Bila anak-anak tidak ke sekolah dan ibu bapa pula perlu berkerja dari rumah atas sebab perlaksanaan PKPB di beberapa buah negeri akibat penularan wabak Covid-19 ini, pastinya segala aktiviti rutin harian seisi keluarga terbatas dan terhad. Hal ini juga menyebabkan ada sebahagiannya risau dengan pembelajaran anak-anak dan sebagai ibu ayah kita juga sebenarnya tercari-cari apakah pengisian terbaik untuk mengisi masa yang ada.
Tidak mahu anak-anak membazirkan masa begitu sahaja, ada baiknya kita ambil inisiatif untuk menonton slot terbaru Astro Tutor TV iaitu Kelas #DudukRumah yang telah bersiaran pada 21 Oktober pada jam 3 petang menerusi saluran 601.
Istimewanya mengenai Kelas#DudukRumah ini, setiap slot atau program yang disajikan kepada penonton adalah disusun mengikut subjek tertentu dengan pendekatan yang sangat interaktif dan menarik, pastinya tidak membosankan!
Anak-anak juga pastinya tidak akan berasa ‘kosong’ lagi pada jam 3 petang kerana pelbagai program di Tutor TV menerusi saluran 601 ini mereka boleh boleh belajar cara menulis, berbahasa dan bercerita dalam Bahasa Belayu dan Bahasa Inggeris dengan program Belajar Bersama Cikgu Eve dari 21 hingga 28 Oktober.
Kemudian, pada 29 Oktober pula anak-anak kita boleh belajar dan menang hadiah bersama geng Projek Lepas Sekolah. Projek Lepas Sekolah merupakan sketsa akademik sekolah rendah yang mengisahkan cerita 5 kawan baik serta mengandungi pengajaran Sains, Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
Ads
Antara barisan pelakon yang terlibat adalah El Farabi, Phua Chandler, Alyssa Dezek, Ara Mysara dan Shaheed Rashid. Selebriti popular, Nabil Mahir dan Amelia Henderson pula hadir sebagai cameo!
Pada 30 Oktober, saksikan pula Sains D.I.Y. bersama Riena Diana, Nur Ranea Ezreen dan Kamarul Eqifshah. Bagaimana adik-beradik bersama mak saudara mereka yang ‘gila-gila’ buat eksperimen sains secara DIY di rumah untuk dimuatnaik ke saluran YouTube? Bukan itu saja ada hadiah yang boleh dimenangi.
Bagaimana caranya?
1. Tengok Projek Lepas Sekolah dan Sains D.I.Y.
Ads
2. ‘Scan’ QR code di kaca TV anda, sign-up untuk kuiz, dan tunggu Wafiy muncul di kaca TV.
3. Jawab kuiz bila tiba masanya di phone atau tablet anda.
4. Hantar jawapan-jawapan anda sebelum program habis.
5. Nama-nama pemenang akan diumumkan selepas program Sains D.I.Y.
Ads
Mudah bukan?
Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini, mana tahu anak anda mungkin berpeluang untuk memiliki sebuah tablet, smart watch, headphone, speaker, macam-macam lagi!
Jom saksikan slot terbaharu Kelas #DudukRumah di saluran Astro Tutor TV (601) mulai Rabu, 21 Oktober 2020, jam 3 petang hanya di Astro Tutor TV saluran 601 atau anda juga boleh strim #OnDimand menerusi aplikasi Astro Go, Astro PVR Box atau Ultra Box! Ketahui lanjut di https://astro.com.my/HowTo
Jaga kesihatan, kekal di rumah dan belajar bersama Tutor TV!
Mee goreng merupakan hidangan kegemaran ramai antara kita, malah untuk menyediakan juga cukup mudah. Berkongsi kelazatan rasa menyediakan mee goreng basah, di sini dikongsikan resipi penyediaannya oleh Veera Saravanan.
