Bergelar ibu bapa dalam usia yang muda tidak menampakkan pasangan ini kekok. Sementelah buah hati kesayangan mereka, Fahad Ibrahim atau nama manjanya, Yem cukup mudah dijaga, biarpun lasak dan mudah rapat dengan orang yang baru dikenali.
“Cara didikan anak pada saya tidak masalah. Jika ibu moden lain lebih suka mendedahkan anak-anak dengan gajet, berbeza dengan saya. Kami suami isteri tak suka Yem selalu bermain gajet termasuklah telefon mahupun televisyen. Tiada istilah telefon di tempat makan. Kalau kami nampak dia ralit dengan televisyen, cepat-cepat kami tutup. Sekarang dia dah pandai sebut beberapa perkataan, jadi kami beli flash card dan pagi 10 minit dan sebelum tidur 10 minit kami akan ajar. Walaupun dua perkataan itu dah memadai dan tidak mahu terlalu ‘push’ dia.
“Berbanding membaca tip di internet, saya lebih suka bertanya kepada kawan-kawan yang lebih berpengalaman. Itu lebih mudah kerana mereka sudah pernah melalui berbanding membaca buku atau melayari internet. Soal bab kesihatan, sepertimana ibu bapa lain saya dan suami memang menitikberatkan soal kebersihan. Terutama suami yang agak tegas bab pemakanan. Makanan segera misalnya tidak elok untuk kesihatan, jadi suami tidak suka mengamalkannya berbanding saya yang tidak kisah sangat. Kalau boleh kena kurangkan pengambilannya.
“Yem sangat rapat dengan kami berdua, lasak dan nombor satu suka berkawan sehingga ada budak-budak yang ‘rimas’ dengannya. Selain itu, dia cepat ikut perangai ‘tak elok’ kami berdua seperti cepat marah, perengus dan apa yang ayahnya buat seperti menari dia akan ikut. Cepat pula dia ikut benda yang tak elok, “seloroh Nad lagi tatkala ditanya mengenai perangai anaknya itu.
Ditanya mengenai keterujaan sebagai ibu untuk memberikan makanan kepada anak hasil air tangan sendiri, akui Nad setakat ini belum berpeluang berbuat demikian.
“Secara jujurnya saya memang tidak memasak. Dulu pernah cuba, tetapi Yem tidak mahu makan sehinggakan saya jadi tawar hati untuk memasak lagi. Tetapi akan datang insyaAllah saya mahu belajar memandangkan Yem nampak keinginan untuk makan terutama Nasi Goreng Cina.
“Dalam soal mendidik, kami memang tegas dan tak suka manjakan anak. Cuma datuk dan nenek memang sangat manjakan yem. Kebetulan dia cucu sulung untuk kedua belah ahli keluarga. Tetapi kami akan terangkan kepada famili kenapa tidak boleh terlalu manjakan anak kami dan mereka boleh terima,” ujar Nad yang tinggal sendiri tetapi akan menghantar anaknya ke rumah mentuanya apabila dia dan suami ada kerja luar.
Tidak suka bawa anak ke lokasi
Ads
Tidak suka membawa anak ke lokasi penggambaran, akui Nad mereka suami isteri sudah sepakat untuk menjaga sendiri anak. Jika kedua mereka ada kerja luar barulah urusan penjagaan anak diserahkan kepada nenek dan atuknya.
“Dari segi profesionalisme, saya rasa tidak wajar untuk membawa anak ketika bekerja. Ia bukan memudahkan bahkan boleh mejejaskan kualiti dan masa orang lain. Bayangkan kalau krew lain yang sudah ada anak isteri boleh tinggalkan mereka, kenapa saya mahu mementingkan diri berbuat demikian. Lagipun jika bawa anak ke tempat kerja bukan sahaja membuatkan anda tidak boleh fokus, malah melambatkan kerja.
