Bila ditanya apa bezanya puasa tahun ini dengan puasa tahun lepas, tentu macam-macam pengalamannya.
Pun begitu, syukurilah kerana tahun ini ada sesuatu hikmah yang terkandung yang mungkin masih ada yang belum menyedarinya. Antaranya seperti yang disenaraikan oleh Dr Taufik Razif ini.
Hikmah Puasa Ramadhan Dalam PKP Yang Kita Mungkin Tak Sedar
1. Mungkin ini kali pertama kita fokus 100% berpuasa di Bulan Ramadhan tanpa terganggu dengan persiapan Aidilfitri
2. Mungkin ini kali pertama kita boleh fokus 100% terawih bersama anak anak dan isteri
Ads
3. Mungkin ini pertama kali pahala puasa kita tidak terganggu oleh dosa mata ketika mengunjungi Bazar Ramadhan seperti tahun tahun sebelum ini
4. Mungkin ini pertama kali puasa Ramadhan kita penuh dengan Uzlah dan bersunyi sunyian hati kita bersama dengan Ilahi
5. Mungkin ini pertama kali puasa Ramadhan kita terhindar daripada pergaulan bebas dan waktu solat yang tidak dijagai
Ads
6. Mungkin ini pertama kali puasa Ramadhan kita penuh dengan menyendiri untuk refleksi hati dan diri kita sendiri
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al Baqarah: 216)
Aktiviti drill atau tebuk lubang pasti akan membuatkan habuk berterbangan dan setiap kali selesai buat kerja , kena pula menyapu lantai kan. Bagi anda yang nak kurangkan masalah habuk memenuhi lantai, apa kata cuba tip yang dikongsikan oleh saudara Hong Guan. Caranya cukup mudah dan tak banyak modal, hanya gunakan kertas A4 dan masking tape sahaja.
Salam semua warga sekalian. Sekadar nak kongsi petua tebuk dinding. Selalunya saya buat satu sampul kertas pakai kertas A4 lipat2 dan masking tape lekat dekat bawah lubang yg nak tebuk utk kumpul pasir yg keluar masa drill.
Boleh pakai sampul surat, beg plastik, apa2 je yg boleh kumpul pasir. Macam ni tak payah nak sapu atau bersihkan lantai lepas drill. Habuk/pasir semua terkumpul dalam sampul buang je kat tong sampah.
Lagi satu tip, saya lekatkan magnet kecik beli kat Daiso di tepi cordless drill utk pegang skru lebihan, boleh pasang skru berterusan tanpa ulang alik naik turun tangga. Harap bermanfaat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Meskipun terdapat kebaikan apabila tinggal bersama keluarga mertua, namun ada ketikanya boleh memberi kesan tidak baik pada pasangan suami isteri malah bagi pihak mertua juga. Ini dijelaskan detail oleh Puan Normaliza Mahadi, Kaunselor Keluarga dan Perkahwinan. Semoga perkongsian ini memberi serba sedikit panduan dan bermanfaat untuk semua.
Ini perkongsiannya.
Anak lelaki yang dah kahwin, biarlah mereka hidup dengan isteri dan anak-anaknya di rumah lain. Biarlah dia kendalikan hidupnya sendiri. Biar dia mengendalikan hidup berumahtangga ikut acuan sendiri.
Jika nak anak rumah dekat boleh tapi masih berlainan rumah, dapur dan bilik air. Jangan paksa anak lelaki duduk di rumah dengan keluarganya untuk menjaga banyak perkara.
Anak lelaki ni dan anak perempuan ke, bila dah kahwin biarkan mereka hidup sendiri. Dah besar. Dah baligh. Dah boleh berfikir. Kita nak bantu, bantu aje dari jauh. Tapi jangan keruhkan keadaan. Jangan ugut anak kalau tak nak dengar cakap mak, akan jadi anak derhaka.
Kalau nak jugak anak duduk sekali dengan menantu, boleh. Tutup telinga. Pejamkan mata. Bisukan suara. Kalau tak boleh buat ni, jangan ajak anak menantu duduk sekali! Jangan..
Jangan campur urusan mereka.
