Karenah anak-anak kita sememangnya menghiburkan. Namun gelagat seorang bapa yang hanya tersenyum apabila melihat telatah anak perempuannya yang sanggup berlari hanya kerana malu menaiki kenderaan buruk ke sekolah menarik perhatian ramai.
Menerusi perkongsiannya di laman TikToknya, anaknya yang lengkap beruniform sekolah sambil menggalas beg bertindak berlari ke arah van berwarna kuning yang diparkir di bahu jalan kerana bimbang dilihat oleh rakan-rakan lain ketika pulang dari sekolah.
“Anak-anak lari menyorok, takut kawan nampak dia naik van baba yang buruk tu.
Ads
“Adik belajar pandai-pandai ya, baru boleh beli kereta cantik-cantik,” katanya menerusi video berkenaan.
Apa yang menarik perhatian pastinya komen yang ditinggalkan wargamaya yang meninggalkan pelbagai reaksi malah memuji jasa ayah ini yang membesarkan anak-anaknya.
Kini, ramai ibu ayah sering mencari petua untuk menjadikan anak taat dan mendengar kata.
Mendisiplinkan anak yang nakal dan hiperaktif sangat mencabar bagi ibu ayah dan juga guru. Apatah lagi jika meraka berada ditempat awam atau ramai orang.
Nak tahu lebih lanjut mengenai cara untuk mendisplinkan anak supaya bersikap baik, ikuti perkongsian guru ini menerusi facebook miliknya, Aminah Mat Yusoff.
Selalunya anak-anak begini jarang dibawa keluar kerana bimbang perkara yang tidak diingini berlaku, hanya insan-insan yang hebat dan penyabar sahaja boleh menjaga mereka dengan baik..
Tertarik kata-kata seorang ustaz…nak disiplinkan anak-anak yang nakal dan hiperaktif ni bukan sukar… baca ayat 285-286 surah al-Baqarah. Terhenti di situ…
Saya mula mencari maklumat tentang ayat ini…maksudnya, hadith Nabi SAW yang mencerita tentangnya , dan syifa’nya Subhanallah….inilah maksudnya
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali” (285)
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata):
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.(286)
Ada hadith yang menceritakan tentang 2 ayat ini secara khusus. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “ Sesiapa yang membaca dua potong ayat terakhir surah Al-Baqarah pada waktu malam, itu sudah mencukupi baginya” Ada ulama’ yang menyerap ayat ini masuk kedalam zikir harian mereka, seperti bacaan Ma’thurat yang telah dikarang oleh Imam Hasan al-Banna.
Apakah maksud mencukupi dalam Hadith Rasulullah saw di atas: 1. Sudah dikira beribadah pada malam itu. 2. Dapat pahala seperti membaca Al-Quran. 3. Menolak kejahatan dan bencana dari Syaitan, manusia serta jin 4. Cukup untuk menambah kekuatan I’tiqadnya
Kehebatan ayat ini terbukti… Apabila tergolong dalam 3 perkara ( solat lima waktu, ayat-ayat penutup surah al-Baqarah dan keampunan bagi ummat yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain) yang dibawa oleh Rasulullah dalam peristiwa isra’ mikraj. Syifa’ nya
Untuk anak yang nakal dan hiperaktif…gunakan cara ini 1. Membacakan ayat ini ke dalam segelas air sebanyak 3 kali dan hembus..air berkenaan diminum 2. Letakkan telapak tangan kanan diubun-ubun kepala anak dan baca 2 ayat berkenaan, kemudian hembus diubun-ubun 3. Boleh juga..baca tiga kali dan hembus dekat telinga sebelah kanan. 4. Sebelum tanak nasi buat satu putaran lawan jam sambil membaca ayat berkenaan pada beras tersebut. Allah SWT lebih mengetahui. Moga bermanfaat untuk semua…..
Sumber: Aminah Mat Yusoff
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perkongsian daripada Puan Musleha Mohd Tahrir ini tentang bagaimana dia dan adik beradiknya yang lain sepakat mewujudkan tabung raya untuk menampung perbelanjaan raya di kampung, wajar kita praktikkan.
Sekurang-sekurangnya tidaklah membebankan orang tua kita berbelanja sepanjang musim perayaan akan datang.
Jom ikuti perkongsian ini.
Cuti raya hampir tamat. Kebanyakan orang telah pulang ke rumah masing-masing. Begitu juga kami adik-beradik. Kini tinggal lah Mak Bapak berdua di kampung menjalani kehidupan seharian seperti sebelum nya.
Seawal bulan Syaaban saya sudah menyampaikan idea agar kami 7 beradik memberi seorang RM200 yang kami panggil sebagai #tabungraya. Saya bagi cadangan awal agar masing-masing bersedia sebelum duit tersebut habis beli baju raya. Hehe… Maklum le masing-masing anak ramai.
Sebagai pengenalan, kami 7 beradik, 7 menantu, 31 cucu. Kami sepakat dan set time agar giliran beraya dengan Mak Bapak di Pagoh pada tahun yang sama. Jadi semua orang boleh berjumpa. Tahun ni giliran kami semua di Pagoh.
Hasil kutipan #tabungraya sebanyak RM1400 kami letak je dalam beg duit dan sangkut kat dapur. Sebab memang konsep #tabungraya ni tiada bendahari. Sesiapa yang kena pergi belanja barang dapur, ambik je. Tak perlu resit belian bagai. Sebab kami saling mempercayai.