“Jadi, pada saya tidak wajar, sebaiknya saya akan tinggalkan anak dengan suami jika ada shooting dan apabila suami ada kerja luar, saya pula yang akan mengambil alih tugas menjaga anak. Apabila kami berdua ada kerja luar, barulah Yem akan dihantar kepada datuk dan nenek untuk dijaga,”ulas Nad yang mahu memberi sepenuh kasih sayang dan didikan kepada anaknya Yem sebelum memikirkan untuk menambah ahli baru dalam keluarga mereka.
Pilih bisnes kasut
Ads
Mengulas lanjut mengenai kerjaya seni usai bergelar ibu, Nad Zainal atau nama sebenarnya Farah Nadia Bint Zainal Abidin aktif dalam bidang lakonan, Nad Zainal juga menceburi bidang bisnes iaitu dalam penghasilan kasut. Selain dilantik duta untuk produk untuk Beyond Rich Sdn Bhd, pengeluar produk kecantikan jenama Audela.
“Jika selebriti lain memilih pakaian mahupun kosmetik untuk bisnes, tetapi saya lebih gemar pada kasut kerana jarang orang buat. Saya punya keutamaan tak perlu terlalu tinggi, yang penting keselesaan, cantik, harga yang berpatutan dan buatan Malaysia. Saya juga tidak keluarkan dalam kuantiti yang banyak kerana ia limited tetapi harga berpatutan. Saya akan kongsi idea bersama rakan kongsi untuk idea rekaan dan sasaran untuk pasaran adalah merangkumi pelajar dan wanita berusia 35 tahun.
“Walaupun ada bisnes sendiri, saya perlu uruskan bahagian pemasaran dan promosi di media sosial untuk produk Audela. Manakala untuk jenama kasut FarrabyNadZainal pula, ada rakan kongsi, Ezza dan jika tidak sibuk dengan shooting, masa saya dihabiskan untuk bisnes pula.
“Lagipun, untuk kasut ini dilakukan dari rumah dan saya akan curi-curi masa untuk melakukannya. Nama untuk jenama kasut ini diambil dari nama sebenar saya Fara yang digabungkan dengan nama komersil saya.
“Memang sambutan sangat baik pada kasut keluaran kami walaupun hanya menjual melalui online, tapi kalau boleh saya saya mahu membuka kedai kasut sendiri. Saya mahu pelanggan rasa dan lihat sendiri produk sebelum beli, jadi mereka lebih yakin dengan produk. Jadi saya rasa produk yang bagus kena ada kiosk atau kedai sendiri supaya lebih elok dari segi pemasaran,”ulas Nad Zainal lagi.
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Umum sudah sedia maklum pergolakan yang berlaku dalam rumahtangga pelakon, Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin. Baru-baru ini Puteri Sarah mengesahkan wanita yang didakwa mengganggu rumah tangga bersama suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar sudah memberi keterangan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada minggu lalu.
Menurut Sarah, Ira dipanggil bagi membantu siasatan berhubung tindakan saman yang difailkannya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di JAWI serta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada penghujung Jun lalu.
Namun, aktres berumur 37 tahun ini tidak dapat memaklumkan tarikh sebenar keterangan itu dibuat berikutan enggan mengganggu siasatan.
“Apa yang boleh saya beritahu, dia sudah pun tampil beri keterangan dan sekarang pegawai penyiasat sedang jalankan siasatan.
“Siasatan juga mengambil masa dan Insya-Allah selepas selesai saya akan bertindak ke peringkat seterusnya.
“Ada dua aduan dibuat iaitu satu di mahkamah syariah untuk dakwaan orang ketiga manakala di mahkamah sivil untuk dakwaan melakukan gangguan.” katanya ketika sidang media teater Maduku Terpaling Kalut yang diadakan di Ascott Kuala Lumpur, pada Selasa.
Tambah pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, dia berasa lega melihat perkembangan kes aduannya itu yang berjalan dengan baik.
