-bahan lain.
“Salah tu, lepas tumis bawang bersama bahan-bahan lain, masukkan rempah kering dan goreng pantas selama 1 atau dua minit. Kemudian masukkan air. Tak boleh banyak sampai banjir. Tapi cukup untuk jadikan rempah itu cair sedikit. Lepas tu perlahankan api hingga rempah terbit minyak.
” Lepas terbit minyak barulah masukkan daun kari ataupun kentang. Kemudian masukkan ayam atau daging. Biar ayam atau daging kecut baru tambah lagi air. Apabila dah masuk air dan santan kalau guna (ada bubuh susu segar), perlahan api dan biarkan lauk kari itu reneh. Kemudian apabila kentang dah empuk, masukkan asam jawa atau asam keping, garam secukup rasa.”
Sejak itu, Kak Jee ikut sebijik-sebijik arahan Uncle tu. Malah masa Kak Jee meniaga Roti Jala dulu, kari ayam kami sangat disukai pelanggan. Mereka kata kari Kak Jee tak ada bau rempah mentah.
Masa tumis tu amat penting. Kena sabar dan jaga api betul-betul. Biar rempah digoreng sempurna kalau mahukan rasa kari yang sedap. Kalau rempah hangus, kari jadi pahit.”
Tak percaya korang cubalah. Begitu perkongsiannya.
5 Tips Ekstra
Berikut merupakan lima langkah yang anda boleh ikuti untuk pastikan kari bertambah enak. Kena tahu lima cara ni.
Kuantiti Minyak
Hendak menumis kari yang anda kena tahu minyaknya kenalah banyak, bukan setakat dua sudu besar sahaja. Tambahkanlah sedikit lagi supaya timbul minyaknya ketika anda masukkan santan. Minyak yang banyak bukan saja nampak cantik tapi rasanya pun lebih sedap.
Hirisan Bawang
Setengah orang suka kisar atau tumbuk bawang semasa menumis kari. Boleh sahaja kesemua jenis ini namun kalau anda hendak tahu, rasanya berbeza-beza. Yang perlu anda tahu, hirisan bawang merah, bawang putih atau halia perlu ada supaya menaikkan rasanya ketika menumis. Cukup hanya dihiris dan biarkannya layu.
Halba Campur
Sesetengah orang mungkin tidak menggunakan halba campur atau ada juga yang menggunakan serbuk halba dalam tumisan kari ikan. Halba campur adalah bahan terpenting dalam masakan kari ikan. Campuran halba yang terdiri daripada jintan putih, jintan manis, halba dan juga biji sawi ini meninggalkan rasa dan aroma yang cukup hebat untuk kari ikan. Kena ada!
Pecah Minyak
Ini langkah paling penting ketika menumis. Pastikan rempah ‘pecah minyaknya’ atau sesetengah orang panggil naik minyak. Pastikan minyak timbul dipermukaannya dan barulah dimasukkan ikan serta santan. Ketika menumis rempah, pastikan dibiarkan lama dengan penggunaan api perlahan sehingga minyak naik.
Asam Jawa & Santan
Pastikan santan digaulkan dengan asam jawa hingga sebati terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam periuk. Apabila sebati adunannya barulah dituang ke dalam tumisan rempah yang sudah naik minyaknya. Mungkin ini agak janggal namun enak rasanya.
Kacau Sentiasa
Sebaik santan dimasukkan, kari haruslah sentiasa dikacau atau sesekali dikacau sehingga kuahnya mendidih. Ini bagi memastikan santan tidak pecah minyaknya dan struktur kuah juga lebih elok.
Sedikit Masam
Rasa kuah kari ikan utara sememangnya masam berbanding jenis kari lain. Gaulkan asam jawa secukupnya ke dalam santan dan perasakan. Rasa garam juga harus seimbang. Paling penting, biarkan sedikit masam barulah rasanya lebih ‘umphh’.
Tambahan Sayuran
Akhir sekali masukkanlah tambahan sayuran. Tidak terlalu penting namun tambahan sayuran seperti kacang bendi dan tomato menaikkan lagi rasa berbeza kepada rasa kuah kari.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.