Bukan #tabungraya sahaja yang diwujudkan malah AJK juga dibentuk bagi melancarkan perjalanan sepanjang berhari raya di kampung.
Semua orang terlibat dari yang kena pergi pasar, basuh ayam, potong daging, tumbuk kacang tanah, susun kuih raya dan macam-macam tugasan lah. Seorang pun tak terkecuali. Kecuali yang baby lah kan… hihi…
Persiapan bahan masak diurus oleh anak-anak sedara. Tukang masak sudah tentulah mak-mak sedara otai yang terror masak ni.
Atok cuma jadi pengarah urusan. Kadang-kadang kami lebih berkuasa menentukan apa yang perlu kita masak hari tu. Atok ngikut je.
Menu hari raya juga dah bincang awal. Bukan sebab apa, sebab senang nak belanja beli barang. Setiap menu ada ketua chef, pembantu chef dan AJK.
Raya pertama : ketupat, rendang daging, sambal kacang, kari ayam, lodeh….Ini menu wajib yang tak pernah lagi diderhakai…(ketupat anyam pun dibahagikan kepada 3 beradik) kecuali saya sebab tak pandai menganyam…. keke….
Raya kedua : nasi ayam
Raya ketiga : nasi putih, asam pedas, ikan caru sumbat, kerabu tauge, sayur kucai+tempe
Bukanlah kami ni sibuk masak sampai tak beraya. Kami akan mula operasi masak awal. Siap masak dan berhidang elok-elok kat luar baru kami adik-beradik keluar beraya. Siapkan semuanya untuk memudahkan Mak Bapak nak layan tetamu.
Haaa, satu lagi bakul kain baju kami pun masing-masing. Masing-masing urus kain baju anak masing-masing. Tapi kisah sadis dihari raya ialah mesin basuh auto Mak rosak pulak malam raya tu. Dan masa rosak tu, masa saya yamg sedang guna. Huhu….sadis sungguh! Nasib baik mesin basuh semi-auto Mak boleh guna lagi. Ada yang pergi dobi je kat pekan Pagoh. Saya 2x pergi dobi tapi orang ramai ya amat! Maka basuh lah guna semi-auto dengan tabahnya.
Duit lebihan #tabungraya kami upah orang cuci rumah. Cuci tandas, bilik air, mop rumah semua. Lebihan duit lagi kami bagi kat Mak Bapak untuk bayar bil api & bil air.
Anak-anak remaja dan kanak-kanak ni boleh buat kerja kalau kita yang dewasa ajak dan ajar. Bukan nak nafikan hak mereka untuk bersuka ria dihari raya bersama sepupu-sepupu. Tapi bila diberi tanggungjawab mereka lagi suka. Mereka akan rujuk kertas di peti ais senarai AJK. Nanti akan ada saja yang tukang baca senarai AJK tu.
Time raya dan berkumpul inilah kita nak sepakat. Buat kerja sama-sama, makan sama-sama, raya sama-sama. Semua sama-sama. Berlapang dada semuanya.
Malam raya kami buat tahlil yang diketuai oleh Bapak. Siap ada yang jadi emcee lagi! Selalunya tahlil buat pagi raya, tapi tahun ni Mak kata kita buat tahlil malam raya.
Selamat Hari Raya semua.
Maaf zahir batin.
Saya sayang semua ahli keluarga saya lillahi taala.
Raya2017kgsaribarupagoh
Selepas tiga bulan menanggung derita,Sharifah Ainul Nur Mardhiah yang merupakan puteri kedua pelawak Ali Puteh akhirnya menghembuskan nafas terakhir. Ainul, 3 bulan mengalami masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang sejak dilahirkan.
Berita tersebut dikongsikan oleh Ali. Dalam perjkongsian tersebut, Ali dan isterinya, Melati redha dengan pemergian anak syurga itu.
“Saya dan Melati tak kuat, tapi kami sudah redha dan bersedia untuk hari ini. Sejak Jumaat lalu doktor sudah beritahu tentang kondisi Ainul yang bergantung dengan mesin bantuan pernafasan,” katanya.
Ainul disahkan meninggal dunia selepas mesin bantuan pernafasan di cabut kira-kira jam 11.30 pagi tadi.
Tambah Ali, apa yang menyentuh hatinya ialah semangat Ainul untuk meneruskan hidup.
“Sepatutnya doktor cabut mesin bantuan pernafasan pada Jumaat lepas tetapi Ainul buka mata, aktif dan memberikan reaksi positif.
“Doktor pun dah mula gembira, tetapi apabila mesin dicabut Ainul tidak bernafas. Paru-parunya hanya berfungsi 20 peratus.
“Dan satu lagi pembedahan dilakukan dan doktor beritahu hari Isnin mesin akan ditanggalkan dan memintan saya serta isteri redha dengan apa jua kemungkinan.
“Ainul mahu bersama kami walaupun hanya dua bulan…,” katanya menahan sebak.
Berita tersebut turut dimuat naik menerusi laman instagramnya sebentar tadi.
"Salam semua..nk bgtau pada semua anak sy sharifah nur ainul mardhiah dah kembali kepada penciptanya..sedekah alfatihah buat anak syurga ini..tggu walid dan ibu disana…
"Tidur lah syg…Rehat lah syg…syurga tempat kamu sayang..!! Allahuakbar…
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.