Menurutnya, untuk mengekalkan rasa yang lebih enak ketika menyediakan mee goreng basah, jangan mencampurkan sayur taugeh dan lobak merah.
Untuk lebih detail, jom lihat resipi yang dikongsikan ini dan bolehlah dicuba.
Mee goreng basah
1 kg mee kuning – rendam dalam air panas selama lima minit.
1 peket fish ball potong nipis
1 peket fish cake potong nipis
300gm sawi hijau potong dalam 5 cm.
3 biji tauhu putih. Potong kecil dan goreng dahulu.
1 biji bawang besor mayang halus
5 ulas bawang putih cincang halus
3 sudu besor serbuk cili merah
5 sudu besor Kicap pekat
5 sudu besor sos cili
Garam dan lada sulah secukup rasa
4 biji telur ayam.
Minyak yang secukupnya.
Cara masak
1.Tumis bawang merah dan bawang putih tadi sampai wangi.
2.Masukkan tauhu, fish cake dan fish ball tadi. Letak garam sedikit.
3.Letak batang sawi tadi. Ketuk ketuk sikit batang sawi ni.
4.Masa ni tambah serbuk cili tadi dan godak habih habih.
5.Masukkan mee kuning tadi yang telah di rendam dalam air panas.
6.Tambah kicap pekat dan sos cili sekali. Godak lagi sekali biar sebati. Tuang 1 cawan air dan biar mendidih sampai pekat.
7. Masukkan daun sawi sekarang.
8.Dan masukkan 4 biji telur ayam tu sekarang. Tabur sedikit lada sulah dan garam atas telur dan godak semua bahan sekali.
9. Pakai dua senduk masa godak tu. Senang sikit. Dan api mesti tinggi masa masukkan telur dalam mee.
10. Test garam dan tutup api.
Siap sudah mee goreng basah yang kompom laris.
Ekstra tip: Taugeh dan lobak merah jangan masukkan. Rosak dia punya rasa. Nak letak kobis dan tomato pun ok jugak.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Menyediakan menu sarapan sering kali kita mahukan yang ringkas namun menyelerakan. Andai setiap hari makan roti bersama mentega mungkin terasa jemu. Namun jika tidak dimakan roti tersebut bimbang juga boleh expired pula jadinya.
Jadi apa perlu buat agar kita tetap juga dapat merasa sarapan yang enak dan dalam masa yang sama roti tidak terbuang begitu sahaja.
Mungkin sajian Tart Telur yang dibuat daripada roti putih ini boleh dicuba. Melihatnya sahaja sudah nampak menyelerakan dan yang paling penting sangatlah mudah disediakan.
Nak tahu resipi dan cara penyediaannya?
Ini telah dikongsikan oleh Anna Rozza via MAHN dan semoga keluarga anda menggemarinya.
Resepi simple tart telur(kulit roti gardenia)
Bahan2
Roti gardenia Bahan adunan telur
5 biji telur
300gm susu segar
50gm susu pekat
140gm gula ising
1sudu besar tepung jagung
Sedikit esen vanilla
Sedikit pewarna kuning
Cara masak
1. Ambik roti gardenia dan gelek hingga leper.
2. Gunting roti membulat mengikut saiz acuan.
3. Tekan kepingan roti ke dalam acuan dan bakar lebih kurang 10minit (agak2 roti tu garing skit,tujuan supaya senang nak masukkan adunan telur kalau tidak dibakar dulu, nanti roti itu akan serap adunan telur.
Untuk menyediakan adunan telur
1. Satukan semua bahan dan pukul sehingga sebati.
2. Tuang adunan telur ke dalam acuan roti yang telah di bakar sebentar tadi.
3. Bakar kembali sehingga masak. Siap
Ekstra info :
Kena makan panas-panas baru ranggup.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Siapa yang tidak kenal Jep, kucing kacak yang selalu mencuit hati kita dengan gelagatnya saban waktu. Walaupun semakin jarang muncul di facebook kebelakangan ini, namun kelibat Jep sentiasa dinantikan peminatnya.
