Pelakon Yana Samsudin memuat naik satu berita sedih selepas adik lelakinya, Muhammad Fahmi Harith Samsudin menghembuskan nafas terakhirnya petang semalam. Berita tersebut dimuat naik di laman Instagram miliknya.
Dalam perkongsian tersebut, yana memberitahu bahawa adiknya baru ingin merasa nikmat sebagai seorang bapa.
Innalillahwainalillahirojiun… lately ni bila baca berita orang meninggal dan ziarah orang meninggal.. rasa terlalu sayu.. sampai rasa nak elak pun ada sebab tak dapat bayangkan kalau terjadi kat diri sendiri. Hilang abang, hilang ayah hilang suami sekelip mata. . . Rupanyaa hari ni… 😢 Aku kehilangan adik aku.. Ya Allah .. macam mana nak ada kekuatan diri ni.. satu satunya lelaki dalam adik beradik, baru jadi ayah 37 hari….. Dik… ada bagitau Nana yang nak balik Yong peng minggu ni kan sebab nak sambut birthday sekali? Rupanya betul akak bawa ko balik dik… kejap lagi kita jumpa Nana dan Fattah , mak abah dan semua ya.. .
Ads
Dik.. akak halalkan segalanya dunia akhirat… Dik , ko seorang yang memudahkan urusan orang lain.. ada masalah diam.. takda masalah pun diam.. . . Tak da apa lagi akak boleh cakap , akak dah sakit kepala sakit mata menangis dari siang tadi.. akak terlalu sayang kan ko , tapi Allah lebih sayang kan ko dari segalanya..
Ads
Yana meluahkan rasa sedih kerana adiknya meninggal dunia seorang diri di rumah dan tidak sempat meninggalkan pesan. . Ko pergi tanpa kata apa apa kepada kami.. Nana masih pantang kat Sarawak .. ko pergi tinggalkan dunia ni sorang sorang kat rumah tu dik… .. Ya Allah sedih akak dik .. tapi akak tengok di sebalik hikmah semua ni mudahnya kau pergi dik… . Semoga Allah ampun segala dosa dan mudah kan urusan di akhirat kelak… amin.. . . Mohon doakan Al-Fatihah buat arwah adik saya Muhammad Fahmi Harith Bin Samsudin. @fahmiharith#achikamie yang meninggal masa tidur .
Ads
. Mohon jika ada salah silap arwah minta halal makan minum arwah. Kalau ada apa apa PM saya dan suami saya ya.. @fadzilzahari … yang benar -YS @mizznana88
Setiap hari kita mendengar kisah sedih akan keluh kesah mereka yang dilanda musibah dek kerana kehidupan yang kian mencabar kini. Rata-rata kini mengalami masalah kesempitan hidup dan terpaksa meminta pertolongan orang lain demi kelangsungan hidup.
Bagi pelakon Azhan Rani, kisah seorang rakannya yang tinggal di Pulau Pinang benar-benar mengusik hatinya. Rakannya yang dikenal sebagai Syed Izwar dikatakan membuka sebuah gerai bagi menampung kehidupannya sekeluarga.
Apa yang unikanya, gerai tersebut dibuat atas vespa seperti lori. Gerai tersebut menjual pelbagai jenis menu. Namun disebabkan pandemik Covid-19, tiada yang membuat tempahan makanan di gerai tersebut.
“bang hari ni satu order pun tak masuk bang”
Allahuakbar sayu hati ni bila dapat message seorang kawan dari pulau pinang ni.
mohon sahabat2 di pulau pinang sana mungkin boleh bantu brader @syedizwar ni. beliau mengusahakan perniagaan gerai D’tomatostreet di tanjung tokong seberang dengan petronas.
Gerai dia unik atas vespa macam lori tu. macam2 lauk ada macam kat menu tu. orang sana panggil nasi kenduri.
Brader ni banyak experience jadi chef dulu termasuk di #domecafe dulu. pandemic yang macam tak ada penghujung ni makin mencabar untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Mungkin perkongsian ini boleh membantu brader ni dan keluarga dia mencari nafkah halal.
