Lama tidak mendengar khabar pelakon putih melepak ini. Jika dahulu wajahnya sering menghiasi ruangan drama. Watak antagonis yang dibawakannya tidak pernah mengecewakan.
Namun seiring dengan kemunculan muka-muka baru, kelibatnya jarang kelihatan. Terbaru, Zila Bakarin mengejutkan ramai pihak apabila tampil dengan berhijab. Dia menarik perhatian ramai apabila berkongsi gambar memakai tudung menerusi akaun Instagramnya buat tatapan umum. Menurut Gempak, pelakon ini mendedahkan dia telah berhijab sejak sebulan yang lalu.
Sesetengah orang beranggapan anak ramai menyusahkan, tetapi mereka tidak sedar anak Itu adalah punca rezeki.
Tak perlu jadikan alasan anak-anak sebagai penyebab tidak boleh bebas seperti dulu, bahkan ada yang memberi alasan tiada masa menguruskan diri sendiri kerana masa lebih banyak ditumpukan buat anak-anak dan keluarga.
Sebenarnya,semua terletak pada individu Itu sendiri, bagaimana menguruskan masa. Perkongsian puan Mcyah Joanjett wajar dijadikan contoh.
Walaupun punya anak kecil tiada pembantu dan dalam masa yang sama merupakan seorang usahawan namun dia mampu menguruskan anak-anak. Malah penampilan diri tetap terjaga.
Bagi saya tiada isu penampilan dan anak ramai. Itu sebenarnya pilihan. Anak ramai tak salah. Terpulang bagaimana cara kita uruskan diri dan anak-anak.
Saya juga urus keluarga sendiri tanpa helper. Saya surirumah, sayalah bibik dan saya juga entrepreneurs.
Alhamdulillah masih mampu dan sempat lagi untuk menjaga penampilan diri dan anak-anak. Semua bergantung pada diri sendiri.Anak itu rezeki. Jangan salahkan mereka kalau kita tak terurus. Kita yang tak pandai urus diri dan masa. Anak bukan punca nya.
Fikiran orang jenis macamni la yang membuatkan ramai menganggap kehadiran anak membuatkan kehidupan menjadi lebih teruk.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penting bagi seorang suami mahupun isteri saling mempamerkan akhlak yang indah pada pasangan masing-masing. Ini kerana setiap pasangan suami isteri merupakan cerminan diri mereka.
Sebelum setiap pasangan mahu mencorakkan pasangan, adalah amat penting untuk mencorakkan diri mereka dahulu. Tidak ramai manusia yang suka dirinya diubah ataupun dibetulkan sekalipun mereka perlu diperbetulkan.
Itu hakikatnya. Namun apa yang boleh kita buat untuk mengubah karakter pasangan kita yang kurang baik ialah kita dahulu perlu mengubah diri kita.
Perkongsian pelakon Mustapha Kamal menerusi laman facebooknya ini boleh menjadi pedoman buat kita semua dalam melayari rumah tangga.
Isteri adalah cerminan suami .
Cantik suamimu , cantiklah kamu . Elok suamimu , eloklah kamu . Beriman suamimu maka berimanlah kamu . Ahli syurga suamimu maka kamu jua ahli syurga . Begitu jua sebaliknya .
Wahai sang suami , jika kamu merasa isterimu sangat leceh , menyusahkan , keras kepala atau sebagainya . Maka , itulah diri kamu sendiri sebenarnya . Kamu yang telah mengajar , membentuk dan menyebabkan dia menjadi seperti itu .
” Lelaki yang hebat bukan yang dapat mengahwini perempuan solehah , tapi lelaki yang mengahwini wanita biasa dan berjaya bimbingnya menjadi perempuan solehah ” .
In sha Allah .
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak-anak ibarat kain putih yang suci dan bersih tanpa sebarang kotoran. Justeru, ibu bapalah yang berperanan dalam mencorakkannya. Mereka juga merupakan anugerah dan amanah Allah SWT yang tidak ternilai kepada setiap pasangan yang bergelar ibu bapa.
Dalam hal mendidik anak-anak misalnya, ibu bapa harus memainkan peranan penting. Mereka tidak boleh melakukannya sendiri sebaliknya memerlukan panduan terutama daripada orang tua. Berikut beberapa pesanan daripada pakar motivasi terkenal Profesor Dr. Muhaya dalam mendidik anak-anak, ini boleh dijadikan panduan bersama.
1. Kirimkan bacaan Al Fatihah
Jika tiba-tiba teringatkan anak, kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat “iyyakanakbudu waiyyakanastain” – yang ertinya “Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMu pohon pertolongan” mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang kita ingat.
Habiskan bacaan surah Al Fatihah, doakan semoga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanfaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
2. Doa & pandang wajah anak
Pandang wajah anak semasa dia tidur dan ucapkan bahawa, “ibu hendak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan sewaktu anak tidur kerana waktu ini kita sedang bercakap dengan rohnya. Setiap ucapan ini adalah doa dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.
3.Solat hajat di sisi anak
Ketika bangun solat malam, solatlah hajat di sisi anak. Solat dalam bilik anak, dekat dengannya. Jika kita selalu melakukannya dan selalu memberitahu anak yang kita sering mendoakannya, dia akan merasai satu ikatan kasih sayang hakiki yang kita amat sayangkan dirinya serta mahu dia menjadi anak soleh.
4. Minta dikasihani
Ucapkan setiap masa bahawa kita sedang menunggu panggilan Allah. Jika dia tak menjadi anak yang soleh bermakna dia tak sayangkan ibu bapanya dan tentunya kita akan merana di alam barzah nanti.
5. Peluk dan cium anak selalu
Selalu peluk anak walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita menatangnya semasa kecil. Peluk dan cium sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.
6. Maafkan anak
Maafkan anak setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati. Muhasabbah diri, mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita di masa lampau.
7. Jaga tutur kata & minta Maaf
Jaga tutur kata kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hati anak. Jika ini berlaku kerana tidak sengaja, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk minta maaf pada anak. Mengakulah itu kelemahan kita tapi kita marah kerana dia buat salah, bukan bermaksud membenci.
8. Amalkan membaca ayat 40 Surah Ibrahim
Supaya kita, anak dan zuriat termasuk dalam golongan orang-orang yang tetap mendirikan solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]
9.Tekankan kemuliaan peribadi
Selalu ingatkan anak bahawa tidak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta menghafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia. Allah tak memandang wajah yang cantik tapi memandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia pun tak suka.
10. Berdoa ketika membasuh beras
Sewaktu membasuh beras niatkan “Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia…..untuk faham agamanya.” Kenapa anak perlu faham agama? Kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibu bapanya juga ke neraka.
Basuh beras lawan jam ( seperti bertawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Sewaktu melakukannya kerja ini hati jangan lalai dan ingat kepada Allah selalu.
11. Ucap kata-kata positif
Sebagai ibu bapa, kita perlu memberi kata-kata positif kepada anak. Apabila memarahi anak-anak, jangan sesekali mengeluarkan kata-kata negatif. Tindakan ini membuatkan anak jadi seperti yang kita ucapkan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.