Dua anggota polis yang terkorban diserang di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada pagi Jumaat baru memulakan tugas kira-kira dua tahun lalu.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada petang Jumaat.

Baru Dua Tahun Berkhidmat, 2 Anggota Polis Terkorban Ketika Diserang Semasa Bertugas
Sumber foto: www.mstar.com.my

“Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said merupakan anggota ronda cegah jenayah di balai polis tersebut dan baru sahaja berkhidmat dengan pasukan lebih kurang dua tahun.

“Didoakan agar kedua-dua roh Allahyarham dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman serta beramal soleh,” ujar kenyataan itu.

Dalam kenyataan sama, seluruh warga PDRM turut menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga mangsa.

Terdahulu, mStar melaporkan dua anggota polis maut selepas diserang oleh seorang lelaki pada awal pagi Jumaat.

Mangsa Ditetak & Ditembak 

Mangsa dikenali sebagai Konstabel Ahmad Azza meninggal dunia kerana ditetak di bahagian belakang leher dan kepala.

Seorang lagi anggota polis berpangkat konstabel, Muhamad Syafiq Ahmad maut kerana ditembak di bahagian perut dan lengan.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, berpangkat koperal yang ditembak suspek kini dilaporkan berada di zon merah di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor.

IKLAN

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan suspek berusia 34 tahun yang ditembak mati itu merupakan ahli Jemaah Islamiyah (JI).

Lanjutan dari laporan tersebut, ahli keluarga suspek ditahan susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi Jumaat yang mengorbankan dua anggota.

MESTI BACA: 

Suhu Cecah Lebih 37 Darjah Celcius, KPM Bersedia Tangguh Sesi Persekolahan

Tak Perlu Bersusah Payah, Menteri Pendidikan Gesa Kantin Sekolah Kekal Beroperasi Sepanjang Ramadan!

Anak Sulung Dapat Tiga Tawaran Sekolah Berprestij, Kebanggaan Dr Sheikh Muszaphar & Isteri!

IKLAN

Suspek Ahli Jemaah Islamiyah (JI)

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain pada Jumaat.

Razarudin yang ditemui ketika meninjau lokasi kejadian turut memaklumkan suspek berusia 34 tahun yang ditembak mati itu merupakan ahli Jemaah Islamiyah (JI).

Katanya, polis menyerbu rumah suspek dan mendapati ada beberapa maklumat berkait kumpulan JI dan menangkap lima ahli keluarganya di kediaman tersebut.

Baru Dua Tahun Berkhidmat, 2 Anggota Polis Terkorban Ketika Diserang Semasa Bertugas
Sumber foto: www.mstar.com.my

“Kesemua lima ahli keluarga suspek yang dipercayai anggota serpihan JI ditahan untuk siasatan lanjut. Mereka berusia antara 15 tahun hingga 62 tahun.

IKLAN

“Rumah suspek turut mempunyai beberapa info berkenaan kumpulan JI selain banyak ayat al-Quran yang ditampal di dinding,” katanya pada sidang media.

Sebelum kejadian, dua orang awam iaitu pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) datang ke balai untuk mendapatkan pandangan mengenai kes cabul dua tahun lalu.

“Apabila lelaki dan wanita usia 21 dan 22 tahun sedang buat laporan, suspek masuk dengan motosikal dan parkir di belakang. Anggota yang periksa telah ditetak.

“Dua pengadu yang datang itu ditahan untuk siasatan lanjut kerana agak janggal mereka datang pada pukul 2 pagi untuk hanya mendapatkan pandangan kes cabul dua tahun lepas,” katanya.

Susulan kejadian, kira-kira 20 anggota JI sudah dikenal pasti polis dan tindakan susulan sedang dilakukan dalam kadar segera.

Terdahulu, dalam kejadian awal pagi Jumaat, dua anggota polis berpangkat konstablel dilaporkan terbunuh, manakala seorang lagi cedera selepas diserang suspek yang bertopeng dan berpakaian gelap.

Suspek bersenjatakan parang ketika menceroboh masuk balai polis berkenaan lalu menyerang dua anggota polis bertugas dan merampas dua laras senjata iaitu sepucuk pistol jenis Walther P99 dan selaras HK MP5.

Sementara itu, mangsa yang berpangkat koperal yang ditembak suspek kini dilaporkan berada di zon merah di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor.

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI