Bahagia sebuah keluarga itu pelbagai cara. Ia termasuk mempunyai adik beradik yang ramai.
Namun untuk membesarkan anak yang ramai ada cabarannya.
Ia menjadi momen yang akan dikenang dan menjadikan diri lebih motivasi.
Begitulah perkongsian saudara Mohd Yazid Islam dalam facebooknya tentang cabaran mempunyai adik beradik yang ramai.
“Saya ada 16 adik beradik seibu sebapa.
1 hingga 11 semua lelaki.
12 hingga 16 semua perempuan.”
Seterusnya ikuti perkongsian beliau.
Cabaran hidup dengan RM150
Pada tahun 1991, masa mak mengandung anak ke16 ayah diserang stroke dan lumpuh. Hilang sumber pendapatan. Tiada simpanan sebab hidup cukup-cukup makan je.
Ads
Alhamdulillah pihak masjid bagi wang ehsan setiap bulan hanya rm150.
Mak besarkan kami dan dalam masa yg sama uruskan ayah yg lumpuh dengan seratus lima puluh tu. Macam mana boleh survive? Ni semua urusan Allah..semua rezeki dari Allah
Allah bagi rezeki kepada anak-anak dalam bentuk kesedaran untuk berdikari. Walaupun masih sekolah rendah kami dah mula cari duit sendiri. Jadi buruh sementara, kutip botol dan tin aluminium untuk dijual, bercucuk tanam dan lain-lain.
Pada tahun 2001, ketika tingkatan 4, saya masih kutip kayu api untuk masak. Ada berlaku kecederaan ketika sedang memotong kayu, parang terkena kat tangan. Ada kesan parut di tangan kiri.
Makanan kami juga tidak semewah orang lain. Makan nasi tanpa lauk sudah jadi kebiasaan. Sekadar nasi campur air, garam dan sedikit gula sudah memadai. Mujur di sekolah ada Rancangan Makanan Tambahan RMT, dapatlah kami rasa makan yang sedap secara berterusan.
Ads
Walau keadaan hidup begitu susah, tidak pernah sekalipun mak berhenti berjuang mahupun mengaku kalah dalam membesarkan anak-anaknya.
Mak juga tidak berkeluh-kesah di hadapan anak-anak, biarpun beberapa kali saya melihat mak menangis mungkin kerana terlalu berat menanggung keperitan hidup.Kami anak-anak yang masih kecil ketika itu hanya boleh menahan sedih melihat keadaan emak.
Ketika itu memang tidak banyak yang boleh kami bantu, malah untuk angkat ayah yang lumpuh untuk dimandikan pun susah. Saya banyak kali menangis sebab melihat ayah yang makin lemah dan kudis di badannya makin besar disebabkan terlalu lama baring..sangat meruntun jiwa.
Nasib baik abang-abang di sekolah menengah banyak tolong dengan penuh kesabaran tetapi apabila mereka masuk universiti, tinggal kami yang kecil-kecil sahaja di rumah.
Masak dapur kayu nak jimat
Ads
Sehingga tahun 2001, kami masih memasak menggunakan dapur kayu api. Bukan tidak ada dapur gas tetapi mahu menjimatkan wang daripada membeli gas. Kalau bekalan kayu api berkurang, kami adik beradik akan masuk hutan mencari kayu api. Ketika itu tiada lagi orang kampung yang mengutip kayu api, hanya keluarga kami sahaja.
Mak pula pegang prinsip tidak akan hutang duit orang. Hidup dengan sekadar apa yang ada. Alhamdulillah, beban emak sedikit ringan apabila abang-abang di universiti mengirim duit biasiswa masing-masing untuk adik-adik di kampung. Pernah abang saya cerita, dia sanggup ikat perut semata-mata untuk hantar duit ke kampung.
Arwah ayah pentingkan solat berjemaah
Sepanjang ingatan saya, semasa ayah masih hidup dan sihat, dia tidak pernah bertanya tentang pencapaian pelajaran anak-anak, tapi ayah selalu tanya tentang solat di masjid atau tak. Arwah ayah selalu pesan, “tidak guna belajar tinggi dan pangkat tinggi tapi solat jemaah tidak dijaga”. Arwah ayah memang sangat menekankan pendidikan agama dan praktikalnya.
Walaupun kami masa masih bersekolah dan sangat sibuk dengan mencari duit tapi kami tetap ke masjid solat jemaah. Kami cuma dapat belajar ketika di sekolah sahaja kerana di rumah kami sibuk dengan kerja dan mengasuh adik-adik yang masih bayi. Namun, syukur semuanya kini cemerlang dalam pelajaran.
Alhamdulillah 1 hingga 16 berjaya semua masuk universiti.
Pesanan untuk ibubapa, bagi mendapat keluarga yang bahagia di dunia dan akhirat berilah penekanan pada pendidikan agama terutamanya solat. Anak-anak lelaki mesti dibiasakan dengan solat jemaah.
Sekarang bila tengok orang yg kutip tin dan botol di tepi jalan saya teringat keadaan saya dulu-dulu. Walaupun saya dah hidup senang dan alhamdulillah bisnes Public Mutual saya maju tapi saya tak lupa asal usul saya.
Sumber: Mohd Yazid Ismail
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Itulah kata-kata kata penyanyi dan juga anak kepada usahawan, Datuk Seri Vida atau Vida, iaitu Cik B, menggambarkan kepayahan dan ketabahan ibunya selama ini.
Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen berkata, sudah lama dia memendam perasaan sebenar terhadap ibunya dan kini hanya dapat luahkan menerusi lagu terbarunya berjudul Doakan.
“Lagu ini luahan hati yang tidak dapat saya cakap sendiri kepada ibu. Betapa saya ingin sekali beritahu kepadanya tetapi saya sejenis yang suka meluah. Saya pendam saja selama ini.
“Mengimbas kepayahan ibu, banyak hal saya nak cakap pada dia. Apatah lagi melihat sendiri betapa ibu bersusah-payah membesarkan kami, urus perniagaan dan lain-lain. Saya nampak semua itu,” katanya.
Memetik laporan Harian Metri, Cik B berkata, dia memang kurang mendapat perhatian seorang ibu kerana Vida sibuk memajukan perniagaannya.
“Sejak kecil, saya kurang merasa kasih seorang ibu kerana mama jarang ada di rumah dan sibuk setiap masa. Sehinggakan saya rasa kalau dua hari bersama mama sangat bermakna.
“Mama adalah insan yang terhebat Allah kurniakan kepada saya. Mama tak pernah jentik atau pukul saya. Dialah mama, ayah, kawan dan kakak dalam hidup saya,” katanya.
Bagaimanapun, Cik B faham pengorbanan Vida itu adalah demi kebaikan keluarga pada masa hadapan juga.
Dalam pada itu, Cik B berkata, lagu terbabit juga bukan bertujuan provokasi kepada pihak tertentu. Sebaliknya ia boleh dikaitkan dengan kisah orang ramai secara umum.
“Lagu ni tak ada tuju kepada sesiapa pun. Tetapi siapa yang makan cili dia lah terasa pedasnya. Lagu ini memang kena kepada sesiapa yang pernah melalui kisah hidup yang sama macam saya.
“Di YouTube, ramai yang komen tersentuh dengan lagu Doakan ini. Ada yang kata mereka melalui kisah yang sama seperti saya,” katanya.
Sumber : Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Memang tidak dinafikan nak bina rumah tangga bahagia bukan mudah. Sudah tentu ada onak dan duri.
Ada pasangan yang dahulunya bahagia tapi disebabkan sikap yang mudah kesian kepada orang luar boleh menjadi cetusan kepada kemusnahan rumahtangga.
Begitulah perkongsian yang dipaparkan seorang doktor Pediatrik, Dr Redza Zainal dalam coretan berkongsi kisah benar seorang rakannya.
Beliau menasihat lelaki yang sudah bergelar suami, jangan mengamalkan sikap kesian kepada wanita lain selain daripada ibu atau isteri supaya dapat kekalkan kebahagian keluarga.
Ada seorang kawan lelaki saya ni kata dia kasihan dengan seorang wanita ni.
Terus tegak bulu roma saya. Meremang rasanya sampai ke tengkuk ni.
Dalam banyak-banyak rasa kasihan ni, jangan senang-senang rasa kasihan pada wanita selain dari isteri dan mak kita sendiri.
Kasihan dia kerja susah, kasihan dia duduk jauh, simpati dia ada masalah rumah tangga, simpati dia baru bercerai, kasihan dia anak yatim. Semua orang pun ada masalah hidup.
Kalau nak rasa kasihan pada wanita lain, fikir dulu kita ni dah cukup kasihankan isteri sendiri ke belum.
Dia buat kerja rumah, penat lelah dia, pengorbanan dia siang malam, ini yang patut kita sayang-sayangkan.
Hanya mak dan isteri kita saja yang layak dapat rasa kasihan dari seorang lelaki bernama suami ni.
Yang lain dari tu, kita simpan saja rasa kasihan tu. Dari rasa kasihan tu lah, timbul rasa suka yang tak sepatutnya. Asalnya nak tolong, lama-lama jadi lain.
Biarlah kawan-kawan perempuan yang bantu. Kita doakan pun dah lebih dari cukup.
Masalah jerawat dibahagian belakang badan buat kita buntu malah membelenggu kita. Jangan katakan sebagai masalah anak remaja, malah kita yang dewasa ini juga tidak terkecuali.
Kalau sudah bosan mencuba produk yang dibeli di kedai mahupun farmasi, anda boleh mencuba kaedah alami yang jauh lebih murah dan mudah untuk dilakukan.
Salah satu cara yang paling mudah dilakukan adalah dengan menggunakan putih telur dari ayam kampung dan mentimun segar. Ramuan-ramuan ini mudah didapati di dalam rumah. Buat sahaja dan minta anak atau suami sapukan di belakang badan. Confirm jerawat makin reda.
Skrub Sental Jerawat Di Badan
Ikuti cara-cara di bawah:
Bahan-bahan:
Timun
Putih telur
Caranya:
1. Pukul putih telur sampai berbuih.
2. Kisar timun di dalam mesin pengisar sampai halus.
3. Campurkan kedua-dua bahan dan kacau rata.
4. Sapu rata pada bahagian belakang badan selepas mandi dan sabun dengan menggunakan sabun anti-bakteria.
5. Biarkan sehingga masker kering selama 30 minit.
6. Setelah kering, bersihkan sisa masker dengan tuala yang dicelup air panas.
7. Amalkan dua hingga tiga kali seminggu sehingga mendapat hasil seperti yang dikehendaki.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pasangan pengantin mencuri perhatian ramai apabila memilih konsep perkahwinan bertemakan Doom & Gothic, sesuatu yang jarang sekali dilihat dalam majlis perkahwinan di Malaysia.