“Saya perjuangkan ini untuk diri sendiri dan anak-anak. Ia memang satu proses yang panjang tetapi alhamdulillah, ada progres.
“Saya tak kisah menunggu asalkan ada pergerakan tentang siasatan ini. Nampak usaha keras saya berjalan.” tambahnya.
Dalam pada itu, Sarah menyatakan kini dia dan keluarga tidak lagi diganggu oleh pihak ketiga selepas arahan injuksi dikeluarkan.
“Pihak di sebelah sana tidak boleh berkomunikasi langsung dengan saya dan mendekati keluarga saya.
“Sekarang saya akui hidup saya lebih aman.” ulasnya.
Minggu lalu, Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail mengesahkan Ira Kazar hadir memberi keterangan berhubung gangguan orang ketiga dalam rumah tangga membabitkan Sarah dan suaminya Syamsul Yusof.
Ira disiasat berdasarkan Seksyen 38 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.
Sumber : Gempak
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Baru dua minggu mendirikan rumah tangga, suami ini akur apabila isteri yang dikahwininya pergi bertemu Sang Pencipta buat selama-lamanya angkara buatan orang.
Berkongsi video momen saat mereka disatukan, Syed Syamin Syed Sabry, 27, mencoretkan kata-kata buat isteri tercintanya dengan kapsyen dalam kenangan Zullini Akmal binti Alias.
Ayang rehat lah sekarang ye.. Lama sangat ayang menderita menahan sakit n derita.. biar orang buat kita macam mana sekali pun kta jangan balas.. Allah ada biar Allah membalasnya…Semoga ayang tenang kat sana.. nanti ayang jemput b ye.. b sayang sangat@ kat ayang.. kita nikah abru 2 minggu ayang dah tinggalkan b buat selamanya.. b redha pemergian ayang.
Memetik temu bual suaminya bersama wartawan Mstar, detik-detik permulaan kepada penderitaan yang dialami arwah isterinya betul-betul pada malam pertama perkahwinan mereka sehingga menghembuskan nafas terakhir pada 17 Februari lalu.
“Kami bersanding pada 5 Februari, bermula malam tu arwah sakit. Masa kami nak bersama, keluar ketulan darah dari kemaluan dia. Ketulan besar”.
Bermula keesokan harinya, arwah sakit badan dan tiada selera badan.
Tambahnya, ‘benda’ itu selalunya ganggu pada waktu malam menyebabkan dia langsung tidak boleh tinggalkan isterinya. Selama dua minggu, Syamin setia di sisi isterinya dan kata arwah beliau hanya mahukan Syed Syamin (suaminya), tak nak lelaki lain kerana lelaki lain semua jahat.
Ditanya tentang berubat, Syamin dan arwah isterinya sudah menemui beberapa pengamal perubatan Islam dan dipercayai penyakit yang dialami itu adalah sihir dan santau.
Bukan sejak berkahwin sahaja gangguan berlaku, Syed Syamin berkata arwah diganggu sejak 2016 atau 2017 iaitu sebelum kahwin. Macam-macam dugaan sampai ada tahap menjadikan mereka tak jadi kahwin.
Elak dari perkena serangan jantung, jom ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi ni!
Comel betul adik-adik BK buat Challange kumpul marshmellow!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bersambung lagi, sudah tentu kelas pembelajaran anak-anak tetap diteruskan.
Apabila anak di rumah pasti ada yang kerap ulang-alik ke dapur mencari kudapan.
Buat ibu-ibu yang sibuk, apa kata cuba buat pizza dalam cawan ni. Mudah aje. Nak uruskan anak-anak pun mudah. Seorang ambil satu cup. Mudahkan! Jumpa ikuti resipi ini.
Bacaan surah Al-Fatihah oleh anak usahawan Neelofa dan PU Riz, Muhammad Bilal dipuji wargamaya malah memuji cara didikan pasangan ini dalam mendidik anak mereka.