Semenjak mendirikan rumahtangga bersama pilihan hatinya, Marlina Ibrahim belum pernah pengacara terkenal Ally Iskandar berkongsi gambar isterinya menerusi media sosial mahupun dikhalayak ramai.
Pertama kali Hos Malaysia Hari Ini berbuat demikian adalah ketika menamatkan zaman dudanya empat tahun yang lalu. Menerusi beberapa keping gambar yang dikongsikan di media sosial, suri pilihan hati kali ini berasal dari Temerloh Pahang.
Walaupun tidak mengumumkan secara terbuka, Ally atau nama sebenarnya Ally Iskandar Mohd Mardzi, telah memuat naik sekeping gambar di Instagram dengan kapsyen kata-kata pujangga.
Terbaru, menerusi laman instagramnya, dia memuat naik sekeping gambar isteri bersama anak kecil dengan kapsyen cukup ringkas ‘Suri Jiwa’.
Ads
Rata-rata teruja melihat gambar tersebut, tak kurang yang memuji wajah isteri Ally tampak manis dan lembut.
ziee.meow Ye la..first time dia tunjuk pic wife n anknya..cntik la wife…airmuka nya manis sgt..moga kekal bahagia hingga jannah Ally & isteri. Aamiin3🤲🤲
madam_rosiah Baru nmpk suri jiwa Ally Iskandar..dh ada baby rupanya
nonieabdlatif Diam diam maream dh dpt adik..alhamdulillah n tahniah
tutyrafeah67_ Alhamdulilah Dan tahniah Ally Iskandar..Semuga bahagia bersama Suri jiwa❤️❤️❤️
princess_hasleta ❤️❤️❤️❤️Alhamdullillah beautiful both mummy n baby😍😍😍
Penggunaan sejenis bahan kimia sebagai ubat pencegah haiwan perosak atau juga dikenali sebagai pestisid pada tanaman pastinya digunakan oleh pekebun bagi memastikan hasil tuaian cantik dan segar.
Pun begitu, demi memastikan sayur-sayuran dan buah-buahan yang dimakan oleh keluarga adalah selamat dan tidak membawa kesan kesihatan untuk jangka masa panjang, ada baiknya ibu-ibu ketahui cara betul untuk mencuci sayur dan buah-buah tersebut.
Andai ada yang masih ragu-ragu cara terbaik, boleh ikuti kaedah ini yang dijelaskan oleh Doktor Hafiz Sulaiman untuk manfaat bersama. Jom semak.
TIPS MENCUCI RACUN BUAH DAN SAYURAN
Racun pada buah dan sayuran mungkin membawa kepada kesan kesihatan yang serius terutamanya dalam jangka masa panjang. Berikut merupakan tips yang boleh diambil bagi membuang pestisid pada permukaan:
1) BASUH DAN GOSOK DENGAN AIR
75-80% sisa pestisid boleh dikurangkan dengan membasuh tanaman dan menggosoknya di bawah aliran air sejuk. Menurut kajian lain pula, bukan suhu yang penting, tetapi aktiviti menggosok itu lah yang mengurangkan pestisid. Gunakan sarung tangan plastik dan gosok sekurangnya 30 saat. Pastikan juga menggosok di celahan buah dan sayuran di mana racun serangga ini berkumpul.
2) BASUH DENGAN AIR GARAM
Menurut Centre For Science dan Environment, membasuh menggunakan garam 2% membuang kebanyakan pestisid di permukaan tumbuhan.
3) CUKA PUTIH
Korang nak rendam cuka epal atau cuka kurma pun boleh. Tapi sayur dan buah mungkin jadi gelap menjejaskan rupanya. Cuka putih merupakan pilihan murah dan sesuai.
Cuka membunuh kuman dan juga membuang pestisid.
Caranya: Rendam buah/sayur ke dalam 1 bahagian cuka dan 10 bahagian air selama 30-60 minit.
Cuka putih ada kat tesco: RM12.29 untuk 946ml.
4) LEMON DAN SODIUM BIKARBONAT(tepung penaik)
Lemon dan baking soda ini membunuh kuman dan juga mampu menyahtoksin pestisid. Malah database Cochrane menilai 8 kajian termasuk RCT menunjukkan baking soda ini mampu meneutralkan toksik daripada pestisid.
Caranya: Masukkan satu cawan jus lemon dan dua camca besar baking soda dalam botol spray. Spray makanan dan lap (buah) atau basuh dengan air.
5) AGEN PENGOKSIDA
Agen pengoksidaan seperti Ozon, hidrogen peroksida dan spesis klorin merupakan radikal bebas yang merosakkan struktur racun menjadikannya lebih selamat. Namun begitu, pastikan anda tidak merendam terlampau lama kerana pengoksidaan mungkin merosakkan zat di dalam makanan juga.
Saya syorkan rendam 10 minit sahaja. Ini berbeza mengikut kekuatan dos mesin ozon anda.
5.1) Ozon: Agen pengoksida yang sangat kuat ini meroskkan molekul bahaya di dalam pestisid menjadi lebih selamat dimakan. Di samping sayur dan buah, ia mungkin berkesan juga merosakkan toksin seperti logam berat dan antibiotik yang terkumpul dalam lemak haiwan.
Caranya: Masukkan tiub gas ozon ke dalam air berisi buah/sayur dan rendam selama 10 minit.
Pastikan anda tidak menghidu gas ozon yang terbebas kerana paru-paru sangat sensitif dengan gas ozon. Pendedahan jangka panjang boleh merosakkan paru-paru.
5.2) Hidrogen peroksida: gunakan food grade hidrogen peroksida dan masukkan satu bahagian di dalam 10 bahagian air.