Jumlah pengikut yang seramai 486 ribu di facebook ini menjadikan kucing berbaka American Shorthair ini cukup digilai dan disayangi pengikutnya hingga kini.
“ Saya akui selepas arwah ibu saya meninggal pada tahun lepas, saya mula memperlahankan aktiviti di media social. Bukan tidak ada tetapi saya kurangkan. Ditambah pula dengan kamera saya jatuh dan pecah teruk. Semua itu buat saya patah semangat dan aktiviti saya semakin perlahan,” kata Azwana yang lebih dikenali sebagai Ummi.
Mengimbau detik mula memiliki Jep, Azwana mengakui dia dan suaminya sudah lama mengimpikan kucing berbulu pendek. Lebih-lebih lagi kucing jenis ini sering muncul pada bungkusan makanan kucing jenama terkenal. Hal ini menambahkan lagi keinginan Azwana untuk memilikinya.
“ Saya dan suami memang selalu mengunjungi sebuah kedai haiwan peliharaan di Temerloh dan ketika itulah kami bertemu empat mata dengan Jep. Awal-awal lagi hati saya sudah berkenan dengannya. Dua tiga kali juga kami pergi dan ternyata rezeki kami memiliki Jep cukup kuat. Bila ada duit lebih sikit saya terus sahaja mengajak suami dan akhirnya kami membelinya dengan harga RM900 ketika itu.
Sejak itu Jep jadi peneman dan kesayangan kami serta tiga anak saya, Ahmad Mujahid, 7 tahun, Ahmad Mukmin 6 tahun dan Rumaisaa, 1 tahun 8 bulan. Tidak lama selepas memelihara Jep, kami terfikir untuk mencari pasangannya. Dan akhirnya kini kami memiliki Kaktop, Mia, Jimmy dan juga Zyra,” kata ibu muda ini lagi.
Jep Rapat Dengan Anak
Kini selepas hampir 5 tahun memeliha Jep, hubungan Jep dengan anak-anak Azwana yang lebih senang dikenali sebagai Ummi Jep ini cukup akrab.
“Alhamdulillah keadaan Jep kini sihat, cuma bulunya tidaklah segebu seperti dahulu kerana saya sering lepaskannya bermain di luar. Lima tahun bersama buat kami lebih mengenali. Perangai Jep hari demi hari makin sweet kerana dia cukup rapat dengan anak ketiga
saya.
“Lepas sahaja waktu subuh pasti Jep akan muncul di sebelah katilnya untuk bermain sama-sama. Malah Jep tersangatlah alert. Kalau panggil m esti dia cepat-cepat datang. Lagi-lagi kalau anak saya yang perempuan menangis, Jep lah paling awal sampai untuk memujuk.
Kehidupan kami dengan Jep dan adik beradiknya yang lain sememangnya cukup indah. Bermula dengan sambutan luar biasa peminat kucing pada Jep ditambah dengan tawaran demi tawaran daripada majlis-majlis sehinggalah menghasilkan buku sendiri ‘Kucing Pun Kacak’, kulit depan majalah dan tak kurang juga Jep sebagai wajah muka depan pembungkus makanan kucing Powercat.
Selepas buku, ada beberapa tawaran rancangan tv, tapi memandangkan kami jauh dari KL dan anak-anak pun sudah bersekolah, agak sukar untuk kami penuhi permintaan. Jadi terpaksalah kami tolak. Apapun semua ini adalah memori cukup indah buat kami,” katanya lagi.
Sumber: Keluarga September 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dapat duit raya, gadis beli emas sejak Sekolah Menengah. Sudah menjadi kelaziman anak muda hari ini menggunakan wang simpanan mereka untuk membeli gajet terbaru atau barangan fesyen yang sedang menjadi ikutan.