Melihat gelagatnya yang cukup menghiburkan memang tak kering gusi dibuatnya. Namun, bukan itu sahaja, anak kepada pelakon Syatilla dan Samheizy ini dikatakan cukup petah bercakap. Malah Syeriv Samheizy yang kini berusia dua tahun sudah petah boleh bertutut dalam dwi bahasa. Syatilla menerusi akaun Instagram anaknya, Syeriv berkongsi tips bagaimana dia mengajar anaknya boleh bercakap dalam dua bahasa iaitu Melayu dan Inggeris. “Sungguhpun Syeriv baru dua tahun setengah, tapi dia petah becakap dua-dua bahasa alhamdulilah.. tips? “1- Jangan biasa cakap dengan anak-anak bahasa budak-budak. Contoh macam ‘nak mamam? Nak nenen?’; ‘alolo omey-omey nyeee (comelnyaa)’, elakkan kalau boleh, nanti anak hampa (kamu) akan bercakap dengan kurang jelas “2- Berbual je dengan anak-anak macam kita sembang dengan laki kita,kawan kita. Walaupun depa tak faham lagi tapi cara kita communicate tu yang penting!!! “3-Selitkan lawak-lawak bodoh sikit. Supaya tak serious sangat “4-Bawa anak-anak bergaul dengan budak-budak lain. Jangan tengok muka mak hang jaa..” tulisnya.
Perkongsian isteri kepada pelakon Shaheizy Sam itu menarik perhatian pengikutnya yang rata-rata terinspirasi dengan tips yang diberikan.
Syatillla dan Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 2, dan Sarima Samheizy, 1.
Seronoknya kalau dapat cantikkan dekorasi rumah dengan adanya pokok-pokok hidup sepasu dua. Pasti nampak segar dan indah mood kediaman.
Namun sering juga menjadi tanda tanya, pokok jenis bagaimana sesuai ditanam?
Maklumlah, melihat pokok dalam pasu yang sedia ada di luar rumah pun tak berapa subur, ni kan pula di dalam rumah yang terhad menerima cahaya matahari.
Apatah lagi jika tinggal di rumah jenis flat, apartmen atau seumpamanya, umumnya tidak semua rumah ada cahaya matahari masuk.
Jadi boleh ke tanaman hidup jika di tanam?
Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian Huda Zainal untuk info bersama buat anda yang ingin mencuba hobi tanam pokok di dalam rumah.
Ada pokok hidup dalam rumah ni memang sangat mendamaikan. Kadang-kadang boleh jadi kawan bersembang.
Namun keadaan rumah yang kurang pencahayaan matahari menjadi masalah kepada pokok hidup.
Baru ni dapat message:
“Sis, I teringin sangat nak letak pokok hidup dalam rumah. Masalahnya, rumah I ni jenis tak masuk cahaya matahari. Ada tak pokok yang sesuai dengan masalah I?”
Dalam buku “Grow In The Dark” yang dikarang oleh Lisa Eldred terdapat beberapa jenis pokok hidup yang mampu bertahan dengan keadaan yang gelap atau kurang pencahayaan. Antaranya:
1. Aglaonema (Chinese Evergreen)
Terdapat 6 spesies Aglaonema. Mampu hidup dengan cahaya yang amat sedikit namun apabila terlalu lama tidak mendapat cahaya, warna pink dan merah pada daun akan semakin pucat.
Usah risau, bawa keluar. Letakkan di tempat teduh selama 7 hari. Warna pink, merah, kuning atau hijau pada daun akan kembali pada warna asal.
2. Dracaena Fragrance (Corn Plant)
Antara pokok yang tidak memerlukan pemerhatian yang tinggi. (Low maintenance houseplant).
Sesuai diletakkan di kawasan kurang pencahayaan, namun perlu mengurangkan siraman air. Mudah mati jika terlebih sekiranya berada di ruang yang gelap.
3. Epipremnum Aureum (Pothos / Devil’s Ivy)
Pokok yang paling versatile. Sangat sesuai dalam pelbagai keadaan termasuk ruang yang hanya bergantung pada pencahayaan lampu sahaja.
Mampu hidup dalam air, dalam tanah ataupun digantung.
4. Malanta Leuconuera (Prayer Plant)
Nak warna merah dan hijau kekal berseri, jauhkan daripada cahaya matahari. Dalam keadaan gelap, daun ‘prayer plant’ akan menegak keatas.
5. Sanseviera (Snake Plant)
Jika diletakkan pada kawasan kurang pencahayaan, warna hijaunya akan bertukar kepada hijau yang agak cerah berbanding jika mendapat cahaya.
Tidak suka pada tanah yang terlampau basah. Siram sekali sahaja dalam tempoh 2 minggu sekiranya berada dalam rumah dan jauh daripada pencahayaan matahari.
6. Zamioculcas Zamiifolia (ZZ plant)
Dikategorikan sebagai ‘slow growing plant’. Namun mampu membiak melalui batang ataupun daunnya.
Juga sangat sesuai pada ruang kurang pencahayaan.
6 ini antara pokok yang sesuai dengan pencahayaan yang sangat sedikit dan paling penting turut tersenarai dalam “Hard To Kills Plant”. Jadi untuk rumah yang ada masalah pencahayaan, boleh cuba dengan 6 jenis pokok ni dulu.