5.3) Spesis klorin : Sodium hypochlorite atau nama manjanya klorox mempunyai kesan pengoksidaan. Ia juga didapati dalam sesetengah setting air kangen.
Namun saya tidak mengesyorkan membasuh menggunakan agen klorin ini kerana kemungkinan kesan gangguan hormon oleh agen klorin yang dianggap xenoestrogen juga oleh sesetengah pengkaji.
6) PEMBERSIH ULTRASONIK
Kajian mendapati pembersih ultrasonic merupakan kaedah paling berkesan membersihkan pestisid berbanding menggunakan ozon, merebus dan membasuh dengan air biasa.
Mana nak dapat mesin ni? Lazada ade bro..kurang RM100 pun ada..
Kaedah di atas hanya berkesan untuk pestisid di permukaan sahaja. Ozon mungkin mampu meresap ke dalam sel tumbuhan dan merosakkan pestisid sistemik namun masih belum ada kajian yang membuktikannya.
Memilih makanan yang disahkan organik merupakan pilih terbaik namun tidak ramai yang mampu dan pengeluarannya juga amat terhad. Diharapkan kaedah di atas ini dapat membantu mengurangkan bebanan toksikan dalam badan yang perlu diproses oleh organ hati kerana pemakanan yang tinggi racun pestisid ini.
Dekorasi kediaman Awal Ashaari dan Scha Alyahya classy dan mewah. Persis hotel lima bintang. Segenap ruang dihias indah.Awal dan Acha ternyata cukup bijak memilih jenis perabot, susun atur dan warna kediaman mereka mengikut tema yang dipilih.
Awal Ashaari yang merupakan seorang pelakon dan hos pernah berkongsi koleksi foto ber’OOTD’ mereka sekeluarga. Awal juga ada berkongsi video memaparkan dekorasi rumahnya yang dihias cantik dengan warna putih melatari segenap ruang rumah.
Kelihatan juga perabot-perabot berjenama mewah, chandelier, pasu dan gubahan bunga-bungaan. Pencahayaan di segenap ruang rumah menjadikan suasana kediaman seperti di hotel bertaraf lima bintang.
Dekorasi kediaman pasangan ini adalah hasil ilham mereka bersama. Jom kita jamu mata tengok dekorasi rumah pasangan yang terkenal dengan jolokan ‘ikon fesyen’ ini.
Diakui macam-macam info dan perkongsian boleh kita ketahui dengan adanya kemudahan internet ketika ini.
Pun begitu perlu diingat tidak semuanya betul dan sebagai pelayar internet kita perlu bijak menapis dan membuat keputusan yang sewajarnya.
Ini sama halnya apabila ada yang berkongsi cara untuk mencuci buah anggur dengan ubat gigi yang dikatakan berkesan untuk menghilangkan lapisan wax atau lilin yang menyelaputi kulit buah tersebut.
Namun sejauh mana kebenarannya hanya yang mencuba mengetahuinya. Pun begitu, dari sudut kesihatan dan keselamatan buah tersebut untuk dimakan, seorang doktor gigi yang dikenali sebagai Dr. Mohd Khairul Izwan memberi pandangannya. Semoga ianya memberi manfaat dan ini perkongsiannya.
Merujuk kepada gambar screenshot di bawah, ada petua yang berlegar-legar di FB yang menyarankan penggunaan ubat gigi untuk membersihkan lapisan wax atau lilin yang ada bahagian kulit buah-buahan.
Saya bukanlah ahli kimia, jadi untuk mengulas dengan lebih lanjut tentang lapisan lilin yang ada pada kulit buah itu bukanlah bidang kepakaran saya.
Namun sebagai seorang pengamal pergigian, satu pesanan saya agar orang ramai tidak mudah percaya dan mengamalkan petua sebegini.
Ubat gigi dicipta untuk digunakan bersama-sama berus gigi bagi membersihkan gigi, membentuk lapisan gigi yang lebih kuat serta mencegah daripada berlakunya kerosakan gigi.
Ianya bukan dicipta untuk membasuh makanan.
Menurut seorang pakar pemakanan dari Universiti North Carolina State di Amerika Syarikat iaitu Benjamin Chapman serta Food and Drug Administration (FDA), memakan sabun atau ubat gigi boleh menyebabkan seseorang berasa sakit perut dan mual.
Bahan kimia yang terkandung di dalam sabun dan ubat gigi dapat merosakkan saluran pencernaan menerusi gejala seperti muntah, cirit birit dan sakit perut.
Walaupun sudah dibilas dengan air sehingga bersih, namun bahan kimia yang terdapat pada ubat gigi boleh menyerap ke dalam buah dan berpotensi menyebabkan seseorang mengalami gejala seperti yang disebutkan di atas.
Jika anda rasa lapisan lilin tersebut tidak selamat untuk dimakan, sebaiknya kikis sahaja lapisan lilin tersebut ataupun kupas terus kulit buah sebelum anda memakannya.
Anda juga boleh membersihkan lapisan lilin tersebut dengan cara menggosok permukaan kulit buah menggunakan berus yang lembut/berus khusus di bawah air yang mengalir.
Jangan bazirkan ubat gigi anda untuk membersihkan buah-buahan atau sayur-sayuran kerana dikhuatiri boleh menyebabkan kemudaratan ke atas diri anda di kemudian hari.
Ingat, gunakan ubat gigi untuk memberus gigi anda, bukan untuk membasuh makanan ya. Jangan membazir!
Jangan lupa berus gigi dengan ubat gigi berfluorida sekurang-kurangnya 2 kali sehari agar anda dapat menikmati buah anggur tanpa ragu-ragu.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.