Orang kata pengalaman dan kepayahan hidup itulah guru sebenar, dan dari pengalaman itu juga mendidik seseorang menjadi matang.
Ini sebagaimana yang dilalui oleh Natrah, anak pesakit kanser. Diusia kanak-kanaknya sudah pandai mengurus diri, hidup berdikari hatta memasak hidangan tidak menjadi beban buatnya.
Ayuh ikuti perkongsian ibu ini, bercerita tentang anaknya itu.
Assalammualaikum… Saya nak cerita sikit pasal Nur Ain Natrah. Pengorbanan Natrah bermula dari saya disahkan kanser.
Cerita disebalik periuk kosong…
Ads
Di saat saya terbaring lemah setelah menjalani rawatan kemoterapi Natrah datang bawa periuk nasi yang kosong. Natrah lapar. Natrah merayu saya ajar dia masak nasi. Luluh hati seorang ibu…anak berusia 10 tahun merayu jangan beli makanan di luar sebab dia sudah muak setelah berbulan-bulan makan makanan yang dibeli.
Pengorbanan Natrah semasa usia 10 tahun selalu buat saya menangis. Natrah sepatutnya masih bermain bersama rakan-rakan seusianya. Namun atas desakkan hidup sebagai anak pesakit kanser Natrah mengalah mengorbanan keriangan zaman kanak – kanaknya dengan memilih menjaga mama di rumah.
Ads
Malam hari Natrah akan tidur lewat menjaga saya yang sakit.
Pernah saya diberitahu oleh guru Natrah yang Natrah selalu tidur dalam kelas. Natrah nampak penat sangat. Guru tersebut membiarkan Natrah tidur kerana faham keadaan yang sedang Natrah lalui.
Ads
Sebagai anak tunggal Natrah terpaksa meminta ihsan jiran tetangga menumpang kasih sepanjang saya sakit. Natrah lebih banyak menguruskan diri sendiri kerana Papa lebih perhatian kepada Mama yang sedang sakit.
Hikmahnya sekarang Natrah lebih berdikari. Di usia 11 tahun dah boleh masak untuk diri sendiri…
Alhamdulillah…
Sumber : Noorazziah Ismail
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Peguam hartanah kongsi kebaikan dan keburukan urus sendiri jualan hartanah. Anda bercadang untuk menjual hartanah yang dimiliki? Tidak kisahlah apa jua sebab dan situasi anda, sebaik-baiknya apabila ingin menjual hartanah yang anda miliki, carilah seorang peguam yang dapat memudahkan urusan anda.
Khidmat guaman ini bukan sahaja memudahkan urusan anda tetapi juga mengelakkan daripada berlaku masalah-masalah yang tidak diingini pada masa hadapan. Jangan kerana ini berjimat sedikit kelak nanti anda terpaksa mengeluarkan belanja yang lebih banyak.
Melalui satu hantaran yang dikongsikan oleh Nazri Mustafa, peguam hartanah ini berkongsi kebaikan dan keburukan jika seorang penjual hartanah tidak melantik seorang peguam untuk penjualan hartanah yang dimiliki.
Antara kebaikan dan keburukan jika seorang penjual hartanah tidak melantik seorang peguam untuk mewakilinya dalam urusan jual beli hartanah adalah seperti berikut:
1. Kos yang Lebih Rendah
Tanpa melibatkan seorang peguam, penjual mungkin dapat mengurangkan kos transaksi, kerana tidak perlu membayar yuran perkhidmatan peguam.
2. Kawalan Lebih Besar
Penjual mungkin merasa lebih banyak kawalan dalam proses jual beli dan tidak perlu bergantung kepada nasihat seorang peguam.
3. Kesilapan undang-Undang
Risiko kesilapan undang-undang adalah lebih tinggi jika tidak ada peguam yang terlibat. Ini boleh membawa kepada masalah undang-undang yang serius dalam urusan jual beli.
3. Kesukaran dalam perundingan
Penjual mungkin tidak mempunyai pengetahuan undang-undang yang mencukupi untuk berunding dengan berkesan dalam urusan jual beli, yang boleh mengakibatkan syarat-syarat yang tidak menguntungkan.
4. Tiada perlindungan undang-undang
Tanpa peguam, penjual mungkin kehilangan perlindungan undang-undang dalam kes-kes tertentu, seperti jika pembeli gagal menunaikan kontrak.
5. Semua urusan buat sendiri
Penjual perlu uruskan sendiri urusan permohonan pindahmilik, urusan penebusan harta (bank biasanya mahu berurusan dengan Peguam sahaja), urusan pengemukaan laporan cukai keuntungan harta tanah, urusan suratan hakmilik (jika sudah dikeluarkan tetapi belum dipindahmilik ke atas nama penjual) dan lain-lain lagi urusan yang terlibat.
Oleh itu dalam pada tidak melantik seorang peguam boleh mengurangkan kos, penjual hartanah perlu menyedari risiko undang-undang dan kesukaran dalam urusan jual beli yang mungkin timbul jika tidak ada peguam yang terlibat.
Moga bermanfaat dan dapat dijadikan panduan untuk semua.
Jika membeli daun pisang untuk digunakan di dalam menyediakan masakan panggang atau sebagainya tentu sahaja akan berbaki daun pisang yang dibeli. Jika hendak dibuang selebihnya terasa sayang pula.
Sekiranya ingin disimpan, perlulah tahu caranya agar daun pisang boleh disimpan lama dan di dalam keadaan yang masih segar. Menyimpan daun pisang jika tidak kena caranya tidak dapat bertahan lama. Selang dua atau tiga hari biasanya sudah menjadi kuning-kekuningan bahkan kering. Padahal, jika disimpan dengan cara yang betul daun pisang sebenarnya boleh bertahan hingga lebih sebulan lamanya.
Ingin tahu caranya?
Terdapat dua kaedah menyimpan daun pisang, iaitu sama ada disimpan di dalam suhu bilik mahupun di dalam peti sejuk.
Simpan Dalam Suhu Bilik
Cuci terlebih dahulu daun pisang yang ingin disimpan dan kemudian lipat daun pisang membentuk gulungan berlapis-lapis. Setelah itu, masukkan ke dalam plastik dan ikat kemas. Simpan di suhu bilik dan hindarkan daripada terkena matahari secara langsung. Cara menyimpan daun pisang di suhu ruang seperti ini cukup efektif hingga 3 hari. Jika lebih dari itu, biasanya daun akan layu tapi tidak terlalu kering.
Kalau ingin menyimpan lebih lama di suhu bilik lebih daripada tiga hari, anda perlulah rajin mencuci daun pisang tersebut setiap tiga kali sehari.
2. Tahan Lebih Seminggu
Agar tahan lebih lama walau tidak disimpan di dalam peti sejuk, anda perlu simpan daun pisang dengan cara merendamnya di dalam air. Caranya, gulung daun pisang menjadi gulungan yang berukuran sedang. Jangan terlalu tebal dan jangan terlalu tipis.
Setelah itu, ikat menggunakan tali rafia. Kemudian isikan bekas dan disisi air untuk merendam daun pisang tersebut. Pastikan daun pisang terendam sepenuhnya. Cara menyimpan daun pisang seperti ini cukup efektif agar daunnya tetap hijau.
Menyimpan Di Dalam Peti Sejuk
Sebagian orang menghindari untuk menyimpan daun pisang di dalam peti sejuk kerana khawatir daun pisang akan kering dan menguning. Suhu sejuk di dalam peti sejuk memang boleh membuat sayuran bahkan daun pisang menjadi kering.