Huda Zainal: 4 daripada 6 ni pokok yang Huda berjaya bela dalam keadaan kurang pencahayaan.
Tentu ada yang mencari cara yang mudah dan tahan lama cara menyimpan cili kisar dan bawang kisar agar tahan lebih lama. Sudah tentu apabila nak masak masak lauk pauk atau goreng mee, goreng bihun goreng atau kuih cekodok hanya gaul sahaja. Tak perlu mengambil masa yang lama untuk menyediakan masakan.
Nak tahu caranya, ikuti perkongsian ini untuk penyediaan stok bawang dan cili kisar selama seminggu.
Cara membuat cili kisar Gunting cili kering lebih kurang 1 inci Masukkan ke dlm tapis yang berlubang agak besar utk membuang biji cili Kemudian masukkan ke dlm periuk dan rebus cili hingga mendidih Letakkan satu sudu besar garam dlm rebusan dan kacau sebentar Bila telah mendidih , tutup api Basuh cili tersebut di bawah aliran air paip menggunakan tapis tadi untuk mengeluarkan saki baki biji cili Masukkan cili yg sudah di basuh tadi ke dalam blender 100 gm cili kering blender bersama dengan 3 biji bawang besar dan satu labu bawang putih ( 8 @ 9 ulas) Blender menggunakan air tapis Bila dah siap blender , masukkan ke dalam bekas dan simpan di dalam peti ais.. Boleh tahan hingga sebulan cili kisar tersebut
Cara membuat bawang merah kisar 6 biji bawang besar , 10 biji bawang kecil Kupas bawang , cuci , keringkan dan hiris kecil Blender bawang bersama minyak masak Anggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang Jika bilangan bawang penuh satu blender , gunakan minyak anggaran setengah blender Dah siap blender , masukkan ke dalam bekas Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar tersebut sebelum di simpan ke dlm peti ais Boleh tahan seminggu @ 2 minggu bawang kisar tersebut
Cara membuat bawang putih kisar 5 labu bawang putih Kupas bawang , cuci ,keringkan dan hiris kecil Blender bawang bersama minyak masak Anggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang Jika bilangan bawang penuh satu blender , gunakan minyak anggaran setengah blender Dah siap blender , masukkan ke dalam bekas Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar tersebut sebelum di simpan ke dlm peti ais Boleh tahan seminggu @ 2 minggu bawang kisar tersebut.
Seperti mana semua sedia maklum, bagi setiap individu yang lengkap menerima vaksin Covid-19 kini diberikan kelonggaran untuk dine-in atau makan di restoran namun perlu menunjukkan sijil digital vaksinasi yang dipaparkan di aplikasi MySejahtera.
Pun begitu jika sebelum ini anda daftarkan nama pasangan atau ibu ayah di kampung sebagai dependent di aplikasi MySejahtera, tentu sahaja sijil digital mereka berada di dalam telefon yang didaftarkan.
Oleh itu, bagaimana caranya untuk memudahkan dependent mempunyai sijil vaksinasi di telefon bimbit mereka sendiri?
Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian daripada Puan Siti Nursoleha Nawawi yang boleh dicuba.
CARA PINDAHKAN MAKLUMAT DEPENDENT KE AKAUN MYSEJAHTERA MEREKA SENDIRI
Peringatan : Pastikan anda selesai suntikan 2 dos vaksin dan TELAH MUNCUL digital certificate terlebih dahulu (pengalaman saya sendiri).
Bagi kes belum dapat tarikh, belum vaksin, atau baru vaksin dos pertama juga boleh juga cuba menggunakan cara ini. TAPI SAYA TAK PERNAH CUBA. Walau bagaimanapun, pastikan aplikasi MySejahtera anda dan OS handphone anda up to date.
Okay, hari ni ada ILMU BARU nak dikongsi. Dulu, saya was-was untuk divaksin.. Maka saya tidak bersedia untuk daftar vaksin di Aplikasi MySejahtera. Oleh itu, suami saya mendaftar vaksin nama dan ic saya di bawah MySejahtera dia, makna kata saya adalah dependent kepada suami saya.
Pendekkan cerita, saya telah lengkap dua dos vaksin. Alhamdulillah. TETAPI digital certificate saya kini berada di Aplikasi MySejahtera suami saya. Memula rasa okay je, takde hal la.. kita ada kad putih temujanji tu sebagai bukti.
Namun begitu, saya khuatir jika selepas ini operasi sekatan jalan raya atau SOP untuk memasuki mana-mana premis/kawasan mereka nak lihat digital certificate tadi. Takkan saya nak usung handphone suami saya?
Terbukti hari ini, dengan bantuan rakan saya di PPV, dia kata saya dengan mudah boleh je pindahkan maklumat saya dari MySejahtera suami kepada MySejahtera saya. Bagaimana?
Lihat setiap satu gambar. Semoga bermanfaat
Langkah 1 : Buka aplikasi MySejahtera dan klik Covid-19 Vaccination
Langkah 2 : Klik pada bulatan Vaccine
Langkah 3 : Semak maklumat sebelum tekan confirm dan tekan OK
Langkah 4 : Jawab semua soalan. Untuk soalan 1 sila jawab Ya/Yes. Setelah jawab semua tekan submit dan OK
Langkah 5 : Selesai jawab soalan tekan close dan secara automatik maklumat vaksinasi akan dipaparkan di akaun MySejahtera sendiri.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.