Kalau sudi cari la, berbelanjalah di gerai beliau atau boleh tolong sharekan tentang gerai dia ni. untuk tempahan boleh call dia 0124451518. ig dia @syedizwar atau cari #dtomatostreet di foodpanda.
Semoga Allah melindungi beliau sekeluarga 🙏
Jom sertai pertandingan Pilihan Keluarga Bulan Ini. Caraya mudah, klik sahaja link INI atau imbas QR code yang ada di poster. Hadiah menarik menanti anda!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Fasa Peralihan Ke ‘Endemik’ di seluruh negara bermula 1 April 2022.
Berita tersebut dikongsikan Perdana Menteri menerusi satu sidang media.
Turut hadir dalam sidang media tersebut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beberapa prosedur operasi standard (SOP) yang akan digunakan sepanjang fasa peralihan ‘Endemik’ ini bermula 1 April 2022 adalah:
1. Pemakaian pelitup muka di tempat-tempat awam masih wajib dipatuhi oleh setiap individu.
2. Had waktu beroperasi bagi premis perniagaan dimansuhkan. Justeru itu, pemilik premis dibolehkan melaksanakan waktu operasi premis masing-masing mengikut syarat lesen operasi premis. Ini bermakna anda semua bolehlah makan di kedai makan selepas jam 12 tengah malam, terutamanya dengan bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi.
3. Pendaftaran kemasukan menggunakan MySejahtera masih diwajibkan dan hanya dikecualikan untuk kawasan terbuka, tidak sesak dan tiada perhimpunan orang ramai. Tambahan juga, MYSJTrace diwajibkan untuk tempat tertutup yang dipenuhi tetamu/pengunjung.
4. Aktiviti solat Jemaah di masjid/surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal.
5. Keperluan vaksinasi yang mana had kapasiti pekerja yang sebelum ini bergantung kepadal iputan vaksinasi dimansuhkan.Semua individu dibenarkan merentas negeri tanpa mengirastatus vaksinasi mereka.
6. Tiada lagi had kapasiti 50 peratus untuk aktiviti berkumpulan. Namun, penjarakan fizikal sangat penting dan masih digalakkan
Selain itu, Kerajaan turut memutuskan sempadan negara dibuka pada 1 April 2022. Keputusan tersebut dilakukan berdasarkan tiga perkara asas.
“Pertama, ia berpandukan sains dan fakta terkini berkaitan Covid-19; keduanya, membandingkan keperluan pembukaan sempadan di negara-negara lain dan ketiga, memberikan keselesaan kepada pengembara dan tidak merumitkan perjalanan mereka.
“Yang paling penting, Malaysia sekarang adalah destinasi terbuka dan boleh dikunjungi semula,” katanya lagi.
Menurut Perdana Menteri lagi, dengan pembukaan semula sempadan negara ini, rakyat Malaysia yang mempunyai dokumen perjalanan yang sah kini boleh keluar masuk negara seperti biasa serta dibenarkan pergi ke mana-mana negara yang turut membuka pintu sempadannya kepada pengembara luar.
“Dalam masa yang sama, rakyat luar negara dengan dokumen perjalanan yang sah juga boleh melakukan pergerakan keluar masuk ke Malaysia tanpa perlu lagi memohon MyTravelPass yang akan dimansuhkan.
“Sebaliknya, hanya perlu muat turun dan aktifkan aplikasi MySejahtera dan melengkapkan pre-departure form melalui fungsi traveller dalam MySejahtera,” katanya.
Bagaimanapun ujar Ismail Sabri, terdapat beberapa prosedur yang wajib dipatuhi sama ada rakyat Malaysia sendiri mahupun pengembara luar yang ingin masuk ke Malaysia, memandangkan penularan gelombang Omicron masih belum reda.