Oleh itu, sebelum menyimpan daun pisang di dalam peti sejuk perlulah dicuci terlebih daghulu. Kemudian lipat daun pisang membentuk gulungan berlapis-lapis. Setelah itu, terus bungkus dengan plastik dan ikat kemas.
Simpan di dalam peti sejuk pada bahagian paling bawah atau rak penyimpanan sayur. Cara menyimpan daun pisang seperti ini memang sangat efektif dan praktis, tapi anda harus pastikan plastik pembungkusnya jangan sampai terbuka. Jika terbuka, daun pisang tetap boleh menguning jika disimpan lebih dari seminggu.
2. Kekal Segar Walau Sebulan Lamanya
Buat anda yang ada membeli daun pisang dan ada lebihan tidak tahu bila lagi hendak digunakan bolehlah menyimpan daun pisang dengan cara begini. Sebelum menyimpan daun pisang patikan daun pisang masih di dalam keadaan segar.
Perkara pertama perlu buat adalah cuci terlebih dahulu kemudian buat gulungan panjang dan ikat menggunakan tali rafia. Bungkus gulungan daun pisang tersebut menggunakan plastik. Pastikan plastik tertutup rapat, dan kemudian simpan di dalam freezer.
Selain mencuci daun, anda juga boleh lapiskan permukaan daun dengan minyak kelapa sebelum membungkusnya dengan plastik. Tujuan mencuci atau disapu dengan minyak hanya untuk menjaga kelembapan daun saat disimpan. Daun yang disimpan di dalam freezer akan membeku, sehingga saat ingin menggunakannya, anda harus meletakkan daun pisang di suhu bilik selama 30 minit hingga boleh digunakan.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Naik rimas bila rumah terlalu banyak semut. Tak cukup dengan itu, lipas pun makin beraja di dalam kabinet dapur, tak kurang juga tikus.
Macam mana nak elakkan semut dan semua ni di rumah kita? Salah satu terbaik adalah dengan menggunakan kulit telur.
Kulit telur selalu dipandang sepi oleh kita tanpa terjangka. Rupanya begitu banyak kegunaan yang dimilikinya.
Tahu tak sebenarnya kulit telur ayam rupa-rupanya ada banyak manfaat yang kita tidak tahu. Selain digunakan untuk dijadikan bahan hiasan, ia juga bermanfaat untuk menghalau bukan hanya semut malah makhluk perosak seperti tikus dan lipas di dalam rumah kita.
Memetik laman Unicity, berikut adalah petua yang menggunakan bahan
yang cukup mudah bagi mengusir tikus, lipas dan semut.
Ibu-ibu patut cuba mana tahu berkesan di rumah anda.
Caranya:
• Keringkan kulit telur. Kemudian, gilingkan untuk menghancurkannya menjadi serbuk. Taburkan serbuk kulit telur itu segera pada kawasan yang hendak dibasmi.
• Serbuk kulit telur boleh mengusir dan membunuh beberapa jenis haiwan perosak, seperti siput, siput babi, kutu, kumbang, tikus, lipas dan semut.
• Bila haiwan perosak terkena serbuk kulit telur, haiwan tersebut akan terus menggeliat, bergerak untuk beberapa ketika, berputar dan akhirnya mati.
☆BASMI HAIWAN PEROSAK PADA TANAMAN
Cara ni juga bukan hanya elakkan masalah semut dalam dapur tapi juga boleh atasi masalah serangan yang sama pada tanaman kita.
• Taburkan serbuk kulit telur pada daun tanaman anda yang sudah rosak diserang. Ini juga adalah satu kaedah menggunakan kulit telur untuk pengendalian haiwan perosak. Haiwan perosak akan menjauh daun tersebut serta membunuh perosak yang lain yang melekat di atas daun.
• Di luar, taburkan juga serbuk kulit telur di sekitar permukaan tanah tanaman anda. Jika berlaku hujan, taburkan lagi serbuk tersebut untuk mengusir haiwan perosak menjauhi tanaman anda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.