Dan anak lelaki kan ke pemimpin. Benda besar seperti rumahtangga ni patutnya boleh uruskan. Tak akan benda macam ni pun tak faham. Isteri perlukan privasi. Isteri perlu kendalikan rumahtangga ikut cara dia. Nanti jika mak masuk campur, lagi susah dan serba salah.
Jaga Hati
Jadi beritahu mak dengan baik, yang isteri dan anak mesti duduk rumah sendiri.
Ada banyak isu anak lelaki yang dah jadi suami tetapi masih lagi tak tahu apa yang perlu dan apa yang mahu. Ajak isteri tinggal rumah mak, sedangkan dah tahu mak dan isteri berkonflik. Mak dan isteri tidak sebulu. Tetapi mereka ok jika berjumpa pada waktu tertentu. Kekalkan keadaan itu.
Anak lelaki kena jaga hati mak. Hati isteri pun penting juga. Tak payah duduk tengah. Tapi gunakan kepimpinan untuk membuat keputusan.
Komitmen Besar
Anak perempuan pun sama. Dah kahwin, tinggalkan rumah. Ikut suami. Kalau dari dulu tahu tak nak ikut suami, tak payah kahwin. Tinggal aje dengan mak. Ini lepas kahwin, bila suami ajak pindah tak nak. Tapi macam saya tulis kat atas, ajak pindah ke rumah sendiri bukan rumah kongsi dengan ibubapa.
Perkahwinan ni adalah satu institusi yang sangat tua. Tapi banyak masalah yang remeh pun masih belum lega.
Nak kahwin ni adalah komitment besar. Sangat besar. Banyak perubahan dan keputusan perlu dilakukan. Bukan setakat akad dan kemudiannya selesai.
Kepada suami dan isteri, matanglah. Perkahwinan ini adalah medan orang lelaki dan perempuan dewasa. Yang perangai macam budak kecik tu hanyalah untuk anak-anak sahaja.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Dalam hidup ini boleh kita katakan antara perkara yang dapat menjanjikan satu perasaan kelegaan dalam diri adalah apabila telah bebas daripada komitmen bayaran ansuran untuk kereta mahu pun rumah.
Apa tidaknya sama ada bayaran ansuran kereta mahu pun rumah, kedua-duanya melibatkan peruntukan wang yang besar hingga ribuan ringgit dalam sebulan.
Malah bebanan membayar jumlah yang besar itu telah ditanggung bertahun-tahun lamanya. Andai suatu hari sudah tidak perlu lagi membayarnya, alangkah seronoknya.
Pun begitu, dalam anda rasa gembira bayaran ansuran rumah telah habis dibayar pada pihak bank, jangan ingat rumah itu terus jadi milik anda!
Ini sebagaimana apa yang dijelaskan oleh Peguam Faridah Begum Abdul Rahman, bolehlah dijadikan rujukan untuk semua. Maklumlah bukan semua antara kita ada pengalaman sedemikian.
Bila kita sudah habis bayar ansuran rumah, jangan ingat rumah itu terus jadi milik kita.
Ada beberapa langkah yang perlu dilakukan.
1) Lantik peguam untuk lepaskan gadaian di pejabat tanah. Kita selalu lupa, rumah kita digadaikan kepada pihak bank semasa kita membuat pinjaman.
2) Peguam akan tulis surat memohon beberapa dokumen dari bank.
3)Selepas dapat dokumen dari bank, peguam akan mengisi dokumen-dokumen tersebut dan kembalikan kepada pihak bank.
4)Selepas peguam terima dokumen-dokumen tersebut dari pihak bank, mereka akan memfailkan borang melepaskan gadaian ke pejabat tanah di mana hartanah tersebut digadaikan.
5) Selepas siap difailkan di pejabat tanah, perlu tunggu geran baru siap.
6) Selepas geran baharu siap, baru boleh ambil di pejabat tanah. Perlu periksa butir-butir lanjut dalam geran agar tidak tersilap dan perlu periksa sama ada gadaian sudah ditarik balik.
7) Geran akan diserahkan kepada pemilik rumah.
Ada beberapa langkah yang tidak ditulis untuk menampakkan proses tersebut mudah dan ringkas.
Nampak mudah, tapi payah untuk mereka yang tidak pernah buat.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.