“Bagi yang telah menerima vaksinasi lengkap, tiada keperluan untuk menjalani sebarang tempoh kuarantin dan hanya perlu melalui ujian pengesanan Covid-19 RT-PCR dua hari sebelum berlepas serta ujian RTK-Ag (profesional) dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan.
“Bagi status vaksinasi lain seperti tidak menerima vaksin atas sebab perubatan dan tidak menerima sebarang vaksinasi, Menteri Kesihatan akan memperincikan prosedurnya untuk makluman umum esok (Rabu).
“Kementerian yang berkaitan juga akan mengeluarkan senarai SOP pembukaan sempadan negara ini secara lebih terperinci dalam waktu terdekat,” jelasnya.
Pernahkah anda lalui situasi tersepit dalam kehidupan kerana kekurangan wang? Kisah kali ini mengenai sebuah keluarga yang dilanda kesusahan yang tidak dapat dielak kecuali dengan bantuan orang ramai. Kisah sebuah keluarga yang mengalami ziro wang.
Keluarga Nurie
Tersebutlah kisah seorang wanita yang dikenali sebagai Nurie Azzarina Noor Abdullah.
Nurie seorang suri rumah sepenuh masa dan mempunyai 4 orang anak. Bekalan makanan dan kewangan kini terputus habis.
“Dulu suami memang bekerja dan suami start tidak dapat kerja dari tahun 2020 sebab dia kerap masuk hospital. Dulu dia bekerja sendiri macam ambik order dari bank untuk tarik kereta orang yang tidak bayar. Gaji suami masa tu dalam RM800” kata Nurie
Suami Nurie tidak mampu bekerja sekarang oleh sebab penyakit yang dialaminya dan kekerapan mendapat rawatan di hospital.
Keadaan suaminya tidak bertambah baik malah semakin teruk disebabkan ususnya yang bocor bercampuran dengan najis dan air kencingnya sendiri.
Suaminya hanya bergantung kepada ubat untuk teruskan kehidupan dan adakalanya suami tidak dapat mengambil ubat kerana tiada wang.
Anak-anak Nurie pula yang berumur 13 tahun dan 14 tahun terpaksa ponteng sekolah berulang kali kerana kehabisan wang.
Bukan setakat duit belanja sekolah yang tidak mampu diberi, duit minyak untuk menghantar mereka ke sekolah pun tidak mencukupi.
Dimanakah saudara-mara keluarga Nurie?
Pada asalnya, keluarga Nurie dapat hidup dengan menggunakan pencen bapa mertua tetapi sudah habis sekarang.
Keluarga mertua tinggal di bawah bumbung yang sama bersama keluarga Nurie.
Bil api dan air keluarga Nurie dibayar oleh adik iparnya.
Jika anda tertanya-tanya kenapa saudara-mara keluarga Nurie tidak memberi bantuan yang lebih, bukan kerana sikap kedekut, tetapi saudara-maranya juga merupakan golongan yang susah.
Jadi keluarga Nurie pun tidak boleh meminta lebih kerana saudara-maranya perlu mengutamakan keluarga mereka sendiri.
“Kadang saya terpaksa tebalkan muka untuk berhutang demi membeli beras, makanan basah buat masak” kata Nurie
Bagaimanakah kami boleh bantu keluarga Nurie?
Kita sebagai rakyat boleh membantu keluarga Nurie dengan sumbangan.
Kalau anda tidak mampu beri sumbangan dalam bentuk wang, anda boleh menjalankan tanggungjawab anda sebagai netizen yang prihatin dengan mengongsikan kisah keluarga Nurie di platform media sosial anda.
“Saya mencuba nasib mohon bantuan dekat Marhaen saja dan andai bukan rezeki saya pun saya faham sebab situasi saya masih boleh ditanggung oleh pihak mertua biar pun hanya ala-ala kadar sahaja. Semoga ada Hamba Allah yang sudi merenungkan nasib saya dan keluarga dan saya doakan agar penderma-penderma sentiasa dimurahkan rezeki. InsyaAllah” kata Nurie
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.